CHAPTER 12

Romance Series 5441

MALAM,

Seperti biasa aku berkurung diri dalam bilik. Aku hanya makan apabila aku terasa lapar. Kadang aku tidak faham dengan diri sendiri, kenapa aku perlu berkelakuan seperti ini. Sedangkan aku memang tidak pasti sama ada aku sudah jatuh cinta terhadap Arash atau pun aku dibayangi dengan wajah arwah Iman.

TOK TOK

Kedengaran pintu bilikku diketuk. Terjenggul kepala Husna sebelum masuk ke dalam bilikku.

" Kau okay? "

Aku hanya mendiamkan diri sambil merenung wajah Husna.

" Aku tahulah aku nih cantik tak payahlah pandang aku macam pasangan kekasih. " Husna tergelak menolak wajah Diya supaya memandang tempat lain.

Aku tersenyum. Perasan betul minah nih!

Husna tersenyum melihat senyuman dari bibir Diya. Sudah lama dia tidak melihat senyuman manis itu.

" Akhirnya kau senyum jugak kan! Dah lama aku tak nampak senyuman mahal kau nih! " Husna menarik pipi Diya.

Aku mengaduh kesakitan. Aku membalas perbuatan Husna itu. Giliran Husna pula yang menjerit kesakitan.

" Diya, kau tak nak pergi kelas ke? Semua dah tanya kau kenapa tak datang. Helmi tu lagilah. Kenapa kau tak pick up call dia? Dia bising dengan aku. Dia sampai nak datang rumah tau, tapi nasib aku dapat halang dia. "

Aku memandang Husna dengan perasaan yang kosong.

" Hmm, okaylah! Aku memang nak pergi kelas esok. Lagipun aku kesian dekat kau ashik tipu orang. Dah banyak dosa kau buat. " ujarku dengan sengihan.

Husna menjeling Diya tajam. Banyak pula dosa yang patut dia tanggung disebabkan rakannya.

" Nih, assigment kau dah siap ke? " soal Husna risau pula jikalau Diya tidak menyiapkan assigment itu. Sudahlah penting!

" Dah, fikir aku nih pemalas macam kau ke! " ujarku bangga dengan diri.
" Isya mana? "

Husna mendiamkan diri sebelum menjawab pertanyaan dari aku.

Aku tersenyum kelat. " Tak apalah, aku faham sangat kau. Aku dah okay lah. Tak apa, aku rasa aku nak start new life. No more love! "

" Hoi, jangan lah macam tuh. Habis, kau nak kahwin dengan siapa? Tak akanlah aku nak jaga kau sampai ke tua! Aku pun nak juga merasa macam mana nak kahwin, ada anak sendiri. " balas Husna dengan wajah kelat.

Aku membuat muka menyampah.

" Gila betul kau nih! Sejak bila pulak kau ni lurus ha? Maksud aku, aku nak fokus belajar bukan aku memang tak nak kahwin sampai tua. " aku menjenggil kan mata kepada Husna.

Husna hanya tersengih.

" Dekat kolej tuh, aku nampak Isya dah makin rapat dengan si Arash tu. Tapi aku tengok Arash tu macam nak tak layan je. Mungkin dia tak suka Isya kut, dia suka kau! " Husna memberi pendapat.

Aku hanya memekakkan telinga.

Husna yang faham keadaan rakannya itu terus keluar dari bilik. Sempat lagi dia mencubit pipi tembam Diya.

" HUSNA NASUHA!! "

Mencicit Husna lari setelah mencubit pipi Diya. Takut pulak, Diya itu membalas dendam padanya.

_________
KEESOKAN HARINYA,

Sebelum ke kuliah, aku mengajak Husna ke library untuk menemani aku meminjam beberapa buah buku. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan Helmi. Helmi terus mendekati kami berdiri berhadapan denganku.

Aku hanya tersenyum sahaja apabila Helmi merenungku tajam. Husna sudah menelan air liurnya.

" Haih, aku tahulah aku ni cantik. Tak payah lah pandang aku macam kau nak telan aku. " ujarku selamba dengan segaris senyuman.

Husna sudah menepuk kepalanya sendiri. Terkejut apabila Diya boleh bergurau sedangkan Helmi memandangnya bagai singa mahu menerkam mangsa.

" Kenapa kau tak pick up phone masa aku call kau? " soal Helmi tegas. Raut wajahnya tiada secalit senyuman pun.

" Sorry, kan Husna cakap aku sakit. Malaslah aku nak pick up phone. "

Husna menjenggilkan matanya kepada Diya. Mahu meneruskan penipuan itu jugak ke? Argh sudah!

" Agak agaklah tak nak pick up phone pun, kau nih! Aku risau kau tahu tak! " Helmi meraup wajahnya yang sudah kemerahan itu.

" Tak ada apalah. Kita orang nak pergi library, kau nak ikut! " soalku menukar topik perbualan.

Helmi mengangguk lalu kami berjalan untuk pergi ke library.

_________
Sesampai sahaja di library, kami mengambil tempat duduk. Seperti biasa aku akan pergi ke rak favourite aku. Aku mencari buku kegemaran aku yang memang selalu aku baca.

Tidak ada! Puas aku mencari tetapi masih tidak jumpa.

Aku menoleh kebelakang apabila terdengar suara memanggil namaku.

Arash!

Mata kami bertatapan buat seketika.

Aku perasan tangan Arash membawa buku yang amat aku kenali. Itulah buku yang aku cari.

" Aku nak buku tu! " ujarku tanpa memandang muka Arash. Mataku sibuk meliar ke tempat lain.

Arash masih lagi memandang raut wajah gadis yang dirinduinya itu. Sudah dua hari, dia tidak melihat wajah gadis itu.

Aku memandang Arash pelik apabila dia leka memandang mukaku.

' Diya, kau kena kuat! Kau jangan cair dengan dia. Kau kena tegas dengan dia seperti dahulu. ' desis hatiku.

" Tak nak bagi, tak apalah! " ujarku malas untuk berhadapan dengan Arash.

Arash tersedar, dia memanggil semula Diya.

Aku memejam mata rapat sebelum menoleh kebelakang.

" I dah baca buku ni. Baru sekarang i tahu kenapa u minat sangat dengan buku nih. " ujarnya dengan senyuman.

Aku hanya memandang Arash tanpa perasaan.

Arash mendekati Diya dengan lebih rapat. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Diya.
" I miss you so much. " ujar Arash romantis.

Aku membuntangkan biji mata aku. Terkaku! Tidak tahu kenapa mulutku bagai terkunci. Jantung sudah mengepam laju.

" I love you so much! Kita kahwin Diya. " ujar Arash apabila melihat reaksi Diya seperti terkejut.

Aku tersedar. Serta merta tangan aku melekat ke pipi Arash.

Arash terpana buat seketika. Memang dia tidak menjangka perkara itu akan berlaku. Terasa panas seketika pipinya.

" Aku tak suka kau permainkan perasaan Isya. Dia kawan aku. Kau fikir, kau lelaki kau boleh luah kan apa je apa yang kau rasa. Dasar jantan tak guna! " marahku tetapi hanya kami sahaja boleh dengar. Takut pula ramai pelajar yang perasan.

Aku terus pergi tanpa mengambil buku yang memang aku mahu itu.

Husna dan Helmi terkejut apabila melihat muka Diya yang kemerahan itu.

" Aku rasa aku nak balik lah. Tiba tiba badan aku tak sedap. " ujarku perlahan.

" Kenapa? Tadi okay jer aku tengok! " soal Helmi pelik.

" Tiba tiba pulak kepala aku ni berpusing. Aku balik dulu tau. " ujarku lalu mencapai beg.

" Nak aku hantar kau ke? " soal Husna.

Aku menggeleng perlahan. Aku terus keluar dari library.

_________
Aku duduk di tempat perhentian bas yang dahulu aku pernah sakit kaki itu. Tiba tiba sebuah kereta yang amat ku kenali berhenti di hadapan aku.

Aku menjeling pemilik kereta itu.

" I mintak maaf kalau u rasa i buat u tak selesa tadi. I betul betul rindukan u. Husna cakap u tak sihat. I hantar okay! " ujar arash lembut. Dia mahu duduk di sebelah aku tetapi aku pantas berdiri.

" Tak payahlah. Aku boleh naik taxi. Kalau tak ada taxi, aku rela jalan kaki balik rumah dari biar kau hantar aku. Nanti apa yang Isya cakap pulak. " ujarku sombong. Aku mahu bergerak tetapi pantas Arash menyambar tanganku menarik aku masuk ke dalam perut keretanya.

Aku meronta ronta meminta dilepaskan tetapi Arash tetap berdegil.

" Apa nih? " jerkah aku apabila Arash telah masuk ke dalam kereta.

" Diya! Please, jangan cabar i! " tengking Arash tanpa sedar.

Aku terpanar. Tidak sangka aku baru sahaja kena tengking. Dengan lelaki pulak tuh!
Air mata jatuh menuruni pipi aku tanpa kusedar.

Arash merasa bersalah. Tidak sangka dia boleh tengking Diya. Dia memang tidak ada niat langsung.

Aku mahu membuka pintu kereta tapi pantas Arash mengunci pintu kereta.

" Bukaklah Arash! Aku benci kau! " jeritku bagai orang gila.

" Diya! Sorry, aku tak ada niat nak tengking kau. " pujuk Arash. Dia mencuba untuk menghentikan amukan Diya yang seperti orang gila itu.

" Jangan sentuh aku lah! "

PANG!
Sekali lagi, pipi Arash dijamu dengan tangan aku. Kali ini, memang kuat sehingga pipi Arash terteleng ke tepi.

Arash mengetap bibir geram. Dia terus start kan enjin kereta lalu memandu dengan laju.

Terhenti amukan ku apabila melihat wajah Arash yang merah itu. " Perlahanlah sikit bawak kereta ni, Arash. Takutlah! "

Arash hanya mengendahkan jeritan Diya itu. Hendak membalas perbuatan gadis itu, digelar dayus. Dia hanya mampu melepaskan geram dengan membawa laju.

Aku terdiam apabila Arash berhenti di sebuah rumah banglo dua tingkat itu. Hati aku menjadi tidak sedap. Apa yang Arash mahu lakukan!

Arash terus keluar dati perut kereta. Dia pergi menuju ke pintu sebelah driver mahu membuka pintu untuk Diya.

" Keluar Diya. " arah Arash tanpa secalit senyuman.

" Kau.. nak... bu.. buat a.. apa nih? " soalku tergagap gagap. Dahi sudah dibasahi dengan peluh.

Arash terus menarik tangan Diya mengheret Diya masuk ke dalam rumah.

Puas aku meronta dilepaskan tetapi tidak dihiraukan olahnya. Hati aku sudah berdegup laju. Air mata sudah membasahi pipi.

" Sakitlah! " ujarku separuh merayu.

Arash mencampakkan aku ke sofa panjang itu. Aku sudah menggigil ketakutan apabila melihat Arash sudah merenung aku dari atas sehingga bawah.

" Please Arash jangan buat apa apa dengan aku. Ingat Allah Arash, please. " rayuku.

Atash menutup pintu lalu mengunci.

Aku sudah seram. Pantas aku berlari ke tingkat atas takut Arash membuat apa apa dengan aku.

Arash pantas mengejar langkah Diya.

Aku masuk ke bilik, baru sahaja aku hendak menutup pintu Arash menolak dengan kuat membuat kan aku terlambung ke belakang.

" I dah cakap Diya, jangan main main dengan i. U dah cabar i Diya. I cintakan u tapi u? I dah ajak u kahwin, u tolak. So, apa yang i nak cakap lagi? Nak biar u dengan si Helmi tu? " ujar Arash sambil mendekatkan diri dengan aku.

Arash sudah menanggalkan bajunya.

Aku sudah takut. Aku menjauhi Arash. Takut jika Arash mengapa apakan aku.

" Please Arash, lepaskan aku. Aku akan buat apa jer apa yang kau nak! "

Tipulah jika dia tidak rasa bersalah apabila melihat air mata gadis itu terjatuh. Tetapi egonya tercabar apabila Diya telah menampar nya dua kali. Tetapi ini sahaja lah cara untuk membuat Diya menjadi miliknya.

" U kahwin dengan i kalau u tak nak i sentuh u. Ataupun u nak i call pejabat agama untuk kita kahwin free dekat sini? "

Aku terpanar. Sungguh aku tidak jangka ini permintaan Arash. Lagi meningkat benci aku terhadap lelaki itu. Sanggup, dia mahu rogol aku untuk kahwin dengan aku? Aku benci kau, Arash!

" Okay, aku kahwin dengan kau, tapi kau jangan ingat aku boleh lupa apa yang kau buat dekat aku. Sampai bila bila aku tak akan maafkan kau. " ujarku apabila aku menghadamkan segalanya. Biarlah aku korbankan masa depanku dengan lelaki tak guna ini dari membiarkan Arash memperkosaku.

Arash tersenyum sinis. Dia terus menyarungkan bajunya semula lalu keluar dari bilik itu.

Aku menangis sepuas puasnya setelah bayangan Arash hilang dipandangan. Aku mencampak semua barang di depan mataku. Aku menjerit sekuat hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience