BAB 1

Romance Completed 3932

Waktu rehat adalah waktu yang di nanti – nantikan oleh pelajar pelajar Sri Mega. Ramai pelajar yang berpusu – pusu menuju ke kantin, macam 10 tahun tak makan. Nadhirah juga tidak ketinggalan dalam adegan rempuhan yang sedang berlaku disitu. Rakan-rakannya yang tertinggal di belakang sudah tidak kelihatan lagi.

Heh kali ni aku tak nak kalah dengan budak-budak ni! Apa nak jadi, jadilah. Aku nak rempuh aje dorang ni, aku dah lapar gila.

Nadhirah terus merempuh pelajar-pelajar yang berpusu – pusu membeli makanan. Semua mata tertumpu ke arahnya.

“What?”

Dengan selamba Nadhirah berkata kepada students yang dari tadi asyik memerhati gelagatnya. Nadhirah memilih Laksa Penang sebagai juadahnya hari ini. Setelah membuat bayaran, Nadhirah mencari-cari rakan-rakannya yang ditinggalkan tadi.

Hish mana dorang ni? Aku ingatkan dorang follow aku dari belakang tadi. Where are you guys?

Ketika Nadhirah sedang terdongak-dongak dan memusing-musingkan kepala untuk mencari kelibat rakan-rakannya…

Gedebukkk!

“Oh mak kau! Ahhh noooo!!”

Keadaan di kantin yang hingar bingar menjadi sunyi serta merta dek terkedu akan jeritan lantang maha hebat oleh Nadhirah. Habis lencun separuh dari baju kurung yang dipakainya kerana bermandikan kuah laksa penang yang dibelinya sebentar tadi akibat dilanggar oleh seorang pelajar lelaki. Semua students yang berada di kantin menyaksikan tragedi Nadhirah bermandikan kuah laksa! Ketawa mula meletus dari mulut mereka. Bagi mereka ini mungkin balasan buat Nadhirah. Mana tidaknya, tadi tak reti nak beratur, habis semua makhluk dirempuhnya.

“Hoi! Buta ke? Tak nampak aku depan mata ni? Aku yang cun melecun ni kau tak nampak? Serious ah? Oh my habis baju akuu!” Nadhirah menjerit sekuat hati di hadapan lelaki yang melanggarnya sebentar tadi.

“Hello? Aku ke kau yang buta hah? Kau yang jalan tak pandang depan, nak salahkan aku pulak!” Anas terus berlalu dengan wajah sombong dan angkuh.

Nadhirah membesarkan lagi biji matanya dek kata-kata yang terluah dari mulut Anas. Hatinya makin meluap-luap kerana Anas seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan dan blah macam tu je!

Oh my god! Sombongnyaaa! Sakit hati akuuu

“What the… hei kurang ajar kau! Do you even know how to say sorry?”

Langkah Anas terhenti. Dia berpaling semula menghadap Nadhirah.

“You know what? I really don’t have time for this and one more thing, I don’t talk to stranger!” Anas hanya pandang Nadhirah sebelah mata dan berlalu begitu sahaja. Suasana di kantin semakin riuh dengan suara-suara pelajar. Ada yang mengutuk, ada yang tergelak-gelak sinis. Nadhirah tiba-tiba berasa malu yang amat. Dengan keadaan baju kurungnya yang separuh lencun, dengan mata-mata yang memerhatinya dari tadi.

“Padan muka Irah haha!”

“Oh my god, Beraninya Irah. Anas kot! Coolnya Anas. Handsome gila!”

Suara-suara tersebut membuat Nadhirah semakin panas dan berlalu dari situ dengan pantas. Ada juga mata-mata yang menjeling tajam ke arah Nadhirah menambahkan lagi rasa tidak selesanya. Ketika ingin beredar, Nadhirah bertembung dengan rakan-rakannya yang baru sampai di tempat kejadian.

“Irah, what’s going on? Kenapa dengan baju kurung kau ni?” Misha dengan gelabahnya menerpa ke arah Nadhirah.

“Are you crying? Hey apa dah jadi tadi?” Simpati Sofie tertumpah tatkala melihat mata Nadhirah yang mula berkaca.

“Irah, please tell us…” Misha semakin risau. Namun sapaan rakan-rakannya tidak diendahkan. Laju kakinya melangkah menuju ke tandas membuatkan Misha dan Sofie terkocoh-kocoh mengejarnya dari belakang.

***

Nadhirah duduk terjelepuk di atas kabinet sinki di dalam toilet sambil menangis teresak-esak dan menimbulkan seribu tanda tanya ke atas rakan-rakannya.

Tak guna punya lelaki sombong! Malu aku! Maluuuu. Papaaaaa Irah maluu huwaaaa

“Irah… apa cerita ni? Cuba cakap. Kau menangis tak henti dari tadi ni, macam mana kitorang nak tolong.” Misha semakin tak senang duduk melihat keadaan Nadhirah yang comot dek air mata dan baju kurungnya yang kotor.

“Korang kat mana tadi? Tau tak aku malu?? Malu sangat-sangat. Ada lelaki sombong mana entah langgar aku, habis kuah laksa penang tertumpah kat baju. Semua orang gelakkan aku. Lelaki tu pulak sombong nak mati! Blah macam tu je, tak cakap sorry pun. Geram akuuuu!” Nadhirah melepas kemarahan yang meluap-luap sambil mengelap air mata yang bersisa.

“What?? Siapa lelaki kurang ajar tu? Meh sini aku ajar dia!” Sofie terkejut dan mula hilang sabar.

“I’ve no idea who the hell is he. Never seen him before.” Nadhirah turun dari kabinet dan mencuci kotoran di bajunya.

“Ya Allah, kotor teruk baju kau ni Irah. Macam mana kau nak teruskan kelas lepas sesi rehat ni? Misha memandang Nadhirah dari atas ke bawah.

“I know righttt. Haaaaa malangnya nasib aku!” Nadhirah menggosok-gosok kotoran degil dibajunya.

“Hish! Tak guna betul lelaki tu!” Sofie tidak puas hati.

“Kalau aku jumpa lelaki tu lagi lepas ni, taulah nasib diaa!” Kembang kempis hidung Nadhirah menahan amarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience