BAB 9

Fanfiction Completed 3569

BIG SUPRISE

Jam menunjukkan tepat jam 8 malam saat Isha, Shaera dan Leeya sampai di cafe kegemaran mereka. Suga, JK dan V sampai ke disitu 5 minit kemudian.

Suga memandang Isha dan mengisyaratkan kepadanya untuk berjumpa berdua sahaja. Isha dan Suga berlalu dari tempat duduk mereka dan berjalan menjauhi kawasan cafe itu.

JK yang melihat hal itu ingin mengejar tapi dihalang oleh V. Kini di meja makan hanya tinggal V, JK, Shaera dan Leeya. Masing-masing hanya senyap. V mula bersuara memecah kesunyian.
 
V: Leeya. Sebelum tu aku minta maaf sebab tak pernah ambil peduli tentang perasaan kau pada aku. Aku minta maaf sekali lagi tapi aku memang tak boleh balas cinta kau. Hati aku hanya untuk Shaera. Maaf.

   Terbuntang mata JK dan Shaera mendengar kata-kata lembut dari mulut V. Nada suaranya lembut tapi entah kenapa hati Leeya sakit mendengarnya. Dia hanya mampu menundukkan muka. Hatinya terasa seperti disiram cuka getah. Pedih !

  Setelah mendengar pengakuan dari V, JK mula bersuara. Dia perlu jujur tentang perasaannya dan dia dengan berhati-hati menuturkannya supaya Shaera tidak berkecil hati.

JK: Shaera. Aku pon nak minta maaf banyak-banyak pada kau sebab aku sakitkan hati kau haritu. Aku berkeras dengan perasaan aku pada Isha. Aku memang cintakan dia. Aku tak boleh lupakan dia dan aku tak boleh balas cinta kau. Maaf.
 
   Kini giliran Shaera pula tertunduk. Hatinya bagai disiat oleh kata-kata JK. Pedih dan sakit hatinya. Pilu ! Malu ! Dia mencintai lelaki yang tak mencintai dirinya.

V: Aku harap sangat hal ni tak menjejaskan persahabatan kita berenam. Korang pon faham kan, ini soal hati. Takda siapa yang boleh paksa bila berkaitan dengan hati.
 
- Di luar cafe -
 
Suga: Aku cuma nak tahu tentang sejauh mana perasaan kau pada aku.
 
Isha: Untuk apa lagi Suga ? Untuk apa kau ambil tahu kalau akhirnya nanti kau tak mampu nak balas cinta aku.

Suga: Aku hargai perasaan kau pada aku Isha. Sangat menghargai. Tapi perasaan sayang, cinta aku hanya untuk Leeya. Aku tak boleh lupakan Leeya. Aku dah cuba tapi aku tak boleh. Kau pon tahu kan hal perasaan tak boleh dipaksa. Aku minta maaf. Aku harap lepas ni kita semua boleh berkawan macam biasa dan lupakan semua ni.

Isha ingin membalas kata-kata Suga tapi tiba-tiba dia mendapat satu panggilan telefon dari Leeya.
 
Leeya: Jom balik. Kitorang dah ada dalam kereta. Cepat. Kitorang tunggu. Cepat.
 
   Kedengaran suara Leeya teresak-esak. Isha rasa pelik. *Menangis ke ? Apa dah jadi* Isha tertanya-tanya sendiri.
 
Isha: Takpe lah Suga. Aku balik dulu. Satu je aku nak cakap. Aku tak tahu sejak bila aku mula cintakan kau dan aku tak tahu sampai bila aku akan mencintai kau !
 
Isha pantas berjalan meninggalkan Suga di situ. Sakit hatinya. Lelaki yang dia cintai mencintai sahabatnya sendiri ! Dia berlari menuju ke kereta milik Shaera dan terus masuk kedalam.

Shaera memandu meninggalkan kawasan cafe tersebut. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, lagu love is not over dari BTS dimainkan di corong radio. Maka makin lebat lah airmata mereka bertiga. Kerana bagi mereka, semua sudah berakhir. Kisah cinta mereka sudah pon berakhir !

Sampai dirumah, mereka bertiga duduk diruang tamu. Lemah lutut. Sukar rasanya menerima kenyataan yang diungkapkan Suga, JK dan V tadi. Dalam esak tangis yang masih bersisa, Shaera bersuara.
 
Shaera: Korang. Kita kena selesaikan masalah kita malam ni jugak. Tak kira apa pon jadi !
 
Leeya: Isha. Kau mulakan perbincangan.  
 
   Isha yang sedang menangis, terkulat-kulat bila namanya diseru. Membulat sedikit matanya. Shaera yang melihat Isha seperti ulat yang baru keluar dari tanah terus bersuara.

Shaera: Takpe. Biar aku mulakan dulu. Aku still cintakan JK. Aku tak mampu nak terima V jadi teman hidup aku. Tapi JK cintakan Isha. Aku kena terima. Aku nak tengok JK bahagia walaupon bukan dengan aku. Aku terima.
 
Isha: Tak ! Aku tak boleh terima JK. Aku tahu aku tak boleh cintakan ....

Tiba-tiba bunyi deringan telefon dari phone Leeya mengganggu bicara Isha. Tertera di skrin telephone Leeya, ' papa '. Leeya mengangkat call tersebut dan berjalan sedikit jauh dari dua sahabatnya.

Shaera dan Isha hanya memerhati gelagat dan cara Leeya bercakap di telephone. Sekejap terkejut. Sekejap macam marah. Sekejap mengeluh. Sekejap menangis.

   Leeya meletakkan telephone dan berjalan kearah Isha. Dia duduk dihadapan sahabatnya itu. Hatinya berdebar. Bingung !

Leeya: Isha. Aku minta maaf. Ayah aku kata, Suga dah hantar rombongan meminang kat rumah aku dan ayah aku terima. Ayah aku kata perkahwinan kitorang dah ditetapkan 2 bulan dari sekarang.

   Isha menangis sebaik sahaja mendengar kata-kata Leeya. Dia semakin tiada peluang untuk bersama dengan Suga. Shaera yang mendengar juga terkejut. Lalu dia bangun dan memeluk Isha. *Apa semua ni ? Kenapa jadi macam ni ?* Isha cuma mampu berkata-kata dalam hati sahaja.

   Ketika Shaera sedang memeluk Isha, tiba-tiba dia mendapat satu mesej dari ayahnya. Kandungan mesej tersebut ialah kad perkahwinan dirinya dan V. Luluh jantungnya saat itu.

Tarikh yang tertera pada kad itu menunjukkan tempoh 3 bulan dari sekarang. Shaera terkedu.  

   Shaera dengan cepat mendail nombor ayahnya dan mengatakan bahawa dia tidak mahu mengahwini V. Tapi apakan dayanya. Semua persiapan telah dibuat dan sudah 40% siap. Shaera terduduk. Dia menangis lagi.

Shaera memberitahu Leeya dan Isha mengenai perkara itu. Leeya kelihatan sedih dan berjauh hati. Tidak mampu rasanya menerima dua kejutan dalam satu masa.

   Akhirnya, malam itu mereka bertiga tidur dalam airmata. Isha masih berdebar mengenangkan nasib nya. Adakah dia juga akan menghadapi nasib yang sama ? Mengahwini lelaki yang tidak dicintai bukan satu perkara yang mudah ! Memang cinta boleh dipupuk selepas berkahwin tapi arghhhh ! Susah !
 
- Keesokan pagi -

   Arghhhhhhhhh ! Tak mungkin !

Kedengaran Isha menjerit didalam biliknya. Leeya dan Shaera cepat-cepat berlari menuju ke bilik Isha dan terkejut melihat Isha sedang duduk di birai katil sambil menangis teresak-esak.

Leeya dan Shaera berlari ke arah Isha dan menenangkannya. Soalan ditanya bertalu-talu.
 
Shaera: Kau kenapa ni ? Kenapa menjerit ? Kenapa menangis ?
 
Leeya: Apa dah jadi ? Kenapa ? Cerita lah.
 
Isha: Tadi mak aku call, dia kata JK datang bawak family dia jumpa dengan family aku 2 bulan yang lepas. Lepastu dia kata diorang datang sebab nak meminang aku. Mak ayah aku terima sebab diorang nampak JK betul-betul ikhlas nak aku jadi isteri dia. Diorang dah tetapkan tarikh. Sebulan dari sekarang. Aku tak nakkk !

   Isha menceritakan semuanya kepada Leeya dan Shaera sambil menangis tersedu sedan. Merah mukanya. Kejutan yang sangat menarik dari pihak JK, Suga dan V.

Isha, Leeya dan Shaera memang terkejut. Naik gila rasanya. Gagal berfungsi seketika otak mereka bertiga.
 
Shaera: Aku okay Isha. Aku okay.
 
   Isha terus memeluk Shaera sambil meminta maaf. Dia tidak inginkan semua ini terjadi. Dia tak mahu mempersuamikan JK. Tak nak !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience