Series
5441
KEESOKAN HARINYA,
Seperti biasa aku bangun pagi untuk solat subuh dan juga mandi. Aku mencapai handphone ku yang tak jauh dariku. Banyak whatsapp, missed call dari Helmi, Husna dan Isya dan ibu. Aku mengeluh kecil.
'Kenapa tiba tiba ibu call pulak ni? ' soalku dalam hati. Pantas sahaja aku menelefon ibu.
" Assalamualaikum, ibu. " sapaku apabila Puan Salina, ibuku telah mengangkat deringan.
" Waalaikumussalam, Diya! Mana Diya pergi nih? Ibu risau tahu tak? Seharian tak jawab panggilan nih? Diya dekat mana nih? Husna call ibu nangis nangis sebab Diya tak balik rumah sebab gaduh. Husna risau tahu tak? Nasib baik dia tak report polis. Kalau Diya tak jawab panggilan ibu nih, memang ibu dah report polis. " bebel ibu.
Aku hanya menadah telinga aku dengan relanya. Berdesing jugak!
" Tak ada apalah, ibu. Diya okay je dekat sini! Lagipun, Diya selamat. Ibu tak perlu risau, cakap dekat dia orang pun tak perlu risau. Alhamdulillah, masih bernyawa lagi anak ibu nih."
sempat juga aku bergurau dengan ibu. Takut juga apabila ibu marah. Buatnya dia membebel sampai esok pagi, telinga aku jugak yang menghadap. Silap silap boleh bernanah
" Boleh pulak buat lawak ye! Diya nih belum kahwin lagi tau. Jangan nak memandai menghilang sesuka hati. Lainlah ibu tahu kamu tu dengan suami. Tak adalah nak risau dekat kamu nih. "
Aku mengeluh. Pulak pasal kahwin! Tentang ni lah aku malas nak dengar. Kalau boleh, tak nak pun. Takut!
" Apa ibu nih, main soal kahwin pulak nih? Diya muda lagilah. Tak ada masa nak fikir lasal kahwin. Diya rancang umur 27 atau 28 macam tu, baru okay! "
" Banyak lah Diya nih! Dah tua dah tu. Nanti jangan nak membantah ye kalau ada orang masuk meminang, ibu terima. Sebab ibu nak cucu awal. "
Aku mencebir bibir. Tak suka lah kahwin!
" Ibu, Diya nak pergi toilet lah. Sakit perut lah. Manti jangan lupa cakap dekat dia orang, Diya okay! Jangan risau risau. " aku sengaja mencipta alasan untuk keluar dari isu perkahwinan.
" Banyak lah Diya nih. Yelah, ibu cakapkan. Kamu nih, jangan nak merajuk lama sangat. Kesian kawan kamu tu, sedih sebab punca kamu hilang. Ibu tak tahu apa yang terjafi anatara Diya dengan Husna. Nak merajuk sekalipun, call lah dia yang kamu tu okay, jangan buat dia risau. Nanti kalau dia report polis, jangan nak salah kan ibu eh! Ibu dah bagi warning awal awal." pesan ibu sebelum menutup talian.
Satu persatu aku baca chat dari Husna. Menitis air mata aku. Aku tidaklah marah sangat dengan Husna. Cuma aku kecewa. Tetapi itu semua untuk kebaikan aku! Semua yang terjadi, mesti ada hikmahnya!
Husna memang kawan dunia akhirat aku. Aku tak mampu gantikan kawan yang sepertinya.
Aku terus mendail nombor telefon Husna.
" Diya, jawab pun kau! Diya aku tahu aku salah. Please, Diya cakaplah mana kau? Aku jemput kau sekarang jugak! Aku rindu dengan kau! Jangan lah dera batin aku macam nih. " terjah Husna tanpa memberi salam.
" Assalamualaikum, cik Husna Nasuha. Sejak bila tak reti bagi salam nih? " sapaku lembut. Tipulah kalau aku tidak rindukan dia. Walaupun perangai Husna boleh tahan annoying, dia tetap sahabat aku dunia akhirat. Tak akan ada pengganti!
" Waalaikumussalam. Sorry! Aku excited sangat. First of all, aku nak minta maaf sangat dekat kau, sumpah demi Allah, aku tak ada niat nak kecilkan hati kau! Diya, jangan lah merajuk lama lama! Dengan siapa aku nak cari gaduh kalau bukan dengan kau. "
" Second, aku nak mintak maaf sebab aku tuduh kau bukan bukan pasal kejadian kau dengan Arash. Mesti kalau bukan sebab aku, mesti kaki kau tak terkehel. Mesti sakitkan kaki kau berjalan dengan kaki terhengkot hengkot. " sempat lagi Husna mahu memerli aku.
" Ha, kau nih! Dahlah mintak maaf pastu mengejek pulak tuh. Kau nih jahat betullah. Aku belum maafkan kau lagi tau. Aku tak nak balik baru tahu. Biar aku tinggal dekat sini." ugutku apabila perlian Husna memyakitkan hati aku.
Aku memandang kakiku yang bengkak. Aku mengeluh. Punca!
" Alah, janganlah macam tu, Diya. Kau nih, sejak bila kau jadi hati tisu nih. Janganlah mudah sentap sangat, Diya. Nanti susah lah aku nak sakat kau nanti. " rengek Husna seperti budak kecik.
" Ha, kau tinggal mana nih? Biar aku jemput. Risau aku dengan kau nih! Kut kut tidur tepi jalan ke, makan apa? Lega aku, bila kau telefon aku. Aku ingat kau nak merajuk demgan aku satu tahun. Nak putuskan persahabatan kita. " sambung Husna.
Aku membuat rolling eyes. Macam lah tak tahu perangai Husna nih. Menyampah betul. Fikir aku budak kecik ke? Kawan siapa lah nih?
" Aku adalah tinggal dekat satu rumah nih dengan ada lah satu makcik nih. Dia baik, dia jaga aku. Anak dia yang bawak aku datang dekat rumah mak dia nih. Tak tahulah. Mak cik tulah yang cerita dekat aku. "
" Ish kau nih, senang betul percayakan orang! Kau kenal tak makcik tu? Anak dia? " banak pula soalan Husna.
" Ish! Kau dah tukar ke pekerjaan kau? Setahu aku, kau nak bukak cafe dengan aku sama sama, bukan jadi polis! Tak akanlah tak sampai sehari aku hilang cita cita kau dah bertukar. "
Husna tergelak. Aku menjarakkan handphone pada telinga aku. Dah macam nak terkeluar anak tekak tuh! Bingit!
" Tak adalah. Alahai aku risaukan kau! Apa salahnya aku banyak tanya. " jawab Husna dengan sisa sisa gelaknya.
TOK.. TOK,
" Boleh mama masuk? "
" Masuklah mama. " jawab aku.
" Mama kacau Diya ke? " soal Puan Norimah apabila melihat aku memegang handphone.
" Tak adalah, mama! Diya telefon kawan Diya. Maklumlah, Diya tak bagitahu dia yang Diya tak balik rumah. Kebetulan masatu pulak, kita orang bergaduh. Ni telefon dia nih, nak cakap Diya okay, tak ada apa apa. " jujurku.
Puan Norimah tersenyum. " Sambunglah, cakap dengan kawan Diya. Mama datang ni nak ajak makan. Hidangan dah tersedia tu. Mama tunggu dekat bawah. Anak mama ada sekali tu! Diya ada tudung kan! "
Aku mempamerkan senyuman sambil menganggukkan kepala. " Okay, nanti Diya turun. "
Puan Norimah terus keluar dari bilik. Sebelum itu, dia sempat meninggalkan tongkat untuk aku berjalan.
" Hello, Diya! "
" Yo, apo ha! " jawab aku apabila Husna berkali kali memanggil aku.
" Kau cakap dengan siapa? Lembut nya suara kau! Dengan bakal mak mertua kah? " usik Husna diiringi ketawa nya.
Aku mencebir bibir. Tak ada makna nya! Kenal dengan anak dia pun tak!
" Banyaklah kau, bakal mak mertua. Aku cili mulut kau nak? " ugutku. Sensitif betul aku apabila mengaitkan isu perkahwinan.
" Herk eleh! Kau belum lagi tengok muka anak dia! Kut kut, nanti kau terbawa bawa sampai mimpi! Mana tahu, mulut aku ni masin. Boleh jugaklah aku merasa nasi minyak kau tak lama lagi. " Husna tidak habis habis menyakat aku.
Aku mengetap bibir. Geram!
" Kau ni kan! Jangan sampai aku block nombor kau ni! Tak nak lah kawan kau. " aku mahu menutup talian tapi Husna pantas menghalang.
" Alah, jangan lah merajuk baby kita. Ish, aku gurau jelah. Yelah, aku dah tak sebut. Hati tisu lah kau nih. " Husna mengizipkan mulutnya. Lantaklah Diya nampak atau tidak.
" Heh, dah lah aku nak kene turun makan. Kesian aku dengan mama tuh. Dia dah panggil aku, aku tak turun turun. Bye Assalamualaikum. " aku menutup talian apabila Husna telah mejawab salamku.
Aku berjalan perlahan menuju ke tongkat itu. Walaupun tidak biasa, kena jugak biasakan.
Aku menuruni tangga dengan berhati hati. Apabila aku sudah turun ke bawah aku melihat susuk tubuh lelaki dari belakang. Dari apa yang aku lihat belakang badan lelaki itu, boleh tahan sado, kulit leher belakangnya itu pun putih.
Puan Norimah menyapa aku. " Eh, Diya dah turun. Sini mama tolong. " Puan Norimah datang menghampiri aku lalu membantu aku walaupun puas aku menolak. Tak baik menyusahkan orang!
Aku mengambil tempat duduk di sebelah mama. Muka anak mama tidak kulihat lagi. Mana tidaknya, anak lelaki nya menunduk sahaja. Pelik juga aku melihat! Tak akanlah pemalu kut, wah limited edition nih!!!
" Diya nak apa? " soal Puan Norimah mahu meyendukkan nasi goreng ke pinggan aku.
" Mama, dia tak minat nasi goreng. Diya suka mee goreng. " ujar lelaki itu. Sampai sekarang lelaki itu hanya menunduk memegang handphone nya itu.
Aku memandangnya pelik? Mana dia tahu, bukan ke hal ni sama macam.....
Arash dengan Helmi!
" Mana kamu tahu, ni Amri? Kamu pernah kenal Diya ke? " soal Puan Norimah pelik.
Aku hanya membisu. Tetapi hati aku penuh dengan soalan. Aku hanya memandang nya hairan. Tapi nama Arash, Arash. Bukan Amri.
Aku salah nih!
Tiba tiba lelaki itu mendongak menatap mataku.
Terbungkang luas biji mata aku.
'Arash! Apa dia buat dekat sini? Tak akanlah, dia anak kepada mama?'
" Amri kenal dengan Diya. Dia sama kolej dengan Amri. " jawab Arash tetapi matanya masih lagi menatap wajahku.
Aku melarikan pandangan. Aku mencubit peha aku sendiri. Aku mengerang kesakitan. Aku tak mimpi.
Arash tersenyum melihat gelagat aku.
" Hmm, patutlah Amri dari tadi tunduk je. Pelik mama bila tengok perangai kamu. Tadi, beria tanya mana Diya, kenapa tak turun makan. Ni bila Diya dah turun tunduk je. " usik Puan Norimah dengan senyumannya.
Aku terkaku. 'Dah kenapa Arash tertanya mana aku? Dia suka aku ke? '
Aku hanya menyuap sekeping roti yang telah disapu mentega ke mulutku. Lapar!
Arash hanya tersenyum nipis.
" Ke, Arash suka dekat Diya? Sebabtu lah Arash risau sangat bila Diya pengsan semalam. " usik Puan Norimah terhadap anaknya.
UHUK UHUK
Aku tersedak! Apa benda semua nih! Tak nak jangan lah macam tu! Aku harap lah semua ni mimpi, mimpi buruk. Ibu!!!!! Tolong Diya!!!!
Share this novel