BAB 13

Romance Completed 3932

“Kak Irah!!!” Sarah dan Hakimi menjerit serentak tatkala melihat kakaknya di muka pintu.

“Kak Irah! Kak Irah pergi mana?? Tadi kitorang keluar pergi cari akak!” Lisa terkejut melihat Nadhirah tiba-tiba muncul.

“Maafkan Kak Irah ya? Kak Irah bersalah dekat korang. Maafkan Akak…” Nadhirah merangkul adik-adiknya erat bersama linangan airmata.

“Kak Irah janganlah nangis. Mesti papa happy Kak Irah dah balik. Papaa!” Sarah berlari mendapatkan papanya.

“Kamu tercegat apa lagi tu? Mari makan sekali.” Encik Radhi bersuara mendatar.

Papa!

Nadhirah tersenyum.

***

“Papa… saya tak kisah kalau saya kena berhenti se…”

“Iya kamu memang kena berhenti sekolah! Papa ada berita gembira nak bagitau dekat anak-anak papa.” Encik Radhi buat suspen. Nadhirah, Lisa, Ayid, Hakimi dan Sarah yang berada dipangkuan Lisa memandang tepat ke arah Papa mereka.

“Papa dapat tawaran kerja dekat Australia. Segala perbelanjaan ditampung oleh syarikat tu. Bila fikir-fikir balik, baik papa terima tawaran tu dari kita bergelumang dengan hutang dekat sini. Papa ingat nak jual rumah ni dan company papa tu papa nak bagi kawan papa uruskan. Boleh lah cover hutang-hutang tertunggak. Jadi kesimpulannya, kita semua akan berpindah.” Panjang lebar Encik Radhi memberi penerangan.

“Ohh okay…” Nadhirah, Lisa Ayid berkata serentak sebelum…

“Apa? Australia??”

“Haah. Boleh lah kamu semua uruskan hal berhenti sekolah. Kita akan berangkat seminggu dari sekarang.”

***

“Jauhnyaaa!” Misha dan Sofie terkejut dengan apa yang mereka dengar dari mulut Nadhirah sebentar tadi.

“Kena ikut papa…” Nadhirah tunduk memandang meja.

“Tapi… oh my sedihnya.. aku nak nangis jap!” Pantas Misha berlari keluar kelas dan menuju ke toilet.

“Misha!” Nadhirah dan Sofie memanggil Misha serentak.

“Hari ni last day aku kat sekolah…” Nadhirah bersuara lemah. Sofie sudah mengalirkan airmata.

“Eh kenapa ni? Kenapa?” The Kepochis datang menghampiri mereka.

“Kau tanya Irah sendiri!” Sofie turut bangun dan berlari keluar dari kelas sambil mengelap airmata.

“Aku… today is my last day at Sri Mega.. Papa aku dapat offer kerja kat Aussie…” Nadhirah bersuara lemah.

“What??” The Kepochis terkejut beruk!

***

Sepantas kilat berita Nadhirah akan berpindah sekolah tersebar satu Sri Mega. Orang paling terkejut adalah Anas!

“Dah siap kemas barang dah adik-adik kakak? Sarah punya dah setel! Ayid? Dah tengokkan barang-barang Kimi belum?” Nadhirah sibuk memasukkan lebihan baju-bajunya yang masih belum dimasukkan ke dalam luggage.

“Tengah kemas ni kak!” Ayid melaung dari dalam bilik.

***

“Eh siapa yang terjenguk-jenguk dekat depan rumah tu?” Lisa yang baru pulang dari kedai pelik melihat seorang jejaka yang berdiri di hadapan rumahnya.

“Iya Encik? Cari siapa?” Lisa menghampiri jejaka tersebut.

Anas menoleh dan Lisa terus terpegun kat situ. Waktu itu wajah Anas dimatanya bagai ditiup angin lembut secara slow motion serta ditaburi bunga-bunga (sambil background lagu Pretty Boy by M2M) Bling-bling gitu! Ah sudah Lisa pun dah boleh join fan club Anas The Prince!

“Err.. ni rumah Nadhirah ke?”

“A… Aah. Nadhirah tu kakak saya. Kenapa ya?” Lisa malu-malu sambil pintal hujung rambut.

“Ohh. Err dia ada kat rumah tak? Boleh saya jumpa dia kejap?”

“Kejap ya saya panggil dia jap!” Lisa blushing dari tadi.

“Eh jap apa nama Abang?” Lisa berpatah balik.

“Anas. Cakap dengan dia Anas nak jumpa.”

Ketika di dalam rumah.

“Kak ada kawan akak nak jumpa. Dia kata nama dia Anas.”

Serta merta pergerakan Nadhirah terhenti.

“Cakap akak takda rumah. Suruh dia balik sekarang!” Nadhirah berlalu masuk ke dalam biliknya. Dia menyelak langsir di tingkap biliknya.

Kenapa dia datang? Kenapa?

Nadhirah menahan airmata daripada mengalir.

“Abang Anas, Kak Irah dia.. dia taknak jumpa Abang lah. Dia suruh Abang balik.” Jujur Lisa memberitahu kepada Anas.

“Yeke? Hmm. Boleh tak bagi surat ni dekat dia? Cakap dengan dia Abang minta maaf sangat-sangat…” Anas betul-betul menyesali perbuatannya.

“Errr.. Okay…”

Anas berkira-kira untuk berlalu.

“Err jap Abang! Hmm Lisa rasa Kak Irah tu suka Abang okay bye!” Lisa terus lesap masuk ke dalam rumah meninggalkan Anas yang tercengang.

***

Dear Nadhirah,

For the first time in my life, aku benci gila dekat orang. Dan orang tu adalah kau. Aku tak tau kenapa kau tiba-tiba muncul dan buat hidup aku chaos. Aku benci sangat-sangat dekat kau sampai tahap aku tak nak tengok muka kau lagi. Tapi tanpa aku sedar hari-hari yang aku lalui dengan membenci kau tu buat aku belajar tentang satu perkara yang aku tak pernah tau selama ni. That is love. Aku tak pernah sayang dekat orang sampai macam ni termasuk Elena. Aku tak pernah rasa macam ni masa aku dengan Elena. Kau orang pertama buat aku rasa macam ni. Okay aku betul-betul mintak maaf dengan kau sebab berkasar tempoh hari masa dekat rumah Uncle Joe & Aunty Zara. It’s just that I can’t control myself at that time. Aku betul-betul sorry. Untuk pengetahuan kau, aku dah berbaik semula dengan Daddy aku. Lepas kau pergi tu aku fikir balik kata-kata kau yang aku tak patut lari dari masalah dan jadi seorang yang pengecut. Thanks to you. Bila aku tengok macam mana tabahnya kau besarkan adik-adik kau, aku macam I mean I get inspired from you to be much stronger than before.

Aku tau kau benci aku kan? Takpa Irah aku tak kisah. Cuma satu je aku nak kau tau… sejauh mana pun kau pergi, ingatlah yang aku selalu ingat kat kau.

Anas

Bodoh!

Nadhirah melekapkan surat tersebut didadanya. Matanya berkaca. Nadhirah memandang ke luar tingkap. Sudah hampir sejam kapal terbang ini berlepas meninggalkan bumi Malaysia. Adik-adik dan papanya sudah lama lelap.

Selamat tinggal Anas

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience