CHAPTER 1

Romance Series 5441

" Isya!! Habis basah baju aku. Kau tengok apa yang kau buat?! Nasib baik air kosong jer kalau air manis dah lama aku cubit kau. " marahku sambil mengibas bawah baju aku yang telah basah.

Aku mencubit lengannya apabila dia tidak membalas. Isya terjerit ketika aku mencubitnya.
" Sakitlah! Ish sorrylah aku tengok mamat tu handsome sangat tapi tak pernah pulak aku nampak sebab tu lah aku tak sengaja langgar kau. " balas Isya dengan sengihannya. Dia sambung melihat lelaki yang disebutkannya tadi.

" Mamat mana yang buat kau angau ni? Aku rasa ni dah kali ke 3 kau putus tau. Cakap dah tak nak couple nih apa pulak? Kau ni tak tetap pendirian lah. Entah apa kau nih! "

" Hehehe tahu je kau kan! " ujar Isya manja lalu melentokkan kepalanya ke bahuku. Aku mengelak.

" Dah aku nak pergi toilet nih. Sebab kau lah baju aku basah. Dah lah tak rasa sebersalah pun. " rungutku apabila Isya masih memandang seorang lelaki yang berada tidak jauh antara kami berdua.
Aku berjalan terus tanpa menoleh kebelakang walaupun Isya menjerit nama penuhku.

Tak mengaku kawan aku apabila dia selamba sahaja memanggil nama penuhku. Lantaklah apa nak jadi!

____________
Aku keluar dari toilet setelah mengelap baju ku yang sudah basah. Nasib baik aku pakai baju warna gelap kalau cerah memang nampak lah kesan air tumpahnya. Dahlah ada class lepasni.

Aku terus pergi ke kuliah. Mataku melilau mencari kelibat Husna. Husna yang perasan Diya memanggilnya.
Aku yang terdengar suara memanggil nama aku terus menoleh kepada si pemanggil.
Aku mengambil tempat duduk di sebelah Husna.

" Alak muka kau masam je ni? " soal Husna sambil membelek wajahku setelah aku duduk di tempat duduk.

" Isya tulah yang tumpahkan air dekat baju aku menyampah pulak aku. Boleh pulak tak hiraukan aku, sibuk dek pandang mamat tu. " aku menjuihkan bibirku.
Tak adalah handsome mana lelaki yang Isya tunjukkan padaku tadi. Entah kenapa nak angau pun tak tahu.

" Eh tapikan, muka lelaki tu macam aku tak pernah nampak tau! Ah lantaklah! Peduli apa aku." aku mengeluarkan alat tulis dan kertas kertas assigment yang belum kusiapkan lagi.

" Ha, mungkin lelaki tu lah yang sibuk orang cakap tu. Pelajar baru kut. Kata orang dia baru masuk minggu ni." beria Husna bercerita tetapi telinga aku langsung tidak menangkap butir percakapannya. Sibuk membuat assigment.

" Oi, kau dengar tak apa aku cakap nih! " Husna menolak bahu aku menyebabkan tulisan ku sudah menjadi buruk.

" Ish, kau ni!! Aku dah lah belum siap lagi assigment. Minggu depan nak kene hantar. Sibuk je. Bising tahu tak? " marahku dengan wajah cemberut. Habis kene padam balik.

Husna hanya menunjukkan sengihannya. Aku menjelingnya. " Kau lah! Yang tak dengar apa aku cakap! " Husna tetap membela dirinya.

" Ish! Aku dengarlah tak pekak lagi. " tipuku. Malas aku mahu ambil kisah tentang mamat tu pelajar baru atau tidak. Bukan aku minat pun!

Tiba tiba kuliah yang sunyi menjadi bising apabila seseorang masuk. " Weyh, Diya! Pelajar baru tu sama dengan kitalah. Wahh!!! Untungnya kita dapat cuci mata. " ujar Husna dengan gembiranya.

" Kau nampak muka aku ni macam kisah ke? Tak kan! So silalah diam. " Aku hanya mempamerkan muka yang tidak ada perasaan. Malas aku untuk sibuk hal orang. Selagi orang tak kacau hal aku, aku tak akan kacau hal orang. Full stop!

" Ish kau ni kan!! Eh Diya, aku nak tanya sikit ni, boleh tak? "

" Apadia. Eh, kenapa kau tiba tiba baik pulak nak mintak izin kat aku nak soal aku nih? Bukan selalunya kau terjah je ke? " perli aku.

" Heh! What ever. Ni, kadang kadang aku pelik, dengan kau nih. Kenapa kau tak berminat langsung dengan lelaki. Ke kau.... "

Aku faham maksud Husna lalu mencubit nya.
" Kepala kau! Aku masih tahu agama lagi eh. Agak agak lah kau nak tuduh aku pun. Kita dah kenal berapa lama, sejak sekolah rendah lagi kan? Sampai hati kau! "

" Alah, tak payah lah kau nak merajuk. Aku tanye jer. Ker kau masih tak boleh lupakan hal dulu? Sebabtu kau tak berminat dengan lelaki? Yelah kawan lelaki kau ada sorang, Helmi tu jer. Berapa banyak kau reject lelaki yang handsome nak berkenalan dengan kau? Kau ni cantik tau. Kau tak terfikir ke? Kalau disebabkan hal lalu membuatkan hati kau dah mati untuk lelaki luar sana tu, baik je kau lupakan. Aku tahu perasaan kau, Diya. "

Apabila teringatkan peristiwa lalu, membuatkan air mata aku bergenang. Husna yang melihat air mata ku bergenang terus membawa aku ke pelukannya. Dia mengusap belakang aku.

" Aku faham kau masih lagi sedih. Aku janji aku tak akan bangkitkan isu ni lagi. Aku tak nak kawan aku sedih, kalau kawan aku sedih aku phn akan sedih jugak. " pujuk Husna.

Aku mengesap air mata aku lalu menarik nafas lalu menghembuskan perlahan.
" Thank you tau sebab kau selalu ada dekat sisi aku. Aku bersyukur sangat bila Allah kurniakan kawan baik macam kau nih. " aku memegang tangan Husna.

" Sama jugak macam kau! Thank you sebab ada dengan aku waktu susah senang. " ujar Husna dengan senyuman. " Dahlah, aku nak sambung assigment aku nih. " aku sambung membuat assigment yang tergendala.

__________
" Mana sir nih? First time sir lambat nih. Ker tak de class? " soal seseorang budak lelaki.

" Takdelah kut. Dah aku nak pergi cafe. Lapar! " setelah melihat Afif keluar ramai yang berpusu pusu keluar.

" Kita tak nak keluar ke? " soal Husna apabila melihat aku masih tekun membuat assigment.

" Nantilah, aku nak siapkan assigment aku nih lagi sikit. Kalau kau nak pergi kau pergilah, tak payaj tunggu aku. " ujarku. Tanganku laju sahaja menulis assigment.

" Okey, takpe aku tunggu kau. Lagipun, aku nak habiskan novel ni ha. "

__________
" Perempuan yang pakai tudung warna krim tu siapa? " soal Arash. Dari tadi matanya asyik leka memandang Diya. Dia melihat semua adegen Diya dengan Husna berpelukan. Dia tersenyum. Comel!

" Ouh!! Perempuan yang tudung warna krim tu nama dia Diya Sofea, sebelah Diya tu nama dia Husna Nasuha. Dia orang berdua tu boleh tahan
cantik jugaklah. Ramai jugak lelaki yang suka dia orang berdua. Cuma Diya tu dia jenis sombong dengan lelaki. Tapi, Husna tu jenis peramah, comel jer. Kenapa? Kau pun tertarik jugak ke dekat dia orang berdua? Kalau kau nak ambik Diya tu aku persilakan. Tapi kalau Husna tu tak boleh sebab dia aku punya" soal Daniel. Dia sudah lama suka akan Husna cuma dia malu untuk mengatakannya.

Arash tersenyum. Dia yakin Diya akan suka pada dia. Mana tidaknya, dimana mana sahaja dia berjalan pasti perempuan akan tersengih sengih memandang dia. " Belum cuba belum tahu. " ujar Arash sebelum pergi ke arah Diya.

____________
Aku terkejut apabila sekujur tubuh lelaki berada di hadapan aku. Aku mendongak. Aku mengangkat kening apabila dia menghulurkan telefonnya kepada aku.

Husna terkaku mulutnya juga bagai dikunci rapat.
Dia melihat kawannya di sebelah. Husna menyiku Diya di sebelah.

" Dia mintak nombor telefon kau tu. Kau tak nak bagi ke?" bisik Husna. Aku menjelingnya.

Aku bangun dari tempat yang aku duduk.
" What do you want from me? "

" Your number." selamba sahaja Arash.

" But why? Do i know you? " soalku dengan berani. Tipulah kalau di hati. Jantung sudah mengepam laju. Tak pernah dia jumpa lelaki yang straight to the point terus.

" Okay let me introduce myself, i'm Arash Amri Dato' Amsyar. And you, Diya Sofea right? "

" Nope! Nama dia yang Diya Sofea, I Husna Nasuha. " selamba sahaja aku menukar nama dengan Husna tanpa minta izinnya dahulu.

Husna menjenggilkan matanya. Dia terus menarik aku. " Kau ni apasal? Mak ayah kau bagi nama kau dah sedap. Yang kau ni sedap sedap je cakap nama aku Diya Sofea. Dah kenapa kau nak tukar nama dengan aku ni? " marah Husna lalu mecubit aku.

Auch!
" Sakitlah, ei aku malas lah nak kenal dengan lelaki. Cukup lah ada kawan lelaki sorang untuk bagitahu aku bukan lesbian. Lagipun kau ashik puji dia je kan. Aku bagi peluang nih kat kau. "

" Banyaklah kau. Aku pang sekali kang baru tahu."
Aku memasamkan muka aku. Husna terus pergi ke arah Arash.
Arash mengangkat keningnya.

" Sorry sebab awak perlu tengok pertelingkahan antara saya dengan Diya. Oh nama dia memang Diya Sofea betullah apa yang awak cakap tuh. Saya yang Husna Nasuha. Jangan nak percaya cakap budak melalut tuh. " kutuk Husna.

Kali ini, giliran aku pula yang menjenggilkan mata lalu menarik Husna.
" Kau kenapa bagitahu nama aku dekat lelaki yang tidak dikenali tu. Entah entah dia ada niat jahat ke dekat kita. Kau nih, memandai jer. " marah aku apabila dengan sesuka hati je Husna beritahu nama aku.

Danial terus menghampiri Arash lalu memarik Arash. Dia sudah cakap jangan tetapi Arash tidak mendengar. Last last memalukan diri. Tak patut!

" Hish, kau ni aku dah cakap kan yang Diya tu sombong tak suka dengan lelaki. Haih, tak dengar cakap orang lah kau nih. " Danial membebel pada Arash. Gaya dia sudah seperti isteri membebel pada suami.

" Kau ni spoil lah. Aku lagi suka perempuan macam Diya tu. Mencabar! Lelaki kan jenis yang pantang dicabar" Arash terus pergi ke arah aku dan Husna. Terus terhenti pertelingkahan kami.

Arash tidak berhenti untuk menghulurkan phone nye itu kepada Diya berharap Diya akan memberi nombor telefonnya itu.

" I dont know you? Why do i need to give you my number? " tidak berhenti henti aku menyoalnya untuk apa aku perlu bagi dia nombor aku pada nya. Bukannya aku tidak tahu lelaki depan aku ni mahu mengorat aku cuma sengaja buat buat bodoh.

" Kan i dah cakap nama i Arash. Hmm, untuk apa eh? " Arash berfikir sejenak.
" Untuk i keluar dengan u. " tidak lama kemudian Arash memberi jawapannya.

Aku merenung lelaki ini. Lama!
Arash tidak mahu kalah, dia membalas renungan wanita yang berjaya membuka pintu hatinya.

Aku terus mengalih pandangan ke tempat lain. Tidak sangka lelaki ini membalas renungannya.

Husna dan Danial hanya diam membisu melihat mereka. Mujurlah hanya mereka beremoat sahaja dalam kuliah itu. Kalau ramai, mahu tidak kecoh!

Aku sudah berasa tidak selesa apabila lelaki ini masih merenung aku. " Husna jomlah. Tak ada mood dah aku nak buat assigment. " ujarku sambil mengemas alat tulis dan kertas kertas assigment masuk ke dalam beg.

Arash hendak menolong tetapi aku menolak. Aku dan Husna keluar dari kuliah itu.

" Hish! Menyampahnya aku. First time aku jumpa lelaki macam tu. " rungut aku. Aku mengibas ngibas muka aku.

" Eh kejap! Kenapa muka kau merah ni? Kau malu eh dengan pelajar baru tadi tu. Ke, kau suka dia. " usik Husna sambil tersengih memandang wajah aku.

Pantas sahaja tangan aku mencubit lengan Husna. Husna terjerit kesakitan. Baru dia tahu sakit hati aku nih.
'Tapi, betul ke muka aku merah? Arghh malunyaaa.' aku mejerit dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience