BAB 8

Fanfiction Completed 3569

REGRET

Sudah sebulan V, JK dan Suga menjadi tidak tentu arah. Mereka bertiga risau dengan keadaan wanita yang mereka cintai. Entah kemana hilangnya mereka.

Telah bermacam cara mereka lakukan tapi semuanya tidak berjaya. Mereka telah menelefon tapi tidak diangkat, chat tidak dibalas. Mereka sudah datang ke rumah gadis itu berkali-kali tapi tiada sesiapa disana.

Oleh kerana perasaan risau semakin menebal dalam diri 3 jejaka itu maka mereka membuat keputusan untuk memecahkan pintu rumah gadis-gadis itu.

Dengan sekali rempuhan, pintu akhirnya terbuka. JK, V dan Suga cepat-cepat masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik Isha, Leeya dan Shaera.

JK menuju ke bilik Isha, Suga pula masuk ke bilik Leeya manakala V menghilang ke bilik Shaera. Pintu almari dibuka. Kosong ! Tiada pakaian ! Kecewa rasanya. Kemana pergi Isha , Shaera dan Leeya sebenarnya. Haih kusut !

Suga, V dan JK berkumpul di ruang tamu. Masing-masing termenung. Pelik ! Kenapa Isha, Shaera dan Leeya tidak mahu langsung menjawab panggilan dan membalas chat mereka. Apa salah mereka ?!
 
V: Diorang dah pergi !
 
   JK tidak dapat mengawal kesedihannya. Dia betul-betul risau dengan keadaan wanita yang dia cintai iaitu Isha . Dia juga risau memikirkan keadaan dua lagi kawan baiknya, iaitu Shaera dan Leeya.

Suga: Mana diorang pergi ?! Kenapa tak bagitahu kita !
 
V: Shaera cintakan JK. Isha cintakan Suga dan Leeya .... cintakan aku ? Leeya cintakan aku tanpa aku sedar. Aku luahkan perasaan pada Shaera tanpa aku sedar yang aku sebenarnya bunuh perasaan Leeya.

Tiba-tiba Suga teringat pagi dimana sesi luahan perasaan itu dilakukan. Dia memang nampak ketulusan cinta Isha pada dirinya. Mata dan hati Isha hanya ada Suga sahaja. Tapi Suga tetap dengan pendirian dan perasaannya pada Leeya. Tapi sayang Leeya tidak mencintai dirinya. Leeya mencintai V !
 
   JK yang sejak tadi diam dan gelisah mula bersuara setelah agak tenang perasaannya.
 
JK: Shaera cintakan aku tapi aku tolak mentah-mentah depan kita berenam. Aku memang tak cintakan dia tapi aku tak patut buat macam tu. Kenapa aku bodoh ? Aku dah kecewakan dia. Tapi aku cintakan Isha. Aku tak boleh lupakan Isha.

Mereka bertiga benar-benar buntu saat itu. Tak tahu apa yang patut dilakukan lagi. Ingin dicari, tak tahu kemana. Ingin membuat laporan polis, takut mereka pergi bercuti menenangkan diri. Arghhhhh ! Serabut !
Akhirnya Suga, V dan JK pulang ke rumah. Ketika dalam perjalanan pulang kerumah secara tidak semena-mena notification telefon mereka berbunyi serentak. 

Alangkah terkejutnya mereka bila membaca satu chat ringkas dari Isha di group whatsapp mereka.
 
'Malam ni jumpa pukul 8 malam. Tempat biasa.'

   Suga, V dan JK seronok membaca chat ringkas itu. Walaupon pendek tapi sangat bermakna. Gadis-gadis yang mereka cintai sudah kembali . Yeah !

Pelbagai soalan dilontarkan lantaran kerana terkejut dan pelik kenapa tiba-tiba sahaja ajak berjumpa. Namun tidak ada satu pon yang dibalas oleh Shaera, Isha dan Leeya.

Semuanya harus diselesaikan malam ini juga ! Tak kira apa pon yang terjadi !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience