BAB 4

Fanfiction Completed 3569

HEART SECRET

Ketika kereta toyota corolla milik Shaera memasuki perkarangan rumah, jam di dashboard dikerlingnya sekilas. Pukul 4 petang. Shaera dengan cepat keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.

Tangannya meraba-raba mencari suis lampu kerana keadaan didalam rumah sangat gelap. Timbul rasa pelik melihat keadaan itu.

*Mana si Leeya dengan Isha ni ? Tadi kata dah ada dekat rumah. Gelap je rumah ni . Tidur ke ? Hurmm pelik. Biasanya Leeya tak suka duduk dalam gelap* Shaera tertanya-tanya kemana dua sahabatnya itu pergi.

' Tapp ' saat lampu dibuka, alangkah terkejutnya Shaera melihat Isha dan Leeya sedang duduk diam membisu di atas sofa. Diurut dadanya perlahan-lahan. Shaera terus berluru pergi ke arah mereka berdua.
 
Shaera: Kenapa ni ? Apa yang dah jadi ? Apa jadi tadi ? Kenapa dengan korang ni ? Kenapa duduk dalam gelap ?
 
Pelbagai pertanyaan dilemparkan Shaera pada mereka berdua. Leeya dan Isha lambat-lambat membuka mulut menceritakan semuanya kepada Shaera.

Bermula dengan Suga yang meluahkan perasaannya kepada Leeya dan kemudian tentang JK yang melamar Isha dan memberinya sebentuk cincin emas. Semuanya diceritakan kepada Shaera tanpa menyembunyikan apa-apa pun.

*JK lamar Isha ? Kenapa jadi macam ni ? Kenapa hati aku sakit sangat ni ?!* Shaera hanya mampu berkata-kata dalam hati.

   Shaera yang pada mulanya tidak mahu menceritakan tentang kejadian yang terjadi padanya tadi akhirnya membuka mulut menceritakan semuanya kepada Leeya dan Isha.

Dan sekarang masing-masing senyap dan membisu. Tiada kata yang mampu diucapkan. Hanya airmata yang menemani mereka bertiga petang itu. Hujan diluar juga semakin lebat. Ya selebat airmata mereka.

Setelah merasa sedikit tenang, Isha terus bersuara memecahkan kesunyian yang melanda mereka bertiga.
 
Isha: Korang ! Aku sebenarnya cintakan Suga !

   Leeya dan Shaera akhirnya turut sama meluahkan perasaan mereka. Terungkap lah semua rahsia hati yang terpendam selama harini. Tiada yang terlintas di fikiran masing-masing kecuali jujur tentang perasaan masing-masing.

Mereka bertiga terdiam sekali lagi dan diserang rasa bersalah. Masih terngiang-ngiang di telinga dan di fikiran tentang apa yang diluahkan Suga, JK dan V.

Malam itu, Shaera, Leeya dan Isha duduk di ruang tamu sambil mengelamun. Mereka tidak dapat melelapkan mata walaupon sekejap.

Sepanjang malam mereka memikirkan tentang nasib dan perasaan mereka. Mereka juga runsing memikirkan tentang hubungan persahabatan mereka dimasa hadapan nanti.

   Beratus-ratus chat yang masuk di notification group whatsapp mereka berenam tapi Shaera, Isha dan Leeya hanya membatu, membisu, mendiamkan diri dan membiarkan saja Suga, V dan JK.

3 jejaka korea tersebut tidak putus asa untuk terus cuba berhubung dengan mereka. Suga terus menerus menghubungi Leeya tapi Leeya hanya membiarkannya berdering sehingga ia berhenti sendiri.

Begitu juga dengan Shaera dan Isha, berpuluh-puluh miscall yang diterima dari JK dan V. Tiada yang menarik perhatian mereka bertiga untuk menjawab call atau membalas chat dari 3 jejaka korea itu.

Setelah penat dan puas mencuba bermacam cara tapi tidak dilayan, akhirnya Suga, V dan JK membuat keputusan untuk pergi ke rumah gadis-gadis itu pada keesokan paginya.

Malam itu mereka bertiga juga tidak dapat tidur dengan nyenyak lantaran kerana risau memikirkan keadaan wanita yang mereka cintai.

*Okey ke diorang ? Diorang tak boleh terima ke pengakuan jujur dari kitorang ? Diorang tak suka kitorang ke ? Ke dah ada orang lain ?*  
Mereka bertiga hanya mampu bermonolog sendiri dalam hati.

Yang pasti mereka perlu tidur sekarang kerana besok mereka perlu berjumpa dengan bakal buah hati mereka !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience