Series
5441
Setelah habis kelas, kami bertiga pergi singgah ke kafe. Kami mengambil tempat duduk di bawah kipas.
" Korang nak air apa? Biar aku order. "
" Macam biasalah Helmi. Hmm, nak roti satu. " aku memesan menu yang sentuasa aku order iaitu milo ais bersama roti jagung.
" Tu aku tahu tu. Husna ni ha. Tahulah dia ni, suka bertukar menu. " ujar Helmi dengan sengihannya.
Husna mencebik bibir. " Kau ni kan sama je dengan Diya lah. Korang berdua tak habis kan sakat aku. Kesian aku. Sesuai lah korang berdua nih suka menyakat. Eloklah nikah terus. "
Aku dan Helmi terdiam. Tidak lama kemudian kami ketawa. " Apa benda nya kau nih, tak nak lah kahwin. Muda lagi kut aku. Kenelah enjoy dulu. Apa, fikir pasal kahwin. " aku memang tidak terfikir untuk kahwin buat masa ini. Umur aku baru sahaja 21 tak akanlah nak kahwin. Tak terfikir pun.
" Okay aku bagi contoh eh, contoh! Kalau budak dekat kolej kita nih masuk minang kau, kau terima tak? Yelah kan sama kolej mesti kenal kan. So kau terima tak. Macam pilihan keluarga gituu."
soal Husna sambil silih berganti memandang aku dan Helmi.
" Apa benda kau merepek nih? Kau demam ke? Macam kau tak tahu perangai aku macam mana. Memang taklah walaupun kenal pun. Prinsip aku kahwin umur 27 tahun bukan 21. Macam kau tak kenal pulak aku. " ujar ku lalu menjeling Husna. Apa benda lah perempuan nih merepek sampai isu kahwin diperginya. Malas aku layan.
" Cubalah kau tanye Helmi tuh bila nak kahwin. Sekarang nih Helmi dah handsome pandai bergaya. Kau tak nampak yang perempuan yang selalu mengata Helmi tu pandang dekat dia. Terhegeh hegeh dekat dia. Kau taknnak pulak tanya Hekmi bila nak kahwin? " soal ku apabila terlihat sekumpulan perempuan yang sibuk memerhati Helmi.
" Kenapa aku perlu tanye dia sedangkan dia tengah tunggu kau. " Husna menutup mulut apabila terlepas cakap.
Helmi memandang tempat lain apabila mataku terus memanah ke arah matanya. " Kenapa kau cakap macam tu? "
" Eh, Helmi aku nak ais kosong dengan roti cheese. " Husna sengaja menukar topik perbualan. Helmi hanya mengangguk lalu pergi ke tempat membuat pesanan.
" Oi, aku tanya kau nihh! " aku menolak lengan Husna apabila dia masih membisu dengan pertanyaan aku tadi.
" Apa? Kau tanye apa? " soal Husna pura pura tidak tahu. Padahal di hati sudah beristigfar. Kalau boleh nak dilempang sahaja mulutnya.
" Yang Helmi tunggu aku tuh. Tunggu apa? Apa maksud kau? Aku tak faham. "
Husna teragak agak. " Err, sebenarnya aku cakap macam tu... " Husna melarikan pandangan apabila mataku masih memandang anak matanya.
" Yelah kan kau kan anti lelaki. Dengan Helmi je kau okay! So, bolehlah tu kan korang kahwin. " laju sahaja Husna cakap. Tetapi dia tidak memberitahu yang Helmi sukakan pada kawannya itu. Dia sudah berjanji dengan Helmi. Dan yang paling penting, Diya mestilah tahu dari mulut Helmi sendiri bukanlah dari mulut orang.
" Hah! Mengarut lah kau nih. " aku terhenti apabila Arash dan Danial mengambil tempat duduk berhadapan dengan aku dan Husna.
" Hi Husna, Diya! " sapa Danial mesra. Arash tersenyum memandang aku. Aku menjelingnya apabila mata kami bertembung.
" Hi, Danial. " sapa Husna sama intonasi dengan Danial. " Lamanya, Helmi order padahal simple je kan makanan kita tuh. " ujar Husna apabila aku hanya mendiamkan diri sejak Arash dan Danial datang.
" Haah, kejap aku pergi tengok. " aku mahu bangun, tetapi ditahan oleh Arash.
" Takpe, i yang pergi tengok kebetulan i nak order. U duduklah. Kesian u penat penat. " Arash terus pergi ke Helmi tanpa mendengar persetujuan aku.
Aku mendengus kecil. " Hish, fikir suami aku ke suak hati je nak arahkan. " gumamku tetapi boleh didengar jelas oleh Husna dan Danial.
Mereka menahan tawa. " Jangan nak benci benci, Diya. Takut nanti terjatuh suka, parah tu! " pesan Danial.
Aku menjeling Danial. " Kau pun sama tak boleh ke kau ajak kawan kau tu duduk tempat lain. Sibuk je! " aku melepaskan kemarahan pada Danial.
" Eh, aku pulak dipersalahkannya. Arash yang sibuk duduk sini, aku okay je pun sebab ada Husna. " ujar Danial lantas memandang Husna demgan senyuman manisnya.
Husna tersenyum malu. Aku menjeling mereka berdua. Nak muntah!
" Dah kenapa pulak dia nak duduk sini? " soalku pelik.
Danial hanya tersenyum tanpa menjawab pertanyaan aku. Aku yang malas mahu menunggu terus melayan handphone aku sahaja.
Selang berapa minit, Helmi dan Arash tiba dengan sedulang air dan makanan. Pelbagai jenis makanan. Aku dan Husna berpandangan.
" Bukan kita orang order roti je ke? Kenapa siap ada mee goreng dengan nasi goreng nih. Dah lah banyak! Pinggan banyak banyak nih, buat apa? " soal ku pelik sambil menunjukkan pinggan kosong yang dibawa Arash.
" I saje je, order mee goreng dengan nasi goreng nih lebih. Takut lah korang lapar. Ni semua, i belanja. " ujar Arash ikhlas sambil tersenyum memandang aku.
Aku memandang Helmi tanpa menghiraukan Arash. Kadang kadang, rasa jugak aku nih jahat. Tak layan orang dengan baik. Tapi, tu semua ada sebabnya! Aku tak nak kecewa lagi. Aku tak bersedia untuk bukak hati aku setelah pengalaman pahit itu.
Aku tidak tahu, kenapa aku amat tak suka dengan Arash. Mungkin dia pelajar baru sama dengan lelaki yang pernah mencuri hatiku dahulu. Sikap Arash dan dia memang sama. Mungkin sebab itu aku bencikan Arash.
Husna menyiku lenganku. Aku memandang ke arahnya lalu mengangkat kening.
" Kau nih, berterima kasihlah dekat Arash tu dia belanja kita kut. Kesian aku tengok dia. Dia pandang kau je. " bisik Husna.
Aku mencuri curi pandang Arash. Kelihatan dia sedang memandangku. 'Arghh! Dia perasan tak aku curi curi pandang dia? Malunya.!!'
'Eleh, curi curi pandang aku. Tak apa, aku akan buat jugak kau suka dekat aku. Itu janji aku! '
" Hish, lantak dia lah kau nihh. " bisikku juga..
" Korang tak nak duduk ke? Ke, nak berdiri sampai esok macam patung? " perli aku. Setelah itu, barulah mereka berdua mengambil tempat duduk. Aku mahu mengambil pinggan kosong di tangan Arash. Tapi Arash menolak.
" Tak apa, biar i sendukkan. U nak apa, mee goreng ke nasi goreng? " soal Arash sambil memandangku. Dia terus memberi nasi goreng yang telah disendukkan kepadaku tanpa mendengar aku mahu apa.
" Diya suka mee gorenglah. Nah, ambil mee Helmi nih. " Helmi terus menukar mee gorengnya dengan nasi goreng yang Arash sendukkan. Dia bukan apa, dia sengaja membuat begitu kerana melihat Arash itu seperti menyukai Diya. Dia cemburu.
Aku memandang pelik Helmi. Tak pernah pernah guna nama nih, dah kenapa? Kena sampuk ke?
Arash memandang tajam Helmi.
Aku bersilih ganti memandang mereka berdua. Danial dan Husna hanya diam dan terus menyaksiakan drama live cinta tiga segi ini.
" Ouhh, kenapa u tak cakap yang u nak mee? I tak tahu u suka mee. " ujar Arash menahan sabar. Tetapi di hati, hati dia sakit. Cemburu!
" Tak ada apalah. Dahlah, makan cepat. " ujarku lembut. Kesian betul aku melihat muka Arash. Yelah, dia dah belanja tetapi aku pulak tak layan dia dengan baik.
____________
Setelah habis makan, kami terus menuju ke library. Seperti biasa aku akan mencari buku di rak buku favourite. Nasib memang menyebelahi kami, hanya kami sahaja yang ada di library. Tidak tahu mana pergi pelajar yang lain.
Sedang aku mencari buku, aku terlihat satu buku yang sudah lama kucari.
Aku mahu mencapai buku tersebut tetapi buku itu berada di tingkat atas.
Puas aku melompat lompat untuk mencapai buku tersebut tetapi tidak dapat juga. Aku membuat keputusan dengan memanjat sahaja rak buku itu.
Tiba tiba satu tangan besar mencapai buku yang aku berminat itu. Ketika aku pusing belakang untuk melihat lelaki yang menolong aku itu, aku terkaku. Begitu juga dengan dia. Tidak sangka lelaki itu amat handsome sekali apabila melihat depan depan.
Aku memerhati mata lelaki itu berwarna coklat dan kulit wajahnya putih seperti oppa korea aku.
Senang cerita, memang complete.
" Astagfirullah Diya Arash apa yang korang buat tu? " Husna terjerit kecil apabila melihat situasi aku dengan Arash begitu.
Aku tersedar, aku terus menggelabah. Aku tidak taju kenapa kasut ku begitu licin sampaikan....
" ARGHH!! "
Share this novel