BAB 12

Romance Completed 3932

Aku tak tau kenapa aku ikut dia balik rumah. Aku macam rasa selamat bila dengan dia. Tapi.. eh ni bukan ke…?

“Saya dah balik!” Anas membuka pintu rumah apartmentnya.

“Hai! Kamu dah balik!” Anas di sambut mesra oleh pasangan 30-an yang sedang duduk di sofa ruang tamu.

“Boleh tak malam ni kawan saya nak tumpang tidur. Dia pun lari dari rumah jugak.”

Lari dari rumah?

“Boleh je. Sentiasa dialu-alukan.” Wanita itu menjawab mesra.

Ni bukan ke perempuan yang…

“Ni aunty and uncle aku. Buat masa ni aku tinggal dengan dorang. Kau boleh panggil Aunty Zara and Uncle Joe.”

Aunty dia?

“Anas ni setiap kali mogok dengan daddy dia memang dia pergi sini. Kira ni second home dia lah. Err.. siapa nama kawan kamu ni?” Uncle Joe yang agak ‘lembut’ itu bersuara.

“Err… Irah.” Nadhirah bersuara perlahan.

“Jemput duduk Irah.. Aunty pergi buatkan air kejap.”

“Eh takpa, jangan susah-susah..”

“Takpa. Kamu duduk dulu. Mesti kamu haus kan? Kejap ya.” Aunty Zara sudah lesap ke dapur. Nadhirah hanya memerhati sekeliling. Terdapat banyak gambar-gambar unik yang digantung di rumah tersebut.

“Uncle Joe ni photographer. So gambar ni semua dia ambil sendiri.”

“Ohh.. cantik-cantik semuanya.”

“Awwh, malu uncle. Thanks dear. Anas pun mula ikut jejak uncle nak jadi photographer.”

“Haha. Saya ni cuma amatur je uncle.” Anas tergelak kecil.

Kenapa… Aku rasa dia sangat lain? I mean aku tak pernah nampak different side of him macam yang aku tengah tengok sekarang ni? Ke sengaja dia sembunyikan dengan berperangai setan setiap kali dengan aku?

“Jemput minum Irah. Air bujang je hehe.” Aunty Zara muncul dari dapur bersama dulang air.

“Thank you Aunty.”

“Malam ni Irah tidur dengan Aunty ya? Ke… nak tidur dengan Anas…? Hehe!” Aunty Zara mengusik nakal.

“Hah? Errr…” Nadhirah terkedu.

“Aunty….” Anas mengetap bibir sambil menjeling Aunty Zara.

Uncle Joe tergelak besar. Aunty Zara tersengih-sengih.

***

Kenapa susah nak lelap ni?

Nadhirah duduk peluk lutut sambil mengeluh berat.

Apa cerita agaknya dekat rumah sekarang? Dah tidur ke adik-adik aku? Papa?

Sekali lagi keluh berat dilepaskan. Nadhirah bangun dari tempat tidurnya.

“Haus pulak.” Nadhirah berjalan keluar dari bilik untuk menuju ke dapur.

Eh bilik siapa yang terang ni? Belum tidur lagi ke?

Nadhirah terhendap-hendap di depan pintu bilik yang terbukak tu.

“Kau tak tidur lagi?” Anas berkata selamba sambil mengelap rambutnya yang basah menggunakan tuala kecil.

Nadhirah tersentak dan pantas menoleh ke belakang.

Eh?

“Tak… tak boleh tidur…”

Kenapa dia nampak lain? Dengan rambut basah macam tu nampak lagi handsome (dalam erti kata lain, sexy!) Selamat aku bukan ahli fan club dia. Kalau tak dah lama aku pengsan kat sini!

“Tak boleh tidur? Kalau camtu meh sini aku nak tunjuk kat kau something.” Anas mendekati komputer yang terdapat di dalam biliknya.

“Eh ni Kimi dengan Sarah!” Nadhirah excited.

“Aah. Masa jumpa kat taman tempoh hari. Comel adik-adik kau. Tapi masa tu kau sombong gila haha.”

Anas tersenyum lebar sambil memandang tepat ke arah Nadhirah. Nadhirah turut membalas senyuman itu. Lama mereka memandang antara satu sama lain sehingga…

“Ehem! Kau haus tak? Aku buatkan kau satu teh ni. Confirm kau boleh tidur lepas minum teh tu.” Anas dengan awkwardnya berlalu ke dapur.

Nadhirah hanya tercegat disitu sehingga dia terperasan satu benda.

“Kotak apa ni? ‘E’?” Nadhirah mendekati kotak yang terletak bersebelahan dengan komputer Anas. Perlahan-lahan dia bukak kotak tersebut.

Banyaknya kad

Nadhirah mencapai salah satu kad yang terdapat di dalam kotak tersebut.

Anas…

Hari ni I pergi tempat masa mula-mula kita jumpa dulu and it’s still the same. Tak berubah pun. I harap perasaan kita pun macam tu.

Love,

Elena

Nadhirah terkedu. Tiba-tiba seutas rantai terjatuh dari sampul kad tersebut. Nadhirah pantas mengambil rantai itu dilantai. Rantai dengan huruf ‘E’ itu dibeleknya.

“E? Elena?” Nadhirah mula rasa tak senang hati.

Elena? Dia still contact dengan Elena lagi ke? Jealous? Kau jealous ke? Hish mengarut lah!

“Kau buat apa ni hah?!” Anas tiba-tiba menengking. Nadhirah yang terkejut dengan gelabahnya memasukkan semula kad dan rantai tersebut ke dalam kotak semula.

“Kau…” Nadhirah tergagap.

“Keluar! Aku cakap keluar!” Anas naik angin. Kotak tersebut direntapnya dan dicampakkan ke lantai. Habis berterabur semua. Nadhirah mencicit lari keluar dari bilik Anas.

***

“Mana semua orang? Keluar ke?” Nadhirah berjalan terpisat-pisat ke arah dapur.

“Keluar! Aku cakap keluar!”

“Dia marah kat aku lagi ke?” Nadhirah berjalan mendekati peti sejuk yang terdapat sticky note bertampal di pintu.

Uncle Joe & Aunty Zara dah pergi kerja. Aku keluar kejap. Makanlah apa-apa yang ada kat dalam fridge.

Anas

“Pfffttt.. Tulisan buruk gila hehe!” Nadhirah tergelak kecil.

Haih.. apa cerita lah adik-adik kat rumah? Dah makan ke dorang? Siapa yang masak? Dah lah Ayid suka complain Lisa masak tak sedap. Aku rasa aku kena balik sekarang jugak. Buat apa aku duduk kat rumah orang lama-lama kan?

Nadhirah terus bergegas ke dalam bilik untuk mengambil barangannya. Sewaktu dia ingin membuka pintu rumah untuk pulang..

Gedebukk!

Anas dan Nadhirah memegang kepala masing-masing kerana sakit dek terhantuk sewaktu Nadhirah tergocoh-gocoh hendak keluar tadi.

“Kau nak pergi mana ni?” Anas bersuara serious. Muka pun ketat je.

“Aku.. aku nak balik..” Nadhirah tunduk memandang lantai.

Kring kring kring

Tiba-tiba telefon rumah berbunyi. Pantas Anas mencapai dan menjawab panggilan tersebut. Nadhirah hanya berdiri tegak di situ sambil mencuri dengar perbualan tersebut dan mendapati Anas seperti marah-marah dan meletak panggilan dengan menghempas telefon tersebut.

“Err.. Siapa call?” Nadhirah teragak-agak bertanya.

“Pekerja Daddy aku. Dia cakap Daddy aku masuk hospital tapi do I care? Ni semua taktik Daddy aku je untuk suruh aku balik rumah. Heh ingat aku akan termakan ke dengan taktik murah macam ni!”

“Anas! Tak patut kau buat macam ni. Tu kan Daddy kau. Kalau dia sakit betul-betul macam mana? Baru kau nak menyesal!” Nadhirah kurang bersetuju dengan tindakan Anas.

“Hei! Kau apa tau? Kau sendiri pun lari dari rumah kan? Melawan cakap papa kau jugak kan?? Jangan nak tunjuk baik depan aku boleh tak?!” Anas merentap bahu Nadhirah dan menggoncang-goncang tubuh Nadhirah sebelum melepaskannya semula dan menolak Nadhirah ke tepi dinding.

“Anas! Apa ni?? Sakit tau tak??” Nadhirah memegang bahunya perlahan.

“Sakit?? Macam ni sakit tak??” Pantas Anas memeluk tubuh Nadhirah sekuat hati sehingga tiada ruang untuk Nadhirah bernafas.

Kringg kringg

Ketika itu telefon berdering sekali lagi.

“Anas! Lepaskan aku! Anas!!” Nadhirah terbatuk-batuk kerana sukar bernafas.

“Biarkan. Biarkan kita macam ni! Biar…” Suara Anas semakin kendur.

“Anas!!” Nadhirah berjaya melepaskan diri dan…

Pangggg

Nadhirah menampar kuat pipi Anas.

“Kau boleh tak jangan lari dari masalah? Kau boleh tak jangan jadi pengecut??” Nadhirah menengking Anas dan menolak kuat tubuh Anas sebelum berlari keluar dari situ.

Anas terkedu dan terus terduduk di situ menyesali perbuatannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience