CHAPTER 8

Romance Series 5441

TOK TOK TOK.

Aku segera menyeka air mata lalu bangun. Setelah memberi kebenaran, pintu bilik dikuak.
Muncul Arash di luar dengan senyumannya memandang aku.

Aku mengangkat kening. " Nak apa? " soalku apabila melihat Arash diam sahaja ralit memandang aku dari luar bilik.

" Boleh i masuk? " pintanya.

Aku mengerut dahi. Dah kenapa nak masuk bilik oeang sesuka hati. Tapi, ni kan rumah dia. Silap, rumah parents dia biarlah dia masuk. Eh kejap, tapi aku duduk dalam bilik ni, mana boleh dia masuk sesuka hati.

" For what, huh? "

Arash selamba sahaja masuk ke bilik lalu duduk di sofa berhadapan dengan aku yang duduk di atas katil.

Aku mendengus geram. Tadi, mintak izin masuk. Lepastu bila kita tanya nak buat apa masuk bilik orang, tak nak dijawabnya.
Tak bagi keputusan lagi, sesuka hati je masuk bilik orang.
Aku menghadiahkan sebuah jelingan tajam padanya.

Arash tersenyum.

Aku terpanar. Lesung pipit Arash sama seperti Iman. Tetapi kenapa aku baru sedar Arash mirip Iman, kenapa tidak dari mula?

Arash pelik apabila melihat Diya merenungnya lama. Dia bersuara. " Why you looking me like that? " suara Arash seperti menggoda apabila melihat Diya memandang nya lama.

Aku tersedar. Segera aku menggeleng kepala.
" Ada apa nih masuk bilik orang nih? " soalku bagi menutup malu.

" Marry me!! " ujar Arash laju tetapi masih Diya masih boleh menangkap apa yang Arash ujar sebentar tadi. Dia rasa, dia patut jugak mengungkapnya. Takut bunga nya diambil oleh kumbang lain.

Aku terbungkam. Dah kenapa ajak aku kahwin pulak nih? Tak ada perancangan aku nak kahwin awal apatah lagi kahwin dengan Arash Amri. Namanya memang tak ada dalam senarai suami aku. Apatah lagi terfikir untuk Arash jadi suami aku?

Memanglah tak ada dalam senarai. Lelaki lain pun belum tentu ada dalam senarai. Diya tidak mahu mencintai sesiapa atau dicintai sesiapa. Biarlah dia forever alone sampai ke tua!
Anak dara tua!

" Kau dah sakit mental ke? " selamba sahaja aku mengutuk Arash depan depan. Eloklah kutuk depan depan dari mengutuk belakang.

Gila betul! Dahlah tak romantik, lepastu bukan lelaki idaman aku pun. Memang tak lah nak terima dia sebagai suami. Lagipun muda lagi kut, nak kahwin awal buat apa?!

" Kalau i sakit mental pun, sebab u! Kita kahwin, i akan jaga u dan sayangkan u. I janji. " Arash terus mengambil tempat di sebelah aku.

Aku terus menjarakkan diri apabila jarak kami terlalu dekat. Aku sudah berasa tidak selesa.
" Kenapa tak nak duduk sana? Pergilah duduk jauh jauh. Nanti apa mama fikir kalau kita berdua duaan dekat bilik nih. Jarak pun dekat. " marahku sambil menolaknya menggunakan bantal.

Arash sikit pun tidak beranjak. Dia memandang wajah bersih Diya. " U kena setuju dulu baru I akan keluar dari bilik nih. Sebaik u setuju jer, i akan keluar dan beritahu mama untuk mama masuk meminang u. " ujarnya masih lagi memaksa Diya untuk berkahwin dengannya.

" Are you crazy? " jeritku tetapi tidaklah kuat. Takut didengar oleh mama.
" Keluarlah Arash! Nanti mama fikir bukan bukan lah. " marahku lagi.

Arash hanya membuat tidak tahu.

Aku mengetap bibir geram. " Fine, kalau kau tak nak keluar, biar aku keluar! "

Melihat Arash yang masih berdegil, aku terus bangun untuk keluar. Aku mengetap gigi apabila merasakan kakiku berdenyut sebaik berdiri.

Arash menahan Diya dari keluar. " Okay, i keluar! But please, pertimbangkan apa yang i cakap tadi. Marry me!! " rayu Arash. Arash terus keluar dari bilik aku.

Aku mendengus. " Fikir dia siapa nak paksa aku kahwin dengan dia? Ingat muka kau sama dengan Iman aku nak suka dekat kau? Lambat lagi. " aku berkata sendiri.

Aku melepaskan geram dengan memukul bantal sekuat kuat hati. Ish kalau bantal nih muka Arash, sudah lama lunyai. Hilang kehensemannya akibat ditumbuk oleh Diya.

____________
Kaki Diya sudah beransur pulih. Selagi kakinya tidak elok, selagi itulah dia tidak boleh pulang ke rumah sewa mahupun pergi ke kolej. Puan Norimah tidak benarkan Diya pergi ke kolej kerana takut apa yang akan berlaku kepadanya.
Dia juga sudah menganggap Diya sebagai anaknya sendiri. Tetapi lebih elok jika Diya mengahwini Arash. Boleh juga dia ada teman bual. Tetapi Puan Norimah hormat keputusan Diya jika Diya tidak sudi untuk menjadi menantunya.

Aku memandang mama pelik apabila mama dari tadi memerhati aku dari tadi. " Kenapa mama dari tadi pandang Diya? "

Puan Norimah mengambil tangan Diya lalu mengenggamnya. " Diya akan datang sini lagi kan? Bosanlah mama bila Diya tak de. Siapa nak temankan mama?" ujar Puan Norimah dengan air mata yang bergenang.

Aku tersenyum. Aku memeluk mama apabila melihat air mata mama bergenang. " Insya Allah, Diya akan datang lagi. Diya akan bawa kawan dia sekali, Husna. Confirm mama tak akan menyesal kenal dengan dia. "

Puan Norimah membalas pelukan Diya. " Bawak lah, lagi ramai lagi meriah. Mama akan rindu
Diya. "

Aku melepaskan pelukan. Aku senyum memandang mama. " Diya pun akan rindu mama, janganlah nangis. " aku mengelap air mata menggunakan hujung lengan bajuku.

" Nih, balik dengan apa nih? Nak mama suruh Arash ke? " soal mama apabila melihat Diya sudah mengemas pakaian nya.

" Eh, tak perlulah menyusahkan dia. Lagipun, Diya tak nak lah susahkan Arash. Kut kut, Arash busy ke? Diya naik taxi jer. " ujarku lembut.

Sejak kejadian Arash mengajak aku berkahwin, aku ashik mengelak untuk bertembung dengannya. Apabila kami bertembung, aku cepat cepat masuk ke bilik. Lantaklah kaki sakit atau tidak, janji tidak bersemuka dengannya.

" Eh, tak adanya menyusahkan. Tak apa, biar mama panggil Arash suruh hantar Diya. Bahaya tau, Diya perempuan. Diya tunggu bawah dulu. Senang nanti. "

Puas aku menghalang mama tetap berdegil untuk memanggil Arash untuk menghantar aku pulang. Haih, mampus aku!

Aku turun ke bawah bersama dengan handbag. Baju baju yang aku pakai selama di rumah ini dibeli oleh Arash. Terkejut jugak aku apabila tahu Arash yang memelih baju yang aku pakai selama ini. Cantik!

Aku memerhati sekeliling rumah yang aku tumpang selama 5 hari ini. Aku akan rindukan rumah agam besar ini. Memang besarlah, rumah agam ini aku lupa yang mak ayah Arash bergelaran dato' datin. Tapi mereka tetap merendah diri. Cuma anaknya sahaja tak sedar diri. Bukan apa, dah tahu anak orang kaya, pergilah kahwin dengan anak orang kaya bukannya dengan aku.

Dalam pada itu, tidak kuperasan mama dan Arash sudah di hadapan aku. Aku hanya mengelak untuk bertembung mata dengan Arash.

" Arash akan hantar Diya tau. Tak payah naik taxi, bahaya tu. Kaki tu baru je elok. " ujar mama.

Aku hanya tersenyum nipis. Haih, malang apa harini yang akan aku tempuh harini.

" I tunggu u dalam kereta. Bagi sini beg tuh, i angkat bawa ke kereta. " selamba sahaja Arash mengambil beg aku lalu membawa pergi. Aku hanya membiarkan memandangkan mama ada di hadapan aku. Kalau tidak, sudah lama aku rampas kembali. Heh, mintak izin tapi kita tak bagi keizinan pun suruh ambik.

" Diya balik dulu ye, mama. " aku menyalam tangan wanita itu lalu memeluknya.

Mama membalas pelukan aku. Erat!

Setelah mengucap selamat tinggal aku terus masuk ke dalam kereta Arash dengan berat hati. Mahu sahaja aku berlari meninggalkan Arash. Malas betul naik kereta dengannya.

Arash mengambil cermin mata hitam lalu memakai. Serta merta aku teringat akan Iman.
Dari sisi, rupa Arash mirip seperti Iman.

Tiba tiba, Arash merapatkan dirinya dengan aku. Serta merta bibir aku dan bibir Arash lagi 2 inci sahaja ingin tercium.

Arash memandang bibir Diya. Seksi!
Namun, dia cepat tersedar dengan perbuatannya. Dia kembali menjauhkan dirinya.

" Pakai seatbelt tu, ke u nak i pakaikan. I boleh je pakaikan tadi untuk u. Tapi jangan marah kalau i ragut kesucian bibir u nanti. " ujarnya selamba sambil mengacah acah mahu memakai seatbelt untuk Diya.

Aku menolak nya. " Gatal! Kita boleh pakai sendirilah. " bentak aku. Aku terus memakai seatbelt.

Setelah itu, Arash terus memandu. Sempat juga aku menjelingnya. Menyampah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience