BAB 5

Romance Completed 3958

“Kimi, Sarah, jangan main jauh-jauh sangat! Kimi tengok-tengokkan adik tu ya sayang.” Nadhirah melaung dari jauh tatkala adik-adiknya mula berlari ke arah taman permainan yang terdapat di kawasan rekreasi itu.

Biasa waktu petang seperti ini Nadhirah selalu membawa adik-adiknya bersiar-siar di taman rekreasi yang tidak berapa jauh dari kawasan perumahan mereka.

Sarah tidak turut serta kerana katanya tidak sedap badan tiba-tiba. Nadhirah hanya memerhatikan dari jauh gelagat-gelagat pengunjung taman rekreasi tersebut sambil menyumbat earphone ke lubang telinga.

Lagu Universal Love Songs oleh Broccoli You Too menjadi penemannya pada petang yang nyaman itu. Sekali sekala Nadhirah menyentuh lututnya yang luka akibat terjatuh sebentar tadi.

Apalah nasib aku hari ni. Lepas satu, satu… Haihh

“Kakak! Jom kita ambil gambar nak?” Sapaan Hakiimi serta merta mematikan lamunan Nadhirah.

“Kan dah banyak gambar kita amik sebelum ni. Cukuplah. Eh mana Sarah?”

“Alaa.. ada abang ni nak amikkan gambar kita. Sarah ada dengan abang tu.”

“Abang mana ni? Hakimi, awak jangan main-main. Kan kakak dah pesan jangan tegur orang yang tak dikenali!” Nadhirah mula cuak.

“Sarah ada dengan abang tu. Jomlah kak. Kimi bawa akak jumpa abang tu.” Hakimi menarik tangan kakaknya.

***

Siapa lelaki tu? Kenapa dia sangat… sangat menarik bila mengendong Sarah macam tu. Nampak sangat…

Jantung Nadhirah mula berdegup kencang tak semena-mena. Dia tidak pasti siapa gerangan lelaki yang Hakimi maksudkan kerana hanya dapat melihat dari arah belakang.

“Abang, kata nak amik gambar?” Hakimi memanggil lelaki tersebut membuatkan lelaki tersebut menoleh dan…

Eh…?

“Eh kau ni…” Berkerut muka Anas kerana cuba untuk cam muka Nadhirah.

Oh my oh my! Macam mana dia boleh ada dekat sini?

Nadhirah terkedu. Matanya sempat melihat kamera jenis DSLR ynag sedang di pegang oleh Anas.

“And also pengerusi kelab fotografi”

Kata-kata dari Kepochis masa kat kelas tadi terngiang-ngiang di telinga Nadhirah. Anas melepaskan Sarah dari dukungannya dan pantas Sarah berlari ke arah Nadhirah.

“Kau ni… laksa…? Right?” Anas berkata sesuatu dengan sinis.

“Kak Irah, nak ambil gambar nak ambil gambar!” Sarah menarik-narik baju Nadhirah serta merta mematikan ke-keduan dan lamunan Nadhirah.

“Kimi, Sarah! Kan Kak Irah dah kata jangan bercakap dengan orang yang kita tak kenal! Dah-dah jangan macam-macam. Jom balik!” Nadhirah memarahi adik-adiknya di depan Anas sambil menarik tangan mereka untuk di bawa pulang. Sempat dia menjeling tajam ke arah Anas. Sarah mula merengek. Hakimi dah tarik muka. Ah sudah!

Apa ni? Apasal boleh terjumpa dia kat sini pulak? Haih bala apa pulak lah kali ni? Sakit hati tadi tak habis lagi

“Kimi! Sarah! Jangan mengada-ngada macam ni lah.” Nadhirah mula tak senang. Anas hanya memerhati kekalutan 3 beranak itu dengan pandangan yang pelik.

Hish budak budak ni buat hal pulak!

“Sini abang ambilkan gambar.” Anas bersuara sambil memujuk Hakimi dan Sarah.

“Hei! Tak payah! Jangan sentuh adik-adik aku!” Pantas Nadhirah menarik semula Hakimi dan Sarah yang berada dekat dengan Anas.

Anas terkedu. Nadhirah sudah hilang sabar dengan perangai mengada adik-adiknya. Lalu dengan pantas dia mengendong Sarah yang sudah teresak-esak menangis dan menarik tangan Hakimi dan berlalu dari situ.

Anas masih terkedu dan hanya memerhati kelibat 3 beranak itu dari jauh.

“Whatever!” Anas terus blah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience