BAB 8

Romance Completed 3958

“Cik, bagi saya ubat demam, selsema dan cooler ya.”

“Terima kasih.”

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari pharmacy, Nadhirah tak henti-henti bersin. Dah berbungkus macam apa dengan baju berlapis-lapis beserta hoodie yang menutupi kepalanya.

Rimasnya selsema macam ni…

Tiba-tiba sebuah motor berkuasa besar meluncur laju dan melanggar lecak di tepi jalan dimana Nadhirah sedang berjalan. Habis air lecak itu terpercik ke arah Nadhirah. Lencun bajunya.

Anas sempat menunjukkan tanda peace ke arah Nadhirah yang lencun di tepi jalan itu dan memecut dengan lebih laju.

“Kau!! Kurang ajar!! Hacoommmm!”

(It’s a war – Day 4)

“Meh aku buang air bekas bancuh tu.” Nadhirah menawarkan diri untuk membuang air bekas bancuh dari paintings yang mereka buat.

“Eh Irah takpa ke? Berat ni. Biar lah Si Kay yang buang.” Ucap Misha.

“Takpa aku boleh buat.” Nadhirah terus mengangkat baldi yang penuh dengah air kotoran itu.

Nadhirah berjalan perlahan-lahan keluar dari kelas untuk menuju ke tandas.

Cis berat jugak! Menyesal offer diri tadi

Tiba-tiba Nadhirah melihat kelibat Anas berjalan dari arah loker students.

“Eh tu bukan ke… apa yang dia buat kat sini?” Nadhirah pantas memandang ke arah baldi yang sedang dipegangnya sambil tersenyum jahat.

Pantas dia mengekori Anas dari belakang dan…

“Opps sorry sorry” Nadhirah mengucapkan sorry sambil buat muka tak bersalah.

Mana taknya hampir separuh dari baju Anas lencun termasuk kasut yang di pakainya akibat disimbah dengan air kotoran yang dibawa oleh Nadhirah.

“Apa ni??!?”

“Wekkk! Padan dengan muka kau! Sedap? Best?” Nadhirah mengejek dengan berani.

Semua pelajar mula berkerumun menyaksikan adegan itu.

“Kau ni kan, kau tak serik-serik lagi ke?!”

“Macam-macam kau buat dekat aku kan? Kau fikir aku boleh duduk diam? Apa kau ingat kau tu anak orang kaya, suka-suka hati kau jelah nak buat aku ni macam sampah hah?!!?” Nadhirah menengking Anas.

“Hei kau…” Anas menuding jari telunjuknya tepat ke arah muka Nadhirah.

“Apa? Apa??!!”

Anas tiba-tiba hilang kata-kata.

“Irahh nooo!” The kepochis menjerit serentak dek terkejut dengan tindakan Nadhirah yang drastik.

Baldi yang ada baki air kotoran tadi sudah disimbah habis ke seluruh badan Anas dan baldi tersebut ditelungkupkan di kepala Anas sehingga menutupi mukanya! Nadhirah pantas berlalu dari situ sebelum Anas bertukar menjadi gorilla. Pelajar-pelajar disitu terkejut gila dengan aksi yang tak disangka-sangka itu!

“Hoii!! Kau nak pergi mana hah? Tak guna punya perempuannnnn!!” Anas mencampakkan baldi itu ke lantai dan pantas mengejar Nadhirah yang semakin jauh berlari.

Masing-masing hanya menggelengkan kepala menyaksikan pertarungan antara Gorilla dengan Ultraman itu. Marissa and The Gang hanya mengetap bibir dari jauh.

***

“Hoi tunggu aku kata! Kau nak lari mana hah??” Anas menjerit dari belakang sambil mengejar Nadhirah.

“Kejar lah sampai dapat! Uweekkk!” Nadhirah menjelirkan lidah dan melajukan lagi larian.

Dia ni betul-betul kejar aku lah! Mana aku nak lari ni? Penat dah ni

Mereka kejar mengejar antara satu sama lain sehingga ke padang sekolah. Rumput yang basah dan licin menyebabkan Nadhirah jatuh tergelincir dan terseret lututnya di atas ketulan batu-batu kecil yang terdapat di padang tersebut.

“Aduhhh!!” Nadhirah mengerang kesakitan.

“Hah kan dahh!” Siapa suruh kau lari! Padan muka!”

“Lutut aku arggghh!” Rabak lutut Nadhirah dek terseret dekat atas batu.

Damn! Apasal lah asyik kena dekat lutut yang sama!

“Haha! ish ish sakit ke?” Anas gelak evil dan berkira untuk meninggalkan saja Nadhirah yang terduduk mengerang kesakitan.

“Kurang ajar…!” Nadhirah menjeling tajam ke arah Anas sambil menitiskan air mata.

“Aku benci kau! Aku benciiiii! Benci sangat-sangat-sangat! Aku benci kau darab sejuta!” Nadhirah sudah meraung macam orang gila dekat situ.

Anas hanya diam membisu. Tidak jadi untuk berganjak dari situ.

Eh dia ni biar betul? Berdarah lain macam aku tengok lutut dia tu

“Buat apa kau tercegat dekat sini lagi? Pergilah! Tak puas lagi nak mendajalkan aku hah?!” Nadhirah cuba untuk bangun walaupun luka dilututnya semakin parah. Dia hampir terduduk semula namun pantas dipapah oleh Anas.

“Lepaslah!” Nadhirah menepis kuat tangan Anas yang memaut lengannya sebentar tadi.

“Orang nak tolong kot. Macam ni cara kau?”

“Tolong?? Bukan kau suka ke tengok aku merana macam ni? Aku dah pernah kena lagi teruk daripada ni dengan fan club bodoh kau tu! Kau tau apa? Kau cuma tau nak sakitkan hati aku lagi adalah kan??” Nadhirah menyeka airmatanya yang merembes dari tadi. Anas pula terkedu kat situ.

“Dah lah. Kau blah lah.” Nadhirah berjalan perlahan-lahan sambil menahan kesakitan yang amat sangat.

Anas terkebil-kebil dekat situ.

Is she crying?

***

Nadhirah hanya memerhati kotak sederhana besar berwarna pink itu sedari tadi. Sewaktu ingin menyimpan barang di loker ketika sesi persekolahan habis, kotak itu sudah berada di dalam lokernya.

Siapa bagi ni? Hehe tak sangka pulak aku ni ada admire

Perlahan-lahan Nadhirah membuka kotak itu dan sesuatu melompat keluar dari kotak tersebut.

“Arrrgggghhh!!” Nadhirah menjerit semahunya dek terkejut beruk dengan binatang yang melompat keluar dari kotak tersebut dan serta merta membuatkan adik-adiknya gelabah memasuki biliknya untuk mengetahui sebab kakaknya menjerit.

Katak sebesar tapak tangan kot!

“Kenapa kak?” Lisa pelik melihat muka kakaknya yang pucat.

“Apahal ni? Apahal” Ayid pula menyoal.

“Katak!!!!!” Jerit Nadhirah sekuat hati.

“Tu! Tu! Arrrggghhh!” Sarah dan Hakimi menjerit serentak menyebabkan Lisa dan Nadhirah menjerit sambil melompat ke atas katil kerana katak itu sedang melompat dengan bebasnya di dalam bilik Nadhirah.

“Anassss!!!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience