6]HILANG INGATAN

Romance Series 3177

?

Minggu lalu, Feiruz telah meminta sahabatnya, Shahrul untuk menyiasat apakah hubungan antara Eina dengan lelaki di gambar itu. Semalam Shahrul sudah menelefonnya bahawa dia sudah mendapat maklumatnya. Namun, sampai sekarang Shahrul belum muncul lagi. Dia sudah panas punggung di restoran itu.

Manakala Eina pula dengan Eleazar akan berangkat ke Amerika untuk operasi pembedahan Eina. Eleazar meminta Qistina untuk mengurus syarikat itu sementara dia berada jauh dari bumi Malaysia. Qistina yang mengetahui hal itu pula yang menangis melebih-lebih.

Shahrul yang berpakaian serba hitam itu duduk di depan Feiruz.

"Apasal lambat sangat? "Feiruz menjelingnya.

"Bro, sabarlah. Anak aku macam mana? Mestilah dia susah sikit nak pisah dengan papa dia ni. "ujarnya selamba.

"Nah! "sambungnya. Dia menghulurkan fail itu kepada Feiruz.Dia sabar membaca satu persatu . Matanya terbeliak.

Hubungan:adik-beradik

Matanya tidak beralih dari pernyataan itu.

"Shahrul, kau baliklah. Nanti aku bank in ganjarannya. Jangan risau. "

"Ok. "Shahrul berlalu pergi.

Dia betul-betul rasa bersalah.Benar.Ia adalah fitnah. Ini semua salah..mak! Astaghfirullah...cepatnya dia menghalau wanita yang sepatutnya bersamanya hingga ke jannah. Sudahlah dia hina, sindir.. Siap halau lagi. Tapi apa yang penting kini.... Di mana isterinya...

Em.. Em. Emm... Hah! Dia melanjutkan pembacaan manalah tahu ada maklumat penting.

SYARIKAT PERNIAGAAN NAIM

Ada alamat lagi kat situ. Ok gerak now.

Dia tiba di situ.

Oh ni ke syarikat tersohor tu hmm.. Boleh tahan.., dia kagum akan abang iparnya.

Seorang pekerja datang menghampirinya. Tertera namanya di tanda nama 'DANIEL'.

"Ada apa yang boleh saya bantu, encik? "

"Oh.. Saya nak jumpa dengan Encik Eleazar. "

"Maaf encik. Dah lama Encik Eleazar tak masuk office. Cik Qistina yang bantu uruskan semua. ".

"Hmmm... Kalau macam tu, saya nak jumpa Cik Qistina. Penting sangat. "

Tanpa dipanggil, Qistina muncul.

"Apa lagi Encik Feiruz nak ni? "lantas Daniel pergi dari situ.

"Saya nak jumpa isteri saya. "

Qistina tertawa.

"Maaf, isteri mana satu ye? Puan Eina atau.. Puan Lynda?"dia tersenyum sinis.

"Tak payah nak sindir sindir sayalah. Saya cuma ada seorang isteri dan dia adalah Eina Zafirah. "

Qistina hanya diam. Patutkah dia beritahu?

"Maaf dia takde kat sini. " Qistina cuba pergi. Tapi Feiruz mengejarnya.

"Saya tanya mana Eina! "

Langkah Qistina terhenti.

"Untuk apa awak nak cari dia? Awak tak pernah pun nak hargai dia, cuba memahami perasaan dia. Hei.. Pergi balik rumah mak awak jelah senang citer. "

"Ok fine. Saya salah selama ni. Saya tak pernah nak dengar penjelasan dia. Saya tak pernah bagi dia ruang untuk bagitahu yang Eleazar tu abang dia! "
Qistina terbeliak. Nampaknya dia sudah tahu. Mereka jadi tumpuan di situ.

"Dah lah ikut saya. "Qistina mengatur langkah ke bilik Eleazar. Feiruz hanya mengikut langkahnya. Qistina mempelawanya untuk duduk.

"Saya minta maaf kasar tadi. "Feiruz duduk.

"Takpe. Awak ada hak sebab awak suami Eina. Cuma apa yang saya katakan tadi adalah jujur. Eina takde kat sini. Dia takde kat Malaysia. "

"Habis tu dia kat mana? "Feiruz berkerut dahi.

"Maaf tapi itu saya tak boleh bagitau. Ini adalah permintaan Eina untuk merahsiakannya. Kalau awak nak siasat sendiri saya tak halang asalkan bukan dari mulut saya. "

"Tapi, saya suami dia. Saya patut tahu tentang keberadaan dia. "

"Pernahkah awak anggap dia isteri dia? Ya sudah semestinya pernah tapi pernah ke awak cuba mengalah sikit je untuk dia. Awak dah tahu mak awak tak sukakan dia mestilah dia akan cari cara untuk pisahkan korang. Dan sekarang dia berhasil sebab awak tak pernah cuba untuk bagi Eina peluang. Dah lah Feiruz. Saya rasa bersalah tapi dalam masa yang sama saya kena amanah. "panjang lebar Qistina berucap. Feiruz betul-betul tidak faham. Eina tiada di Malaysia? Habis tu ke mana?.

"Boleh tak kalau saya minta number Eleazar? "Mukanya seperti sudah putus harapan.

"Nah.Itu je yang saya boleh bantu. Yang lain awak urus sendiri. "

"Terima kasih. "

"Saya harapkan yang terbaik untuk Eina. "

Feiruz mengangguk lalu pergi dari situ...

????????????????????????????

Lama Eleazar menunggu. Berjam-jam. Sampai dia terlelap. Dr.Smith mengejutkannya. Segera dia bangun.

"Doctor, what about my sister?Is the surgery succesful? "

Dr. Smith tersenyum.

"Yes, the surgery was successful but,there's one problem. She forgot her memories.She may not remember her past or she will someday. So, it's your responsibility to take care of her. "

"Alhamdulillah... Thank you Smith. "

"You are welcome, friend. "

"Can I see her? "

"Yes, you can."

Segera Eleazar masuk. Tapi, Eina masih tidak sedarkan diri. Dia sedih melihat keadaan adiknya. Tapi dia bersyukur kerana Allah mengizinkan adiknya untuk terus hidup. Dia keluar untuk menghubungi Qistina.

"Alhamdulillah pembedahannya berjaya. "

"Ya? Alhamdulillah. Tapi awak, Feiruz ada datang sini kelmarin. Dia kata nak jumpa Eina.Dia dah tahu hubungan korang. "

"Hmmm.. Tapi masalahnya Eina lupa ingatan. Dia mungkin tidak ingat yang dia tu ada suami. "

"Jadi macam mana ni? "

"Hmmm.. Takpe.. Nanti bila kami balik Malaysia saya cuba uruskan. "

"Ok Assalamualaikum. "

"Waalaikumusalam"

????????????????????????????

Feiruz sudah lama tak ke pejabat. Dia bergaduh dengan ibunya. Terpaksalah Datin Suhaila yang menggantikan dia. Dia rasa bersalah. Sangat.

Datin Suhaila duduk di kerusi. Lynda menemaninya. Sebenarnya, Lynda sudah benar-benar insaf daripada mengganggu rumah tangga orang. Dia juga sudah move on dari Feiruz. Tapi...haih..cinta ni kalau nak dibuang bukannya senang.

Feiruz pula macam mayat hidup di bilik. Tak makan. Tidur tak lena. Haih...

"Abang, kita orang Malaysia ye? "Eina bertanya perlahan. Kini mereka di dalam kapal terbang nak menuju ke Malaysia.

"Ha'ah..sabarlah.. Lama-lama Eina ingatlah semua memori Eina. Rehatlah dulu. Sampai Malaysia abang kejutkan. "

Eina tersenyum. Tak sangka dia ada abang yang penyayang. Dia baring.

Matanya tidak henti-henti memerhati rumah abangnya.Mewah.
"Abang, ni rumah abang ke? "

"Ha'ah... Rumah kita. "Dia senyum. Tetiba Qistina muncul dari dapur. Dia yang terlihat Eina terus berlari memeluknya. Eina pelik.

"Awak siapa? "

"Oh ya lupa. Saya ni kakak ipar awak, Qistina Amani. Nanti nanti awak ingatlah tu. ".

Eleazar mencebik. Ada hati nak jadi bini dia.

"Takdelah gurau jer. Saya ni sahabat awak. Dah 8 tahun kita kawan. "

"Wah! Lama sangat dah tu.. Kenapa saya tak dapat ingat awak? "

"Awak ingat siapa je buat masa sekarang? "

Eina berkerut. Sakit kepala. Tetiba Mimi datang.

"Mimi! "Dia berlari memeluk kucing itu. Eleazar dan Qistina berpandangan.

"Macam mana awak tahu nama dia Mimi? "Qistina hairan.

"Entah.. Terlintas kat kepala saya ni. "Eina membelai kucing itu. Manja sangat.

"Eina ingat abang dengan Mimi jer."ujarnya selamba.

"Awak tak ingat saya? "Qistina membuat muka merajuk.

"Siapa nak ingat awak? Awak tu tak penting. "Eleazar mengejeknya. Qistina hanya mencebik. Entah kenapa Eina rasa ingat tak ingat je. Dia hanya akan lupa sekejap sahaja.Mungkin sampai setahun macam tu.(sekejap konon.)

????????????????????????????

?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience