BAB 14

Romance Completed 3932

Setahun sudah berlalu. Nadhirah sudah menamatkan persekolahan dan sedang menunggu panggilan untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Kehidupannya dan keluarga sangat baik malah bertambah baik di Melbourne. Malah dia dan adik-adiknya semakin fasih berbahasa inggeris.

“Bye Irah! See ya!” Mike rakan sekerja Nadhirah di kedai bakery tempat Nadhirah membuat part-time melambai-lambai ke arah Nadhirah dari jauh.

“Bye! Have a good vacation with your family Mike!” Nadhirah turut melambai ke arah Mike sebelum berjalan menuju ke bus-stop.

Sewaktu di dalam bus Nadhirah menyumbat telinganya dengan earphone dan melayan lagu-lagu yang terdapat di dalam playlistnya. Ketika bus berhenti di traffic light…

Eh photographer lah!

Serta merta Nadhirah terbayangkan Anas dan segala yang berkaitan dengan Anas bermain-main di kotak ingatannya. Ngam-ngam pulak time tu lagu Because I’m Stupid acoustic version by Kim Hyun Joong is playing.

Anas…

Sedang Nadhirah leka memerhatikan photographer itu di tepi jalan tiba-tiba seorang jejaka menunggang basikal berhenti di tepi bus betul-betul di tempat Nadhirah duduk yang membuatkan mata Nadhirah terbeliak!

“Eh Anas?! Anas ke tu?”

Nadhirah terus menoleh ke arah lelaki tersebut namun kurang jelas kerana lelaki itu terus menoleh ke arah bertentangan. Bus pun perlahan-lahan bergerak kerana lampu hijau. Lelaki yang dikatakan seperti Anas itu sudah membelok ke arah berlainan.

“Betul ke Anas tadi? Ke aku yang salah tengok?” Nadhirah membebel seorang diri.

***

“Kak Irah, Lisa nak bawak dorang pergi kat belah sana jap eh!”

“Okay dear. Jangan jauh-jauh sangat. Tengokkan adik-adik!” Nadhirah mengambil tempat duduk di bawah sebuah pokok yang rimbun. Kebetulan musim bunga ketika itu jadi banyak bunga-bunga berguguran ditiup angin. Suasana sangat nyaman ketika itu dan permandangan tersangatlah cantik. Nadhirah memejamkan mata sambil menikmati bunyi bunga-bunga yang berguguran ditiup angin lembut.

Betul ke lelaki yang nampak semalam tu Anas? Sumpah macam dia. Kalau betul dia, apa dia buat kat sini?

“Kak! Kak Irah! Jom sini, ada abang ni nak tangkapkan gambar kita!” Hakimi berlari-lari anak mendapatkan kakaknya.

“Again? Kimi, how many times I must told ya? Jangan layan orang yang kita tak kenal!”

“Alah orang ni Kimi kenal Kak!” Hakimi menarik tangan kakaknya.

Setibanya di tempat yang Hakimi maksudkan, Nadhirah mendapati ada seorang jejaka berdiri membelakangi mereka sambil mendukung Sarah.

“Kamu semua ni degil ya! Err excuse me Sir.. pardon my…” Kata-kata Nadhirah terhenti di situ tatkala jejaka itu menoleh ke arahnya.

“Hi, I’m Anas.” Anas tersenyum mesra ke arah Nadhirah sambil mengenyit mata nakal. Diturunkan Sarah dari dukungannya dan Sarah berlari terkedek mendapatkan kakaknya.

What?!

“Err… Na… Nadhirah…” Perlahan Nadhirah bersuara dan teragak-agak membalas senyuman Anas.

“I mean, what are you doing here Anas?” Nadhirah menyusun ayat. Kakinya seolah tidak berpijak di atas tanah dek terlalu terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang.

“I miss you so much!” Anas mendepakan kedua-dua belah tangannya seolah-olah inginkan Nadhirah berlari memeluknya seperti yang pernah dilihat di dalam filem-filem kebanyakan.

Mata Nadhirah membuntang melihat aksi tak senonoh Anas dihadapan adik-adiknya sambil memberi isyarat mata are-you-insane kepada Anas. Lisa, Ayid dan Hakimi hanya tersengih-sengih bak kerang busuk. Namun Nadhirah tidak dapat menyembunyikan senyuman bahagia yang teramat kerana lelaki yang dia lihat semalam memang Anas dan berada di depan matanya sekarang!

“How’s everything?” Mereka bertanya serentak sebelum ketawa kecil terhambur. Bahagianya!

‘’Semuanya luv!! Luv everything!’’ teriaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience