4]CEMBURU

Romance Series 3177

?

3 bulan kemudian,

"Tuan Zar, macam mana?Dah ada maklumat tentang adik awak? "Qistina menyoal setelah terserempak dengan orang yang selalu berjumpa dengan Eleazar untuk mengetahui perkembangan adiknya. Eleazar mengeluh perlahan.

"Belum lagi. Semua kawasan kat Kedah diorang dah cari. "

"Oh.. Kampung encik kat Kedah ye... Habis tu kenapa tak cari tempat lain? Mungkin dia dah pindah cari kerja. "

"Hmm... Takpe.. Cari secara perlahan. "Feiruz nampaknya lebih sabar daripada sebelumnya. Qistina senang dengan perubahan lelaki itu.

"Hmmmmm... Encik Zar.."Qistina seolah-olah menginginkan sesuatu.
"Ye? "

"Boleh tak kalau saya nak keluar awal? Saya nak jumpa kawan saya... Hehehe dah lama tak jumpa dia. Boleh? "Qistina buat muka kesian.

"Pergilah.. Hari ni kita takde meeting pun.Saya tahu awak dah lama sangat tak keluar ni... "Qistina gembira sekali.
"Terima kasih,Encik Zar. Saya keluar dulu ye. Assalamualaikum. "Dia terus meninggalkan Eleazar begitu sahaja. Eleazar terkedu. "Waalaikumusalam".

????????????????????????????

"Wei, lama kita tak lepak wei. Rindu aku dekat kau. Tulah kau kahwin..Tak rindu aku ke? "Qistina berkata sambil makan. Haih perempuan nilah.

"Rindu lah.. Tapi kau pun tahu kerja kita macam mana... Aku PA laki aku, kau PA --"

"PA crush aku sendiri.. Hihihi"Qistina ketawa gedik.

"Wow! Sejak bila kau ada crush?Setahu aku,kau ni takde hati.. "

"Ish.. Kau ni.. "

"Takdelah gurau jer... "

"Kenapa muka kau macam ada masalah ni? "Qistina tahu muka-muka beriak macam tu.

"Kenapa? "

"Tak lah. Cuma aku nampak kau dah tak macam dulu..lagipun aku tahu lah macam mana muka kau kalau ada masalah. "Qistina memerhati wajah itu.

"Mentua aku. "

"Aduh kenapa lagi dengan datin tu? Masih dia hina kau? Dia ni minta pijak betullah.. "Qistina menyuapkan nasi ayam yang enak itu ke mulutnya dengan berselera sekali.

"Dia dah bawa calon isteri lagi kat Feiruz. "

Tersedak Qistina.Dia terbatuk-batuk. Segera Eina menghulurkan air kopi itu kepadanya. Eina tahu itu akan terjadi.

"Gila! Dia tu minta kaki ke apa? Wei aku pijak-pijak orang tua tu baru dia tahu. Kesian kau wei. "

"Nama dia Lynda. Orang Indonesia. Lawa dari aku. Tinggi... dari aku.Huaaa...."Qistina tertawa.

"Orang pendek ni comel apa? "

"Tapi orang yang tinggi ni nampak matang. Huhuhuhu"

Eina mengelap air mata halimunannya. Sedang mereka bercerita dek lama tak berjumpa, tiba-tiba Eleazar lalu di situ. Dia nak lunch.

"Wii... Bos aku gila"Qistina terkejut.

"Kat mana?"Eina melihat sekelilingnya.

"Tu. "Qistina menolak kepala Eina ke meja tempat duduk Eleazar. Dia sedang main phone. Eina teringat...

"Eh.. Dia tu tolong yang aku cari Mimi hilang kat pantai hari tu... Or specifically dia serahkan Mimi yang dia jumpa. "

"Oh.. Kau dah kenal crush akulah ni.. Hahahaha"Qistina ketawa tanpa rasa malu.

"Muhahahahaha nanti aku tolong kau confess kat crush kau eh.. Hahahaaha"Eina ketawa jahat ingin menakutkan Qistina.

"Awas kau wei.. Aku bagi kau kaki kang.. "Bising betul lah diorang ni.Langsung tak kisah ngan sekeliling.

Bunyi bising itu mengganggu Eleazar. Dia mencari dari manakah suara wanita ketawa yang kuat sangat. Bila dia memerhati ke sekeliling, dia ternampak Qistina sedang berhadapan dengan seorang wanita. Dia tidak tahu siapa kerana wanita itu membelakanginya. Sah. Mereka yang bising. Lihat saja gelagat manusia di hadapan Qistina itu. Macam ada duri saja di kerusi itu nampak tak senang duduk. Asyik ketawa aje. Dia pergi ke meja mereka.

"Qistina, boleh saya duduk kat sini? "

"Eh, Encik Zar! Dari office ke? Duduk je. "Qistina buat-buat bodoh. Dia duduk di sebelah Qistina. Dia terkejut melihat perempuan di hadapan Qistina itu adalah perempuan yang dia jumpa di pantai hari tu.

"Awak? "Eleazar terkejut.

"Ya saya. "Eina hanya tersenyum manis.

"Eina kan? "

"Wah.. Ingat juga kat saya.. Awak bos Qistina kan, Zar."Eina tersenyum jahat. Qistina menelan air liur. Ada yang minta kaki oleh aku ni,getus hati Qistina.

"Ha'ah macam mana tahu? "

"Oh.. Takde.. Dari tadi dia cerita pasal bos dia bla bla bla.. Tulah tu.. "

"Oh.. Yakah? Apalah Qistina ni.. Jumpa kawan sebab nak umpat saya rupanya. "

"Eh.. Mana ada Encik Zar. Eina ni pandai je.. Kita cerita pasal benda lain lah.. "dalih Qistina. Eina tertawa melihat kawannya cuba mengelak. Banyak diborakkan mereka. Ketika sudah siap makan, pelayan datang membawa bil makanan. Baru sahaja Eleazar nak keluarkan dompet, Eina sudah menghulurkan wang RM 50 kepada pelayan itu.

"Alah... Kan saya lelaki,sayalah yang kena belanja.. Malu saya.. "Eleazar malu.

"Anggaplah ini sebagai tanda berterima kasih saya kepada awak sebab serahkan Mimi pada saya. "

"Hmm.. Yelah. "Eleazar hanya mengiyakan.Dia terhibur dengan gaya Eina. Comel. Manja.

Aipp jangan salah faham.Dia tahu Eina sudah bersuami.Qistina nampak Eleazar selesa dengan Eina. Nampaknya bolehlah aku selalu keluar awal nak jumpa Eina lepas ni. Hehehe., Qistina ingin mengambil kesempatan.

"Oklah... Sampai jumpa lagi Eleazar. Kami pergi dulu. Assalamualaikum "Eina memberi salam.

"InsyaAllah... Waalaikumusalam. "

Eleazar hanya melihat mereka dari belakang sampailah bayangan mereka hilang dari pandangan. Dia tersenyum kecil.

????????????????????????????

"Terima kasihlah.. teman aku.. Time stres cenggini. "

"It's okay Eina.Nampaknya,bolehlah rajin-rajin teman kau makan, shopping semua... Bos aku macam selesa dengan kau. Heheehehe. "Qistina ketawa mengekek.

"Hmmm.. Dahlah.. Aku kena balik office jumpa husband aku. Assalamualaikum ".Eina pamit pergi.

"Waalaikumusalam".

Eina melangkah masuk ke pejabat. Ketika dia memasuki pejabat, matanya terbeliak. Lynda sedang berada di dalam dakapan suaminya. Segera Feiruz melepaskan pelukan itu. Eina pergi ke pantri namun dikejar oleh Feiruz.Lynda sudah buat apa yang disuruh oleh Datin Suhaila,iaitu minta perhatian dengan pura-pura jatuh atau sakit.

Eina tidak mempedulikan panggilan dari Feiruz. Dia mencapai mangkuk di situ. Feiruz menghampirinya.

"Eina, itu bukan macam apa yang Eina nampak. Lynda tetiba jatuh kat abang tadi. Abang takde niat pun nak peluk dia. Aban---"

Jari mulus Eina melekat di bibir Feiruz. "Kalau tak salah, tak payah nak gelabah.. Eina percayakan abang.. Nah makan tomyam ni... Eina beli tadi. "Eina hanya bersuara seperti biasa. Lynda yang bersembunyi mendengar berasa hairan.Sangat-sangat hairan. Sepatutnya, Eina cemburu tapi masih boleh sabar. Wow! Feiruz juga lega kerana Eina percayakan dia.

??????????????????????????

Eina baru nak meregangkan otot-ototnya nak pergi memasak.
"Abang, malam ni abang nak makan apa? "

Baru Feiruz nak berfikir. Telefon pintarnya sudah berdering.

"Eh kejap ye.. Mak call".Eina hanya mengangguk.

Eina berkerut apabila mertuanya mengajak Feiruz makan malam di rumah mereka. Dah lah tak suruh bawa Eina sekali. Teruk betul dapat mak mertua macam ni. Eina hanya mampu membenarkan sahaja. Mesti Lynda tinggal dengan diorang.., fikir Eina.

Dia bersendirian. Hanya Mimi menemaninya. Mimi di dakapannya sudah tertidur. Comel sangat. Tiba-tiba, dia menangis.

"Apa salah aku? Abang hilang...suami dah nak dikahwinkan. Kenapa nasib aku cam ni? "Dia meletakkan Mimi di tepi.. Kakinya dipeluk. "Ya Allah, aku belum sedia untuk kehilangannya... "Eina menangis teresak-esak. Macam nak menjerit saja tapi kan dah malam.. Lagi lagi mengganggu jiran yang lain.....dia perasan Mimi dari tadi sudah terbangun kerana dia menangis kuat sangat.

"Mimi... Mimi.. Kau je lagi aku ada... "
Mimi pun mengehelkan kepalanya pada bahu Eina. Segera Eina memeluk Mimi. Kesian.. Dia terlelap bersama Mimi di sofa.

????????????????????????????

"Eina.. Eina.. "Feiruz menggoyangkan tubuh isterinya. Eina pelik. Dia di katil. "Kenapa tidur kat sofa semalam?Tunggu abang ke? "

"Ha'ah"Eina bangun lalu meregangkan tubuhnya. Dia pergi ke tandas ingin mengambil wuduk. Selesai sahaja dia, Feiruz pula yang pergi ambil wuduk.

Selesai menunaikan solat,Eina terus pergi ke dapur menyediakan sarapan. Baru nak fikir masak apa, mak Feiruz dah suruh laki dia balik breakfast kat rumah dia pula. Dia menggenggam tangannya. Feiruz serba salah meninggalkan isterinya. Tapi, Eina buat happy jer. Takde apa yang terjadi. Di matanya tapi kebenarannya?Hanya Eina dan Allah tahu.(Dan author hahaha abaikan)

Feiruz pergi. Eina rasa sangat tercabar dengan ibu mertuanya. Dia menumbuk meja itu melepaskan geram. Suami dia ni pun... Ish.. Macam nak hembat jer.. Susah sangat ke nak tolak.. Mimi datang meminta makanan. Eina tenang seketika.

????????????????????????????

"Tuan.. Kami sudah menemukan adik tuan. Dia juga berada di sekitar Kuala Lumpur. "maklum Shafie.Eleazar gembira. Inilah ayat yang sudah lama ditunggu-tunggunya.

"Dia kat mana sekarang? "Eleazar sudah tidak sabar untuk bertemu adiknya.

"Sebelum itu, ini adalah gambar terkini yang kami dapat beberapa hari yang lalu. "Shafie meletakkan sampul itu di atas meja Eleazar.Dengan pantas tangan mengambil sampul itu, dikeluarkanlah gambar-gambar itu.

What?! Eina kawan Qistina? Dia hairan. Kenapa Qistina tak cakap apa-apa kat dia?, jelas gambar itu menunjukkan dia sedang jalan-jalan dengan Qistina di shopping mall.

"Hmmm... Good job! Nanti saya bank in ganjarannya. "Feiruz tersenyum manis. Mereka berjabat tangan lalu Shafie pergi meninggalkannya. Qistina dengan pantas menuju ke meja Eleazar.

"Macam mana? "Qistina teruja.

Feiruz merenung mata perempuan itu.

"Awak duduk. "arahnya.

Sejak mereka rapat, dah tak main 'encik encik' ni. Main 'saya awak'dah. Dia kembali merenung mata perempuan itu.

"Awak dah tahu kan yang Eina tu adik saya? "

Mind blowing~

Qistina tak terkata. Dia juga tidak tahu akan hal itu.

"Eina tu adik awak? "dia sangat terkejut. Nampaknya Qistina tak tahu, bisik hati Eleazar. Dia menunjukkan gambar-gambar itu kepadanya. Satu-satu gambar itu diperhatikan oleh Qistina.

"Awak jangan salah faham. Eina tak pernah cerita pun benda ni kat saya. "

"Dia tak pernah kata apa-apa? "

"Dia pernah cakap dia dan abangnya berpisah tapi dia tak bagitau detail apa-apa. "Jujur Qistina.

"Awak kena tolong saya... Tapi macam mana nak bagitau Eina yang saya ni abang dia? "

Mereka merencanakan hal itu.

????????????????????????????

"Apa? Dia tak terkesan pun. Hmmm.. Apa yang boleh buat dia berpisah dengan Ruz... "Datin Suhaila kembli dengan rancangan jahatnya.

"Udah deh bu, aku capek. Aku mau balik ke Indonesia aja. Ibu gak merasa kasihan sama mbak Eina. Dia itu baik loh. "Lynda yang sebenarnya hampir move on dengan Feiruz.

"Takde. Kamu harus jadi menantuku! "Datin Suhaila berkata dengan nada yang kasar. Lynda malas melayannya. Dia masuk ke kamarnya.

????????????????????????????

"Wei beb. Apa kau nak cakap penting sangat kat aku tu? "Eina pelik kerana dari tadi Qistina hanya melayan phone.

"Apasal kau tak bagitau aku yang kau ada abang? "

Eina terkejut. "Kenapa kau tanya? "

"Takdelah... Abang kau dah cari kau"beritahunya selamba. Eina jadi tak tentu arah.

"Macam mana kau tahu? Dia kat mana? Dia si--"

Shhhhhhhh..., Qistina menyuruhnya diam. Dia menunjukkan arah belakang Eina dengan jari telunjuknya.

"Hah?! Awak? "Dia hairan. Itu Eleazar. Abang yang dirindui rupanya sudah pernah ditemui.

"Ya saya. Eina,abang rindu adik. "Baru dia nak peluk, Eina mengelak.

"Kenapa? Tak rindu abang? "Eleazar berkerut dahi.

"Apa bukti awak tu abang saya? "Eina inginkan kepastian. Qistina menepuk dahinya. Eleazar tersengih.

"Nama saya Eleazar Zafril bin Naim. Saya ada adik nama dia Eina Zafirah binti Naim. Masa kecil, dia ni nakal sangat. Dia selalu merajuk dekat saya pasal saya selalu makan gula-gula dia. Kucing yang dia bela nama Mimi tu saya yang carikan dia. ..."Sedang dia bercakap, air mata Eina turun dengan perlahan. Segera dia memeluk Eleazar. Dia menangis. Eleazar membawa dia duduk kerana mereka jadi tumpuan ramai.

"Alolololo janganlah nangis. Abang ada Eina je lagi. "

Qistina pula pergi ke tandas.

"Abang, kenapa tinggalkan Eina seorang? Eina hari-hari rindukan abang.. "dia tenggelam dalam tangisan.

"Abang nak jadi orang kaya.. Kan sekarang dah jumpa Eina.. Abang janji takkan tinggalkan Eina lagi. "Dia mengucup dahi adiknya. Dia juga mengesat air mata Eina.

"Hah... Sweet je dapat abang macam Eleazar ni. .. "Qistina duduk di tempatnya kembali.Eina tertawa.

"Oklah... Aku nak bagi ruang kat korang. Aku pergi dulu ye. Assalamualaikum "

"Waalaikumusalam"ujar mereka serentak.

"Eina, apa masalah Eina dengan suami Eina? Qis kata Eina dalam masalah. "

Eina menceritakan semuanya pada abangnya. Tiada satu pun tinggal. Eleazar mengganguk tanda faham.

????????????????????????????

"Hahahahaha bagus bagus.. Kau memang pandai ambil gambar. "Datin Suhaila memuji pengintip upahannya. Lynda terkejut melihat Eina berpelukan dengan seorang lelaki. Sedangkan mereka tidak tahupun apa hubungan mereka. Dia memang mengupah pengintip untuk mengekori Eina setiap hari.

Sudah menjadi rutin untuk Feiruz balik ke rumah ibunya untuk makan malam dan breakfast. Datin Suhaila mendesaknya.

"Abang tak rindu ke masakan saya? "Eina sudah rasa kecil hati. Sudah sebulan suaminya begitu.

"Nanti Ruz pujuk mak ye.. Dahlah nak pergi rumah mak ni. "Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Eina hanya diam. Dia mengucup tangan suaminya.

Setibanya Feiruz di rumah maknya,dia terus masuk sahaja.

"Assalamualaikum "

"Waalaikumusalam "

Dia turut duduk di sofa di mana tempat mak dan Lynda berborak.
"Apa yang penting sangat tu mak? "

Datin Suhaila menghulurkan sampul berisi gambar-gambar tadi. Sampul berganti tangan.

"Apa ni? "

"Langsung dibuka aja"Lynda membalas.

Alangkah terkejutnya Feiruz melihat isterinya berpelukan mesra dengan lelaki lain.
Oh.. Ini rupanya kenapa kau selalu nak keluar office awal.., hatinya dimasuki api amarah. Dia menggepal tangan. Datin Suhaila tersenyum melihat reaksi bengis itu.

????????????????????????????

?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience