BAB 10

Fanfiction Completed 3569

LAST GOODBYE

Akhirnya hari yang tak diingini kini telah tiba. Selama sebulan Isha menyiapkan saki baki persiapan majlis perkahwinannya yang masih tersisa.

Tiada apa yang menarik minatnya. Isha seperti raga tidak bernyawa. Dia hanya menuruti kemahuan kedua ibu bapanya yang mahukan perkahwinan ini berlangsung.

   Sudah hampir seminggu Isha tidak berjumpa dengan bakal suaminya itu. Kuarantin kata orang. Untuk mengelakkan seri pengantin hilang. Apa-apa saja lah ! Isha tidak mahu pening kepala memikirkan perkara tersebut.

Isha merenung busana pengantin dihadapannya. Baju tersebut berwarna putih krim bersulam dengan manik-manik berwarna merah jambu. Lebih kurang dua jam lagi dia akan dinikahkan dengan JK.

Tiba-tiba perasaan sebak datang berkunjung. Dia teringatkan Suga. Lelaki yang sehingga saat ini masih menawan hatinya.

    Isha cepat-cepat menyapu airmata bila Shaera dan Leeya masuk ke dalam biliknya. Isha merenung mereka berdua. Leeya dan Shaera tersenyum memandang Isha. Mereka cukup paham dengan renungan Isha itu. 

Isha memegang tangan kedua sahabatnya. Wajah Leeya dan Shaera dipandang silih berganti. Dia mengeluh perlahan.
 
Isha: Patut ke aku teruskan semua ni ? Aku taknak ! Aku betul-betul taknak.
 
Leeya: Kau jangan lah buat hal. Kesian mak ayah kau. Kesian JK. Kau mesti taknak diorang malu sebab kau kan. Jadi jangan la buat keputusan macam ni. Lagi dua jam je kau nak nikah.
 
Shaera: Isha. Walaupon aku sedih dengan pernikahan kau dengan JK ni tapi aku tak nak kau malukan mak ayah kau, family kau. Kau kena kuat. Aku yakin, JK akan jadi suami yang baik untuk kau dan ayah yang baik untuk anak korang.
 
Isha: Korang macam mana ? Hubungan kau dengan V macam mana Shaera ? Leeya, hubungan kau dengan Suga ? Macam mana ?

Shaera: Pasal kitorang kau jangan risau. Aku dengan Leeya tengah cuba terima V dgn Suga. Semuanya akan okay. Kitorang akan cuba cintakan diorang.
 
Leeya: Betul tu. Dah la. Takpayah la sedih-sedih. Patutnya happy nak kahwin dah kau. Dah cepat pakai baju pengantin kau tu. Kejap lagi MUA datang makeup kan kau.

   Isha mengangguk dan menyarungkan baju pengantin ke badannya. Leeya dan Shaera tersenyum memandang Isha.

MUA kemudiannya datang dan menyolekkan Isha sambil diperhatikan Shaera dan Leeya. Solekan yang ringkas tapi sangat cantik. Solekan tersebut menaikkan lagi seri pengantin di wajah Isha.

Isha kini sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu ketibaan JK bersama rombongannya.

   Setelah di makeup kan tadi, Shaera dan Leeya keluar untuk melihat keadaan diluar. Kini Isha bersendirian di dalam bilik. Hatinya berdebar. Gugup ! Isha kini hanya menghitung detik untuk disatukan dan dinikahkan dengan bakal suaminya, iaitu JK.  

 Isha berdiri di depan cermin sambil menilik mukanya. Cantik ! Sedang dia asyik melihat cermin, satu notification berbunyi di telephonenya dan menandakan ada chat yang masuk.

Hatinya kembali berdebar. Chat tersebut dari JK, bakal suaminya.
 
' Hye dear .. Tinggal beberapa minit lagi kita akan sah jadi suami isteri. Saya harap awak dah bersedia untuk jalani kehidupan bersama saya dan saya juga berharap awak tak kecewakan saya untuk kali yang kedua. Belajar cintakan saya. Lupakan Suga demi kebaikan kita berdua dan demi kebaikan rumah tangga kita nanti '

   Isha terpaku membaca bait-bait ayat yang ditaip oleh bakal suaminya itu. Chat tadi hanya dibaca olehnya. Tak mampu dia membalas chat tersebut. Ingin saja dia menjerit sekuat hati tapi apalah dayanya. Isha tiada pilihan lain. Dia tidak mahu keluarganya menanggung malu sekiranya dia membatalkan perkahwinan itu.

Shaera dan Leeya kemudian masuk ke bilik Isha dan mengatakan bahawa JK dan rombongannya sudah sampai. Isha mengangguk.

Suara saudara maranya kedengaran riuh rendah sekali. Mungkin sedang menyambut kedatangan pihak pengantin lelaki.

Shaera dan Leeya setia menemani Isha dan menenangkannya. Isha menunggu di bilik sehingga ibunya memanggil dia ke depan. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka.
 
Ibu Isha: Dah jom. Pengantin lelaki dah sampai.

   Isha mengangguk lagi. Isha berjalan perlahan-lahan keluar dari bilik dan menuju ke arah pelamin yang terletak di ruang tamu. Shaera dan Leeya mengikutinya dari belakang.

   Sesampainya di ruang tamu, pandangan Isha jatuh pada Suga yang duduk di sebelah JK. Pandangan mata Isha dan Suga bertembung tapi Isha cepat-cepat melarikan pandangan ke tempat lain.

JK yang segak berbaju melayu putih memandang setiap langkah Isha ke arah pelamin tanpa berkelip. Kelihatan juga V di sebelah JK. V menepuk lembut bahu JK. Mungkin cuba menghilangkan gemuruh JK sebelum akad nikah.

Ketika sampai di atas pelamin, kelihatan ayah Isha duduk berhadapan dengan JK. Ya, mereka akan dinikahkan oleh ayah Isha sendiri.

Airmata Isha mula bergenang saat tangan JK menyambut huluran tangan ayahnya. Jantungnya berdegup laju. Shaera dan Leeya tak putus-putus cuba menenangkan Isha dari menangis.

   ' SAH '. Bergema perkataan tersebut disahut saksi yang berada di situ. Airmata Isha jatuh berguguran. Tak mampu ditahannya lagi. Dia telah sah menjadi isteri JK.

Isha bersedih bukan kerana dia telah bersuami tapi kerana saat dan detik itu, dia perlu melupakan Suga, lelaki yang dia cintai sejak bertahun lamanya.

Bagi Isha, kehidupan harus diteruskan walaupon bukan bersama dengan lelaki yang dia cintai. Apa pon yang akan berlaku dalam kehidupan dia dan suaminya dimasa hadapan, biar TUHAN yang menentukan.

*Selamat Tinggal Sayang* Ucap hati Isha buat kali yang terakhir.
   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience