CHAPTER 3

Romance Series 5441

" Kau okay tak Diya? " soal Helmi risau. Terpampar mukanya risau dengan keadaan aku walaupun aku tidak mengalami apa apa kecederaan.

" Diya, kau nih kenapa main phone masa lintas. Tahu tak bahaya. Kau nih tak sayang nyawa ke? Nasib baik Helmi sempat tarik kau kalau tak? Aku risau apa apa jadi dekat kau. Aku sayang kau tahu tak? " marah Husna lalu memelukku. Aku menolak.

Aku tersenyum. " Aku okay, thank you tau Helmi sebab kau selamatkan aku. Aku terhutang nyawa dengan kau. Dah tak yah lah nak marah marah aku okay kan. " Aku terpandang luka di siku kanan Helmi. Berdarah!

" Dah jom, kita pergi. " ajak Helmi. Dia berdiri lalu menepuk tangannya untuk membuang pasir.

Mana tidaknya semasa Helmi mahu menarik Diya, dia terjatuh nasib baik tangannya sempat menghalang Diya dari terjatuh sekali.

" Eh tangan kau tuh luka Helmi. Kita pergi klinik lah. Tak jadi pergi mall jom kita pergi klinik. Ish banyak darah dekat siku kau nih. Aku nak rawat tapi tak mana aku reti lagipun aku bukan doktor. Kita pergi klinik. " dengan selambanya aku membelek belek siku Helmi.

Helmi melihat tangan aku yang kini memegang tangannya. Husna tersenyum.

Aku yang tersedar perbuatanku amat keterlaluan terus melepaskan tangannya. " Sorry. " aku memandang tempat lain. Aku menutup mukaku yang malu.

" Eh takpelah, Diya. Tak pelah sikit je nih. Nanti dekat toilet nanti aku cuci kah darah ni. Argh tak ada apalah. Tak sakit pun. " ujar Helmi dengan senyumannya.

" Alah kau ni Helmi! Kau tak tahu ke yang kawan kau ni jenis yang keras kepala. Pergi jelah klinik. Kau nak kene bebel ke? Aku tak larat nak dengar bebelan dia nih. Cukuplah aku satu rumah dengan dia setiap hari kene bebel. " rungut Husna apabila Helmi menolak untuk pergi ke klinik.

" Ha dengar tak tu? Nak kena bebel ke? Dah jom. Kereta biar aku drive. Sini, kunci kereta. " aku menghulurkan tanganku.

Helmi teragak agak. " Hish, yelah. " Helmi terus memberi kunci kereta kepadaku apabila aku memberi isyarat maut kepada dia.

Aku terus memandu pergi ke klinik.

__________
Setelah pergi ke klinik, kami singgah ke restoran.
Kami mengambil tempat duduk. Tidak lama itu waiter datang membawa buku menu.

Setelah selesai membuat pesanan aku menasihatkan Helmi. " Dengar tak apa yang doktor tadi tu cakap? Kau tak boleh makan telur dengan ayam. Seafood pun tak boleh nanti gatal gatal. "

Husna menutup telinganya. 'Haish, berdesing telinga aku. Apalah nasib dapat kawan yang ada ciri mak mak nih. ' gumam hati Husna.

Semasa Helmi masuk untuk jumpa doktor, Diya selamba mengikut sekali. Sudah seperti isteri meneman suami. Husna tergelak sendirian apabila mengikatkan kejadian itu.

Aku dan Helmi pandang Husna dengan pelik. 'Dah gila ke kawan aku sorang nihh? Eloklah aku dapat kawan macam dia orang berdua nih. Sorang ashik senyum je lagi sorang tergelak sendirian. ' gumam ku dalam hati.

" Kau dah kenapa gelak sorang sorang? " sialku pelik. Husna masih lagi tergelak.
" Kau nak aku baca yassin dekat sini ke? "

Husna terhenti gelak. " Hoi, pikir aku kene rasuk ke? Takdelah, aku teringatkan kejadian dekat klinik tadi. Dah macam suami isteri lah korang nih. " cerita Husna sambil tergelak.

Helmi tersenyum. Aku mengerutkan dahi tanda tidak faham. " Suami isteri kenapa? Lah, aku teman Helmi masuk jumpa doktor tak boleh ke? Salah ke aku buat untuk kawan baik aku sendiri? " soalku pelik.

Hilang terus senyuman Helmi. 'Dia cuma anggap aku kawan? Aku ingatkan dia jugak ada perasaan yang sama macam aku tapi.. '

Husna yang perasan Helmi terus mengubah topik.
Kebetulan air sudah sampai.
" Huh, hausnya! Diya ambik air aku. " aku menghulurkan air carrot susu kepada Husna.

" Betulkan Helmi? "
Helmi blur! " Betul apa? "

" Aku teman kau masuk sebagai seorang kawan yang prihatin terhadap kesihatan kawan sendiri. Salah ke apa yang aku buat. "

" Eh, tak salah. Thank you lah sebab kau ambil berat pasal aku. " ujar Helmi dengan senyuman hambar.

" Dahlah tak payah lah cakap pasal hal tu. Diya, kau masak spagetti esok boleh tak? Perut aku tiba tiba nak makan spagetti air tangan kau. " ujar Husna lalu melentokkan kepalanya ke bahuku.

Aku menolak kepala Husna. " Hish, kau tahu mintak pastu makan. Tolongnya tak nak. Aku yang masak sorang. Lepastu macam mana nak masak kalau bahan bahan nya takda dekat rumah?" bebelku.

Husna dan Helmi membuat pekak apabila aku sudah membebel.

" Ha tengok tu..bukannya nak dengar saje buat pekak. Nanti pekak betul betul baru tahu. "

" Kita orang dengar lah. Tak pekak lagi. "

Aku menjeling mereka.

____________
Setelah menghabiskan makanan, Helmi membayar. Puas aku dan Husna menolak untuk bayar makanan sendiri sahaja. Tetapi Helmi berdegil. Tidak sangka Helmi lagi degil daripada aku.

Helmi menghantar aku dan Husna pulang ke rumah.

Aku duduk di sofa melepaskan penat. Aku memejamkan mata.
Husna mengambil tempat di sebelahku. Dia membaring di ribaku.

" Hish, beratlah kepala kau. " aku menolak kepala Husna membuatkan dia bangun dari baringan.

" Penat! Kau nih kedekut lah. Nak pinjam riba pun tak boleh. " Husna memasamkan mukanya.

" Aku pun penat. Nantilah, aku nak solat nih. " aku bangun lalu masuk ke dalam bilik.

" HUSNA NASUHA PERGI SOLAT!!! " jeritku apabila aku sudah selesai solat Husna masih duduk di sofa. Siap pejam mata lagi.

" Hish, tak payahlah jerit jerit. " Husna bingkas bangun apabila melihat aku sudah memegang hanger.

" Tahu takut.. "

__________
KEESOKAN HARINYA,

Aku dan Husna masuk kuliah seperti biasa. Pintu bikik kuliah terbuka. Kelihatan Arash dan Danial.

Tiba tiba mata kami bertembung. Aku terus mengalihkan pandangan apabila meihat Arash mengenyitkan matanya.
Nak muntah aku!

Mereka mengambil tempat duduk di hadapan aku dan Husna.

" Hi Diya, Husna! " sapa Arash.
Aku menjelingnya.

Lain pulak bagi Husna. " Hi, Arash!" Husna menjawab apabila melihat aku tidak membalas.

" Sombongnya orang tu. I cuma nak buat baik je, kenapa u ashik tak layan i eh? "

" Perlu ke aku jawab pertanyaan kau? Aku rasa tak perlu kut. " jawabku dengan angkuh. Benci betul aku dengan lelaki yang bernama Arash Amri nih.

" U belum bagi lagi kan number u dekat i. Selagi u tak bagi nombor u dekat i selagi tulah i akan kacau u. " ujar Arash dengan senyuman manisnya itu tambah lagi dengan lesung pipitnya.
Terserlah kecomelan wajahnya itu. Patutlah ramai perempuan tergila gilakan lelaki nih sebab ada lesung pipit.

" Why you pandang i macam tu sekali? U dah jatuh hati dekat i ke? " tidak segan Arash menyoal soalan itu.

Aku mengalihkan pandangan. 'Kenapa aku pandang mamat nih. Ya Allah malunya aku. ' jerit ku dalam hati.
Aku mengambil buku dalam beg lalu membuka pura pura membaca sedangkan menahan malu di hati. Hanya Allah sahaja tahu betapa malunya aku. Dalam hati betapa aku menyumpah seranah atas kebodohan diri sendiri.

" Nampak nya u angaukan i nihh. " Arash masih tidak berhenti menyakatku.

" A...apa kau merepek.... nih? Bila masa.... aku angaukan...kau? " soalku tergagap.
Aku mengutuk diri sendiri apabila aku tergagap bila jawab pertanyaan Arash.

" Tuh, u baca buku terbalik. " Arash mencapai buku yang aku pegang lalu membetulkannya.

Husna dan Danial menahan tawa dari meletus.
Aku cemberut.

' Ya Allah, malunya aku!!!! ' jeritku dalam hati.
" Ish, tahulah. " Aku merampas buku di tangan Arash lalu membaca.

' ARGHHH!!! Malunya aku... mana nak sorok muka nihh. '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience