BAB 11

Romance Completed 3958

“Hmm harga sekilo ayam dekat Giant lagi murah dari pasaraya lain” Nadhirah membebel seorang diri sambil membelek catalog pasaraya Giant.

“Kau tengok apa tu Irah ?Tak nak makan ke?” Misha dan Sofie datang menghampiri Nadhirah sambil membawa dulang makanan. Suasana di kantin agak hingar bingar waktu itu.

“Ni ha tengah tengok barang-barang murah kat Giant.”

“Pehh, aku memang salut lah dengan kau ni Irah. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah kena uruskan keluarga, balik sekolah pun macam tu jugak!” Sofie memuji Nadhirah.

“Tulah. Lately ni pun muka kau nampak penat.” Misha turut bersimpati.

“Haih. Nak buat macam mana. Bisnes ayah aku sekarang ni terumbang ambing. Dia memang selalu takda rumah kadang-kadang tak balik sebab busy uruskan hal kat office. Jadi aku lah yang kena uruskan semua. Contohnya beli barang-barang dapur ni.” Nadhirah mengeluh.

“Jangan lupa beli losyen sekali. Tu tangan kau nampak kasar!” Anas entah dari mana muncul bersuara membuatkan mereka menoleh.

Nadhirah hanya menjeling tajam. Anas berlalu dengan muka selamba.

Sudah hampir sebulan Sri Mega tenang tanpa peperangan antara Nadhirah dan Anas. Entah kenapa mereka seakan-akan awkward towards each other selepas balik dari senior year’s camp bulan lepas.

“Pelik lah dia tu aku tengok sejak akhir-akhir ni.” Misha berkata sambil memerhatikan Anas yang semakin jauh meninggalkan mereka.

“Tau takpa!” Sofie menyuap makanan dalam mulut.

“Hmm whatever.” Nadhirah bangun untuk membeli makanan.

***

“Kak minggu depan sekolah Kimi cuti seminggu. Sekolah kakak?”

“Samalah. Sekolah kak Irah pun cuti.”

Nadhirah memimpin tangan Hakimi sambil berjalan menuju ke rumah mereka. Sejurus pulang dari sekolah tadi, Nadhirah terus ke sekolah Hakimi untuk menjemput adiknya pulang.

“Nanti kita pergi berkelah nak? Dengan Papa, Kak Lisa, Abang Ayid, Sarah.”

“Iya sayang boleh. Nanti kita pergi eh.”

“Yeay!” Hakimi menjerit suka.

“Okay, sebelum tu jom teman Kak Irah beli barang sikit dekat kedai. Hari ni Kimi nak makan aa…” Kata-kata Nadhirah terhenti di situ tatkala melihat kelibat seseorang yang dikenalinya berjalan keluar dari sebuah kedai yang ingin Nadhirah singgah sebentar lagi.

Eh? Tu bukan Anas ke? Siapa perempuan tu? Bergaya semacam je?

Pantas Nadhirah menarik tangan Hakimi untuk mengekori Anas dan wanita yang bersamanya itu.

“Hari ni awak nak makan apa?” Wanita itu bertanya mesra kepada Anas.

“Apa-apa je asalkan awak yang masak.” Anas turut membalas mesra pertanyaan wanita lingkungan 30-an itu.

Oh my god!

Tanpa sedar Nadhirah sudah mengekori Anas sehingga ke sebuah apartment.

“Alamak, saya terlupa bawak kunci rumah lah!” Wanita itu mencari-cari sesuatu di dalam beg tangannya.

“Jangan risau. Saya ada kunci.”

Nadhirah yang sedang menyorok di sebalik pasu bunga besar yang berdekatan terkejut beruk!

Ada kunci? I mean seriously? Tinggal bersama?? Anas? Gigo…

“Kakak! Jomlah kita balik. Kimi dah lapar ni!” Hakimi bersuara kuat sehingga membuatkan Nadhirah pantas menekup mulut adiknya itu.

“Shhhh!”

Anas yang terdengar suara itu pantas menghampiri mereka.

“Awak naik dulu lah. Saya ada hal jap.” Anas memberitahu kepada wanita yang bersamanya tadi.

Mampus aku!

Nadhirah berkira-kira untuk berlalu dari situ namun…

“Eh ni adik kau yang aku jumpa masa kat taman dulu kan?”

“Yu.. yup!” Nadhirah tergagap-gagap dan perlahan berpaling untuk meninggalkan Anas.

“Aku harap kau tak cerita dekat sesiapa lah apa yang kau nampak tadi.” Anas mengeluh.

“None of my bussiness!.” Nadhirah terus berlalu dari situ.

***

“Syarikat Papa macam dah tak boleh diselamatkan lagi. Takda projek-projek besar yang kami terima untuk tahun ni. Hutang makin bertambah. Macam mana nak bayar gaji pekerja?” Encik Radhi mengeluh berat.

“Takkan syarikat papa kena tutup?” Ayid berkata perlahan namun pantas dicubit oleh Lisa.

“Mind your words!” Lisa berbisik perlahan. Nadhirah memberi isyarat mata kepada Lisa dan Ayid menyuruh mereka meninggalkan ruang makan itu bagi memberi peluang kepadanya dan Encik Radhi untuk berbincang.

“Apa plan papa lepas ni?” Nadhirah bersuara perlahan. Kasihan melihat papanya yang tak terurus itu.

“Mungkin rumah ni kena jual. Kita cari rumah sewa dekat mana-mana dulu. Yuran sekolah kamu kena bayar hujung bulan ni kan? Macam mana hah?” Encik Radhi semakin bercelaru.

“Haah hujung bulan ni. Tapi mungkin boleh mintak tangguh.”

“Tak. Tengoklah tu adik-adik kamu kecik lagi. Hmm.. sejujurnya, papa tak mungkin mampu nak bayar yuran sekolah kamu.”

“Saya.. kena berhenti sekolah ke?” Jantung Nadhirah berdegup kencang.

“Nampaknya macam tulah…” Encik Radhi tertunduk lemah.

“Tak nak!” Nadhirah bangkit dari kerusi yang didudukinya.

“Apa ni papa? Kenapa macam ni? Kenapa setiap kali saya je yang kena berkorban?!”

“Sebab kamu tu anak sulung!” Encik Radhi terkejut mendengar lentingan Nadhirah.

“Tapi saya tak pernah mintak jadi anak sulung! Saya tak pernah mintak arwah mama lahirkan budak-budak ni! Kalau saya tau, sumpah saya tak nak ada adik! Baik dorang ni tak payah wujud dalam dunia ni!” Nadhirah semakin hilang kawalan. Adik-adiknya hanya terkedu melihat pertelingkahan kakak dan papa mereka.

Pangggggg!

Kuat Nadhirah ditampar oleh papanya menyebabkan adik-adiknya pantas berlari untuk mendapatkan kakak mereka.

“Sakit ke? Kak sakit ke?” Lisa cemas. Nadhirah terkedu.

“Kak Irah okay tak? Kakak!” Giliran Ayid bersuara.

“Dah jangan panggil dia kakak! Kamu semua dengar kan tadi apa dia cakap! Dia tak nak jadi kakak kamu lagi!” Encik Radhi terus berlalu ke biliknya.

Sejurus mendengarkan kata-kata dari Papanya, Nadhirah pantas berlari meninggalkan rumah.

“Kak Irah! Kak!” Panggilan adik-adiknya tak diendahkan. Pantas Lisa berlari mendapatkan papanya.

“Papa kak Irah dah pergi. Papa!”

“Biarkan dia!”

***

Nadhirah baring di tengah padang sekolah sambil menghadap bintang malam. Dia melihat tangannya yang kasar sambil mengeluh.

“Betul kata Anas. Tangan aku kasar…” Nadhirah memejam mata. Tanpa sedar airmatanya turut berlinangan.

“Kan bagus kalau aku mati dalam tidur je…”

Wajah-wajah adik-adiknya mula bermain-main di minda. Kemudian wajah papanya dan arwah mama. Nadhirah tidak dapat mengawal perasaannya lagi. Dia menangis teresak-esak semahunya.

“Klik! Klik!”

Bunyi flash camera mengejutkan Nadhirah. Lantas dia bangun dan menoleh ke arah kanan.

Anas!

Nadhirah pantas mengesat pipinya yang lencun dengan airmata.

Dia nampak ke aku nangis tadi? Apa dia buat malam-malam kat sini?

Anas masih mengambil beberapa keping gambar di sekeliling tanpa mengendahkan Nadhirah di situ. Saja buat-buat tak nampak padahal dah perasan dari Nadhirah sampai lagi.

“Kau…” Nadhirah bersuara perlahan.

“Aku ingatkan langsuir mana lah menangis malam-malam macam ni. Tegak bulu roma!” Perlahan Anas mendekati Nadhirah dan mengambil tempat duduk di sebelah Nadhirah.

“Kurang ajar!” Nadhirah menarik muka sambil mengelap hingusnya yang hampir meleleh.

“Kau buat apa malam-malam kat sekolah ni? Tak takut ke?” Anas membelek-belek camera miliknya.

“Saja ambil angin malam. Kau?”

“Taking some photos.” Sempat Anas snap muka Nadhirah yang comot itu.

“Jangan lah!” Nadhirah menekup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya.

Anas tersengih. Pantas dia mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.

“Nah! Aku selalu sapu losyen ni kat tangan aku sebab kulit aku selalu kering.”

Nadhirah memegang botol losyen yang Anas campak kepadanya.

“Thanks…” Pantas Nadhirah memicit sedikit losyen tersebut dan menyapu perlahan di tangannya yang kasar. Anas hanya memerhati tingkah laku Nadhirah.

“Dulu… arwah mama selalu sapukan… losyen kat tangan aku…” Nadhirah tunduk. Suaranya mula serak. Matanya kembali berkaca. Air mata boleh merembes pada bila-bila masa.

“Tangan aku kasar sebab lepas arwah mama aku meninggal, aku lah yang galas tanggungjawab besarkan adik-adik. Aku lah mama dorang. Tapi… aku jugak lah yang dah lukakan hati dorang. Aku dah lemparkan kata-kata kejam… yang aku sendiri tak sedar aku boleh cakap macam tu….” Nadhirah menangis teresak-esak di hadapan Anas.

Anas terkejut pada mulanya kerana inilah kali pertama dia mendengar kisah hidup Nadhirah. Simpati mula tertumpah. Tangan Anas teragak-agak ketika hendak menyentuh bahu Nadhirah. Namun pantas dijauhkan semula tangannya dan hanya diam membiarkan Nadhirah melepaskan tangisan semahunya.

“Sorry Anas.. Sorry sebab nangis depan kau. Aku dah lama tak nangis macam ni. Sorry sorry.” Nadhirah mengesat airmatanya dan kembali tenang.

“No biggie. So kau nak pergi mana lepas ni?”

“Aku tak sure yang pastinya bukan balik rumah..”

“Hmm… do you mind if… pergi rumah aku?” Anas teragak-agak.

“Hah?” Nadhirah terkejut.

“Jom.” Anas bangun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience