Series
5441
TING TING
" Assalamualaikum, hello. " aku terus mengangkat deringan telefon apabila skrin telefon memaparkan nama Helmi.
" Waalaikumussalam, kat mana nih? "
" Ouh, aku baru keluar dari kuliah sama dengan Husna. Class tak ada. "
" Ouh, aku dekat perpustakaan nih baru nak masuk. "
" Okay kejap lagi kita orang sampai. Tolong jaga tempat duduk kita orang. "
" Okay, bye. "
Aku terus menutup phone. " Library jom. Helmi ada dekat sana. Assigment aku tak siap lagi buat kat sana lah eh. "
" Tadi bukan ke tak ada mood. " Perli Husna. Aku menjelingnya. Sengaja mencari masalah.
Aku berjalan ke hadapan meninggalkan Husna. Husna tergelak. " Alah, merajuklah tuh. " jerit Husna lalu mengejar aku yang sudah jauh meninggalkannya.
___________
Aku dan Husna mengambil tempat duduk setelah melihat Helmi. Mujur tudak ramai orang, kalau tidak memang tak dapat lah nak duduk.
" Weyh, kejap aku nak cari buku. Jaga tempat aku tau. " bisikku pada mereka.
Mereka menganggukkan kepala. Aku terus beredar dan pergi ke rak buku favourite.
" Helmi, kau tak nak ke jujur dekat Diya yang kau suka dia? " soal Husna perlahan apabila melihat Diya sudah berada di tempat rak favourite nya itu. Husna tahu bila rakannya masuk ke tempat itu, pasti lama.
Helmi tersenyum. Bukan dia tidak mahu jujur cuma dia sedar diri dia siapa. Dia tidak handsome macam lelaki lain dan tidak pandai bergaya. Dia sedar hanya Diya dan Husna sahaja rakan yang sudi untuk berkawan dengannya.
" Bukan aku tak nak, cuma aku sedar diri aku. Aku tak handsome Diya tu cantik. Aku tak pandai bergaya, Diya pandai bergaya. Apa je aku ada. " ujar Helmi dengan senyuman hambar.
" Kau jangan nak main main tau. Kau tahu kan ada pelajar baru yang baru masuk. Kau tahu tadi, dia nak mengorat Diya. Kau nak ke Diya jatuh suka dekat dia? Aku bukan apa aku kesian dekat kau. Aku tahu kau dah lama minat dekat dia sebab tu kan kau tolong dia. "
" Aku tahu tu. Tapi nak buat macam mana, Pelajar baru tu handsome Diya cantik sesuai lah tu. Tipulak kalau aku tak jealous. Cuma aku sedar diri aku. Kalau Diya nak suka dia pun dah tak nak kawan dengan aku pun takpe. Janji aku nak tengok dia bahagia. Lagipun cukuplah dia sudi jadi kawan aku walaupun sekejap. " wajah Helmi mempamerkan dia betul betul kecewa.
" Engkau ni merepek apanya? Bila masa pulak yang Diya tu suka pelajar baru tu? Kau ni aku ketuk kepala kau baru tahu. " marah Husna. Geram apabila Helmi selalu merendahkan dirinya. Jika benar dia suka sama Diya hendaklah berterus terang. Tak boleh lah nak mengalah. Belum apa apa lagi dah mengalah. Kalau lelaki lain mang tak lah mahu putus asa awal awal. Tak faham betul demgan perangai Helmi nih.
Wajah Helmi terus bertukar ceria. " Diya tak layan pelajar baru tu? " soal Helmi sekali lagi untuk mendapat kepastian.
" Memang tak lah. Kau tahu kan dia tu alergic gila dengan lelaki. Hanya engkau je yang dia baik tau. So, kau tak boleh lah nak cepat mengalah. " Husna memberi kata kata semangat.
Helmi ceria mendengar. " So, apa yang aku boleh buat untuk aku pikat Diya? "
" Hmm... betulkan pemakaian kau nih. Maksud aku pakai baju elok sikit ni aku tengok selekeh. Hish cubalah reti bergaya. " komen Husna.
Helmi memandang tajam pada Husna. " Habistu kau nak aku pakai baju apa? Pakai baju macam nak pergi pejabat? "
" Well, kalau tu lah cara nya yang kau nak buat Diya sukakan kau. Buatlah! " Husna sengaja mencabar Helmi.
" Aduhh kau nih. Betul betul lah. Takanlah haihh tak support member lah kau nih. "
" Hish, tu pun nak sentap. Okay, kau cuba tengok die orang semua lelaki nih pakai baju macam mana? Kau ada tak baju macam tuh? " ujar Husna sambil menunjuk beberapa sekelompok lelaki di meja hujung.
" Ada tu ada lah. Kau nak aku pakai ke? " soal Helmi seperti budak tak tahu apa apa.
Husna mengetap gigi. Sabar! Sabar wahai hati jangan nak mengamuk. Nanti aku jugak yang kene. Dahlah dalam library. Kalau dekat luar nih dah lama aku menjerit macam hulk.
" Yer.... lepastu boleh kau bukak speck kau tu. "
hendak juga dia melihat wajah Helmi tanpa berkaca mata.
Helmi membuka kaca matanya. Husna terkaku. Bolehlah! Not bad.
" Aku tak nampak lah. " mata Helmi melilau.
" Pakai balik. Kang terjatuh nanti siapa susah aku jugak. "
Helmi memakai semula cermin matanya.
" Kenapa? " soal Helmi.
" Tak sangka pulak kau handsome tak pakai speck. Hmm... " kata kata Husna terhenti apabila aku sudah datang dengan 3 buah buku di tangan.
" Apa yang korang syok sangat bual nih? Nak tahu jugak. " soalku apabila melihat Husna terhenti apabila aku datang kepada mereka berdua.
" Tak delah borak kosong je. Ha, Diya apakata esok kita keluar kita jadikan Helmi ni lelaki idaman semua perempuan. " cadang Husna. Dia juga kesian apabila Helmi dipandang rendah oleh ramai pelajar.
" Hmm, kenapa tiba tiba pulak nih? Apa cita nih? " soalku apabila tiba tiba sahaja Husna mencadangkan untuk mengubah pemakaian Helmi.
" Kau setuju ke Helmi? Kita orang okay je cuma kau nak tak? " sebenarnya cadangan Husna itu memang bijak tapi kenelah juga gikir tuan badan. Tak boleh lah kita ubahkan penampilan dia tu tanpa meminta izin.
Helmi memandang Husna. Husna membuat kata isyarat supaya setuju sahaja.
" Aku okay je, tapi kau tahulah kan aku nih tak pandai bergaya kalau korang nak ajar pun aku dah bersyukur. " ujar Helmi dengan senyumannya.
" Okay, esok pukul 11.30 tengah hari. " cadang Husna menetapkan hari dan waktu.
Aku dan Helmi mengangguk tanda bersetuju.
___________
KEESOKAN HARINYA,
Aku memakai baju bewarna putih bersama cardingan. Aku mengenakan skrit hitam bersama dengan tundung bawal hitam.
Husna selamba menerjah masuk bilikku. " Aku nak pakai baju apa Diya? " soal Husna lalu membuka almari pakaian ku.
" Kau ni kan! Dahlah selamba je masuk pastu nak pinjam baju aku pulak. Dahlah tak bagi salam nasib baik aku dah pakai baju kalau tak tangan aku ni terbang dekat muka kau. " marahku. Tapi apa gunanya nak marah si minah ni bukan dia takut pun. Dah nasib dapat kawan yang memang perangai selamba.
" Alah sorry lah. Baju baju aku tuh aku banyak dah pakai. Nak pinjam baju kau boleh? " Husna membuat muka comel.
Aku membuat rolling eyes. Perangai dah tak serupa dengan umur. Apalah masib dapat kawan macam nih. " Ha yelah. Tuh kawan kau lagi sorang tu dah bangun ke belum? Dah pukul 10 tak bangun lagi? "
Pintu bilik Isya terkuak. " Apa, aku dah bangun lah. "
Betapa luruhnya jantung aku dan Husna apabila melihat rambut panjang Isya serabai dengan air liur basinya.
Ya Allah, tak mengaku kawan. Bangun pun lambat entah solat subuh ke tidak.
" Ya Allah, Isya!! Malu lah kalau orang tengok kau macam nih. Pergi mandi cepat. Aku dah masakkan nasi lemak tu kau tinggal makan je. Aku dengan Husna nak keluar lepasnih. " aku menolak Isya pergi ke bilik air.
" Towel aku! " jerit Isya di dalam bilik air.
" Ye aku ambik mandilah dulu. Dahlah bangun lambat. Tulah kau tido lambat lagi. Layan drama je kan! " jeritku sama kuat seperti Isya.
_________
" Husna, order grab cepat nanti lambat lah nak sampai. Dah pukul 11.20 dah. Nanti sampai lambat. " arahku tanpa memandang mukanya. Aku leka dengan phone aku menonton kdrama.
" Tak payah, Helmi datang jemput kita. Dia dah on the way tuh. Nanti sampai lah. " ujar Husna lalu mengambil tempat duduk sebelahku. Di tangannya memegang popcorn.
Selamba sahaja aku mencuri popcorn nya itu lalu masukkan ke dalam mulut. Husna melempang pahaku.
" Sakitlah!! " jeritku. Boleh bergegar kut rumah ni. Husna menutup telinga.
" Pekaklah telinga aku. " sengaja Husna menjerit di telingaku. Aku menutup telinga.
" Biarlah pekak. Padan muka. Suka hati je nak tepuk peha aku dahlah sakit. " aduku sambil menggosok pehaku. Kalau tengok nih confirm merah.
" Apasal kau curi popcorn aku? Pergilah ambik dekat dapur kan dah kene setepek. " Husna membuat muka tidak bersalah sambil menikmati popcorn nya iti.
" Alah, kongsi lah. Malas lah nak ambik. Aku nak tengok kdrama aku. " aku membuat mimik muka comel.
" Ha tu, kdrama kau dah habis. Pergi ambik sendiri. " ujar Husna sambil menunjukkan phone ku. Ternyata memang sudah habis.
" Kau tengok nih! Apa ending dia pun aku tak tahu. Kau nih punca lah. " sebelum aku bangun dari kerusi aku mencuri popcorn nya itu.
" Diya Sofea Erman!!!!! " bergegar satu rumah dengan jeritan kuat Husna.
___________
PIT PIT!!!
Kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah. Aku menjengok ke luar melihat sebuah kereta mercedez benz di luar rumah.
' Husna cakap Helmi akan jemput tapi takkanlah ni kereta dia? Dia anak orang kaya ke? Tapi kenapa tak pandai bergaya? ' soalku dalam hati.
Aku keluar menghampiri kereta itu. Terlihat seorang lelaki. Aku mengetuk cermin keretanya itu. Pemilik kereta itu membuka tingkap.
" Ye encik? Encik cari siapa ye? Ouh kawan Isya ke? Kejap saya panggil dia. " aku hendak berlalu untuk masuk ke dalam rumah tetapi tidak jadi apabila dia memanggilku.
" Diya. Kau tak kenal aku ke? " soal lelaki itu. Dia keluar dari perut kereta.
Aku mengerutkan dahi. " Encik siapa? Macam mana encik tahu nama saya? Encik ni jangan nak macam macam saya report polis baru tahu. " aku sudah berasa tidak selesa. Tetapi kenapa suara ni bagiku amat familiar.
Lelaki di hadapanku ini tersenyum.
Aku membuat muka pelik. Dah kenapa lelaki ni tersenyum pulak. Gila ke apa?
Helmi!
Yes, ni memang suara Helmi. Tapi tak tahu pulak Helmi ada kembar. Kenapa kembar dia reti bergaya tapi Helmi tidak?
" Saya rasa encik ni gila tau sebab dari tadi senyum pandang saya. Encik jangan macam macam tau saya ada silat. Saya tak kisah encik ni siapa. Saya nak encik pergi sebelum saya report polis. " ugutku apabila lelaki ini tetap pandang aku sambil tersenyum.
Dah gila ke?
Ke muka aku nih lawa sangat sampaikan lelaki dekat depan aku ni dah gila bila pandang aku.
Lelaki itu buka pintu kereta di sebelah pemandu dan mengambil speck lalu memakainya.
Aku berasa pelik.
" Diya awak tak kenal saya ke? Saya Helmi lah. " ujar Helmi sambil tergelak gelak apabila melihat mukaku berkerut kerut dan memandangnya pelik.
" Eh, kau tak payah lah nak pura pura jadi kawan aku. Apa buktinya kau nih Helmi? " dugaku. Takanlah lelaki dekat depan ku ini Helmi. Handsome nya.
Helmi tergelak. " Okay, saya buktikan. Awak nih seorang yang memang sombong dengan lelaki tapi dengan saya awak tak sombong. Sebabnya saya sudi tolong awak dari kene marah sebab assigment awak tak siap. Am i right? "
Aku berfikir sejenak. Memang lah tu. Aku terhutang dengan dia sebab dia tolong aku.
Jadi memang betullah dia Helmi.
" Ya Allah, Helmi. Ingatkan siapalah tadi. Kaulah nih, lain kali terus terang je siapa kau. Tak adalah aku nak membebel. Eh macam mana kau boleh berubah macam ni sekali? "
Helmi tersenyum. " Saje nak uji kau. Eh tadi, kau nak cakap aku handsome ke? "
Aku tergelak. " Hmm, not badlah. Handsome! Tapi kenapa tak pakai baju macam nih sikat rambut kau kemas kemas macam nih? " soalku pelik.
" Takde apa lah. Saje je. Hmm, aku still tak percaya kau puji aku handsome. " Helmi sakan menyakat.
Aku membuat rolling eyes. " Eee perasannya kau nih! "
" Betullah kau puji aku handsome kan. Semalam aku keluar dengan kakak aku. Sebabtu lah aku dah jadi macam nih. Tak sangka kau boleh tak cam aku. " Helmi tergelak. Aku juga ikut gelak.
" Eh kejap, kita nak pergi ke tak nih? Aku dah siap. Aku panggil Husna dulu. "
" Okay. "
Aku terus masuk ke dalam rumah untuk memanggil Husna.
" Helmi dah sampai ke? " tidak sempat aku mahu masuk bilik Husna, dia terlebih dahulu keluar.
" Dah, tapi aku rasa kau tak akan percaya macam mana rupa dia sekarang nih. "
Husna mencebik. " Kejap aku ambil handbag. "
Kami berdua turun ke bawah. Sebelum turun aku sempat pesan kepada Isya jika mahu keluar kunci pintu terlebih dahulu.
Seperti jangkaan aku, Husna juga terkaku. Tidak percaya lelaki handsome delan mereka ini adalah Helmi.
" Wahhh!! Handsome kau Helmi. Confirm nanti dekat U ramai orang beratur suka kau. " puji Husna.
" Argh kau, ada ada je. Dah masuk kereta cepat. "
arah Helmi. Dia terus masuk dalam perut kereta selepas memberi isyarat kepada Husna untuk menyuruh Diya duduk di sebelahnya.
" Diya, kau duduk depan. Aku nak duduk belakang baru luas. " arah Husna apabila menerima isyarat Helmi.
Aku hanya mengangguk tanpa banyak soal. lalu kami berdua masuk ke dalam perut kereta.
Enjin kereta dihidupkan. Setelah itu Helmi memandu untuk pergi ke mall.
___________
Sudah 2 round kami pusing untuk mencari parkir kereta. Setelah 10 minit mencari, akhirnya jumpa juga tempat parkir kereta. Terlalu banyak kereta pada hari ini sampaikan ramai yang parkir kereta di luar.
Kami bertiga mengatur langkah untuk melintas jalan.
TING TING
Telefon ku berbunyi. Aku melihat skrin telefon tertera nama Isya terusku menjawab.
Tidak kuperasan ketika aku mahu berjalan ada sebuah kereta menghampiri.
" Hello, Isya aku tengah lintas jalan ni ha. Nak apa? "
" DIYA!! "
Share this novel