Series
5441
Lama kelamaan hubungan aku dan Arash rapat. Kadang kadang bila aku tidak hadir atau apa apaesti Arash email atau pinjam kan assigment nya pada aku. Aku terharu, aku dapat rasakan perasaan dahulu itu muncul kembali. Tetapi aku cuba untuk menangkis, tetap tidak dapat! Telatahnya, kebaikannya membuatkan hati aku lagi dekat padanya.
Tapi aku sedar, aku siapa! Ketika hati ini buka untuk menerima cinta, sekali gus halangan datang. Isya meminta untuk aku dekatkan dirinya dengan Arash. Aku tidak tahu untuk buat apa! Biarlah aku berkorban, lepaskan cinta ini pergi.
Kawan lagi penting dari cinta! Aku tidak mahu hubungan aku dan Isya putus sebab lelaki. Biarlah, aku korbankan perasaan ini. Aku reda.
" Diya, kenapa kau termenung jauh je nih? Kau dah sihat? Dah 2 hari kau tak pergi kelas. Arash banyak kali tanya pasal kau. Aku cakap apa yang kau suruh tapi, kenapa kau tak jujur dengan dia yang kau suka dia? " soal Husna lembut. Dia menarik Diya dalam pelukannya. Sudah 2 hari Diya tidak pergi ke kelas. Arash banyak kali tanye pasal Diya kenapa tk datang. Dah jadi bosan nak bagi alasan yang sama.
" Aku tak mampu, Husna! Aku tak kuat. Kenapa aku mesti lalui semua nih? " luahku dengan tersedu sedan. Air mata memang sudah lama mengalir.
Husna menggosok belakang Diya lembut. " Shhh, aku faham, Diya. Kau nangis lah sepuas puas hati kau biar kau lega. Aku tak nak tengok kau macam nih! Please, jadi Diya yang dulu, ceria! Jangan disebabkan lelaki kau jadi lemah macam nih. " pujuk Husna. Setiap hari, memang Diya akan menangis, termenung ingatkan Arash dan Isya.
" Kenapa weyh, kenapa? Sakit sangat hati aku nih! " aku memegang dada aku.
Air mata Husna mengalir melihat rakannya itu. Sedih demgan percintaan Diya. Tapi dia percaya, semua ini pasti ada hikmahnya.
___________
FLASHBACK
" Chak! " sergah Arash apabila melihat Diya khusyuk membaca buku.
" Ma...!! " aku terjerit membuatkan semua pelajar di kantin memandang aku dan Arash.
Arash hanya membuat tidak tahu manakala aku sudah menutup muka dengan buku. " Ish, kau mesti ada bila aku pergi mana mana? Kau stalk aku ke apa? Macam mana boleh taku aku dekat cafe nih? " marahku.
Mata dijenggilkan.
Tetapi tahu sangat si Arash itu, bukanlah si Arash Amri kalau mahu dengar kata. Lagi dilanggar adalah!
Arash hanya tersengih.
Aku memandang tajam padanya.
" Baca buku apa tuh? Sini, nak baca jugak. " selamba sahaja Arash mendekatkan diri dengan aku. Tidak cukup dengan itu, dia menarik buku yang aku pegang membawa ke tengah supaya sama sama kami dapat membaca.
" Ish! Jangan lah dekat sangat! Fikir kita ni halal ke nak dekat dekat? " marahku lalu bangun untuk jarakkan diri dari Arash.
Dia mengikut aku.
Aku mengeluh. Mahu tidak mahu, memang terpaksa!
" Hmm, dah habis ke? I dah habis baca muka surat nih. Next! " selamba sahaja Arash menyelak ke muka surat seterusnya.
" Aip! " tanpa sedar aku menyentuh tangannya apabila aku mahu menyelak ke muka surat sebelumnya. Bukan aku sengaja membaca lambat. Mata Arash memang menganggu tumpuan aku untuk membaca. Matanya bukan menghadap ke buku, tapi memandang aku. Sengaja je!
Kami bertatapan seketika.
Arash tersengih lebar. " Berapa lama u nak pegang tangan i? I boleh je bagi cuma kita kena nikah dulu lah. Tak kesah, dekat sini pun boleh. I boleh bagi u pegang mana mana. " ujar Arash sambil merenung tangan Diya yang melekap di tangannya.
Aku segera menarik tanganku kembali. Muka aku jangan katalah, semerah merahnya. Aku memandang tempat lain lalu memejam mata.
Arash tersenyum melihat tingkah gadis yang selalu membuat hatinya berbunga itu. Comel!
" Sorry, kalau kata kata Arash tak selesa di pendengaran Diya. " ujar Arash bersahaja.
Serta merta aku memandang Arash. Buat seketika!
Aku memandamg tempat lain. " Hmm, tak de apalah. Okay jer! " ujarku dengan senyuman menutup malu. Di dada ini tiada siapa tahu, memang sudah berdegup kencang bagai hendak terkeluar!
Arash tersenyum manis. " Hmm, Diya busy tak lepasni? " soalnya menongkat wajah memandang aku.
Aku yang sedang membelek muka surat buku itu terhenti seketika.
Mata kami bertatapan.
Aku mengambil peluang untuk memerhati setiap inci wajah Arash yang bersih itu. Handsome! Tidak peliklah, ramai yang suka akannya.
" Hmm kenapa kalau Diya ada perancangan lain pun? " soal ku. Mata kembali fokus di buku.
" Tak adalah, Arash nak ajak Diya keluar. " jawab Arash. Sengaja dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Diya.
Aku yang terkejut dengan aksi Arash mahu terjatuh. Tetapi sempat ditahan dengan bahu Arash.
Mata kami bertembung.
Kami sedar apabila ramai yang menyorak kepada kami.
Aku hendak bangun tetapi sengaja Arash memeluk aku erat.
Mataku dijenggil. Gila mamat nih!
Arash yang sedar perbuatannya melebih membiarkan Diya bangun. Aku berdehem bagi menghilangkan gugup.
" Diya busy lah. Ajak lah sesiapa jer. " kebetulan aku terpandang Isya dan rakannya dalam perjalanan ke sini, terus aku memanggilnya.
Isya laju sahaja datang apabila mendengar aku memanggilnya apatah lagi apabila melihat Arash ada bersama aku.
Isya tersenyum. " Yes ada apa apa? " soal Isya tergedik gedik. Matanya leka merenung wajah handsome Arash.
Aku yang melihat itu, berasa tidak sedap. Entah kenapa hati aku sakit. Aku cuba membuang.
Arash memandangku.
Aku cuba untuk tidak memandangnya. " Nih, Arash ajak kau keluar! Dia datang dekat aku nih, sebab dia tak jumpa kau. Dia pesan dekat aku tadi. " tipuku.
Arash menjenggil matanya memandangku.
Isya berkerut. Nasib kawan kawannya tidak ada kerana telah pergi ke kaunter pesanan.
" Why Arash? Asal you buat mata macam tuh? Hmm, kenapa tak cari i dekat dewan. I selalu lepak dekat situ. Hmm, okay but boleh tak i nak mandi dulu. So, kita pergi malam. Rasa macam busuk pulak! "
Aku yang melihat itu mahu muntah.
Arash hanya tersenyum hambar. " Tak ada apalah. Hmm okay, but u kena lah ajak kawan u ni, Diya. " Arash sengaja mahu mengenakan aku.
Aku tersentak. " Kenapa aku kena ikut korang pulak? "
" Haah, kenapa Diya kena ikut? Kita berdua jelah. Baru sweet! " ujar Isya tergedik gedik. Dia menjeling Diya apabila melihat mata Arash ashik memandang Diya.
" Mana boleh keluar berdua. Haram! " tegas Arash apabila melihat Isya tergedik gedik mahu keluar dengannya berdua.
Aku menjeling Arash. Habistu dia sengaja dekatkan muka tuh dengan aku tak haram? Sentuh aku tak haram?
Menyampah betul!
" Hmm okaylah, janji dapat keluar dengan u! " kata Isya tergedik gedik.
Diya yang sudah masak dengan perangai gedik Isya hanya mengeleng perlahan. Dia hanya banyak mendiamkan diri berbanding mencelah perbualan antara Isya dan Arash.
Arash hanya melayankan aja perangai gedik Isya itu. Kalau Diya pergi, barulah dia juga angkat kaki. Tidak sanggup rasanya dia mahu dengar bebelan Isya ini. Bebelan Isya lagi menyakitkan telinga berbanding mendengar suara lunak milik Diya walaupun Diya sselalu marahnya.
" Why korang diam je nih? I sorang je yang bercakap! " ujar Isya sedar apabila dari tadi melihat Arash dan Diya hanya mendengar dia celoteh berbanding berbual dengannya.
Arash sudah muak. Dia hanya membuat muka tidak tahu. Atau erti kata lainnya, membuat muka beku!
Aku naik rimas melihat perangai gedik Isya itu. Aku mahu angkat kaki sebelum kaki ini melekat di muka Isya itu. Hati ini boleh saje menahan sabar, tapi sekali tak boleh tahan mahu tak ke udara anak orang tu!
" I think i should go because i want to meet Helmi and Husna. They waiting for me! So enjoy! " aku mahu angkat lergi tetapi Arash menghalang.
Aku hanya buat tidak endah. Tidak tahu kenapa apabila melihat Isya yang menggalakkan aku pergi untuk bersama dengan Arash membuatkan hati aku sakit. Air mata bergenang di setiap langkah untuk meninggalkan mereka. Aku cuba untuk kuat.
____________
MALAM
Aku dan Husna terpaksa terjebak sekali memandangkan Arash memberi syarat jika mahu keluar dengan Isya mestilah aku dan Husna kena ikut. Aku pasti Arash bengang dengan aku. Sepatutnya dia keluar dengan aku, tetapi tidak!
Aku dan Husna turun ke bawah apabila mendengar hon kereta. Pasti Arash sudah sampai!
Melihat Isya yang masih tidak keluar dari biliknya membuatkan Husna naik ke atas semula untuk memanggil Isya. Sementara Diya meneman Arash di luar.
Arash terpegun melihat gadis di hadapannya itu. Sungguh cantik walaupun mengenakan make up nipis itu. Matanya tidak berhenti memandang wajah tenang Diya itu.
Aku yang perasan dengan pandangan Arash berasa tidak selesa.
Aku berdehem bagi menghilangkan rasa gugup.
Tidak lupa juga Arash, Arash masih kelihatan handsome walaupun mengenakan t shirt polo bersama jeans hitam.
" Cantik! " puji Arash. Matanya masih tidak berhenti menatap wajah gadis di hadapan nya itu.
Aku tersenyum nipis. " Kau pun handsome jugak, Isya memang suka lelaki handsome macam kau nih, so goodluck. " balasku.
Tiba tiba Arash merapat denganku. Kepalanya mendekatkan pada telingaku. " I bukan siap siap handsome nih untuk dia, tapi untuk u. "
Aku terkaku. Aku memandangnya dan dia memandangku.
Sebuah senyuman dihadiahkan kepada aku.
Aku terus berpaling. Cair!
" Apa kata, kita pergi sekarang jer. Tak perlu tunggu si Isya tuh. Kita pergi berdua. " cadang Arash apabila dia bosan untuk menunggu perempuan itu bersiap.
Aku mengeluh. " Kejap, biar aku tengok dia orang! Nanti aku turun balik okay. Nak duduk kat dalam duduk lah. " pelawa aku.
Arash menggeleng. " Tak apa, i tunggu u okay! " sempat lagi Arash mengenyitkan matanya sebelum Diya menghilang.
__________
Aku naik ke atas untuk melihat apa yang Isya sehingga lama untuk turun. Aku tercengang apabila melihat Isya masih lagi tidak bersiap.
Aku memandang Husna. Husna hanya menaikkan bahu.
" Ya Allah, kau tak siap lagi ke, Isya! " aku menampar belakang badan Isya yang masih buntu untuk memakai baju apa.
" Tak lagi! First time, aku tak tahu nak pakai baju apa. " rungut Isya.
Aku terus mecari baju baju Isya di almari lalu mengeluarkan satu blouse ringkas.
" Nah, pakai nih. " ujarku lalu menghulurkan blouse itu kepada Isya.
Isya memandang blouse itu pelik. " Tak naklah aku. "
Aku menjenggilkan mata.
" Apa tak nak, tak nak! Kau sendiri tak tahu apa yang kau nak pakai. Dah pukul berapa nih? Apa, kau berharap yang Arash tu akan bawa kita pergi shopping mall! Tak sempat deh kau nak pergi shopping mall! " marahku.
Isya memuncung.
Aku hanya mampu bersabar dengan perangai Isya yang tergedik gedik itu. Apa, dia ingat kita nih ada masa nak tunggu dia bersiap! Entah apa apa perangai.
Aku menurun ke bawah dengan perasaan yang sebal. Arash yang melihat mukaku yang ketat itu terus bertanya.
" What's wrong? Mana dia orang tu? "
" Isya belum siap lagi. Buntu katanya tak tahu nak pakai baju apa! " balasku dengan marah.
Arash meneguk air liurnya! First time, melihat gadisnya itu marah sampai begini sekali.
" Relax okay! Risau i tengok u marah macam nih. Tak sangka pulak u garang macam nih. "
Aku tersenyum nipis.
" Cubalah, kalau nak tengok kita marah! "
Arash menggeleng laju.
" Tak nak cari nahas. " ujar Arash laju lalu ketawa. Diya juga mengikut ketawa dengan reaksi Arash itu.
Kami tersedar apabila melihat Husna dan Isya yang tercegat di hadapan kami. Aku melihat Isya atas bawah.
Aku mengeluh. Sudah diagak, memang tidaklah dia mahu ikut kata aku. Boleh pula paaki baju tk cukup kain itu. Sudah malam kut!
" Hi, Arash! Sorry sebab buat u tunggu i. " ujar Isya gedik.
" Its okay! " balas Arash endah tidak endah.
" Okay, silakan masuk puteri puteriku. " ujar Arash hormat sambil membuka pintu sebelah driver dan tempat belakang sebelah pemandu.
Aku, Husna dan Isya tergelak.
Aku melihat isyarat Arash menyuruh aku untuk duduk di sebelahnya tetapi aku hanya buat tidak tahu. Tidak kuasa aku mahu layan perangai gediknya.
Kereta dipandu apabila semua sudah masuk ke dalam kereta. Sempat Arash melihat Diya dari cermin sisi keretanya.
_________
Apabila sudah pulang ke restoran, aku dan Husna terbaring keletihan di tuang tamu. Isya pula di luar lagi bersama Arash.
Entah kenapa melihat mereka itu, membuatkan hati aku pedih. Tapi tidak mungkin aku suka kepada Arash.
Aku terus menyambar handbag lalu masuk ke bilik.
Husna memandang pelik muka cemberut Diya apabila melihat Isya berborak bersama Arash di luar.
Dia mengikut jejak rakannnya itu.
Sampai sahaja di hadapan bilik, dia mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Buatnya, mood Diya tu tidak ada, tidak mati dibuatnya!
Setekah mendalat izinan, Husna masuk ke bilik rakannya itu. Terlihat Diya sedang membaca novel dengan air mata beralir.
Dia memandang sinis rakannya itu. Pasti, ada kena mengena demgan Arash! Dulu jual mahal, sekarang haih!
" Kenapa kau nangis? " soal Husna sinis
Aku mengerut dahi. " Tak nampak nih. " ujarku dengan suara sedu sedan sambil menunjukkan novel yang separuh tebal itu pada Husna.
" Kau baca terbalik tuh. " Husna membetulkan posisi novel yang aku pegang.
Dari tadi menahan tawa, akhirnya meletus juga.
Aku terikut ketawa sekali dengan air mata beralir.
" Dah happy? "
Aku menganggukkan kepala.
" Share lah dekat aku, kenapa? "
Aku memandang Husna lama kemudian menggeleng perlahan. Muka disorokkan.
Husna mengeluh " Kau jealous ke? "
Aku membuntang mata luas. Hendak kata salah, mungkin betullah kut. Tapi tak akanlah aku mahu mengaku depan Husna kut!
" Tak ada masa. " aku sibuk ralit membaca bait baik perkataan. Tetapi, fikiran masih memikirkan hubungan antara Isya dan Arash.
Tidak sempat Husna mahu membuka mulut, Isya menerjah masuk. Dia mengambil di sebelah Diya.
" Diya, kau dengan Arash tu ada apa apa ke? " soal Isya tiba tiba.
Aku dan Husna berpandangan. Terkejut!
" Kenapa dengan kau nih? Mental eh? " aku berusaha menyorokkan air mukaku.
" Tak adalah, aku rasa Arash tu macam syok dekat kau! "
Aku memandang Isya terkejut. Seriously!
" Hmm, kau tak suka dia kan? " soal Isya sambil tersenyum.
Aku tersenyum hambar. Mana mungkin aku akan beritahu kepada Isya jikalau aku suka Arash sekalipun.
Aku menggeleng perlahan.
Isya teruja. " Seriouslah, hmm boleh tak kau kenenkan aku dengan dia. Yelah, aku tengok korang tadi pun rapat. So, boleh tolong tak Diya?"
Aku meneguk air liurku. Kesat!
Aku tersenyum nipis. " Boleh, apa salahnya! "
Husna terkejut memandang aku. Dia tahu rakannya itu terpaksa. Berkorban lah sangat last last hati dia jugak yang sakit.
Isya teruja lalu memelukku. " Thank you sangat! Sayang kau! "
Aku hanya tersenyum sahaja tanpa membalas pelukan Isya.
Entah kenapa tubir mata aku terasa panas.
Husna melihat perilaku rakannya itu.
' Aku tahu kau suka Arash, Diya! Kenapa kau tak terus terang jer! Besar betul pengorbanan kau! '
END FLASHBACK
__________
Share this novel