BAB 10

Romance Completed 3958

“Hello? Tak nampak ke kat depan tu dah bagitau yang ni bus untuk art students?” Sofie berkata kepada Anas sambil bercekak pinggang. Bus jadi kecoh serta merta dek jeritan peminat fanatik Anas.

“So?” Anas menjenguk ke belakang untuk mencari kelibat Nadhirah. Dia melihat seat di sebelah Nadhirah kosong.

“What are you doing here?” Nadhirah menjengilkan biji mata apabila Anas mengambil tempat duduk di sebelahnya. Pelajar-pelajar yang lain mula kecoh. Anas hanya buat muka slumber.

“Kay tukar tempat dengan aku now!” Nadhirah berkira untuk bangun namun pantas tangannya ditarik oleh Anas membuatkan dia terduduk semula.

“Hei, kau ni kenapa? Kau tak nampak ke mata-mata fans kau tengok aku macam nak terkeluar biji mata!” Nadhirah separuh berbisik.

“Biarlah, yang penting aku dapat duduk sebelah kau.”

“Kau okay tak ni? Tiba-tiba je? Bukan kau benci kat aku ke?”

Sumpah aku tak faham gila dengan mamat ni

“Kenapa kau tak datang cafe makan dengan aku?”

“Saja. Malas.” Nadhirah jawab acuh tak acuh dan mengalihkan pandangan ke arah tingkap. Bas mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah.

“Senior year’s camp here we gooo!” Kay melaung kuat sambil disambut oleh sorakan para pelajar.

Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi Nadhirah hanya mendiamkan diri sambil menyumbat telinganya dengan earphone melayan lagu-lagu di dalam MP3 miliknya. Anas sudah terlelap.

“Tidur ke dia ni?” Nadhirah sempat menoleh ke arah Anas tapi hanya sekejap.

Dup dap dup dap

Pantas Nadhirah mengurut dadanya perlahan dan berpaling ke arah tingkap.

Hmm handsome…

Nadhirah menggelengkan kepalanya sambil menepuk pipinya berulang kali. Dia menguatkan lagi volume MP3 miliknya.

“Kau tengah dengar lagu apa?” Anas tiba-tiba menarik sebelah earphone dari telinga Nadhirah dan menyumbat ke telinganya pulak. Ketika itu lagu Because I’m Stupid Acoustic version by Kim Hyun Joong is now playing.

Nadhirah tetap memandang ke arah tingkap mengamati permandangan manakala Anas hanya memerhati Nadhirah dari refleksi cermin tingkap bas sambil berlatar belakangkan lagu yang sedang mereka dengar. Keadaan itu berterusan sehingga mereka sampai ke tapak perkhemahan.

***

Sewaktu Nadhirah ingin mengambil air di tebing sungai yang terdapat di kawasan perkhemahan tersebut, dia telah ditolak oleh Marissa and the Gang jatuh ke dalam sungai.

“Argggghh!”

Marissa and the Gang terus blah dari situ dengan muka angkuh. Selamat sungai tu tak dalam. Nadhirah bangun dan berjalan perlahan menuju ke tebing.

Tak guna! Habis baju aku

Dari jauh Anas hanya memerhati sambil mengetap gigi menahan geram terhadap perbuatan Marissa and the gang. Nadhirah berjalan menuju ke khemah untuk menyalin pakaiannya yang basah.

“Kau okay?” Anas entah dari mana muncul menyapa Nadhirah.

“Mind your own bussiness!” Nadhirah menjeling tajam dan melajukan lagi langkahnya. Anas pantas memaut lengan Nadhirah.

“Lepaslah!”

“Aku tanya kau okay tak?”

“Apa kau sibuk? Kalau aku nak mati pun kau jangan sibuklah!” Nadhirah merentap kasar lengannya dari pautan Anas dan meluru masuk ke dalam khemah.

Anas terdiam.

***

“Irah jom temankan aku cari kayu api. Dah nak senja ni. Nanti bergelap pulak.” Sofie mengajak Nadhirah.

“Okay jom!”

Sofie dan Nadhirah mula berjalan memasuki hutan yang agak tebal.

“Kita berpecah lah. Nanti tak lambat. Aku cari belah sana.” Nadhirah memberi cadangan.

“Okay. Jangan pergi jauh-jauh sangat!” Sofie sudah mula mencari kayu api di kawasan sekitar.

“Apasal si Snobbish tu lain macam dengan aku sekarang ni? Apa yang dia nak? Entah-entah ni salah satu agenda dia nak mendajalkan aku tak?”

Nadhirah membebel seorang diri sambil terbongkok-bongkok mencari kayu-kayu kering untuk dibuat bahan bakar.

Hari makin gelap. Tanpa sedar dia sudah pergi terlalu dalam dan lupa jalan keluar untuk ke tapak perkhemahan. Nadhirah ke hulur ke hilir kerana cuba mengingati jalan sewaktu dia sampai ke sini.

“Eh aku kat mana ni?Rasa tak lah jauh sangat aku pergi tadi, tapi kenapa aku tak jumpa jalan balik ni?” Nadhirah mula cuak. Peluh sejuk mula memercik keluar dari dahinya.

“Sofiee! Mishaa!” Nadhirah memanggil rakan-rakannya dengan sekuat hati. Hari sudah semakin gelap. Dia tidak mempunyai sebarang torch light. Air matanya serta merta mengalir.

“Papa.. tolong Irah. Papa!” Nadhirah sudah menangis teresak. Bunyi haiwan-haiwan liar membuat Nadhirah semakin ketar lutut.

“Somebody help meeee!!”

***

“Lapar ni! Bakarlah cepat sikit!” Faris mengarah Misha yang sedang menerbalikkan ayam yang sedang di panggang.

“Sabarlah!” Misha hanya menjeling tajam ke arah Faris. Mereka yang lain sedang duduk mengelingi unggun api. Kevin memetik guitar miliknya dan Kay menyanyikan lagu Mudah Saja by Sheila On 7. Boleh tahan sedap suara Kay ni.

Anas pula hanya termenung. Kata-kata yang Nadhirah pernah ucapkan padanya terngiang-ngiang di kotak ingatan.

“Tolong?? Bukan kau suka ke tengok aku merana macam ni? Aku dah pernah kena lagi teruk daripada ni dengan fan club bodoh kau tu! Kau tau apa? Kau Cuma tau nak sakitkan hati aku lagi adalah kan??”

“Aku benci kau! Aku benciiiii! Benci sangat-sangat-sangat! Aku benci kau darab sejuta!”

“Kalau aku nak mati pun kau jangan sibuklah!”

“Benci sangat ke dia dekat aku?” Anas bermonolog seorang diri.

“Hish, nyanyi lah lagu happy-happy sikit! Lagu sedih je dari tadi.” Sofie mencelah.

“Yelah-yelah.” Kay terus menyanyikan lagu lain.

“Eh jap, mana Irah? Sofie Irah mana?” Misha duduk join dorang. Ditinggalkan saja Faris keseorangan di tempat BBQ. Asyik membebel je.

“Eh aku ingatkan dia kat tempat BBQ dengan kau tadi?” Sofie mula risau. Kay dan Kevin berhenti menyanyi. Pelajar yang lain turut kecoh mengenai kehilangan Nadhirah. Misha terus bangun dan check kat khemah kot-kot Nadhirah ada dekat situ.

“Petang tadi aku pergi cari kayu api dengan dia, aku ingat dia dah balik dah. Mana pulak dia pergi ni?” Sofie cemas.

Sebaik saja Anas mendengar kata-kata dari Sofie itu, pantas dia mencapai torch light dan terus meluru ke dalam hutan untuk mencari Nadhirah.

“Anas, tunggu kitorang!” Kevin, Faris dan Kay menuruti Anas dari belakang.

“Aku risau lah Misha.” Sofie macam nak nangis.

“Sabar Sofie. She’ll be fine. Insha-Allah.” Misha risau jugak.

***

“Irah! Irah! Kau kat mana??” Anas menjerit sekuat hati memanggil Nadhirah.

“Irah!!”

Nadhirah yang hanya duduk ketakutan tiba-tiba terdengar namanya di panggil.

“Aku kat kat sini! Irah kat sini!” Nadhirah turut melaung.

“Irah!!”

Sebaik saja melihat kelibat orang yang datang ingin menyelamatkannya, pantas Nadhirah berlari tak cukup tanah dan memeluk erat gerangan yang menyelamatkannya itu. Main sambar je sebab dah takut sangat!

“Tolong. Aku takut. Tolong..” Nadhirah sudah menangis teresak sambil membenamkan wajahnya ke badan jejaka tersebut.

Anas yang terkejut hanya membalas pelukan itu sambil menenangkan Nadhirah yang menggigil ketakutan.

“Jangan takut. Aku ada…” Anas bersuara perlahan. Sebaik saja mendengar suara yang dikenalinya itu pantas Nadhirah mendongak.

“Kau?” Nadhirah cuba mengecam dalam gelap sambil mengecilkan matanya.

“Dah-dah. Jom!” Pantas Anas menarik tangan Nadhirah untuk beredar dari situ.

Sepanjang mereka berjalan menuju ke tempat perkhemahan, suasana sangat awkward dan hanya di temani bunyi cengkerik. Namun mereka tidak melepaskan genggaman tangan masing-masing.

“Ke… kenapa…?” Nadhirah tergagap-gagap untuk memulakan bicara.

“Kau buat aku risau tau tak??” Langkah Anas terhenti. Dia berpaling memandang Nadhirah.

“Mana lah aku tau yang aku nak sesat!”

“Lepas ni jangan berani-berani nak masuk sini sorang-sorang! Faham?” Anas mengeratkan lagi genggaman tangannya dan meneruskan perjalanan.

Entah kenapa kali ini Nadhirah rasa macam tak nak lepaskan genggaman tersebut. Kalau tak sebelum ni pantang Anas pegang tangannya,terus melenting. Dia rasa seolah-olah selamat berada di sisi Anas.

Dup Dap dup dap

Kenapa dengan aku?

Sewaktu mereka tiba di tapak perkhemahan, Nadhirah di terpa oleh rakan-rakan yang risaukannya. Pantas Anas melepaskan genggaman tangannya dan berlalu dari situ. Nadhirah hanya memerhati kelibat Anas dari jauh.

Weird.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience