Series
5441
Apabila mendengar jeritan, Helmi dan Danial berlari menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya apabila Helmi melihat Arash menyambut Diya dengan memeluk erat pinggang ramping milik Diya manakala Diya pula berpaut pada leher Arash. Dia kecewa.
" Are you okay? " soal Arash cemas. Tangan Arash masih melingkar ke pinggang Diya.
Diya tersedar. Dia terus menolak Arash sampaikan Arash terjatuh. Baru sahaja dia hendak melangkah, kakinya tiba tiba sakit.
" Argh! " aku terus duduk di lantai apabila aku sedar kakiku sudah terseliuh.
Helmi terus pergi ke Diya laku duduk di sebelahnya. " Mana yang sakit? Sini, biar Helmi urutkan. " baru sahaja Helmi mahu menyentuh kakiku aku menghalang.
" Tak payahlah, Helmi. Lagipun, kita bukan mahram mana boleh sentuh sesuka hati. " tolakku sopan. Aku tidak mahu Helmi terasa.
" Tak apalah, biar aku je yang tolong. " Husna terus memapah aku ke kerusi.
Danial, Helmi dan Arash terus pergi ke arah kami berdua.
" I'm really sorry Diya. I tak patut muncul dekat belakang u masa tuh. Tapi niat i nak tolong jer. Takpe, i hantar u dekat klinik lah bagi menebus kesilapan i. " ujar Arash dengan ikhlas. Jelas terpampar pada wajahnya bahawa dia begitu risau denganku.
Aku hanya tersenyum nipis. " Tak apalah, aku okay je. Nanti Husna urut kaki aku, aku akan okay. "
Arash tersenyum. Akhirnya dia berjaya untuk membuatkan Diya bercakap lembut dengannya. Dia bersyukur. Jika boleh, sekarang juga dia mahu mengajak Diya jadi girlfriendnya.
Dia tidak tahu kenapa dengan dirinya? Walaupun Diya melayannya dengan kasar, dia tetap tak boleh berhenti kacau gadis itu. Sekarang ini, dia gembira kerana dapat membuat wanita itu bercakap dengannya.
" Eh, aku pulak yang kene urutkan kau. " Husna tercengang apabila selamba sahaja Diya memetik namanya untuk mengurut kakinya yang bengkak itu.
" Yelah, habistu siapa lagi. Nak harapkan Isya tu memang taklah. Kalau dia urut kaki aku pun selepas dia dapat sesuatu. Kalau dengan kau, jimat sikit duit aku. " selamba sahaja aku mengutuk Isya.
Mereka yang berada di situ tergelak.
" Korang bertiga dipersilakan keluar, aku nak mengurut budak yang kaki bengkak nih. " arah Husna lalu memicit kaki ku yang bengkak itu.
" ARGH, sakitlah bongok! " aku menjerit kesakitan lalu melempang bahu Husna demgan sekuat hati.
Giliran Husna pula mengerang kesakitan.
" Dahlah, kita orang keluar dulu. Nanti apa apa yang kau nak call aku je tau Diya! " pesan Helmi sebelum keluar dari library.
Aku hanya mengangguk lalu menunjukkan bentuk piece. Helmi tersenyum. Hilang rasa sakit hatinya seketika. Tetapi dia hendak tahu apa yang jadi antara Diya dan Arash.
___________
Selepas danial, Helmi dan Arash keluar dari library, Husna menyiasat aku seperti polis.
" Macam mana kau boleh berjarak rapat dengan Arash tuh sedangkan kau alergic gila dengan dia? Lepastu, kalau bukan aku yang tegur macam mana? Buatnya Helmi ke Danial ke kau tak fikir ke Diya. " soal Husna bertalu talu.
" Kau nih kan soal aku macam tu macam aku nih tak tahu agama pulak. Okay aku jawab persoalan kau. First, aku nak ambik buku dekat rak atas tu tapi tk sampai. Tu aku panjat rak tu. Masa aku nak ambik tu, tiba tiba ada tangan orang yang capai. Aku nak tengoklah siapa orang tu. Aku tak tahulah jarak kita orang rapat macam tuh. Kita dah kenal lama kan Husna, sampai hati kau! Kau macam tak percaya aku. " jawabku dengan kecewa. Tidak sangka Husna menganggap aku sengaja buat begitu untuk menggoda Arash. Walaupun dia tak sebut, aku tahu cara dari dia tanya aku sudah boleh agak.
Aku terus bangun untuk pergi tetapi kaki ku masih berdenyut. Aku menggagahkan diri aku untuk berjalan. Walaupun, Husna menghalang, aku tetap berdegil untuk pergi.
Aku menghempas pintu library dengan kuat. Selepas keluar dari library, air mata turun laju di pipi. Tidak sangka kawan baiknya sendiri tak percaya akan dirinya. " Ni semua salah kau Arash! Aku benci kau! Sebab kau, kawan aku sendiri tak percayakan aku. " aku meraung. Tangis aku semakin teresak esak.
Mujur tidak ramai pelajar. Ada juga yang pandang aku pelik kenapa aku menangis. Tetapi aku hanya mengendahkannya.
Aku paksa kakiku untuk berjalan walaupun kaki ku masih berdenyut denyut. Aku berhenti di bus stop lalu duduk di bangku yang tersedia.
Aku menangis sepuas puasnya. Hati aku sakit kerana telah ditiduh bukan bukan oleh kawan aku sendiri.
Tiba tiba sebuah kereta berhenti di hadapanku. Pemuda itu berdiri di hadapan aku. Aku mendongak memandang siapa gerangan yang di hadapanku walaupun agak samar kerana mata aku seperti berat untuk buka. Dia tersenyum memandang muka aku. Aku terus tidak nampak wajah lelaki itu kerana pandangan aku sudah gelap.
____________
Husna menutup wajahnya. Tidak sangka dia boleh berkata begitu. Dia sudah lama kenal dengan Diya tetapi kenapa dia seperti baru mengenali kawannya itu.
" Ish, aku tak patut soal dia macam tu. Kenapa kau nih bodoh sangat Husna! Kau dah lama kenal Diya, kenapa kau masih nak tanya soalan yang tak masuk dek akal itu. " Husna tidak berhenti mengutuk diri sendiri. Dia berasa sebersalah. Sudahlah, kalau Diya merajuk memang lama.
Dia terus mendail nombor telefon Diya. Tetapi tidak dapat. " Diya, kau pergi mana nih? Aku risau lah. " Husna mengambil keputusan untuk mendail nombor Helmi pula.
" Hello, Helmi! " sapa Husna setelah Helmi menjawab panggilannya.
" Ha, ada apa call aku nih? Diya okay tak? "
" Aku call kau nih sebab Diya. Aku tanye lah dia kejadian tadi. Lepastu kita orang gaduh. Diya dah pergi tapi aku tak tahu dia pergi mana. Aku risaulah. Kaki dia bukan elok lagipun. Dia pergi tadi pun, aku tengok seksa dia nak berjalan. " terang Husna panjang lebar.
" Ya Allah, kenapa boleh jadi macam tu. Nasib baik aku belum sampai dekat rumah lagi. Kejap, aku datang jemput kau lepastu kita cari Diya dekat mana mana. "
" Okay, cepat sikit. Risau aku dengan Diya. Entah mana dia pergi. Aku tahu dia tak akan balik rumah. Kalau Diya marajuk dengan kita orang dia tak akan balik rumah sebabtu aku paling risau kan dia tuh. "
" Okay, aku letak dulu. "
___________
Aku membuka mata perlahan. Aku melihat bilik ini amat asing bagi aku. Aku terus bangun dari baringan. Aku melihat diriku sudah berpakaian lain. Aku mencari telefon bimbit. Ternyata sudah pukul 8.00 malam. Aku bingkas bangun untuk pergi ke bilik air. Sudahlah aku belum solat zuhor, asar. Sudah pukul 8 kejap lagi hendak masuk waktu isyak.
Tiba tiba seorang perempuan yang sudah sedikit berumur masuk. " Eh, adik dah bangun. Lama nak tunggu adik nak bangun. Akhirnya adik bangun juga. " ujar perempuan itu.
" Tadi anak mama ada panggilkan doctor suruh check kaki adik, cuma terseliuh sikit je. Nasib baik tak patah. " sambungnya lagi.
Aku hanya senyum sahaja. Aku gagahkan diri untuk bangun walaupun kaki ku masih berdenyut.
" Saya kena panggil apa ya? " soalku lembut. Aku mengetap gigi menahan kesakitan.
" Nama mama, Norimah Diya kene panggil mama tau. " kata Puan Norimah kemudian tersenyum. Dia melihat wajahku yang mengetap gigi menahan kesakitan. " Sini, biar mama papahkan adik ya! Kesian mama tengok adik. " Puan Norimah menolong aku untuk ke bilik air dan mengambil wudhu'
Aku memakai telekung yang diberi oleh perempuan itu. Dia tersenyum memandang wajah aku.
" Cantik adik nih. Mama nak sangat anak perempuan tapi takde rezeki. Boleh kan, mama anggap adik nih anak mama. "
Aku hanya tersenyum lalu mengangguk. " Nama saya Diya Sofea Erman. " aku memberitahu namaku walaupun perempuan itu tidak tanya. Sampai bila dia mahu panggil aku adik sedangkan aku mempunyai nama.
" Cantik nama seindah orangnya. " ujarnya dengan senyuman. " Mama keluar dulu lah. Kacau pulak Diya nak solat. " Puan Norimah terus keluar selepas mengusap kepalaku.
Aku hanya tersenyum sahaja.
Aku membaca bismillah lalu membaca niat.
Allahhuakbar!
___________
Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Tetapi Diya masih tidak balik lagi. Husna dan Isya sudah risau takut apa apa yang terjadi pada rakannya itu.
Semasa pencarian Husna dan Helmi petang tadi, tidak jumpa. Ini membuatkan mereka hanya tunggu untuk Diya pulang ke rumah. Helmi sudah pulang ke rumahnya pada pukul 6.00 petang.
" Apa kata kita report polis je kehilangan Diya nih. Risaulah aku. Takut Diya kene culik ke, rompak ke mesti dia dalam bahaya nih. " cadang Isya dengan cemas.
Air mata Husna tidak berhenti mengalir, dia berasa sebersalah sangat. Bagi dia, kesalahan semua itu datang padanya. " Tak boleh, sebab belum 24 jam lagi. " kata Husna dengan tersedu sedannya apabila sudah lama menangis.
" Hish!! Apa yang kita nak buat nih?! " jerit Isya kebuntuan. Dia tidak tahu lagi mana mahu memcari Diya. Dia ada menyuruh rakan rakannya yang lain untuk mencari, tetapi tidak juga berhasil.
____________
Selesai sahaja solat dan membaca al quran aku gagahkan diri untuk berjalan keluar dari bilik. Tudung masih di atas kepala. Risau risau jika ada penghuni lelaki di rumah ini.
Semasa aku mahu menahan tangga dengan kaki ku yang sakit itu, mama datang menghampiri aku. " Kenapa Diya turun? Mama boleh hantar makanan dekat atas. Kaki Diya masih sakit nih. Buatnya jatuh nanti, kan susah. " soal Puan Norimah lembut.
" Tak apa, tak akanlah Diya nak berkurung dekat bilik je. Biar Diya tolong mama ye! Mana boleh dimanjakan sangat kaki yang sakit nih. Nanti lambat nak baik. " balas ku hanya tersenyum menahan kesakitan apabila aku amhu turun ke tangga.
" Apa nak dimanjakan pulak? Eloklah tu, Diya pun tak akan sakit. Tengok tu, muka berkerut kerut tuh, biar mama tolong ye! " mama memapah aku hingga ke sofa ruang tamu.
Mama mengambil tempat di sebelahku. " Untung mak ayah Diya, sebab dapat anak yang baik, sopan santun, cantik nih. " puji Puan Norimah
Aku hanya tersenyum lalu melilaukan pandangan di sekeliling. Rumah itu sangat besar, perhiasannya pula gaya ala ala vintage. Ruang tamunya sebesar taman permainan. Banyak lampu menghiasi rumah ini. Mesti kaya nih!
" Mama, boleh Diya tanya? " aku meminta izin sebelum memanyakan soalan. Takut sahaja mengecilkan hati.
" Mama tinggal sorang je ke dekat rumah agam besar nih? Kalau Diya, Diya takut. Mama tak takut ke? "
Mama tersenyum lalu mengusap kepalaku yang masih membaluti seluruh rambutku. " Suami mama sudah lama meninggal. Anak mama ada sorang je. Dialah yang bawa Diya datang dekat sini! Kebetulan dia jumpa Diya dekat bus stop sambil menanngis nangis. Lepastu, Diya terus pengsan. Itulah anak mama bawak balik Diya datang sini tuh. " cerita Puan Norimah
Aku hanya mengangguk faham. " Dia dekat mana? Yelah, Diya nak ucap terima kasih. "
" Ouh, dia balik rumah dia semula sebab macam tak manis lah kan dia tinggal juga di sini. Diya ada, dia malulah. "
" Ouhh!! Mama tak takut ke tinggal sorang sorang? Means, kalau Diya tak ada dekat rumah mama nih! "
" Tak adalah, buat apa nak takut. Kadang kadang anak mama adalah juga balik. Tapi bila Diya ada nih, dia malu pulak nak tidur sini. Esok baru dia datang. "
Aku hanya tersenyum.
" Diya, nak makan? Mama dah masak untuk Diya. Tapi tak pastilah Diya suka atau tak! "
" Tak adalah, Diya tak memilih makanan mama. Apa yang ada depan mata Diya makan je. " ujarku lalu tersenyum.
" Kejap, mama pergi ambil. Diya duduk je sini! Nanti makin teruk sakit kaki Diya tuh kalau ashik berjalan. " arah Puan Norimah. Aku hanya mengangguk.
__________
Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Husna masih lagi tidak tidur kerana risau memikirkan nasib rakannya itu. Entah tidur di mana. Tinggal di mana. Dia tidak habis menyalahkan dirinya atas kehilangan Diya.
Isya juga sama seperti Husna. Dia juga tidak boleh tidur kerana mimikirkan rakannya. Walaupun dia selalu cari pasal dengan Diya, Diya tetap layankan sahaja. Sabar dengan perangainya. Dia sudah menganggap Diya itu kakaknya sendiri walaupun mereka hanya berbeza 2 bulan sahaja.
" Aku dah tak tahan aku nak jugak cari Diya. Aku yang punca dia hilang sampai tak balik balik. Argh! Menyesal aku. " ujar Husna lalu terus mengambil kunci kereta miliknya. Tetapi Isya menghalang.
" Dah tengah malam nih, Husna. Bahaya lah. Walaupun kau risau dengan Diya, tapi janganlah sampai cari dia tengah malam nih. Bahaya tahu tak! " Isya terus mendakap tubuh Husna bagi menenangkannya. " Esok kita cari Diya okay. Insya Allah Diya akan selamat. Trust me! "
Share this novel