BAB 9

Romance Completed 3958

“Anas, apa next plan kau? Senyap sunyi je Sri Mega hari ni. Perang dah tamat ke?” Faris mendekati Anas yang sedang termenung jauh.

“I don’t know. Aku macam tak boleh fikir sekarang ni.” Anas hanya memerhati ke luar tingkap.

“Tak boleh fikir? Aik masa tu bukan main semangat habis masa nak mulakan

“war” dengan Irah the Laksa Girl tu.” Kevin mencelah.

“Entahlah. Semalam… semalam masa lepas aku kejar dia, dia… dia menangis.” Anas teragak-agak untuk berkata.

“Then? Kau pun cairlah?” Faris menyakat.

“Hell no! I don’t know. Bila dia nangis tu I just… I felt something that I can’t even explain. I don’t know. She’s… something…”

“Aku pun perasanlah, Irah tu is the first girl ever yang kau layan macam ni. I mean kau mana pernah ambil pusing fans kau yang ramai gila kat sekolah ni. Yeah kalau ada pun Elena. Tu pun kau kenal dia since menengah rendah.” Kevin menyampuk.

“But Irah, she’s not one of my fans obviously bro.” Anas masih leka memerhati ke luar tingkap kerana dari jauh dia dapat melihat Nadhirah dan rakan-rakannya sedang bergelak tawa di tepi padang sekolah.

“So do you hate her?” Faris tiba-tiba menyoal.

“Of course I do!” Anas tersedar dari lamunan dan terus blah dari situ meninggalkan Faris dan Kevin yang tercengang.

***

“Kau rasa Senior Year’s Camp kali ni syok tak?” Misha menyoal Sofie yang sedang menyuap makanan ke dalam mulut.

“I don’t know. Lemah semangat dengar camp-camp ni. Aku dengar cerita dari seniors dulu, senior year’s camp ni nightmare!” Sofie bercakap sambil mulut penuh dengan makanan.

“Bila eh camping?” Nadhirah bertanya.

“This weekend.”

“Kena pergi ke?”

“Wajib!” Sofie dan Misha menjawab serentak.

Tiba-tiba Nadhirah tersedak. Habis tersembur nasi yang sedang dikunyahnya dek terkejut dengan kehadiran Anas yang entah dari mana muncul dan tercegat dihadapan mereka.

“Kau nak apa??” Nadhirah pantas mendepakan tangannya konon nak protect rakan-rakannya dari diapa-apakan oleh Anas. Namun Anas hanya memerhati Nadhirah dan makanan yang dimakan oleh Nadhirah.

“Kau makan apa tu? Macam nasi kucing je?” Anas menyoal Nadhirah.

“Apasal kau sibuk? Suka hati akulah nak makan apa pun!” Nadhirah meneruskan suapan nasi goreng yang dikatakan nasi kucing oleh Anas. Misha dan Sofie hanya memandang sesama sendiri.

“Mulai esok, makan dengan aku.”

Sekali lagi Nadhirah tersedak.

“Are you insane? Ke kau tersalah makan ubat?”

“Cafe kat blok aku. Esok pukul 10.30. Kalau kau tak datang, siap kau!” Anas seolah memerintah dan berlalu dari situ dengan awkwardnya.

Misha dan Sofie membeliakkan biji mata sambil memandang ke arah Nadhirah yang ternganga mulut dek kejutan yang diterima daripada Anas.

Si Snobbish ni dah kenapa? Tak sihat ke?

***

“Kau yakin ke dia akan datang Anas?” Faris menyoal sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

“Aku yakin dia akan datang!” Anas berkobar-kobar sambil tersenyum lebar.

“It’s almost 10.30. Tak nampak batang hidung pun.” Kevin pula bersuara.

Waktu berlalu. Jam sudah menunjukkan pukul 11.05AM. Kevin dan Faris sudah lama meninggalkan Anas keseorangan.

“Ha ha.” Anas gelak awkward tiba-tiba.

“Ha ha. Irah Irah” Anas geleng kepala dan berlalu dari situ dengan perasaan yang dia sendiri tak tau macam mana nak explain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience