3]ORANG KETIGA JEMPUTAN MERTUA

Romance Series 3177

?

Dia meletakkan kepalanya di meja.. Putus harapan..

"Tuan Eleazar, kami masih belum dapat mengesan keberadaan adik tuan.Tapi,beri kami masa sedikit sahaja lagi dan kami akan gunakan semua sumber untuk mencarinya. "

Argh!!!! Dia rindu pada adiknya.Kau kat mana, dik. Kepalanya sakit. Entah adiknya masih hidup atau tidak.. 14 tahun berlalu.. Adakah wajahnya masih sama?Eleazar baring di sofa... Qistina sudah risau akan situasi bosnya.

"Encik Eleazar, apa kata encik cari tempat yamg tenang? Tempat yang sunyi ke untuk encik lepaskan perasaan.. "cadang Qistina sebagai PA nya.

"Teman saya. "Eleazar memerlukan seseorang untuk meluah. Qistina hanya menurut.

Sampai sahaja di tempat yang diminta oleh Eleazar,

"Awak tunggu kat kereta je. Nanti saya dah yakin, saya cerita kat awak. Kalau awak nak jalan-jalan, boleh jer. Tapi kalau nampak saya, jangan ganggu dulu. "pintanya dengan riak kosong. Qistina hanya mengangguk. Eleazar berjalan ke pinggir pantai. Dia sudah kisah dengan cara pemakaiannya,dia cuma ingin bertenang.

Ya Allah, tenangnya tempat ini.Pulau Carey di Selangor tak banyak pengunjung melancong hari itu. Angin sepoi -sepoi bahasa meniupi rambutnya.

Entah kenapa dia rasa diperhatikan.Dia melihat sekelilingnya dan terlihat pada seorang wanita yang duduk di batu sedang melihatnya. Wajah wanita itu seperti ada masalah saja. Dia rasa tidak selesa lalu membelakangi perempuan itu. Eleazar kembali mengenang adiknya...
Arghhh!!!!,Eleazar terdengar suara perempuan berteriak. Pantas dia melihat wanita tadi, hmmm... suami isteri rupanya. Buat kacau je.Namun,dia tertarik untuk melihat mereka.

"Adik, abang rindu kat adik. "

Melihat mereka berkasih-kasih di sana, dia teringat dia dan adiknya bermandi-manda di sungai ketika masih kecil. Alamak, diorang perasan aku tengok diorang!, getus hatinya. Cepat cepat dia pusing belakang. Tak lama kemudian, dia kembali melihat mereka. Dia hairan kerana mereka sudah tiada di situ lagi. Hmmm... mungkin kerana mereka sedar dia asyik perhatikan mereka. Mesti mereka fikir dia tu orang jahat. Dia sedikit kecewa kerana gadis itu sungguh mengingatkan dia pada adiknya. Dia sudah tenang sedikit. Dia ingin berpatah balik untuk melapangkan sedikit dadanya yang sesak dengan masalahnya itu dengan meluahkan pada Qistina.

Dalam perjalanan, dia terjumpa seekor kucing berwarna putih. Dia tertarik untuk bermain dengan kucing itu. Dia masih ingat adiknya ada membela seekor kucing yang dipanggil Mimi. Ada rantai di leher kucing itu tandanya itu kucing peliharaan. Dia mendekati kucing itu.
Mimi... Mimi... Dia memanggil. Dia hanya memanggil menggunakan nama kucing adiknya dulu.

Dia tersenyum. Dia suka. Jinak. Dia mengangkat kucing itu manalah tahu pemiliknya terserempak dengannya.

????????????????????????????

Eina sudah marah. Merajuk. Kucing kesayangannya sudah hilang. Entah-entah orang dah ambil. Huaaa.... Feiruz memang tak boleh harap,marahnya di hati. Dia berjalan mendahului langkah suaminya selepas salin pakaian di tandas awam.
"Eina... abang tak perasan. Sumpah abang tak ingat pun Mimi ikut abang tadi.. "
Eina buat tidak dengar. Dia mencari di merata-rata tempat. Dia susah hati.. Kucing itu sangat penting baginya. Kucing yang abangnya jumpa di tepi jalan untuk dirawat pada suatu ketika dahulu. Ketika itu, Mimi masih sangat kecil. Ibunya pula mati dilanggar. Kesian Mimi.

"Abang ni abang yang beria-ria nak bawa Mimi. Sekarang ni, abang yang tak jaga Mimi betul-betul. Abang tahukan Mimi tu kucing pemberian abang saya.Kalau saya tak jumpa Mimi,jangan tidur dengan saya lagi "Eina berhenti lalu duduk di bangku berdekatan. Dia menangis.Feiruz pula teruskan misi pencarian.Heish..dia ni bukan pergi pujuk bini dia...Dia rasa bersalah tiba-tiba.

"Abang Zar, adik minta maaf..Mimi hilang... Abang pernah kata kalau Mimi hilang, abang tak nak sayang adik dah.."Dia mengesat air matanya. Eina bertanya sendiri berfikir tentang abangnya dalam masa yang sama memikirkan kucingnya. "Abang kat mana?.. "

"Kat sini. "sampuk Feiruz. Grr... Geram Eina bertambah. Dia mencubit lengan Feiruz.

"Ah.. Ah.. Sakit...Eina ampun!! "Feiruz kesakitan.Tiba-tiba, seorang lelaki menghampiri mereka.

"Ini ke yang awak cari?"Eleazar perasan wanita itu sepertinya mencari sesuatu.

"Mimi!Ya Allah Mimi pergi mana? "nada Eina terkejut ditambahkan lagi suaranya yang serak. Eleazar meletakkan kucing itu di lantai lalu diangkat pantas oleh Eina. Dia memeluk kucing dengan kasih sayang.

"Cik, nama kucing cik ni Mimi ye? "Eleazar pelik.

Seperti kebetulan sahaja.Dunia ni kecil je kalau kita fikir tapi sebenarnya besar sangat-sangat.Tuhan yang mengatur segalanya.

"Ha ah.. Eh jap. Encik ni yang kat tepi pantai tadi kan?"Eina mengecam bajunya. Eleazar hanya tertawa kecil lalu mengangguk perlahan.

"Cik ni---"

"Excuse me, that's my wife. Panggil puan ye. "Feiruz menyampuk. Haih.. Dia ni..

"Oh...ok.. Nama puan siapa ya? "

"Eina.. Tak payahlah berpuan segala dengan saya.. By the way, thanks sebab tolong serahkan balik kucing ni pada saya. Saya sayang sangat kat Mimi ni.. Semua salah awak. "Eina marah pada Feiruz yang sedang kesakitan akibat cubitan maut oleh Eina.

Eina ni sedikit kebudak-budakkan. Eleazar tertarik dengannya. Bukan suka tapi nak berkawan. Dia hanya melihat wanita itu melayan kucing sahaja tanpa mempedulikan suaminya sedang merayu-rayu minta maaf.

"Boleh saya tahu nama awak pula? "Eina ingin membalas budi jejaka itu di kemudian hari pula. Feiruz terpaku melihat mata itu. Dia pernah nampak lirik mata itu sebelum ni tapi siapa.. Erg.. Dia lupa.

"Awak? "

Feiruz tersentak. "Ouh.. Eleazar.. Nama saya Eleazar. "Feiruz cemburu. Hmm.... apa tenung-tenung mata bini aku? Cucuk mata tu  kang baru tahu.. Heh..

"Ok lah.. Lain kali kalau kita jumpa lagi, saya belanja awak makan. Kami balik dulu. Terima kasih tau. "Eina betul-betul bersyukur.

"Sama-sama".Entah kenapa dia rasa berat hati untuk berpisah dengan Eina. Gaya itu persis adiknya. Manja.

"Assalamualaikum. "Eina mengatur langkah menuju ke tempat letak kereta. "Waalaikumusalam. "Eleazar menjawab. Feiruz memberi salam lalu berlalu pergi mengejar Eina.

Eleazar tersenyum kecil. Macam anak sahaja Eina perlakukan sampai dengan suami sendiri pun merajuk macam tu...

Astaghfirullah.. Baru dia ingat Qistina sudah lama menunggunya. Cepat-cepat dia pergi ke tempat di mana dia meletakkan keretanya. Nampaknya Qistina sudah terlelap di dalam kereta. Pintu kereta sudahlah tak berkunci. Mujur saja tiada apa yang berlaku pada perempuan itu.. Jika tidak,itu semua salahnya kerana suruh menunggu begitu lama. Esok-esok jelah. Dia kesian. Mungkin sahaja Qistina penat kerana dia asyik menyusahkan perempuan.Dia membuat keputusan untuk balik ke pejabat sahaja. Eina dan Feiruz pula sedang berdrama di kereta.

"Sayang, maafkan abang.. Abang fikir Eina yang jaga Mimi tadi.. "

Eina mengeluh perlahan."Lain kali alert sikit. Abang tahu kan Mimi ni special bagi Eina. "

"Ya abang tahu. Abang minta maaf ye? "

"Yelah. Dah lah jom pergi makan."Eina hanya ingin meredakan keadaan. Dia hanya ingin suaminya untuk lebih berhati-hati di masa hadapan. Dia hanya merasakan aura lain ketika berdekatan dengan jejaka tadi. Eleazar.

Itu nama abangnya tapi jika betul itu abangnya, pasti lelaki itu sudah hilang arah bila dia sebut namanya. Yang penting, Mimi dah jumpa. Eleazar pula sudah mengejutkan Qistina kerana Azan Asar sudah berkumandang. Mereka pergi ke masjid terdekat untuk menunaikan Solat Zohor.

????????????????????????????

Qistina sudah lama tunggu di luar kereta Mercedes hitam milik Eleazar. Selalunya orang perempuan yang lambat,hari ni lelaki pula. Takkan dia bermake-up lagi,getus hati Qistina yang sudah kepanasan. Lama dia tunggu. Terbakarlah kulit dia kalau macam ni.

Dia terlihat kelibat Feiruz sudah keluar, fuh.. Finally..

"Dah lama ke awak tunggu saya? "Eleazar bertanya tanpa rasa bersalah.

"Lama lah.. Encik Zar apasal lambat sangat? Hitam dah saya ni! "Qistina marah. Eleazar tak peduli pun. Dia buka kunci kereta dan masuk. Qistina sudah naik geram dengan bosnya itu.

Enjin dihidupkan lalu mereka bergerak menuju ke office. Eleazar hanya diam memgingat wanita tadi. Eina.. Eina apa? Mimi? Hmm... Kebetulan yang sangat. Tiba-tiba dia tertawa kecil. Gaya perempuan itu manja. Kuat merajuk. Persis adiknya. Qistina seram sejuk. Tetiba ketawa, kenapa? Hish...

"Encik Zar, apa yang awak nak cerita kat saya tu?"Qistina baru teringat kerana jalan raya yang sesak membosankan dia.

"Awak ada abang tak? "

"Ada, kenapa? "

"Apa perasaan awak kalau abang awak tinggalkan awak lepas parents awak meninggalkan dunia ini? "

Qistina terkejut. Adakah itu yang dirunsingkan Eleazar?

"Saya rindu.. Kalau kami jumpa,saya akan tanya dia kenapa dia tinggalkan saya. "Ingin mengurangkan kerisauan Eleazar.

"Tapi..."Eleazar takut.

"Macam mana kalau adik saya bencikan saya? "

Qistina dah agak.

"Cuba awak cerita kat saya... Mana tahu saya boleh tolong atau nasihat sikit. "Qistina bersuara lembut saja.

"Saya ada adik nama dia Eina. Saya tinggalkan dia 14 tahun yang lalu. Lepas parents kitorang meninggal dunia kerana menjadi korban ketika sedang mencari hasil di laut, saya sedih. Dan tinggalkan dia macam tu jer. Bila saya cari dia balik, dia dah ikut nenek saya entah ke mana. Syukur saja ada yang ambil saya jadi anak angkat. Dan sekarang, saya nak cari dia balik. Dia je yang saya ada. "sungguh-sungguh dia bercerita. Jalan jamed ambilah masa.

Qistina mengangguk. Dia sendiri tidak tahu.

"Saya dah tak tahu nak buat apa... "Eleazar sebak. Qistina menarik nafas perlahan. Patutlah bosnya sering sakit kepala. Masa lalu mengejarnya rupanya.

"Encik Zar, apa kata nanti awak solat tahajud ke atau apa-apa jer yang boleh mendekatkan diri kita pada Allah. Berdoa tentang adik awak, minta pertolongan-Nya agar dipermudahkan.Dengan doa dan usaha, semuanya pasti berhasil InsyaAllah. "

"Tapi saya dah cuba. Masih tak jadi. "Eleazar mula bengang.

"Ikhlas ke? "Eleazar terdiam.

"Ikhlas ke awak dengan Allah?Kita bukan berdoa kepadanya hanya ketika ada masalah, tapi setiap masa.Bila masanya belum tiba, mungkin Allah nak awak lebih sedia. Untuk kuatkan hati awak. Ikhlas itu pemula. Sabar itu tangga manakala doa itu kuncinya. Awak kena sedar tu. Jangan penuhkan hati awak dengan perasaan yang menjauhkan awak dari Allah. Hmm.. "Panjang lebar nasihat Qistina. Eleazar terdiam selepas mendengar kata-kata itu.

Dia merenung. Ikhlaskah aku? Astaghfirullah.. Ya Allah.. Maafkanlah hambamu yang mudah melupakan segala kebaikanmu hanya kerana satu perkara.Pit!pit!

Bunyi hon kereta di belakang menyedarkan dia bahawa lampu isyarat sudah berwarna hijau. Segera dia memandu ke hadapan. Mereka diam untuk seketika. Qistina serba salah kerana Eleazar tidak bersuara dari tadi.

"Encik Zar, maaf kalau saya melebih ke apa tadi... "

"Tak.Awak betul.Baru saya sedar.Saya tak ikhlas. Saya tak usaha sendiri tapi menyusahkan orang untuk pergi cari dia tapi saya pula hanya berharap.. Bukannya berdoa.. "Eleazar berhenti di tepi jalan perlahan-lahan. Dia meletakkan kepalanya di stereng kereta. Tak lama kemudian, dia menyambung perjalanan mereka balik ke office.

????????????????????????????

Dari tadi Eina termenung sahaja selepas makan malam. Feiruz duduk di sebelahnya. Dia merangkul bahu isterinya.

"Kenapa ni? Monyok je. Selalu happy je. Masih marah kat abang ke? "

"Abang, Eina rindu abang Eina. Dia kat mana ya sekarang ni? "Eina melentokkan kepalanya pada bahu Feiruz.

"Doakan jelah yang baik-baik. Moga kalian dipertemukan kembali. InsyaAllah".

"Eina, abang sayang Eina. "Feiruz membuat Eina hairan.

"Kenapa cakap macam tu?"Eina mengalihkan kepala Feiruz menghadapnya. Feiruz tersenyum.
"Saja cakap. "

"Eina pun sayang abang. "

Baru je nak sweet gitu tetiba Mimi datang duduk kat tengah diorang.

"Mimi ni kacau lah... "Feiruz geram pada kucing itu. Eina hanya tertawa terhibur dengan kucingnya.



"Ngak bisa,ibu.Feiruz udah punya isteri.. Saya ngak mahu dituduh pelakor.. (Tak boleh, auntie. Feiruz dah beristeri. Saya tak nak kena cop perampas) "Lynda menolak permintaan Datin Suhaila.

"Lynda, bolehlah... Lynda tahu tak.. Isteri dia tu jahat... "Datin Suhaila mula dirasuk syaitan.Lynda bingung.

"Maksud ibu apa? Jahat? "Lynda bingung.

"Dia tu orang miskin yang cuba mengikis harta keluarga kami. "Datin Suhaila memburuk-burukkan lagi perempuan itu. Lynda hanya mendengar sahaja. Memang dia suka lelaki itu sejak diperkenalkan oleh Datin Suhaila tapi dia tidak mahu menyakiti hati perempuan lain. Lynda sudah termakan hasutan Datin Suhaila.

"Macam mana? "Datin Suhaila senyum. Ergh.... Perempuan ni.

"Ok bu. Ngak ada masalah. Feiruz pasti akan jatuh cinta padaku. "Lynda sudah sepakat dengan wanita itu. Dia sudah berazam untuk merampas Feiruz dari Eina. Heish... Senang betul termakan hasutan... Datin Suhaila gembira akhirnya Lynda setuju. Dia tidak ingin bermenantukan orang kampung. Mereka sudah merencanakan plan mereka.

????????????????????????????

"Apa ni mak? "Feiruz terkejut dengan kehadiran ibunya bersama Lynda berpakaian formal di pejabat. Eina rasa tak sedap hati.

"Mulai sekarang, PA kamu bukan lagi Eina. Tapi Lynda. Dia ni profesional. Siap ada perusahaan kat Indonesia. "

Feiruz tidak suka. "So, suruhlah urus syarikat dia. Buat apa sibuk kat sini?"Feiruz tidak memandang perempuan itu langsung. Dandanlah cantik mana pun, hati aku hanya untuk Eina,bisik hatinya.

"Abang.. takpelah.. Lagi senang kerja abang lepas ni.. Banyak tu fail belum siap Eina tak buat lagi. "Eina hanya senyum.Feiruz tahu kenapa dia begitu. Takut.

Feiruz terpaksa menurut saja. Lynda pula mengikut langkah mereka berdua memasuki ruangan bilik mereka. Apa yang Lynda nampak ada dua meja bergabung untuk CEO dan PA. Biasalah suami isteri. Si suami tak nak jauh".

"Lynda, saya Eina. "Eina menghulurkan tangannya ingin berjabat tangan dengan Lynda. Lynda menyambut tangan itu.

"Hmm... Sebab awak datang mengejut, kitorang takde meja lebih so.. "

"Takpe saya dah urus meja dia. "Datin Suhaila bersuara membuat dia sakit jantung. Eina hanya mengangguk perlahan. Beberapa lelaki masuk ke ruangan itu sambil mengangkat sebuah meja khas untuk Lynda. Datin Suhaila bersalaman dengan Lynda lalu pergi dari situ. Eina sedikit terkilan kerana Datin Suhaila tidak mempedulikan tangannya yang  dihulur untuk bersalam malah dia pergi begitu saja. Lynda hairan. Wajah Eina masih saja senyum. Kalau dia, sudah pasti ditarik saja tudung wanita tua itu.

"Ok awak dah ada meja. So tinggal letak barang awak lagi. Barang awak kat mana? "Eina berkelakuan seperti tiada apa yang terjadi tadi.

"Di mobilku(Di kereta saya) "Lynda menjawab.

"Ouh kat kereta.Jomlah..saya tolong mesti Datin dah suruh awak bawa barang -barang untuk pejabat kan.. Jom"Eina melangkah dahulu ke tempat letak kereta. Lynda hairan. Eina tak jahat pun,fikirnya.Dia mengejar langkah wanita tadi.

????????????????????????????

?

Korang rasa macam mana ya perasaannya jadi menantu kebencian mertua? Mesti sakit kan? Takpe.. Kita lanjutkan pembacaan. ????stay dengan saya k?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience