BAB 4

Romance Completed 3932

“Kakak dah balik! Yeayy” Hakimi adik Nadhirah yang kedua bongsu datang menerpa ke arah Nadhirah tatkala mendengar Nadhirah memberi salam.

“Mana Kak Lisa?”

“Kak Lisa tengah lipat kain. Abang Ayid dah pergi sekolah , Sarah tengah tidur.” Hakimi explain satu-satu aktiviti adik beradiknya kepada Nadhirah.

Nadhirah mempunyai 5 orang adik beradik. Sebagai yang sulung, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga kebajikan adik-adiknya. Lisa muda dua tahun darinya iaitu 15 tahun, Ayid (nama sebenar Farid) 14 tahun, Hakimi 5 tahun dan Sarah 3 tahun. Sejak kematian arwah mamanya 3 tahun lepas, Nadhirah lah yang memegang peranan sebagai ibu kepada adik-adiknya. Papanya pula mempunyai syarikat kontraktor kecil-kecilan yang mempunyai masalah hutang sana sini.

“Papa tak balik lunch ke?” Nadhirah menyapa Lisa yang sedang melipat kain di ruang tamu.

“Tadi papa call, dia cakap tak sempat balik lunch hari ni, ada urusan luar. Malam baru papa balik.” Lisa mengangkat baju-baju yang sudah dilipatnya masuk ke dalam bilik untuk diletakkan di dalam almari.

“Awal pulak awak balik hari ni?” Nadhirah mendekati Sarah yang leka diulit mimpi.

“Lepas papa call tadi terus chow. Padahal Mira ajak stay rumah dia, study for test esok. Kak Irah nak masak apa hari ni?”

“Oh ada test ke? Takpalah nanti Kak Irah tengokkan mana yang awak tak faham. Tak payahlah ke rumah Mira. Hmm rasa nak masak ayam masak kicap lah. Semalam papa ada beli ayam rasanya.”

“Okay. Malas sebenarnya nak stay rumah Mira, huh memang tak study lah gamaknya. Wow sedapnya. Aah ada tu kat dalam fridge. Eh, kenapa dengan baju Kak Irah ni? Lain macam je? Bau pun pelik. Tu dengan kain kotor bagai. Kau ni baru balik dari mana kak?” Lisa memandang kakanya dari atas ke bawah.

“Haha! Macam-macam hal hari ni Lisa. Sakit hati nak cerita. Baik Kak Irah mandi dan solat zuhur dulu. Awak tu dah solat belum?”

“Cuti hee.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience