9]EINA BERUBAH HATI

Romance Series 3177

?

Hari yang dijanjikan telah tiba. Semuanya terletak di tangan Eina. Hari itu hujung minggu. Mereka tak ke office. Feiruz sudah berharap yang Eina telah mengingat semuanya dengan segala usaha yang telah dilakukan. Dia menunggu di sofa ruang tamu.

Eina pula murung di bilik. Dia tak sedia. Dia takut untuk sakitkan hati lelaki itu. Dia mengagahkan diri turun ke bawah.Melihat Feiruz di sofa sudah membuat dia rasa bersalah. Haish... Kebahagiaan aku pun penting. Dia duduk di sofa yang lain. Feiruz melihatnya.

"Awak dah fikir masak-masak? "Feiruz memulakan perbualan.

Eina mengangguk. Wajahnya berubah serius.

"Saya nak pisah.".Matanya tepat ke mata Feiruz.Jelas wajah Feiruz berubah.Dia berharap bahawa Eina menerimanya atas apa yang telah dia lakukan.

"Apa yang tak cukup lagi aku buat untuk kau?"

Eina terkejut mendengar soalan itu.Nampaknya Feiruz tak dapat terima kenyataannya.

"Awak...banyak lagi perempuan yang nak kan awak!kenapa nak desak saya cintakan awak?!"Eina sudah tidak tahan.Dia fikir benda cinta ni boleh paksa ke?Hish....Feiruz tertawa.

"Kau fikir senang ke aku nak lepaskan kau macam tu jer.Jangan haraplah.Aku takkan lepaskan kau!"Feiruz berdiri menuju ke tingkat atas nak ke bilik tidur..malas..kusut...

Eina pula macam nak tumbuk jer lelaki tu..dia pun nak bahagia juga dengan lelaki yang dia cintai..masalahnya Feiruz bukan orangnya dengan sifat sebegitu..dia tengok tv jelah..

Feiruz menghempas badannya atas katil.

Mana Eina yang cintakan aku dulu?..
Mana dia?Aku nak dia yang dulu!..Kalau itu yang kau nak,kita pisah..tak boleh jadi ni....

Dia menyalin pakaian kepada seluar jeans dan T-shirt.Dia nak tenangkan diri..dicapainya kunci kereta di atas kabinet lalu dia turun ke bawah...Eina yang terlihatnya terus berdiri...

"Awak nak pergi mana?"tanyanya.Dia tak selesa ditinggalkan seorang sebab rumah itu terlalu menarik perhatian para penyamun.Tapi dia dipalau.Feiruz menghidupkan enjin kereta..dengan perasaan marah,dia memecut menuju shopping mall...dia malas nak jumpa sesiapa termasuk Eleazar...dia datang situ sebab nak beli baju jer...baju lamanya dah banyak yang luntur warnanya.Eina membaling kusyen itu ke lantai.

"Asal marah je jalan..dahlah rumah ni besar sangat..takut aku nak tinggal sorang ni hish...baik aku bawa Qistina datang sini.."

Telefon bimbit dicapai di atas meja.Nombor gadis itu didail.Panggilan diangkat.

"Assalamualaikum Qistina.Kau busy tak?"

Qistina hairan dengan Eina.Selalunya sejak Eina lupa ingatan ni,dia membahasakan 'saya awak' tapi tetiba je ni.

"Waalaikumusalam.Aku free jer untuk kau.Kenapa?"

"Datang mari rumah aku jom.."

"Aku malas lah...kita jumpa kat mall lah camne?Tempat biasa dulu tu."

"Oklah..tunggu aku kat meja selalu."

Eina mengambil beg tangannya di atas dan kunci keretanya.Enjin kereta dihidupkan.Dia rancang nak shopping hilangkan stres dengan Qistina.

????????????????????????????

Matanya liar mencari Eina..dan dia ternampak seorang perempuan sedang melambai ke arahnya.Oh itu Eina...Pantas kaki Qistina menuju ke situ..dia duduk lalu memberi salam.Dia tersenyum membuat Eina pelik.

"Kau kenapa?"lagaknya selamba.

"Takde..kenapa kau tetiba je call aku ajak lepak ni kenapa?"dia masih tersengih-sengih.

"Aku ada masalah ni..Feiruz tak nak lepaskan aku.."

"Hah?!Apa maksud kau lepaskan?Kau minta cerai ke?Astaghfirullah..Eina.."

"Kenapa?Yang kau terkejut beruk ni kenapa?"

"Eh kau tak takut ke satu hari nanti kau ingat semuanya dan kau menyesal...dia adalah orang yang paling kau cintakan dulu Eina.."

"Itu dulu Qis.Bukan sekarang.Aku dah lupa semua tu.."

"Kau tahu tak?Aku sangkakan kau dah ingat balik masa lalu kau."Qistina kecewa..

"Maksud kau?"

"Sejak kau lupa ingatan,inilah first time kau ajak aku lepak..aku saja je cakap tempat selalu dan aku tak bagitahu kau pun kat mana...meja ni tempat kita selalu pilih nak lepak sebab kau dapat bising ngan aku and ketawa bising manapun sebab jauh dari tempat lain.Aku sangka kau ingat rupanya tak...ini semua kebetulan...cara kau bahasakan diri kau ngan aku pun betul bukan Eina yang lupa ingatan tu dah tapi rupanya cuma haih...dan sekarang kau nak minta cerai dari Feiruz?Apa masalah kau?"

Eina tersentak dan cuba menghadam kata-kata Eina..betul juga..dia tak tahu mana tempat lepak diorang selalu dan tetiba dia jadi tahu segalanya..pelik tapi benar..dia ingat tanpa sengaja.

"Aku tak dapat nak cintakan dia dah...aku dah cuba..Dah berbulan aku cuba..tapi tak dapat..Aku dah cuba! aku dah cuba!"

Qistina mengeluh berat.Dia pula yang stres.Eina pula murung sebab ditegur tadi.Sungguh dia tak perasan dia ingat tempat tu.

"Ah dahlah...aku nak gi beli barang jom teman aku.."dalih Eina.Qistina malas dah nak tegur..diturutkan sajalah permintaan Eina.Entah kenapa Qistina rasa geram je dengan Eina...erghh..senangnya buat keputusan..cuba bayangkan hidup Feiruz tanpa Eina...astaga...auto jadi drama TV3.Mereka masuk ke dalam kedai pakaian itu.Mata Eina bersinar melihat baju-baju yang lawa tu...

Qistina pula tunggu di luar.Malas nak tengok-tengok baju ni...berlambak dalam almari kat rumah...Sedang dia bermain phone,dia terlihat Feiruz sedang membelek-belek baju di kedai lain.Wajah lelaki itu sedih..namun lebih kepada malas.Qistina membawa diri untuk menemui lelaki itu.

"Nak beli baju apa ye...kemeja atau T-shirt je..ah..kalau dulu,Eina yang selalu tolong beli..sekarang--"

"Hai Feiruz..beli baju ye..."

Terkejut Feiruz dengan sapaan secara mengejut itu.Qistina rupanya.

"Ish..awak rupanya..terkejut saya..fikir perempuan manalah tetiba kejutkan saya. Phew..haah beli baju ni...Awak?"

"Oh..teman Eina beli baju.."jawabnya selamba.Wajah Feiruz berubah.Jelas keluhan berat keluar.Baru Qistina teringat.Dia serba salah..yelah..sepatutnya kalau isteri nak keluar shopping,mesti husband kena tahu..ni Eina punya pasal ni..

"Erh...i'm--"

"It's okay..Ruz faham.Lagipun dia dah nak minta pisah..and I think I kena lepaskan dia."

Qistina menekup mulutnya sendiri tidak percaya omongan itu.Oh My..janganlah..Aku cili la si Eina ni lama lama.

"You dah try ke?I mean macam--"

"Shhh..jangan cakaplah..kalau Ruz buat pun,dia memang takkan cintakan Ruz dah.."

"Cuba cerita sikit apa Eina buat.."

"Lepak café lah jom..nanti Ruz citer"ajak Feiruz.Qistina mengangguk lalu mengikut langkah Feiruz.

EINA

"Hmmmm...baju ni lawa..baju ni pun lawa..mana satu nak pilih..kalau beli dua-dua macam membazir pula..."Dia memerhati kedua-dua dress itu.Yang biru ni lawa,yang satu comel.Dia mengeluh.

"Kenapa ni?"sampuk seorang lelaki.Memakai pakaian logo kedai itu.Pekerja di situ.Eina hanya melihat lalu menunjukkan kedua-dua dress itu pada pekerja itu.

"Ni ha..saya bingung..nak pilih yang mana..dua dua lawa...awak rasa saya patut beli yang mana?"

"Eh..saya cuma pekerja..lagipun saya tak tahu taste cik macam mana?"lembut sahaja lelaki itu berbicara.Eina menatap seraut wajah itu.Asal hensem ni...matanya berpindah ke tanda nama lelaki itu..FARYZAL...

"Cik?cik?"Faryzal memanggil Eina.Eina akhirnya terhenti apabila lelaki itu menepuk tangannya.

"Ye saya?"

"Cik tengok saya macam nak telan je..hensem sangat ke?Hahahaha"

"Ih..awak ni perasanlah..takdelah..saya tengok tanda nama awak je pon..hah..awak rasa mana yang sesuai dengan saya?"

Faryzal meneliti.Warna kulit wanita itu cerah.So rasanya warna gelap lebih sesuai dengannya.

"Ni...ni sesuai ngan cik.."

"Hmmm..ok..saya pun rasa macam tu..ok thanks..Fary..zal"Dia menyebut nama itu sambil memerhati tanda nama.Takut salah sebut.Faryzal hanya buat jari ok.Eina pergi ke kaunter pembayaran.Faryzal pun mengekorinya.

"Mana yang jaga ni?"

"Sayalah.."ujar Faryzal senyum.

"Awak seorang je?"

"Haah...saya seorang je..yang lain gi lunch.."

"Awak tak lunch?"

"Tak selera."

Eina hanya meng'o'kan sahaja.Baju itu dilipat kemas lalu dimasukkan ke dalam plastik silver.Eina hanya memerhati lelaki itu.Comel.

"Hmm...RM95.."

"Ok nah.."Eina mengeluarkan not 100 lalu dihulurkan kepada pekerja itu.Baki pun dipulangkan.

"Terima kasih..kalau nak cari baju yang lawa lawa sampai tak tahu nak pilih mana satu,datanglah lagi..saya ada membantu."Faryzal tersenyum kecil.

Eina hanya memandangnya dengan senyuman kecil.

Comel juga pompuan ni..mata dia Ya Allah..astagfirullah..,Faryzal menundukkan pandangannya.Eina sudah pun keluar.

"Laa...lama sangat ke aku cari baju sampai Qis tinggalkan aku.."

Dia mencari sahabatnya itu ke serata tempat.Dan dia terkejut melihat Qistina sedang berborak dengan Feiruz.Dia duduk di kerusi itu.Hanya memerhati dari jauh.Melihat riak Feiruz yang sepertinya kosong itu membuatkan dia malas nak jumpa pula.

Yela..orang tak suka,lepaskan jelah..

"Are you sure nak ceraikan Eina?Ruz tak menyesal nanti?"

"Bila Ruz dah sedia lepaskan dia,Ruz akan buat.But,beri Ruz one more kesempatan untuk ambil hati dia..kalau memang tak dapat..I have to.."

"Okaylah..Qis pun dah tak tahu nak cakap macam mana dengan Eina tu.."

"Tapi rasanya kitorang akan cerai juga...tak..Feiruz memang akan ceraikan dia."

Tiba-tiba Qistina menangis.Membuat Feiruz hairan.

"Kenapa Qis nangis?"

"Nothing..just..Qis rindu Eina yang dulu..kalaulah dia tak hilang ingatan...mesti dia bahagia dengan Ruz sekarang.."

Feiruz mengeluh.Dia menundukkan kepalanya.Eina terkejut melihat Qistina menangis.Dia nak pergi tapi ada Feiruz...

Apa yang Feiruz cakap sampai Qis nangis tu?,bisik hatinya.

Qistina pun keluar kerana baru teringat Eina ada bersamanya tadi.

"Puas?"Eina menjongketkan kening kirinya.

"Puas apa?"

"Cakap dengan Feiruz?"

"Ya aku puas..aku puas sangat."Qistina seakan terasa dengan kata-kata itu.Dia pergi meninggalkan Eina.

"Hey...kau nak gi mana?"

"Kau tanya aku?"

"Wii..aku joke jelah.."

"Wow..joke..i hope yang Eina nak minta cerai tu just a joke.."

"Laa..dia mengadu kat kau pula..."

"Dahlah..aku malas nak nasihatkan kau..siapalah aku nak masuk campur kan?Aku harap je Allah kembalikan masa lalu kau kat kau."

Qistina pergi.Eina cuba untuk mengejar.Namun,cepat pula dek Qistina ni lesap.Dia pun kembali ke tempat letak kereta.Dia terserempak dengan Feiruz.Segera dia menarik kasar tangan lelaki itu.

"Apa awak cakap kat Qistina?"

Feiruz tidak menjawab sebaliknya hanya diam.Dia menatap wajah itu.Sudah lama dia tidak melihat wajah itu marah.

"Hei..saya tanya ni..dengar tak?"

"Ya saya dengar.."

"So?Apa awak cakap?"

"Apa yang awak nak.Jangan risau..saya cuma nak sedikit masa untuk lupakan awak..and saya akan ceraikan awak."katanya sebak.

Feiruz lalu meninggalkan dia.Eina sedikit terkedu mendengar ayat itu.Takkan pasal tu Qistina nangis?

????????????????????????????

Dia tiba di rumah dan Feiruz sudah tiba lebih awal darinya.Dia penat.Penat melawan perasaan.Dia bingung nak rasa happy atau sedih mendengar kata-kata Feiruz tadi.Pintu bilik dibuka.Kemas.Dia nak mandi so dia buka lah pintu almari itu.

Eh..mana baju-baju dia?Tinggal ni je?,bingungnya.Tiba-tiba Feiruz masuk ke dalam bilik itu.

"Oh dah balik.."

Eina hanya diam.Feiruz pula membawa bakul untuk mengangkut baju-baju dan pakaian yang lain..Eina menahan tangan Feiruz.Feiruz hanya menepis lembut.

"Awak nak bawa pergi mana barang-barang awak ni?"

"Kat bilik tetamu...saya tahu awak tak suka tidur sebelah saya...buat apa sekatil kan kalau tak cinta.."Dia kemudiannya menyambung perbuatannya.

"Eh..jangan..ini rumah awak..biarlah saya yang pindah..."

"Takpe..after cerai nanti,awak je yang akan menghuni rumah ni..saya senang je nak beli rumah..mungkin awak dah lupa,tapi rumah ni hadiah awak sempena perkahwinan kita..so awak berhak.."Feiruz keluar membawa bakul yang penuh itu.Sudah tiada apa-apa lagi miliknya di ruangan itu.

Eina pula duduk di katil.Dia lupa...salah...dia tak ingat...dia sedikit serba salah tapi memang tak cinta apa boleh buat...bilik tetamu bukannya jauh pun...sebelah saja.Cuma dia rasa serba salah.Takpelah...better aku gi mandi...bebas sikit...bolehlah alu berkemban after ni..

Berat hati mencuba
Menghapuskan segala yang ada di jiwa
Mungkin kau tak merasa apa yang aku rasa
Tetap ku berikan semua
Akan aku doakan dirimu tuk bahagia
Hanya Tuhan tahu
Tetap kamu ada dihatiku
Biarpun kita terpisah jauh

(Jauh by Aziz Harun)

Bergema bilik air tu kerana nyanyiannya.Dia keluar dari bilik air dengan hanya berkemban.Dia biasa berkemban tetapi tidak di hadapan Feiruz.

(Ceh...sedangkan dulu ok je pon sebelum dia lupa ingatan.)

Losyen disapukan di tangan dan kaki...melembutkan kulitnya.Badannya wangi kerana sabun mandinya favouritenya.Phone pula bercharge sebab habis battery tadi.So,dia hanya duduk merenung diri sendiri di depan meja solek.

Tiba-tiba,Tapp!!

BLACK OUT GUYS..

ARGHHHHHHH!!!!!!!

Eina menjerit.Dia memang takut.Dengan keadaan dirinya yang berkemban itu,dia terduduk di lantai kerana jatuh.Dia takut untuk berdiri.Tiba-tiba,ada orang pegang tangannya.

Argh!!!,sekali lagi dia berteriak.

"Ini abanglah..."Feiruz memberitahu perlahan.Cepat-cepat Eina berdiri dan memeluknya.Feiruz terkaku dengan tindakan Eina memeluknya.

"Awak...awak..asal gelap ni.."

"Black out lah...jomlah pergi bilik saya.."

"Hah?Ish..buat apa nak pergi bilik awak?Tak naklah..."Eina menolak.

"Tak nak sudah..tinggallah sayang sorang-sorang kat sini.."Feiruz meleraikan pelukan itu.Baru dia nak pergi dari situ,tangannya ditahan.

"Sampai hati awak...yelah..saya ikut awak..takutlah gelap ni.."Eina memeluk lengan sasa itu.Feiruz sedikit gembira dipeluk begitu.Eina ni..takut pun sampai dah tak kisah dia panggil 'abang sayang'.Mereka pun berjalan ke bilik sebelah.Feiruz duduk di katil,dia melepaskan ikatan antara mereka berdua lalu berdiri nak pergi ke mejanya.

"Awak..awak nak pergi mana?"Eina cemas.Dia menarik lengan itu kembali.Feiruz terduduk.

"Nak cari phone...pasang torchlight.."Feiruz tersenyum di balik gelap.

"Nak ikut..nanti awak tinggalkan saya macam mana?.."

Feiruz tertawa kecil.

"Kita kan tak lama lagi pisah..apa salahnya awak biasakan diri ditinggalkan..dahlah.."Eina serba salah mendengar jawapan sang suami.Dia dapat ada perasaan sedih dalam ayat yang dituturkan tadi.Dia memeluk lengan itu lebih erat.

"Takpe kita cari sama-sama..jom"Eina menarik lengan itu bersamanya.Feiruz hanya menurut.Mereka meraba-raba sekeliling mencari meja.Akhirnya Eina terpegang objek seperti phone.

"Awak..ni phone awak."Phone itu dibuka untuk membuka lampu suluh.Feiruz terkejut melihat pemakaian Eina.Dia pandang ke arah lain.Dia tahu Eina akan marah kalau dia pandang lama.Eina yang baru sedar sendiri pun terkejut.Terus dia menutup mata Feiruz.

"Jangan tengok atau cakap apa-apa...jom tidur..."Eina berkata.Malu sebenarnya.Feiruz hanya tersenyum.Mereka berjalan menuju ke katil dan mereka baring.Feiruz baring membelakang Eina.Eina pula baring melihat belakang Feiruz.

Hehehe...dia ni baik juga ye..tak ambil kesempatan pun kat aku..eh jap..kenapa leher dia ni..macam parut..

Eina memerhati dengan phone di tangannya.Feiruz menyuruh dia sahaja yang pegang sebab takut Eina tak dapat tidur.Eina pegang parut itu.Lantas Feiruz pusing menghadap Eina.

"Kenapa pegang leher saya?"Feiruz terkejut.

"Kenapa leher awak berparut?"Heh..soalan dijawab dengan soalan.Dia masih memegang luka itu.Muka Feiruz membahang kemerahan dengan sentuhan hangat Eina di batang leher itu.Dia sedikit sesak nafas.

"Awak?saya tanya ni?"

"Huh?"

"Astaghfirullah...awak ni...saya tanya kenapa leher awak ni parut?"

"Oh..parut ni..kan dulu abang pernah terlanggar paku kat dinding tu..tempat sangkut bingkai gambar..terus sayang suruh cabut semua paku-paku kat dinding..kalau nak letak pun,mesti letak tinggi..."

Eina masih memegang leher itu...Tiba-tiba,dia tertawa..

"Siapa suruh awak bawa saya main kejar-kejar time tu..kan dah kena..hahahahaha"

Feiruz terkejut.Eina..ingat benda tu?Dia pusing  menghadap Eina lalu menunjukkan wajah hairan membuat Eina berhenti tertawa.

"Kenapa?"

"Sa..sayang ingat?"

Boosh!!Eina pun hairan dengan dirinya.Aku ingat?jap..kenapa aku tetiba ingat memori tu?

Dia menatap wajah Feiruz.Wajah itu sepertinya terkejut..terus dia duduk..

"Awak..saya ni memang isteri awak ke?"

Feiruz pun turut duduk..

"Iya..sayang..Eina Zafirah ni isteri sah abang...awak isteri sah abang".

"Tapi kenapa kita boleh jadi macam ni?Kenapa bukan awak yang teman saya kat Amerika dulu?"Eina betul-betul nak tahu.Terlalu banyak 'kenapa...?'dalam otaknya kini.

"Ok..abang citer dari awal..actually mak saya dulu tak sukakan awak..se--"

"Hah?!Tapi kenapa?Kenapa sekarang dia layan saya baik pula?Ke--"

Mulutnya berhenti berkata setelah jari Feiruz menghalangnya.

"Slow slow k?Bagi abang citer dulu..nanti sayang tanya after habis.."

Eina mengangguk setuju.

"Actually dulu awak PA saya je..tetiba jatuh cinta and adalah 3/4 tahun bercinta..finally kita kahwin but mak saya  tak setuju sebab Eina  ni budak kampung.--"

"Jahatnya mak awak!!"

"Shhh...jangan menyampuk sayang...sekarang dia dah terima awak sebagai isteri saya..cuma awak pula yang tak dapat nak terima saya sekarang.."

"Soalan utama masih tergantung.."

"Soalan mana sayang?"

"Kenapa bukan awak yang teman saya ke Amerika?"

Feiruz mengeluh.

"Sebab time tu awak tinggalkan saya..awak lari dari rumah..oops..no..saya halau awak sebab awak takleh nak tolak ansur dengan saya.."

"Lah...kita gaduh...macam saya tak bahagia je dengan awak ni?"

"Bahagia...cuma mak yang mengada-ngada..."

"Awak masih cintakan saya ke Feiruz?"

Feiruz memegang pipi gebu itu.Diusap lembut.

"Masih sayang...cuma saya kena lepaskan awak...sebab awak tak nak cuba nak terima saya..awak terlalu manja dan keras kepala..."

Eina mencebik.

"Hmmmm...awak..."Eina mahu dekat dengan lelaki itu.Dia rasa tertarik untuk mengenali dengan lebih dalam.Baginya,Feiruz seorang yang penyabar untuk menghadapi dugaan ini.

"Ya sayang..."

"Apa kata kita mula dari awal..?Kita cuba lagi sekali..kita try buat hubungan yang baru..saya nak kenal awak dengan lebih dalam..manalah tahu saya akan ingat kembali masa lalu kita.."

Serentak itu lampu menyala.Ouh..dah tak black out dah..

"Yeah..dah ada lampu!!"

Feiruz tersenyum..ada chance ni..bisik hatinya.

"Sayang kira bagi peluang lah ni kan dekat abang?"

Eina mengangguk.

"Thanks sayang!!"Feiruz terlalu gembira sampai dipeluk badan Eina dengan erat.Eina terkaku.Comelnya Feiruz ni kalau happy..macam budak 6 tahun..hihiihi Eina berbicara dalam hati.Lantas dia berdehem.Feiruz melepaskan pelukan itu.

"Hehe sorry...happy sangat bila dengar sayang nak bagi peluang kat abang..jangan risau..lepasni..abang akan jaga Eina,tak nak ada orang rosakkan hubungan kita lagi.."

Aduh..Feiruz buat suara manjalah pula..makin comel aku nampak...

"Tapi abang nak satu permintaan."

Eina berkerut.Permintaan apa pula?Takkan nak aku jalankan tugas aku sebagai isteri?Aku tak sedia lagi beb..

"Ap..apa dia?"

"Saya nak awak panggil saya abang and saya panggil awak sayang..kena biasakan macam tu..baru sweet.."

Aku tertunduk malu.Boleh pula dia cakap macam tu?

"Oklah..saya panggil awak macam tu.."

"Siapa awak?"Feiruz mempermainkannya.

"Sayang panggil awak abang.."

Feiruz tersenyum kemenangan.Dia sangat gembira..akhirnya dia diberi peluang kedua untuk bersama dengan Eina..

"Oklah..saya balik bilik saya dulu.."

"Sayang..abang nak satu benda lagi..boleh?"

Apa lagi Feiruz ni?Banyak sangat mahunya..tahulah happy..

"Apa dia?"

"Nak kiss?"

"Hah?!"

"Dah lama Eina tak kiss abang..pipi pun takpe..asalkan kiss"Dia menunjukkan pipinya kepadaku.

"Esok jelah..hehehe bye!"

Eina berlari ke biliknya tidak mengendahkan panggilan Feiruz.

????????????????????????????

?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience