BAB 6

Romance Completed 3932

Sekolah ni ada 3 blok utama. Setiap blok terdiri daripada department yang berlainan. Art and Design department, Film and Animation department and Music department. Nadhirah dan rakan-rakannya berada di bawah Art and Design department. Ketika waktu rehat, Nadhirah mengambil peluang untuk meninjau Film and Animation department yang dikatakan sangat famous dan mempunyai interior design yang sangat awesome dan canggih kerana studentnya tergolong dari students yang kaya dan datang dari family berada.

Hmmm untunglah jadi orang kaya

Mata Nadhirah meliar di setiap sudut sewaktu berjalan di sepanjang koridor bangunan tersebut. Tiba-tiba langkahnya terhenti di sebuah pintu yang terbuka kerana terdengar orang sedang berbual.

“Kalau macam tu lepas habis sekolah kita kahwin? Nak?”

“Haha. You buat lawak ke? We’re still young. I tak nak tamatkan hidup I dengan berkahwin.”

Nadhirah memasang telinga mendengar perbualan tersebut. Sempat dia menghendap di sebalik pintu untuk melihat gerangan siapa yang berada di dalam kelas tersebut.

Oh my god! That snobbish guy? Hehe kena reject ke? Oh my oh my hot ni! Alolo look at his sad eyes. Kesian kesian hehe

“Habis you nak I buat apa lagi? You’re leaving soon. Okay macam ni, I ikut you pergi UK. Kita sambung study kat sana sama-sama?”

“Anas no, listen to me. This is my only chance untuk buktikan yang I boleh jadi pianist terkenal suatu hari nanti. I tak nak issue kahwin apa semua ni jadi penghalang I untuk capai impian I.”

“Oh maksud you, I ni penghalang you untuk capai impian you lah?”

“Anas, that is not what I mean. Haih. Susah la macam ni. Anas, let’s break up. I’m so sorry…”

Oh my… awwhh dia nak nangis ke tu? Eh perempuan tu bukan Elena the pianist angel ke?

Nadhirah menggaru- garu dagu yang tidak gatal sehingga membuatkan handphone yang berada di genggamnnya terlepas membuat Anas dan Elena serentak memandang ke arah pintu!

Alamak macam mana boleh terjatuh pulak phone!

Dengan gelabahnya Nadhirah cuba mengambil semula telefon bimbitnya di atas lantai sambil cuba melarikan diri dari situ secepat mungkin.

“Hoi nanti!” Anas sudah tercegat di depan pintu tadi.

Mati aku!

“Siapa kau? Kau curi dengar perbualan kitorang eh?”

Nadhirah masih kaku dan tidak menoleh langsung Anas dibelakangnya.

“Wei, pekak ke?!” Anas meninggikan suara.

“Kau baru lepas kena reject ke? Hehe!” Nadhirah dengan berani matinya menoleh ke arah Anas sambil ketawa mengejek.

“Kau lagi?!” Anas terkejut.

“Jadikan malamku lebih indah…” Nadhirah berlagu riang (padahal tengah cuak) dan pantas berlari meninggalkan Anas yang bakal berubah menjadi seekor singa.

***

Suasana menjadi hingar bingar di luar kelas tiba-tiba. Kehadiran Anas membuatkan pelajar-pelajar perempuan tak senang duduk dek ketampanan tahap dewa yang dimiliki oleh prince mereka.

“Aku nak jumpa dengan perempuan laksa tu! Mana dia?” Anas bertanya kepada salah seorang pelajar.

“Irah.. oi Irah! Bangunlah. Apa Anas nak dengan kau ni? Dia nak jumpa kau!” Misha menyiku Nadhirah yang sedang enak tidur di dalam kelas.

“Irah… bangun cepat!” Sofie jadi tidak sedap hati apabila Anas semakin menghampiri mereka. Gadis-gadis fanatik mula riuh berkerumun di situ. Nadhirah pula terpisat-pisat sambil mengelap air liur yang meleleh.

“Siapa… siapa nak jumpa aku…?” Nadhirah menggosok-gosokkan matanya sambil menguap.

“Kau! Ikut aku sekarang!” Anas menuding jari tepat ke arah muka Nadhirah yang blur.

“Ikut kau? Pergi mana?” Nadhirah menguap sekali lagi.

“Jangan banyak tanya boleh tak? Cepat!” Anas pantas merentap tangan Nadhirah dan menarik Nadhirah yang masih mamai pergi dari situ. Ini menimbulkan kekecohan para pelajar terutama sekali pelajar perempuan. Fans Anas siap ada yang menangis dan paling teruk Marissa siap pengsan kat situ!

“Eh kau nak bawak aku pergi mana ni? Lepas lah!”

“Diam!”

Setiba di rooftop bangunan sekolah.

“Sakitlah!” Nadhirah menjerit.

Anas melepaskan genggaman sambil memandang kiri dan kanan untuk memastikan hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ.

“Wei, kau jangan ingat kau boleh lepas. Kalau aku dapat tau kau ceritakan hal aku dengan Elena tadi, siap kau!”

“A..Apa? Aku mana dengar apa-apa!” Nadhirah cuak.

“Kau jangan buat-buat bodohlah! Ni kira first warning okay!”

“Hei, itu hak aku lah samada nak hebohkan atau tidak!” Nadhirah tiba-tiba mendapat keberanian.

Sejurus Nadhirah berkata seperti itu, Anas dengan pantas mengangkat tangan ingin memukul Nadhirah namun dia tahan. Nadhirah menjerit dan cuba mengelak.

“Kau nak pukul aku? Hah pukullah! Pukul!” Nadhirah menghalakan mukanya kepada Anas.

Seriously? Dasar lelaki snobbish! Dayus! Menggunakan kekerasan terhadap wanita! Papa dan arwah mama pun tak pernah naik tangan dekat aku tau tak

Anas mengeluh.

“Haih. This is why aku tak suka bergaul dengan orang bawahan. Korang ni menyusahkan hidup aku tau tak! Terutama sekali perempuan bodoh macam kau.” Anas berpaling dan berjalan meninggalkan Nadhirah.

“What??” Terbeliak biji mata Nadhirah tatkala mendengar kata-kata tajam yang keluar dari mulut Anas.

Anas tetap berlalu tanpa mengendahkan Nadhirah.

Kurang ajar!! Tak guna. Berani kau pandang hina dengan aku? Oh my geramnya akuuuu. Kau tau lah nasib kau lepas ni!

Mata Nadhirah mula berkaca dek menahan rasa geram yang amat.

“What a jerk!!”

Sewaktu dalam perjalanan untuk balik ke kelas semula selepas perang mulut dengan Anas dekat rooftop tadi, sekali lagi Nadhirah ditarik ke sesuatu tempat. Kali ini it’s Marissa and the gang!

“Apa la…”

Panggggg!

Belum sempat Nadhirah menghabiskan kata-katanya, dia dilempang kuat oleh Marissa sehingga jatuh terduduk di lantai.

“Kan aku dah cakap! Kau tak nak dengar kan? Jangan dekat dengan Anas lagi kau faham tak?!” Kembang kempis hidung Marissa menahan amarah.

Nadhirah hanya tertunduk memandang lantai dengan hati yang meluap. Gadis-gadis pengikut Marissa merentap rambut Nadhirah dan menghayunkan kepalanya ke arah dinding.

“Arrghhh!” Naddhirah mengerang kesakitan. Air mata mula menitis.

“Kau ingat eh perempuan! Kau jangan ingat aku main-main!” Marissa mengeluarkan kata-kata terakhir sebelum beredar dari situ. Sempat dia menyepak kaki Nadhirah yang masih terduduk di situ.

Tak guna! Tak gunaaaa!

Air mata mula merembes laju. Kepalanya masih berdengung dek hentakan di dinding tadi. Pipinya yang masih panas akibat dilempang kuat sebentar tadi disentuh perlahan. Luka dilututnya tempoh hari kembali berdarah akibat terseret di lantai.

“Kau taulah apa nasib kau! Kau dengan fan club bodoh kau ni boleh pergi matiii!” Nadhirah mengelap air matanya perlahan-lahan sambil cuba untuk bangun dari situ.

“Irahh!” Misha dan Sofie yang mencari Nadhirah dari tadi menjerit dan terkejut melihat keadaan Nadhirah yang dah tak rupa orang lagi tu.

“Apa jadi ni? Lelaki tu nak apa dengan kau? Apasal sampai macam ni sekali??” Misha memapah Nadhirah untuk berjalan. Sofie mengibas-ngibas baju Nadhirah yang kotor.

“Ni semua sebab lelaki snobbish tuu! Aku benci dia! Benciii!” Nadhirah menjerit sekuat hati seolah macam nak satu sekolah tu tau betapa dia bencikan lelaki bernama Anas!

“Done!” Nadhirah menekan butang enter sambil gelak evil.

Aku akan sebarkan gosip mengenai kau dengan Elena The Pianist Angel! Biar kau tau langit tu tinggi ke rendah! Kau ingat aku takut!

“Kak, jom makan!” Laungun Lisa dari luar bilik mematikan lamunan Nadhirah.

“I’m coming!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience