BAB 3

Romance Completed 3932

“Bye korang! Jumpa esok.” Nadhirah terus belok ke kiri menuju ke jalan untuk pulang ke rumahnya.

Haih balik kena cuci baju ni. Hmm apa aku nak masak hari ni? Adik adik aku mesti tengah lapar tu

Nadhirah mengeluarkan buku nota kecil dari beg sandang yang dipakainya untuk melihat resepi yang telah dicatat semalam. Tiba-tiba…

Gedebukk!!

Nadhirah jatuh tersungkur sehingga menyebabkan lututnya berdarah. Dia tidak perasan sewaktu ingin mengeluarkan buku notanya, Marissa and the gang sudah stand by di hadapan dan menghalang langkah kaki Nadhirah sehingga menyebabkan dia terjatuh.

“Aduh!” Nadhirah pantas memegang lututnya yang luka. Pantas dia menoleh ke arah muka-muka Marissa and the gang yang penuh dengan kemarahan.

“What the…” Nadhirah membuntangkan biji matanya.

“Sedap?” Marissa berkata dengan penuh jengkel.

“Korang nak apa hah?” Tidak semena Nadhirah teringat akan kata-kata Farisha yang dia takkan terlepas dari tangan Marissa kerana telah membikin onar terhadap Prince pujaan hati mereka. Pantas dua gadis pengikut Marissa merentap lengan Nadhirah dan memaksa dia untuk bangun lalu menolak keras tubuh Nadhirah ke tepi tembok di kawasan perumahan di situ.

“Arghhh! Lutut aku!” Nadhirah mengerang kesakitan.

Tak guna!

“Kau sedar tak apa yang kau dah buat hari ni hah perempuan?”

“Apa yang aku dah buah hah?”

“Jangan buat buat bodoh lah! Belum pernah ada perempuan yang berani nak tinggikan suara dengan Anas okay?!”

“So? Apa kena mengena dengan kau? Kau ni girlfriend dia ke? Suka hati aku lah aku nak buat apa pun!”

Dua gadis pengikut Marissa mula hilang sabar dan berkira untuk memukul Nadhirah namun pantas di halang oleh Marissa.

“Girls, rileks-rileks. Let me settle this! Hei, tak kira lah aku ni girlfriend dia or bukan. But kitorang as his fans, akan sentiasa memastikan yang Anas tu tak apa-apa, tapi kau… kau hari ni berani buat apa yang selama ni takda siapa berani buat tau tak?!” Marissa menjerit macam orang gila.

“Hei go to hell lah dengan fan club korang semua ni! Aku tak peduli lah. Lepaskan aku boleh tak?”

“I’ll let you pass this time. Tapi sekali lagi aku dengar kau buat hal dengan Anas, siaplah kau!” Marissa mengarahkan pengikutnya melepaskan Nadhirah. Lalu mereka beredar dari situ dengan muka bengis.

Kesian betul aku tengok perempuan-perempuan ni. Macam takda benda lain nak buat dalam hidup ni. Tu je ke achievement korang sebagai seorang perempuan?

Nadhirah hanya menggelengkan kepala dan meneruskan langkah untuk pulang walaupun dalam keadaan terincut-incut.

“Argghh rabak agaknya lutut aku. Huh ni semua gara-gara lelaki snobbish tulah! Tak pasal-pasal aku yang kena dengan fans kau!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience