2]CUTI SEHARI

Romance Series 3177

?

Feiruz sudah selesai mendirikan solat.Barulah otaknya lancar untuk berfikir.Dia pun mengatur langkah kembali ke pejabat. Setibanyan dia di office, dia hairan pintu dikunci. Tanpa berfikir apa lagi, dia terus membula pintu itu menggunakan kunci kedua miliknya. Dia menjadi risau melihat isteri meracau di sofa. Dia memegang dahi Eina, taklah panas. Normal je. Dia terdengar Eina berkata dalam tidur..

Tapi...
Salah ke?..
Salah ke?..

Baru dia ingin mengejutkan Eina, wanita itu sudah pun jatuh tergolek dari sofa ke dalam dakapannya. Eina pun terkebil-kebil melihat dirinya dalam pelukan erat suaminya. Pipinya panas kerana wajah mereka terlalu dekat.Dia melihat ke arah lain. Feiruz bertambah hairan.

"Eina tak apa-apa? "

"Abang..."balasnya tidak mempedulikan soalan.

"Ya? "

"Abang rasa mak abang masih marah kat saya ke? "

"Hmmm... Tak payah fikirlah pasal tu.. Mak ok je tu. "Muka Feiruz terus berkerut memdengar soalan itu. Dia sebenarnya sakit kepala mengingat hal itu.

"Tapi bang, dah setahun kita bersama.. Saya masih rasa tak oklah... Masih rasa... Entahlah.. "Eina meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

"Nantilah abang cuba settle semua ni. Apa-apa pun,kita pergi lunch dulu. Abang lapar lah.. "dia membuat muka kesian sambil menunjukkan perutnya. Eina hanya berdiri kerana berasa terlalu lama duduk di paha suaminya.
"Jomlah. "

????????????????????????????

Eina dan Feiruz tidak berbual banyak kerana hal tadi. Masing-masing makan dengan diam. Seolah-olah tiada sahaja idea untuk memulakan perbualan.Mereka pulang ke pejabat dengan perasaan yang masing-masing. Eina rasa bersalah pula menhilangkan mood bekerja Feiruz.Jelas lelaki itu sedang serius.

"Abang.. "panggil Eina lembut.

"Ya? "

"Marah Eina ke pasal tadi? "

"Takdelah.. Abang just penat. Abang nampak macam marah ke? "dalihnya.
"Mungkin.Kalau ya, maafkan Eina ye. Cuma Eina teringat balik sebab tu lah. "

????????????????????????????

Malam itu, Feiruz duduk di katilnya sambil membaca satu persatu cadangan daripada pekerjanya. Tadi bukannya apa, dia sedikit pening.

Eina menjelingkan matanya melihat suaminya di sisi. Dia menarik nafas perlahan. "Abang sibuk? "

"Eh tak sangat. Tengah baca cadangan ni je pastu tido lah.. Kenapa? "

"Emmm... Takdelah.. Eina tido dulu ye. "Feiruz hanya menggangguk. Eina baring sambil melihat ke arah suaminya. Feiruz sedar dirinya diperhatikan. Terus dia membiarkan sahaja kertas kerja begitu lalu baring menghadap Eina.Wajah itu seakan ingin mengatakan sesuatu.

"Kenapa ni sayang? Kalau ada nak cakap, cakap jelah. "

"Hmmmm... takde. Eina cuma kesian kat abang...penat kan. "

"Oklah...Tidur yang nyenyak ya sayang. "Feiruz mengucup dahi isterinya. Bukan setakat dahi sahaja, kedua-dua belah pipi turut dikucup. Dia tahu isterinya uzur,mungkin itu yang mengganggu fikiran. Dia menepuk-nepuk lengan Eina sampailah wanita kesayangannya itu tidur. Dia juga tahu isterinya itu tidak tenang atas perkahwinan hanya mendapat restu daripada sebelah pihak sahaja. Dia mengeluh keras.

????????????????????????????

Entahlah kenapa sejak dari tadi Eina nampak gelisah. Macam tak tentu arah saja lagaknya.

"Sayang kenapa? Macam risaukan sesuatu je"

"Tadi pagi, Eina mimpi buruk bang. "
Sangat sangat buruk.Dia terkejut pagi tadi hanyalah kerana sebuah mimpi.

"Oh takpelah abang pun pernah rasa...lagipun mimpi je kot. Tak payah fikirlah. "Feiruz cuba menenangkan isterinya.

Eina hanya mengangguk tanda ya. Aduh... Kepalanya pening.. Sebenarnya, dia bermimpi dia diminta untuk berpisah dengan Feiruz secara paksa. Tidak..tidak... Itu tidak mungkin terjadi.. Dia cuba berfikiran positif... Ya itu cuma mimpi Eina. Namun, bagaimana dengan ketentuan Allah? Dia yang mengatur semuanya dalam hidup ini.

Tengah hari itu mereka mendapat panggilan daripada ibunya.Ingin mengajak berjumpa. Terkejut Feiruz kerana setahunya ibu bapanya berada di Indonesia. Bila balik ke Malaysia juga dia tidak diberi tahu.

"Siapa tu bang? "Eina hairan melihat wajah tegang suaminya selepas menjawab panggilan tadi.

"Mak. Mak nak jumpa."

"Oh... Takpe awak perg--"

"Mak kata awak kena ikut sama. Nak bincang benda penting. "Eina resah namun tidak menunjukkan perasaannya itu kerana dia tidak mahu bertambah stres. "Oh ok. Kat mana? "dia bertanya dengan senyuman.

"Kat rumah.. Jomlah sekarang"
"Habis tu kerja? "
"Batalkan je semua meeting hari ni. "
"Oh ok"

Sepanjang perjalanan,perut Eina memulas.. Tangannya berpeluh. Semua jadi tak kena.. Gelisah.. Apakah tujuan Datin Suhaila ingin berjumpa mereka? Adakah mimpinya akan menjadi deja vu?Argh...serabut.. Dia tidak mahu berpisah dengan Feiruz.. Dia sayang lelaki itu. Hubungan setahun itu tidak cukup. Dia ingin sampai ke jannah.

Bismillah kaki cuba digagahkan untuk masuk ke dalam rumah. Ya Allah,pinjamkanku kekuatan untuk menghadapi ibu mertuaku. Dia berdoa di hati.Di ruang tamu sudah ada mereka yang bercerita seronok sakan.

"Assalamualaikum. "Feiruz memberi salam.

"Waalaikumusalam"jawab mereka serentak. Feiruz dan Eina bersalaman dengan mereka kemudian. Ketika dia bersalaman dengan Datin Suhaila, mahu tak mahu sahaja wanita itu. Hairannya siapa wanita ini? Memakai blaus, seluar jeans biru. Wanitu itu senyum padanya. Dia hanya sekadar membalas senyuman itu.

"Hah cakaplah apa yang awak nak cakap Su.. Abang pun nak tahu. "Datuk Awang memulakan.

"Ayah tak tahu?wah mak berahsia ye... Ouh by the way ni siapa ya? "Feiruz tertanya-tanya.Senyuman Datin Suhaila terlihat begitu menakutkan bagi Eina.

"Ni yang datang bawa dia. "Datin Suhaila menudingkan jarinya pada gadis itu.

"Halo, namaku Lynda. Asalku Indonesia"Gadis itu memperkenalkan dirinya dengan slang indonesia.

"Ibu, ini anaknya ya? "

"Iya. Kalian bakal menikah."
Bam! Hampir pecah jantung Eina dan Feiruz mendengarnya. Datuk Awang turut tersentak mendengarnya.

"Apa ni mak?! Kahwin lagi? Oh my god. Mak, orang baru setahun kahwin kot. "Feiruz terkejut. Lynda terkejut mendengarnya.Dia tidak tahu Feiruz sudah menikah.

"Ibu, apa-apaan ini? Anaknya kan sudah dinikahin.Kok malah mahu dinikahin lagi sama saya.Kan kasihan isterinya. "Reaksi Lynda. Mata Eina sudah mulai berkaca namun dia tunduk agar tidak dilihat mertuanya.

"Sabar....mak ada sebab kukuh nak nikahkan korang"Datin Suhaila tersenyum lagi.

"Apa lagi Su ni? Boleh tak jangan rosakkan rumah tangga anak sendiri?"Datuk Awang sudah malas melayan isterinya.

"Abang, dah setahun nikah. Kenapa belum ada anak? Su nak ada cucu..."suara Datin Suhaila gedik.

"Astaghfirullah mak,orang belum ada rezeki nak buat macam mana. "Feiruz sudah sakit kepala. Ada sahaja cara maknya itu untuk memisahkan mereka. Eina hanya diam. Stres.

"Ke Eina ni yang mandul? "tanya Datin Suhaila selamba. Eina terbeliak. Aku.. mandul?, bisik hatinya.

"Ibu, jangan kata gitu dong. Gak elok itu. Entar-entar beneran gimana? Kesian itu menantunya. Astaghfirullah"Lynda menegur cara wanita tua itu. Datin Suhaila hanya tersenyum sinis. Dia memegang beg tangannya lalu berdiri. "Ruz, nanti ada jawapan bagitau mak. Assalamualaikum. "terus meninggalkan mereka semua. Datuk Awang hanya mengeluh keras. Dia pun meninggalkan tempat itu selepas menasihati mereka untuk menjadi lebih kuat.Eina menangis selepas sahaja mertuanya dan Lynda pergi dari situ.Feiruz lantas menarik Eina itu ke dalam dakapannya yang erat. Kasihan isterinya.

"Eina, pedulikan mak. Abang takkan sesekali madukan Eina. "pujuknya.

Semakin lama, semakin tenggelam suara Eina.

"Abang, Eina nak mandi. Kalau abang nak pergi office, abang pergi jelah.Eina nak rehat. Penat"Eina berkata dengan muka tersenyum namun jelas ada duri di dalam senyuman itu. Feiruz faham Eina terluka. Dia bagi ruang untuk melepaskan perasaan.

"Ok"

Eina mengambil towel di bilik tidur mereka lalu membawa langkah ke bilik air.

Di dalam bilik air, Eina melayan perasaannya yang tersakiti. Kalaulah dia ada ibu, sudah tentu dia bercerita akan hal itu. Jikalau dia ada ayah, sudah tentu dia akan acah-acah minta bantuan superman. Tapi....semuanya berubah akibat kemalangan 14 tahun lalu. Abangnya pula hilang entah ke mana.Dia rindu tiga insan itu.entah abangnya masih hidup atau sudah tiada. Dia menangis teresak-esak di dalam bilik air.Kalaulah rumahnya di hutan, sudah pasti dia terjerit-jerit geram. Feiruz sudah memberitahu Yati bahawa mereka tidak akan ke office esok. Bah kan sekarang dia risau isterinya yang sudah sejam dalam bilik air. Entah apalagi yang akan terjadi selepas ini. Eina keluar sahaja dari bilik air sudah terlihat suaminya sedang mengurut-urut kepalanya. Terus sahaja dia memakai pakaian.Dia duduk di sebelah suaminya. Dia cuba untuk melupakan seketika kejadian tadi. Dia memeluk suaminya erat. Seperti hari esok sudah tiada untuknya. Feiruz sebak dengan tindakan itu. Dia kecewa dengan ibunya yang bertindak sebegitu. Walau bagaimanapun,dia tidak boleh derhaka. Dia mengucup pip isterinya banyak kali. Lama mereka dalam kedudukan itu sehingga Eina terlelap. Azan Zohor berkumandang. Dia mengangkat tubuh Eina lalu diletakkan atas katil dengan kemas. Dia pergi ke masjid berdekatan rumahnya untuk menunaikan Solat Zohor secara berjemaah.

????????????????????????????

Eina ingin pergi masak makan malam. Manakala Feiruz mengurus pekerjaannya dengan laptop di sofa.
"Abang, malam ni nak makan apa? Nanti Eina masakkan."Eina berkata seperti tiada apa yang terjadi sahaja. Feiruz menatap wajahnya.

"Hmmmmm... Malam ni makan kat luar jom! "ajaknya.

"Mmmm.. Boleh juga.. Abang sedialah dulu.. After ni Eina. "

"Abang pakai t-shirt jelah.. Dah ok ni.. Eina pergilah sedia. "

"Ouh ok".

Eina bercadang untuk beli makanan sahaja lalu bawa balik rumah.Boleh bagi sisa makanan pada kucing kesayangannya. Feiruz turut saja. Sayang sungguh dia pada Mimi,si kucing . Jalan-jalan begini mengingatkan Eina pada zaman bercinta mereka. Haih... Seorang CEO jatuh hati pada PA sendiri. Itu sudah biasa. Normal. Di novel sahaja banyak kisah sebegitu. Matanya sedikit berair tetapi dia tidak ingin menangis lagi. Dia tidak ingin membuat Feiruz serba salah. Selesai membeli makanan, mereka pun balik. Tak singgah ke mana-mana lagi.

"Mesti Mimi suka... Hehehe asyik makan baja je mesti dia muak kan bang?"Nada ceria itu menenangkan hati Feiruz.

"Hmm... Sayang sangat awak kat Mimi ye.. "Feiruz hanya melayan.Dia suka melihat isterinya yang kuat itu. Tidak mudah mengalah.

"Oh... Esok tak payah pergi kerja... Kita pergi jalan-jalan. Nak? Kita makan angin kat pantai. "sambung Feiruz baru teringat.

"Ya? Yeah... Dah lama tak keluar makan angin... "Muka Eina berubah gembira dalam sekelip mata. Gembira Feiruz melihat reaksi Eina.

"Haah kita tenangkan otak kita. Hehehehehe nak bawa Mimi tak? "

"Nak. Esok bagi cutilah dekat Syae. Kesian dia asyik kemas rumah, jaga Mimi. Mimi dah lah nakal. "ujarnya setuju.

Syae tu pembantu rumah diorang. Entah kenapa Eina rasa dia yakin untuk melawan perempuan-perempuan yang cuba untuk mendekati suaminya. Hahahaha.... biasalah.. Siapa tak sayang laki? Malam itu Eina tidur tak lah nyenyak sangat tapi at least tak mimpi buruk.

Pagi itu, Eina bangun awal untuk solat sunnat bersama suaminya kerana sudah tidak uzur lagi.Dia sangat menghargai momen ini. Kerana jika satu hari nanti mereka terpisah, mereka sudah tidak boleh buat sebegini lagi. Selesai solat, dia pergi menyediakan sarapan untuk mereka pagi nanti. Simple jer... Nasi goreng seafood...lepas tu pergi pantai mestilah mandi-manda kan so dia pergi sediakan pakaian untuk disalin nanti.

"Emmmm... sedapnya... Untung abang dapat isteri macam Eina ni. Dahlah sayang abang... Emmm"Feiruz membuat nada yang comel. Eina tertawa kecil. Ada saja gelagat suaminya itu.

????????????????????????????

Air laut kelihatan bersinar tambahan pula langit biru cerah. Tenang. Hati Eina tenang. Indahnya ciptaan Allah. Dia duduk di batu besar di pinggir pantai. Dia sudah lama menunggu Feiruz yang pergi mencari air. Haih.... Kalaulah kisah cintaku macam orang lain juga... Bahagia... MasyaAllah... Macam tak bersyukur pula.. Astaghfirullah,dia tersedar. Dalam menghayati panorama indah itu, matanya tertarik pada seorang lelaki memakai baju pejabat duduk di tepi pantai. Wajah jejaka itu kelihatan sedih.. Entah kenapa dia teringat akan abangnya yang telah lama hilang. Jejaka itu perasan dirinya diperhatikan lalu membelakang perempuan itu. Tak selesa.

BUSHHH!!!! Eina ditolak ke dalam laut tanpa sedar.

"Hahahaha"Feiruz tertawa melihat Eina yang mengecilkan mata kepadanya.Jejaka tadi pun terkejut mendengar bunyi tadi lantas memerhatikan mereka berdua.

"Feiruz Aisy!!Nak kejutkan saya pun elok-eloklah! "

"Okok jangan marah. "

Feiruz meletakkan kedua-dua cawan itu lalu menghulurkan tangannya untuk menarik tangan Eina.

Namun, bush!! Lelaki itu ditarik sehingga turut terjatuh ke dalam laut. Haiy.. Sweet bebeno diorang ni.. Macam orang yang masih hangat-hangat bercinta saja. Macam mana lagi.... Cinta di hati sedang membara.. Dapat rasa auranya... Eina teringat pada jejaka tadi.

"Abang, tengok orang tu.Dia tengok kitalah"

"Biarlah... Biar semua orang rasa cinta kita. "

"Ish... Abang! "Pipinya merah.

"Macam sedih jer tu.. Eh dia pandang arah lain pulak.. Dia sedarlah kita tengok dia... "Feiruz turut sekepala.

"Jom pergi tempat lain.."Eina mengajak.Feiruz hairan.

"Kenapa? "

"Kesian dia.. Dia tengah bersedih kat sana.. Kita pula berkasih-kasih di sini.. "
"Hmmm...yelah... Eina ni jaga perasaan orang juga ye.. "

"Jom".

Mereka pergi dari situ. Langkahnya terhenti.

"Abang, mana Mimi? "Eina baru perasan. Yelah...tengah seronok main air,takkan kucing diorang pun berenang kat situ kan.Apatah lagi Mimi yang benci dengan air.

????????????????????????????

?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience