Series
5441
Tanpa aku sedar aku tersenyum. Tidak boleh kuhilangkan senyuman di bibir ini. Mungkin sikap caring Arash benar benar mencairkan hati aku atau wajahnya yang sama seperti Iman? Aku keliru.
" Oii, senyum sorang sorang kenapa? " tegur Husna pelik apabila melihat rakanya tersenyum sorang sorang sebaik masuk ke dalam rumah.
" Husna!!!! " teriakku lalu berlari mendakapnya. Aku memeluk seerat eratnya. Melepaskan rindu!
Husna membalas pelukan Diya. " Aku mintak maaf sebab aku buat kau merajuk. Kau ni pun satu, dah tahu kaki tu sakit, kenapa kau lari. Duduk jelah rumah kurung dekat bilik. Janganlah sampai lari dari rumah. " air mata Husna jatuh apabila mengingat yang semua itu berlaku sebab dirinya.
Aku melepaskan pelukan. Aku mengelap air mata Husna. " Tak adalah. Aku dah maafkan kau. Aku faham. Kemungkinan kalau aku ada dekat tempat kau, mesti aku fikir benda yang sama. "
" Isya mana? Aku tak nampak dia pun dari aku balik tadi. Rindu pulak aku nak bebel dekat dia. " ujarku sambil tergelak.
Rindu hendak membebel pada Isya. Yelah, dia lah yang kena bebel sebab selalu balik lambat. Entah apa nak jadi dengan anak dara tu pun aku tak tahu.
Nak keluar pun, pakai pakaian yang tak cukup kain. Puas dah aku dengan Husan bertazkirah tapi macam tu jugak perangai.
Sebat baru tahu!
" Dia keluar. Lain kali, nak balik tu telefon. Semalam kita chat, tak bagitahu aku pun. Kalau tak, aku boleh masak lauk favourite kau. " ujar Husna. Dia terkejut apabila Diya balik harini.
" Saje nak buat surprise. Tapi aku yang di surprise nya. " aku memuncung bibir.
Dengan selamba Husna menarik bibir ku.
" ARGH, sakitlah bongok! " terus aku memaki Husna. Aku mengusap lembut bibir ku. Sakit!
Husna terpandang beg sandang warna hitam itu. Macam dia kenal, tapi di manakah?
Baru Husna teringat, beg Arash!
" Eh, ni bukan beg Arash ke? " soal Husna untuk mendapat kepastian.
Aku terdiam. Soalan Husna aku membiarkan bagai angin lalu. Selamba aku menukar saluran lain. Mataku fokus menonton drama korea di saluran tvN. Tidak mahu menatap mata Husna punya pasal.
" Oi! Betulkan? Ni, beg Arash. Kau jangan cakap, orang yang tolong kau tuh, Arash! " soal Husna lagi.
Aku memejam mata erat. Aku pura pura menguap.
" Ish, Diya apanih?! Jawablah. " gesa Husna.
" Maknanya, yang hantar kau tadi, Arash! Dia bagi kau pinjam beg dia. " teka Husna lagi.
Aku hanya membiarkan Husna. Pura pura tidak dengar lagi bagus!
" Ha, patutlah kau senyum. Kau suka Arash eh! " Husna terjerit.
Mataku terus terbuka luas. " Kau merepek apa gila! " jeritku.
' Arghh!! Aku suka Arash ke? Ish, memang taklah. Dahlah, nak maafkan orang pun bersyarat. Merepek betul dia tuh. Tak ada maknanya aku nak suka lelaki macam tuh. ' desis hatiku.
" Apa? Betulkan apa yang aku cakap. " Husna mengambil beg sandang Arash lalu dibuka. Terlihat semua assigment yang telah disiapkan.
" Aku rasakan, Arash tu suka kau lah, Diya. Yelah, sebab dia bagi kau pinjam assigment. Ha, lupa aku nak bagitahu kau, Isya dia cakap dia nak kenal dengan si Arash tuh. Sebab dia baru tahu yang Arash tu sama kelas dengan kita. Pastu, adalah juga aku tengok Isya borak borak dengan Arash, semalam. Tapi, macam Arash tu tak minat. Ha mungkin betullah kut, dia suka kau. Setia pada yang satu. " cerita Husna.
Aku terdiam. Kenapa tiba tiba hati aku sakit apabila dengar cerita Husna? Tak akanlah sebab Arash caring aku boleh jatuh suka dengannya. Tapi, kenapa dia mesti ajak aku kahwin? Apa tujuan dia? Tapi kenapa Isya mesti mahu berkawan dengan Arash? Bukan ke dia ramai lelaki lain?
" Aku masuk bilik dulu, penat. " aku terus bangun masuk ke bilik tidak kulupa beg Arash.
Husna memandang rakannya itu. " Kenapa? Aku salah cakap ke? Tak akanlah, jealous kut? " Husna berfikir sejenak. Dia terus menutup tv lalu mahu pergi ke bilik Diya. Takut juga kalau kata kata nya mengguris hati Diya.
___________
Aku meletakkan beg sandang Arash ke kerusi belajar aku. Aku membaringkan tubuhku. Nafas dihela. Mata dipejam.
Aku teringat senyuman Arash selerti senyuman yang selama aku rindui.
Iman!
Air mata ku perlahan jatuh.
" Kenapa awak tinggalkan saya, Iman. Awak dah janji dengan saya yang awak akan sentiasa dengan saya, buat saya happy. Tapi, kenapa semua janji awak mungkiri? Kenapa awak boleh bahayakan saya sekejap jer. Saya rindu awak Iman. " rintihku dengan air mata berlinangan.
" Kalau saya tak marah awak masatu, mesti awak tak accident. Mesti awak tak tinggalkan saya. Saya salah. Kenapa saya tak dengar penjelasan awak dulu. Maafkan saya Iman. "
Husna memerhati dari tadi. Menitis air matanya melihat keadaan rakannya itu. Mesti Diya rindukan Iman. Dia menghampiri rakannya lalu memeluk Diya. " Kau janganlah nangis, Diya. Ni semua bukan salah kau. Semua yang terjadi nih ada hikmahnya. Kau jangan nak salahkan diri kau. Kau tak tahu apa pun akan terjadi lepas tu. Please dont blame yourself. Semua yang terjadi pasti ada hikmah. " Husna menenangkan Diya.
Sejak Iman tiada, Diya dah tak seceria dulu. Dia dah tak rapat dengan lelaki. Diya juga tidak lagi bercinta. Takut, jika perkara sama berulang. Diya bekukan hatinya untuk orang lain. Ramai yang suka kepada Diya, pasti Diya menolak.
" Aku tak layak dengan siapa siapa. Aku tak layak. Aku rasa aku punca Iman tinggalkan aku. Aku memang tak layak dengan dia. Dia lelaki yang baik. Aku yang jahat. Ashik nak salahkan dia. Aku selfish! Aku fikir hati aku je, hati dia aku tak fikir pun! Aku tak dengar pun penjelasan dia apa punca dia datang lambat masatuh. Semua salah aku. " mata sudah merah akibat lama menangis.
" Diya! Please, jangan salahkan diri kau! Kau tak salah. Kau buat perangai macam nih, macam kau tak terima qada qadr Allah. Berdosa Diya! Kau tahu tak! " marah Husna. Dia mengelap air mataku dengan lengan bajunya.
Aku terdiam. Ada betulnya apa yang Husna cakap. Aku tak boleh macam nih. Aku kena kuat!
" Macam nilah kawan aku. Aku tak nak kau nangis lagi sebab Iman. Salah kan diri kau. Lupakan Iman start new life. Aku nak Diya yang ceria bukan sedih je hidup dengan kenangan lama. Please Diya. Kalau kau sayang aku, kau berhenti ingat hal lepas. Kalau Iman tahu nih, dia mesti tak suka. Bukan salah kau! " pujuk Husna apabila dia sudah menengking Diya. Tetapi itu semua untuk kebaikan Diya.
" Sorry Husna. Thank you sebab dengar luahan aku. Lega sikit hati aku bila dah luah dekat kau. Aku bersyukur sangat sebab Allah kirimkan kawan yang macam kau. I love you. " aku memeluk Husna erat.
" Tak apalah. Love you too. " Husna melepaskan pelukan. " Disebabkan baju aku basah sebab air mata kau, aku nak kau belanja aku baju. Boleh tak? "
Aku meletakkan tangan kepada dagu. " Nanti lah aku belanja. Tunggu aku dapat duit dulu. " balasku dengan sengihan.
___________
Seperti biasa aku dan Husna datang awal ke kuliah. Tapi sengaja aku mengajak Husna supaya datang lebih awal kerana aku ingin menyiapkan assigment yang lepas. Ingatkan Husna sudah siap, rupanya tak siap lagi. Pemalas betul. Adalah hikmah juga, Arash tegas memberi aku pinjam assigment nya kerana tahu Husna tak siap lagi.
" Fikir kau dah siap, rupanya tak! Nasib baik lah Arash bagi aku pinjam assigment dia. Kalau tak, haish ontahlah. Tapi, aku memang ada alasan kalau aku tak dapat siapkan, kau? Takdo! Pemalas betul kau nih. "
" Ewah ewah sesuka hati kau je nak mengutuk. Dahlah depan depan pulak tu! Eh, jadi betullah nih assigment Arash. Ha, kan aku dah cakap! Mesti dia suka kau nih! " Husna menyakat aku.
Aku mengetap bibir geram. Mulut ni pun satu, tak reti betul nak jaga. Elok jugak, Husna tarik mulut aku semalam. Tapi, jadi balik. Ish, mulut nih tak reti jaga rahsia lah.
" Entah manalah aku tahu. " aku menyambung membuat assigment bagi mencover malu.
" Alah, malu lah tu! Macam mana, best tak duduk dekat rumah bakal mak mertua. " Husna tidak lagi habis menyakat rakannya itu.
Aku hanya mampu menahan sabar. Api sudah mula marak. Ada juga aku campak Husna dekat luar nanti. Mati satgi!
Husna berhenti bersuara. Aku pelik!
" Kenapa kau berhenti pulak? Mulut dah bisu ke? " soalku apabila tiba tiba sahaja Husna terdiam. Dah kena rasuk hantu ke?
Tapi tak pernah pulak aku dengar kolej nih ada kes histeria. Ker ada orang hantar santau kat Husna?
" Oi, Husna! Kau dah kenapa? Kau kena rasuk ke? Kau jangan macam macam, aku dahlah penakut. " aku berdiri berkira kira mahu meninggalkan Husna.
Baru sahaja aku ingin pusing ke belakang, aku terkejut apabila melihat seorang lelaki berada di hadapan ku. Sangat dekat jarak kami.
Aku mendongak memandangnya.
Arash!
Kami bertatapan buat seketika. Kami tersedar apabila Husna memanggilku.
Aku menutup mukaku dengan buku. Aku duduk kembali di tempat duduk.
Arash tersenyum melihat gelagat ku. Dia mengambil tempat duduk di sebelahku manakala Danish duduk di sebelah Husna.
Aku masih tidak sedar Arash duduk di sebelahku. Akibat malu punya pasal.
Aku membuka mata sekejap memandang Husna. Husna tersenyum memandangku. " Dia dah bla ke? " soalku dengan gerakan mulut.
Husna yang faham maksud rakannya, sengaja mengenakan Diya. Baru dia tahu, suka hati je dia cakap kena santau lah kena rasuklah.
Husna mengangguk sambil menahan tawa.
Aku beranikan diri mendongak kepala. Huh, lega. Mataku meliar mencari bayangan Arash. Tiada!
" Cari apa, cara i ke? " soal Arash menahan tawa.
Aku memandang di sebelah kiriku. " Ha, ye! " jawabku lalu mataku kembali meliar.
Eh, tu bukan ke Arash! Aku memandang sekali lagi. Terbuntang mataku.
" Hai! " sapanya dengan senyuman.
Aku kembali memandang semula assigment aku. Malu! Tidak tahu lagi aku mahu sorokkan muka aku di mana? Ada juga aku lari. sekuat hati tetapi hanya mampu dalam hati.
Share this novel