CHAPTER 9

Romance Series 5441

Arash memandang wajah Diya yang putih mulus itu. Dia seakan akan terpaku dengan gadis ini. Gadis ini lah yang pertama menolaknya, dia tidak faham kenapa Diya mesti menolaknya sedangkan perempuan di luar sana mengimpikan dirinya untuk menjadi suami atau boyfriend.

Arash mengusap perlahan pipi tembam Diya. Mujur sekarang ini Diya tertidur. Kalau tidak, habis dirinya dimaki oleh gadis itu. " Kenapa u tak nak kahwin dengan i eh? Kenapa u ashik lebihkan Helmi berbanding i? " soal Arash sambil mengusap pipi Diya sehingga turun ke bibir merah Diya.

Arash tersedar. Dia menggeleng. Dia menjauhkan dirinya dari Diya. " Astagfirullah, Arash apa yang kau buat nih? Kalau kau nak Diya tu jadi milik kau, kau tak boleh buat macam nih. " bagai ada suara yang membisikkan kepada Arash.

Arash meraup wajahnya. Kalau Diya tahu, lagilah dia tak akan kahwin dengannya.

Arash terus keluar dari keretanya ambil angin segar. Lagipun, dia sudah lapar. Kebetulan, Arash berhenti di depan rnr.

Diya tersedar selepas berapa minit Arash pergi.
" Eh, macam manalah aku boleh tertidur nih? Buat nya keluar air basi, tak ke malu setahun. Haih, nasib kaulah Diya. " aku meraup muka. Malu!

Aku baru perasan Arash tiada. Aku terus membuka seatbelt lalu keluar dari perut kereta.
Aku ternampak Arash dari jauh sedang makan nasi goreng.

KRIUK KRIUK

Aku memegang perutku. Sampai hati dia tak ajak aku makan. Perut dah menyanyikan lagu rock, aku terpaksa juga menahan malu datang kepadanya. Malu sebab tertidur dalam kereta tak habis lagi, lagi kau nak pergi dekat Arash tuh. Haih, terpaksa lah kaki nih kena bergerak ke Arash.

Arash sedar kehadiran Diya, tetapi sengaja dia lantakkan.

Aku memandang Arash geram. Buat buat tidak peduli aku di hadapannya. Aku terus duduk di hadapannya walaupun dia tidak pelawa.

Arash menyorokkan senyumannya apabila Diya memandangnya lama. Dia mengangkat pandangan menatap wajah bersih Diya. Lama!

Aku terus mengalihkan pandangan apabila kami telah bertatapan terlalu lama. Aku memejam mata rapat.

" Nah, nasi goreng nih. I dah makan roti tadi. Perut kenyang lagi. Ingatkan boleh habis, tapi tak. Kebetulan u dah bangun, nih untuk u. " Arash menolak pinggan yang berisi nasi goreng itu kepadaku.

Terlihat masih banyak lagi. Tapi, aku ni dah lah makan banyak. Lagi lagi perut lapar, memang tak cukuplah. Aku mesti mintak lebih nih dekat Arash.
Aku memandang penuh berharap kepada Arash. Meminta simpati.

Arash perasan pandangan simpati dari Diya seperti tahu sahaja fikirannya lalu memanggil waiter untuk memesan nasi goreng lagi satu dengan milo ais.

Aku tersenyum. Tahu pun! Tak payah pun susahkan diri nak cakap. Buat pandangan simpati sudah cukup.

Eh kejap, macam mana aku nak makan nih. Tak akanlah aku kena guna sudu sama dengan Arash? Fikir suami isteri ke nak kongsi sudu?

Arash memandang Diya apabila dia masih lagi tidak memakan nasi goreng itu. " Nak apa lagi, wahai puteri? " soal Arash seperti seorang hamba.

" Nak sudu. Tak akanlah aku nak kongsi sudu dengan kau? Kita nih bukan suami isteri nak kongsi sudu. " rungutku. Apa, ingat sweet ke kongsi kongsi sudu memang taklah! Kalau suami tak apalah juga.

" Makan jelah. Bukan ada air liur i pun. Tulah, i ajak u kahwin, u tolak. Kalau tak, tak ada u banyak songeh macam nih nak mintak sudu lain. " kata Arash malas.

Aku cemberut. Tak akanalah! Kalau nak tunggu nasi goreng lagi satu, mesti lama. Perut dah lapar. Argh! Terpaksa!

Aku menyuap nasi goreng itu ke dalam mulut perlahan swtelah membaca bismillah. Arash tersenyum. Aku menjelingnya. Menyampah!

___________
Setelah kenyang, kami berdua terus masuk ke dalam kereta. Arash memandu cermat bagi menghantar gadis di sebelahnya itu.

Aku bosan! Dahlah Arash tak bukak radio, kalau nak main phone, nanti pening. Kang aku tidur, takut pula air liur basi keluar. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk menahan malu untuk mengajak Arash berborak.

" Kau tahu tak rumah aku dekat mana? " soalku tanpa memandang mukanya. Sebenarnya menahan malu.

Arash memandang Diya sekejap sebelum fokus kembali terhadap jalan raya. ' Biar betul dia cakap dengan aku tadi? Masa dekat rumah mama jual mahal. ' desis hati Arash.

" Hmm, entah. Dah u tak bagitahu i manalah i tahu. I bawak je u. Kalau i bawak u dekat rumah i confirm u tak nak. " Arash membalas dengan bersahaja.

Aku memandang tajam padanya. Ingat lawak ke? Pleaselah, kalau perempuan boleh sentuh lelaki yang bukan mahramnya, sudah lama aku tarik telinga Arash sampai putus. Baru tahu dia betapa sakitnya hati aku.

" Jangan nak main main boleh tak? Aku cakap dengan kau okay je, kenapa sampai macam tu sekali kau balas! Tak suka tahu tak! " marahku. Sesuka hatinya sahaja nak bawak aku ke rumahnya. Fikir aku tak ada maruah ke!

Arash memandang Diya.

Aku yang perasan Arash memandangku dati tadi bersuara kembali. " Apa, nak pandang pandang? Pandanglah depan tuh, aku tak nak mati lagi. "

Arash terus memandang jalan raya kembali.
" Cubalah jangan nak marah marah. Ashik marah je kan! Nanti jangan nak salahkan i ye kalau kulit muka u tu berkedut. U yang selalu marah marah
i. " tegur Arash apabila sudah banyak kali dia menghadap bebelan Diya dan amarahnya. Kadang kadang ada juga dia terasa hati tetapi bila sudah jatuh cinta, dia buangkan perasaan itu. Dia cuba untuk rapat dengan Diya, tetapi dia tidak faham kenapa Diya selalu hendak memarahinya.

Aku terdiam. Betul juga apa yang Arash kata. Dari tadi aku ashik memarahinya. Kesian pun adalah juga.

" Sorry. " ujarku perlahan.

Arash terkejut lalu memberhentikan keretanya ke tepi jalan. Aku memandangnya. " Kenapa berhenti. " soalku pelik.

Arash membetulkan posisi duduknya menghadap Diya. " What did you said just now? "

Aku mengecilkan mata memandang Arash. Arash tersenyum.

Aku mengalihkan pandangan. Senyuman itu mirip orang yang memang aku tak boleh lupakan.
Arash mengangkat keningnya. Pelik dengan sikap Diya. Kejap mahu memandangnya kejap tidak. Kejap boleh manja dengannya kejap tidak. Pelik? Memang perempuan complicated ke?

" I'm sorry. I always being angry with you. " ujarku perlahan tanpa memandang mukanya.

Arash tersenyum. " I boleh maafkan u. But one condition? "

Aku menghela nafas. " Memang nak maafkan seseorang tuh kena ada syarat ke? " angin aku mula datang.

" Memanglah. Kita boleh maafkan orang tu, tapi untuk melupakannya susah. " ujar Arash sengaja menaikkan api yang sudah marak.

Aku mendengus lalu tersenyum manis kepadanya. " What? " macam lah aku nih kejam sangat kepadanya.

" U tak bolehlah marah i selalu. Kalau tak, i tak nak maafkan u. "

Aku terpukul dengan syaratnya. Memang aku selalu marah dia ke? Mana ada! Eh kejap, tak adalah selalu marahkan dia. Memang lah, ada lah jugak marahkan dia, tapi tak selalu!

" Eh, aku mana ada selalu marah kau? " bantah aku dengan syarat mengarutnya itu.

" Hmmm, are you sure? Okay, senang ceritanya, dekat kolej kan u selalu tak hiraukan i kan? U kena layan i. "

Aku menjenggil mataku yang memang aslinya bulat.
" Huh, nonsense. "

" Ha, tengok tu, mula nak marah. " Arash mengetuk ngetuk stereng keretanya.

Aku berfikir sejenak. Fikir dia tu suami aku ke nak aku layan dia je. Banyak lagi kerja aku nak buat dari melayan dia.

" Ish, yelah. Tapi tak adanya nak layan kau sentiasa je. Aku cuma boleh borak dengan kau bila perlu je. Hal mengarut aku tak nak. " aku mengalah. Berdosa tak berkat hidup kalau buat salah tak mintak maaf.

Arash tersenyum. " Deal! "
Arash terus menyambung pemanduannya.

Aku memejam mata erat. Apalah nasib aku nih.

___________
Setelah sampai di rumah, baru sahaja aku mahu keluar dari kereta, Arash menahan aku.

" Nak apa? " soalku pelik.

Aku melihat Arash mengambil beg di seat belakang. Dia menghulurkan beg itu kepadaku.
Aku memandangnya pelik.

" Apanih? " aku mengerut dahi memandang beg itu.

" Nih semua assigment i. I bagi pinjam memandangkan masa tu u tak datang sebab kaki tu. U jangan risau, semua assigment tu, i dah siapkan. U bolehlah tengok tengok. " ujar nya.

Aku mengambil beg itu. " Thank you but kau tak perlulah nak susah susah! Aku boleh tengok Husna punya. "

Arash menghela nafas. " Janganlah nak susahkan dia. Tak apa, u boleh tengok i punya, i tak kesah. " tegas Arash.

Aku mengalah. " Thank you, aku boleh
keluarkan? " soalku seperti budak kecil meminta izin ayahnya untuk keluar bermain.

Arash tergelak lalu mengangguk.
Aku terus keluar. Aku masuk ke rumah setelah kereta Arash hilang dati pandangan.

Tanpa sedar aku tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience