PENGENALAN

Fanfiction Completed 3569

INTRO

Leeya, Isha, Shaera ialah gadis dari Malaysia memandangkan orang tua mereka bertiga bergiat aktif dalam bidang perniagaan di Korea.

Mereka bertiga telah membuat keputusan untuk menyewa dan tinggal dirumah yang sama. Ingin berdikari katanya.

Mereka juga bersahabat baik dengan V, Suga dan JK yang sememangnya berasal dari negara 4 musim itu. Mereka telah berkawan sejak 5 tahun yang lalu lantaran kerana belajar di universiti yang sama sehinggalah tamat belajar dan bekerja.

Ketawa, menangis, susah dan senang telah mereka hadapi bersama-sama. Persahabatan akrab diantara mereka berenam membuatkan mereka berjanji bahawa tidak akan pernah ada rahsia diantara mereka. Mereka juga mempunyai satu group whatsapp untuk memudahkan lagi mereka berhubung.

Masing-masing masih belum mempunyai pasangan kekasih lantaran kerana masih muda dan sibuk dengan kehidupan seharian. Mereka berenam kelihatannya lebih suka berkawan dari menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Tapi pada hakikatnya, Isha, Shaera dan Leeya menyimpan perasaan pada Suga, JK dan V tapi mereka tidak berani meluahkan apatah lagi menceritakan kepada sesiapa pon tentang perasaan mereka.

Mereka takut kalau ditolak mentah-mentah oleh 3 jejaka Korea tersebut. Shaera tidak mengetahui bahawa Isha menyukai Suga dan Leeya menyukai V dalam diam. Begitu juga dengan Leeya dan Isha.

Masing-masing hanya menyimpan perasaan mereka bertiga sendiri. Tiada sesiapa pun yang dapat mengagak dan meneka isi hati mereka. Begitu juga dengan 3 jejaka yang telah berjaya menawan hati mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience