Series
5441
UHUK UHUK
Arash segera menghulurkan gelas air terlebih dahulu dari mamanya. Mukanya jelas risau apabila melihat aku tersedak.
Aku menyambut, lalu dengan perlahan aku meneguk air sehingga habis.
" Ya Allah, makanlah betul betul, Diya. Macam mana boleh tersedak nih? " Puan Norimah mengurut belakang badanku lembut.
Bergenang air mata aku kerana tersedak. Hush, penangan betul Arash nih!
" U okay? " soal Arash apabila melihat air mata aku bergenang.
Aku hanya menganggukkan kelapala perlahan.
" Alhamdulillah, dah okay. Diya naik atas dululah mama. Diya dah kenyang. " perlahan aku bangun lalu beredar dengan kaki terhengkot hengkot.
Puan Norimah dan Arash menghantar aku dengan pandangan sehingga aku menghilang masuk ke bilik.
" Ada apa dengan Diya tu? Tadi okay je! " soal Puan Norimah pelik.
" Entahlah, ma! Mungkin sebab Arash kut. " macam lah dia tidak tahu yang Diya memang tidak suka kan dirinya.
Tidak ada guna kalau kita suka orang itu, orang itu tidak sukakan kita. Ibarat tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
" Kenapa? Arash gaduh dengan Diya ke? Semalam Diya okay je dengan mama. "
" Tak adalah sampai gaduh ma. Cuma, Diya ni complicated sikit. Dia nih tak suka dekat lelaki. " terang Arash. Serta merta dia teringatkan Helmi. Hanya lelaki itu sahajalah yang menarik minat Diya.
Hendak dibandingkan muka, dia rasa dia handsome sedikit dari Helmi. Tetapi kenapa Diya tidak pandang akan dirinya. Dia juga tertanya kenapa Diya rapat dengan Helmi sedangkan lelaki lain tidak?
" Maksud Amri, macam Diya nih jual mahal lah. " teka Puan Norimah.
" Lebih kurang macam tulah. Cuma, ada sorang lelaki jer yang Diya rapat. "
" Tadi bukan ke Amri cakap, yang Diya tak rapat dengan lelaki. Ni kenapa tiba tiba cakap dengan mama yang Diya rapat dengan seorang lelaki? " pelik betul melihat anaknya. Sudah seperti putus cinta lagaknya.
" Entahlah, ma. Kawan Amri cakap yang Diya cuna rapat dengan sorang lelaki jer. Tapi yang lain, Diya memang tak layan. " terang Amri dengan jelas.
" Lah, ini yang membuatkan anak mama nih muncung jer. Jealous rupanya! Bila kita sayangkan seseorang mesti ada perasaan cemburu tu. Tapi, Amri tak bolehlah mengalah. Amri kenalah berusaha lebih sikit kalau betul Amri sukakan Diya. Tak bolehlah, Amri cepat putus asa. Perempuan nih, cuma nak attention. Dia rasa bila lelaki tu bagi attention dekat dia, dia rasa dihargai. So, mama cadangkan Arash tak boleh putus asa. Pikat hati Diya tu. Best jugak kalau mama ada menantu. "
Arash tersenyum. " Apa kata mama masuk meminang jelah Diya tu. Arash tak nak Diya terlepas dari sesiapa. " cadang Arash.
Waalupun seperti tidak masuk akal, dia lantakkan ajalah. Dia memang betul betul pasti yang Diya tu boleh bahagia kan dirinya dan pemilik tulang rusuk kirinya. Dia tidak boleh biarkan sesiapa mengambil Diya darinya.
" Mama boleh jer, cuma kita kenalah bincang dengan Diya jugak. Tak boleh lah kalau Arash je yang setuju tapi Diya tak! Mama nak, hubungan kamu sampai ke tua nanti. Tak mahulah bercerai. Kalau ada masalah, bincang elok elok. Bukan terus jatuhkan talak. Mama tahu anak mama nih kalau marah. Memang tak betul jadinya. " sempat Puan Norimah mengingatkan anaknya.
Arash tersenyum kelat. Nak ke, Diya dengannya? Dia juga tidak pasti. Tetapi dia tetap mahu Diya sofea itu memjadi miliknya. Sejak pertama kali melihat wajah Diya, hatinya sudah terpaut. Walaupun berkali kali Diya menolak, dia tetap mahu Diya juga.
Sedangkan boleh sahaja dia menyukai perempuan lain. Ramai sahaja perempuan di luar sana menyukai dirinya, tetapi sejak mengenali Diya Sofea, hatinya setia pada yang satu. Tak ada apa yang boleh buang perasaan dia terhadap Diya Sofea.
___________
Aku membaringkan tubuhku di katil. Entah kenapa aku ashik memikirkan hal tadi. Aku juga tidak boleh jelaskan perasaan nya sekarang ini. Adakah aku marah, sedih, happy? Tetapi aku juga tidak faham dengan diri sendiri.
Perlu ke aku ada perasaan sebegitu pada Arash? Aku pasti aku tidak menyukainya. Pasti 100% pasti. Tetapi, kenapa fikiran ini hanya terbayangkan wajah Arash?
Aku tidak mahu perasaan 5 tahun hadir kembali. Biarlah perasaan itu tidak hadir. Aku tidak mahu kecewa lagi!
Air mataku mengalir apabila teringatkan kenangan lalu. Sungguh menyiksakan. Hati aku masih belum pulih walaupun aku cuba untuk merawat.
Apabila teringatkan wajah Arash, perangainya sama seperti.....
Iman!
____________
FLASHBACK,
"Hi, saya Iman! Awak Diya Sofea kan. " sapanya dengan senyuman manis menampakkan kedua belah lesung pipitnya.
Aku terkejut apabila pelajar baru ini menyapa aku. Aku tahu pun, kerana Husna memberitahu aku. Mukanya boleh tahan jugaklah, handsome. Tinggi nya lebih kurang 175 cm. Tinggi!
Aku membalas senyumannya. " Hi, ye saya Diya, Diya Sofea. Kalau saya tak silap, awak budak baru tu kan! " teka aku walaupun aku sudah tahu lelaki di hadapanku sekarang ini adalah pelajar baru yang popular.
" Ye, sayalah budak tuh, Iman Anaqi. Tadi, saya perasan awak dekat kantin tadi. Ingatkan nak tegur awak tapi saya malu pulak. " ujarnya malu malu.
Aku tergelak kecil. " Kenapa tak tegur jer. Eh, berdiri pulak duduklah, sini. " aku menepuk nepuk tempat di sebelah aku tanda untuk mengajak duduk di sebelah aku.
" Tak apa ke? Yelah, kita pun baru kenal. Awak tak takut saya buat apa apa dekat awak! " sengaja Iman menguji gadis dihadapannya ini.
Iman tidak tahu kenapa sejak dia pindah ke sekolah baru ini, matanya tertarik melihat gadis ini.
Aku tergelak kecil sebelum menjawab pertanyaannya. " Apa nak dirisaukannya! Kalau awak buat apa apa dekat saya pun, saya boleh karate awak. Lagipun, saya percaya awak bukan lelaki macam tu. Meh duduklah. Kesian saya tengok awak berdiri jer! " balasku bersahaja sambil mempamerkan senyuman.
Iman terus duduk di sebelah gadis ini tetapi masih meninggalkan jarak supaya pelajar lain tidak salah faham.
Kami hanya membisu. Tidak tahu apa yang mahu dibualkan.
Aku tidak tahu kenapa mulutku bagai dikunci seperti ada emas di dalam mulutku. Jantungku berdegup laju seperti berlari marathon sebaik sahaja Iman mengambil tempat di sebelahku.
Seperti Diya, jantung Iman juga mengepam laju seperti setiap hari dia berlatih bermain bola sepak. Tetapi dia merasakan, sesuatu perasaan yang tak pernah dia rasai sejak melihat wajah gadis di sebelahnya ini.
" Awak! "
" Awak! "
Tidak tahu bagaimana kami boleh serentak bersuara.
Kami tergelak. " Ladies first! "
Aku tersenyum. " Hmmmm, tak apalah. " tidak jadi aku mahu bertanya adakah dia mempunyai girlfriend apabila aku merasakan jantung aku bagai hendak terkeluar gila nih. Buatnya dia sudah ada girlfriend, fakehope je nak jatuh hati.
" Eh, macam tu pulak! " ujarnya lalu tergelak.
" Cakaplah, apa yang awak nak tanya, tak bestlah kalau awak cakap separuh je. Kenalah habiskan. " pintanya seperti budak kecik. Manja, comel!
Aku berusah menahan diri agar tidak tersenyum tetapi aku kalah apabila dia meninjau aku apabila aku menunduk.
Aku yang terkejut, terus ke belakang.
" Sorry. " ujarnya apabila dia menyedar dia sudah melampaui batas.
Aku tersenyum nipis. Melihat muka Iman yang mendungnya itu, hati aku memaksa aku untuk bertanya adakah dia sudah berpunya.
" Awak dah ada yang berpunya ke? " soalku laju. Mukaku sudah berona apabila wajah Iman kembali menatapku. Aku mengalihkan pandangan.
Iman tergelak kecil. " Kenapa kalau saya dah berpunya pun? " uji Iman ingin melihat reaksi gadis itu.
Aku terdiam. Serta merta senyuman aku mati. Hampa, kecewa, marah semua ada!
Cemburu, tipulah kalau perasaan itu tidak muncul. Entah kenapa sejak pertama kali Iman masuk ke sekolah, hatinya sudah terpaut. Lagi lagi apabila Iman senyum dan berlatih bermain bola sepak.
KRING KRING KRING
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah habis. Aku bingkas bangun. Aku tidak mahu duduk berlama dengan Iman. Jika dia sudah ada girlfriend aku tidak mahu lah waktu balik nanti aku diserang oleh girlfriend nya.
" Saya pergi dululah. Waktu rehat dah habis. Bye, Assalamualaikum. " aku mahu berlalu pergi tetapi aku berhenti apabila mendengar namaku dipanggil. Aku terus memandangnya dengan senyuman kelat.
" Boleh kita jumpa balik nanti? Saya ada benda nak cakap dengan awak? " pinta Iman. Mukanya menunjukkan dia berharap agar Diya sudi menjumpanya apabila waktu sekolah habis.
" Saya tak tahu lagi. Insya Allah, saya tak janji. " sebersalah untuk aku menolak apabila melihat muka Iman berharap.
Aku terus berlalu pergi untuk masuk ke kelas.
Sesampai sahaja di kelas, semua rakan sekelas perempuanku berkerumun di meja aku.
Aku pelik lalu mengangkat kening. " Dah kenapa korang semua ni berkerumun dekat meja aku nih? Dah tak ada tempat ke nak duduk? Aku tak larat nak pangku korang semua, boleh penyet kut aku. And tempat aku untuk aku sorang je. Tak cukup nak kongsi ramai ramai. "
" Tak adalah nya. Kita orang dengar kau tadi borak dengan Iman pelajar baru yang baru pindah sekolah kita nih. Budak bola pulak tuh! " soal Husna bagi pihak mereka semua.
Aku menelan air liur aku. Haih, mampus aku!
" Dia dah ada girlfriend lah. Korang tak perlu fikir bukan bukan, aku dengan dia tak ada apa. " ujarku bersahaja lalu mengeluarkan buku matapelajaran perniagaan.
" Seriouslah kau nih, tapi aku dengar budak budak bola lah dia cakap yang Iman sukakan kau! " ujar Husna sekali lagi.
Aku terkejut tetapi cepat sahaja aku menidakkan apa yang orang lain kata. Tidak mungkin Iman menyukainya. Sudahlah budak bola, popular pulak tu. Confirm lah ramai fans nya. Tidak boleh aku bayangkan jika aku couple dengan Iman. Mungkin bertambah pendeklah nyawa aku.
" Tak ada maknanya, dia nak suka aku! Kau jangan nak merepek boleh tak! Dahlah, shuh shuh, aku nak buat kerja. Tak payah nak bergosip lagi. "
halauku. Mereka semua mengambil tempat duduk masing masing apabila aku tidak melayan mereka.
__________
Jam sudah menunjukkan pukul 2.05 minit. Sudah 5 minit berlalu waktu sekolah habis. Tetapi hanya Diya sahaja berada di kelas. Tipulah kalau dia tidak takut. Menyesal pula dia tidak mengajak Husna untuk menemaninya. Tetapi kalau diajak, pasti ada sahaja soalan yang mahu ditanya.
Lututnya pun bagai hendak terjatuh. Tetapi dia sanggup untuk tidak mahu berjumpa dengan Iman. Tidak mahulah dia jadi punca Iman tinggalkan girlfriend nya sebab dirinya.
Tetapi yakin sahaja Diya, yang Iman itu menyukainya. Haih, muka sudah cantik tapi tak tahu kenapa masih single.
Apabila jam sudah menunjukkan 2.10 petang aku terus keluar dari kelas. Di luar, pelajar sudah berkurangan kerana telah dijemput ibu ayah pulang.
Aku duduk di tempat yang selalu aku duduk ketika mahu menunggu ayah menjemputku.
TING!
Aku terus membuka handphone ku apabila notification whatsapp dari ayah.
' Ayah tak dapat ambik, Diya! Diya balik dengan Husna eh! ' - AYAH
' Nak balik macam mana, Husna dah balik dulu. ' aku membalas pesanan ayah.
' Tumpanglah sesiapa. Ayah minta maaf sebab tak dapat jemput. Ayah ada meeting last minit pulak. ' - AYAH
Aku mengeluh. Handphone terus masuk ke poket baju kurungku. Aku berjalan perlahan. Tiba tiba sebuah kereta berhenti tepat di hadapan aku.
Empunya kereta itu menurunkan cermin keretanya. " Diya, masuklah. Biar Iman hantar. "
Aku berfikir sejenak. Apabila melihat kereta di belajang sudah banyak, aku terus masuk ke kereta Iman tanpa banyak soal.
Iman terus memandu keretanya. Melihat Iman memakai speck hitam menyerlahkan lagi ketampanannya.
Iman tersenyum apabila dia sedar yang gadis ini memandangnya dari tadi.
" Kita pergi makan aiskrim nak tak? " cadang Iman memecah kesunyian.
Aku tersedar. " What? Apa tadi awak cakap? " soalku. Mana tidaknya, dari tadi aku pandang sahaja wajah Iman walaupun aku tidak dapat melihat matanya akibat speck hitam itu.
" Makan aiskrim. Panas lah cuaca sekarang nih. " ulang Iman lalu menunjukkan senyumannya itu.
" Ouhh, tapi saya kena balik. Takut ibu ayah marah pulak? " sengaja aku mencari alasan.
" Bolehlah, Diya. Lagipun ada benda saya nak cakap dengan awak. " Iman memandang wajahku sekejap sebelum matanya fokus memerhati jalan.
Aku sebersalah. Aku tak nak girlfriend Iman cemburu tetapi aku nak dengar apa yang penting sangat Iman nak beritahu aku. Akhirnya aku setuju sahaja.
____________
Setelah sampai di kedai aiskrim dan membuat pesanan, aku hanya diam tidak bersuara. Hati aku meronta ingin tahu apa yang Iman nak beritahu aku.
" Kenapa awak macam tak selesa jer dengan saya? Tadi masa rehat okay je. Ke awak dah tak nak kawan dengan saya? " soal Iman apabila melihat gadis itu hanya senyap dari tadi. Hanya dia sahaja yang rancak berbual.
" Huh? Tak ada apalah. Mungkin saya baru keluar demgan lelaki kut. " tipuku tetapi aku memang tak pernah keluar dengan lelaki.
" Hmm, sebenarnya saya ada benda nak cakap dekat awak. Sejak pertama kali saya jumpa awak.... " kata kata Iman terhenti apabila pelayan datang mahu menghantar minuman kepadanya.
Tidak pasal pasal aku mencarut pelayan tadi apabila memotong percakapan Iman. Hati aku sudah berdebar.
" Saya sukakan awak. " Iman lega apabila dia sudah meluahkan segala isi hatinya pada Diya.
Hati aku bagai hendak tercabut. ' Betul ke apa yang aku dengar nih? Haraplah ni bukan mimpi! ' desis jati aku.
Tidak berkelip aku memandang wajah Iman. Aku tersedar.
" Err... tapi bukan ke awak dah ada..... "
Iman tergelak kecil. Niatnya hanya mahu bergurau tetapi dia tidak tahu lah yang Diya menganggap gurauannya serious.
" Tak, saya saja uji awak. How about you? " tidak segan silu Iman bertanya.
Mukaku berona. Diam diam aku menganggukkan kepala.
Iman tersenyum mekar. Jelas lesung pipitnya.
" So, kita couple lah nih? "
Perlahan aku menganggukkan kepala sambil tersenyum. Muka jangan cakaplah, sudah merah seperti udang sudah dimasak.
Sejak dari itu, aku lebih banyak tersenyum. Iman mengajar aku erti cinta dan aku tidak pernah menangis apabila aku bersamanya.
END FLASHBACK
____________
Sehinggalah satu hari.....
Membuatkan hati aku tertutup mana mana lelaki. Aku berasa aku tidak layak untuk mencintai atau dicintai. Aku punca Iman sudah tidak ada lagi di dunia ini.
Air mata tidak henti mengalir mengenangkan peristiwa lama.
Share this novel