8]HAMPIR PUTUS ASA

Romance Series 3177

?

Sudah 3 bulan berlalu namun Eina masih tak dapat treat Feiruz sebagai suaminya. Sifat lelaki itu sangat susah diterima. Mana mungkin dia boleh berkahwin dengan lelaki yang suka menyakat dia, membuli dia dan menyakitkan hati dia. Feiruz berbuat begitu kerana itulah sifat yang membuat Eina bertambah sayang padanya dulu.

"Eina kena tinggal dengan Feiruz. "Eleazar membuat keputusan muktamad.

"What?! No! Eina tak nak! "

"Kenapa? Awak kan isteri saya. "

"Awak tu nakal... Jahat... Selalu sakat saya. Saya tak nak! "Eina meluah rasa sakit hatinya.

"Takde alasan. Qistina! "Eleazar menjerit.

"Ya! "Qistina muncul dengan beg bagasi Eina. Eina berkerut dahi.

"Abang... Eina tak nak.. Feiruz ni suka kacau Eina. "

Feiruz tertawa. Sudah lama dia dengar rengekan perempuan itu.

"Biarlah.... Suami kamu kan juga. "

"Habis tu siapa nak jaga abang nanti? "

"Eina ni manja lah. Abang kan dah besar boleh jaga diri sendirilah. Qistina pun ada. "

Qistina melepaskan nafas lega. Kalaulah Eina masih ingat yang dia sukakan Eleazar, confirm dah kena ejek sekarang ni.

"Abang.... "

"Dah lah abang nak gi kerja. Bye. Jom Qistina. "

"Abang! "

Eleazar berpaling.

"Oh... Lupa.. Assalamualaikum. "

Mereka ditinggalkan berdua.

"Awak.... Ni mesti kerja awak kan! "

"Dah lah...jangan melawan cakap abang... Dosa nanti. Jom. "Feiruz menarik bagasi itu namun Eina buat tak peduli jer.

"Ok lah. Abang dengan Mimi pergi dulu. "pancing Feiruz. Lantas Eina memandang lelaki itu.

"Mimi kat mana? "

"Dalam kereta. Tak nak ikut sudah. "

Haih.... Terpaksa juga ikut laki ni.

Mereka tiba di perkarangan rumah. Eina sedikit hairan. Rumah ni.... macam pernah dijejakinya. Meow.. Mimi menarik perhatiannya. Dia melepaskan Mimi dari sangkar. Cepat cepat Mimi masuk. Membuatkan Eina hairan.

"Apa yang sayang tengok tu? "

"Saya macam pernah ke sini. "dia tidak mengendahkan panggilan sayang itu.

"Awak... Ni kan rumah kita. Masuklah.. Mimi dah masuk. Nanti abang siap masukkan barang Eina, kita makan. "

Eina hanya mengangguk. Dia terluhat Mimi di tangga dan Mimi berlari menaiki tangga. Dia mengejar kucing itu.

"Mimi? "

Pintu bilik ditolak. Mimi berada di atas sofa merenung keluar tingkap.

Ini....bilik tidur.

Hiasannya cantik. Warna havyblue menenangkan jiwa. Dia duduk di sebelah Mimi. Dia dapat sebuah taman di belakang rumah dari situ. Dia berasa.... sedih di situ. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Sedang dia menikmati suasana yang nyaman,ada tangan cuba merangkulnya dari, belakang.

Arghhhh!!.

"Abanglah. "

"Lepas! Lepas! Eina tak sukalah. "
Feiruz duduk di sebelahnya. Dia tatap wajah ayu isterinya.

"Bukannya dulu rindu abang ke? Merajuk kalau abang tak peluk sebelum abang tinggalkan Eina? "

Soalan itu membuat Eina hairan.

"Awak... saya dulu macam mana ya? "

"Tak nak citer. "

"Alah citerlah... "

"Boleh tapi dengan satu syarat. "Feiruz tersenyum nakal.

"Apa dia? "

Feiruz terus melentokkan kepalanya di bahu Eina. Eina hanya mencebik.

"Sayang dulu penyabar, manja macam sekaranglah tapi Eina lagi manja masa Eina belum hilang ingatan. Eina ni kuat merajuk. Asal abang balik kat rumah mak je, mesti Eina buat-buat ok jer.. Sedangkan abang tahu Eina nangis.. "

"Macam mana awak tahu saya nangis? "

"Mata sayang. Takde benda yang Eina boleh sembunyikan dari abang. "

"Dah lah.. Saya lapar. "

"Jomlah... Saya dah masak sebelum ambil sayang tadi."

Feiruz berdiri lalu berlalu pergi. Matanya berair.Dia tak nak lah Eina tahu dia nangis. Mimi mengikut Feiruz. Eina pun.

????????????????????????????

"Eina! "Feiruz memanggil dari tingkat bawah.

"Ada apa? "

"Turunlah cepat. Mak ngan ayah saya dah sampai. "

Eina yang sedang mengurus tudung terkejut.

Dia takde bagitau pun mak ayah dia datang. Dah lah baik aku cepat. Dia bergegas turun ke bawah.

"Eina.. "

Eina datang duduk di sofa. Dia berasa seram sejuk melihat Datin Suhaila.

"Eina sihat? "Awang menyapanya dahulu.

"Si.. Sihat uncle. ".Mereka berkerut dahi.

"Ayahlah Eina. Takpelah.. Kami tahu Eina tak ingat kami. "

Eina hanya tersenyum.

Suhaila menghampiri Eina.

"Mak.. Mak nak minta maaf sebab selama ni jahat dengan Eina.. Nak pisahkan Eina dengan Feiruz. Maafkan mak ya nak? "Suhaila memgukir senyuman. Eina melihat Feiruz. Jelas muka menyampah terserlah.

"Ehm.. Eina tak ingat apa salah mak dekat Eina tapi Eina maafkan mak. Maaflah... Sebab Eina tak ingat korang lagi.."

Suhaila hanya senyum. "Takpe... ".

Kedatangan mereka hanyalah untuk menemui Eina. Lamalah juga mereka kat situ. Akhirnya, mereka pulang kerana ada mesyuarat dengan orang penting. Merekalah yang menggantikan Feiruz selama Eina belum ingat apa-apa.

Eina merenung. Apa mak pernah buat kat dia? Feiruz duduk di sebelahnya.

"Sayang... nak peluk.."Feiruz nak manja manja pula. Haih..

"Ewww...tepilah. "

"Peluklah dulu. "

"Tak nak! "

Feiruz baring di riba Eina. Eina hanya mengeluh.

"Eina... tak kesian ke kat abang... Abang tidur kat sofa tu pun bukannya empuk sangat. "

"Siapa suruh tidur kat situ semalam? "

"Oh...so malam ni nak abang teman tidur lah ni..hehehe ok. "

"Abang? Eina tak biasalah nak panggil macam tu... Macam biasa jelah.. Boleh tak? "

"Tak boleh.. Eina isteri abang. Tak sweetlah nanti.. "

"Tapi... Saya tak rasa apa-apa pun kat awak.. Dah 3 bulan...tapi masih tiada cinta untuk awak.. Ya saya percaya awak suami saya bila awak tunjukkan sijil nikah kita tapi apa gunanya perkahwinan tanpa cinta. "

Feiruz bangun. Dia sedikit kecewa.

"Tapi saya cintakan Eina. "

"Masalahnya, saya tak. "

"Saya bagi awak dua minggu untuk terima saya balik. "

"Kalau still tak dapat, kita pisah? "

"Jangan harap. "Feiruz pergi dengan perasaan kecewa. Eina pula naik geram.

Feiruz melepaskan geram di taman.Dia masih ingat. Setiap hujung minggu, dia dan Eina mesti akan tanam bunga ke rehat kat sini.

Kalau still tak dapat, kita pisah?

Argh!!! Soalan itu kembali mengganggunya. Dia berdiri lalu termundar-mandir. Dia tidak sedar Eina sedang melihatnya dari tingkap. Dia rasa sedikit bersalah tapi at least dia jujur dengan perasaan dia. Dia tak nak lelaki itu terus mengharap. Tak nak fans kau fake hope giteww.. Matanya kembali liar mencari lelaki itu. Pelik. Kenapa Feiruz tersengih-sengih sambil duduk kat buaian tu.

Feiruz duduk di buaian. Tiba-tiba teringat kesayangannya yang manja dulu.

[FLASHBACK]

"Abang... nantikan kalau kita ada anak.. Eina akan ubah taman ni jadi tempat diorang main.. Nanti Eina beli peralatan untuk diorang main.. Yang penting selamat. "

Feiruz memegang wajah itu. Jelas betapa excitednya Eina memikirkan hal itu. Feiruz hanya tertawa kecil. Dia happy sangat dapat isteri yang penyabar dan manja. Dia mencium pipi Eina.Lama sekali melekat bibir manis itu di pipi gebu Eina.

"Abang.. Nak peluk.. "gediknya manja. Feiruz merangkul Eina ke dakapannya yang hangat. Bestnya.

"Abang.. Nanti kita ada anak, abang nak namakan apa? "

"Kenapa excited sangat pasal anak ni? "

"Takdelah... Kawan Eina baru je lepas bersalin, dia share gambar anak dia kat Eina. Comel sangat. Matanya comel.. Comel sangat sangat.. Eina pun nak ada anak.. Dah setahun kita nikah.. tapi takde rezeki lagi. Sebab tu tanya.. Hehehe.. Abang nak anak? "

"Mestilah nak. Macam ni... Kalau lelaki kita bagi dia nama... Kejap nama sayang start dengan E,abang pula F.. Hmmm fikir dulu. "

Eina melepaskan pelukannya perlahan. "Tak payahlah fikir dulu. Nanti ada baby baru fikir. Abang nak makan apa? Eina nak pergi masak ni untuk lunch nanti.."

"Tadi dia yang tanya... Heih... Sayang ni.. Takpelah masak apa yang ada jer.. baguslah masak awal sikit. Nanti panggil abang kalau dah azan ya. "

"Ok"balasnya sepatah. Dia berdiri. Baru kaki nak melangkah.

"Ouh lupa. "Dia mengucup pipi kanan Feiruz dengan lembut. Lalu merayap ke kiri.

"Ok baru lengkap hidup saya. "
Eina berlalu pergi. Feiruz kembali tertawa. Dia menikmati udara dingin itu. Redup sahaja tempat itu. Ditutupi pokok yang menjadi hiasan di sekeliling rumah.

[END FLASHBACK]

Tapi itu dulu bukan sekarang. Sekarang Eina sudah tidak ingat apa-apa. Bahkan tidur sekatil pun dia tak biasa lagi.

Macam mana nak buat dia ingat kembali semua tu?..

Azan Zohor berkumandang. Dia masuk ke dalam rumah nak mengajak Eina solat bersamanya. Rupanya Eina sudah menunggunya di bilik. Dia pergi mengambil wuduk di bilik air.Walaupun dia lemah sekarang, dia tiada alasan untuk tidak mendirikan solat. Biasalah.. Orang zaman sekarang selalu ada alasan tinggalkan solat. Diorang kata nanti qa'da.Astaghfirullah kalau dia buat betul-betul takpe... "

Selesai solat, Feiruz bersalaman dengan Eina.

Feiruz termenung. Dia sedang berfikir tentang cara nak buat Eina cintakan dia. Dia perhatikan Eina yang hanya sibuk dengan phone je. Dia berdiri lalu mencapai kunci kereta di atas kabinet.

"Awak nak pergi mana? "

"Saya nak keluar kejap. Nak tenangkan diri. Saya tahu awak rimas sebumbung dengan saya. "nadanya sedikit kasar. Pintu bilik ditutup.

"Heh.. Nak merajuk konon.Ingat aku, kisah.. Huh. "Eina buat tak kisah jer. Dia teruskan main phone. Dengar lagu kegemaran dia.

????????????????????????????

"Abang... saya dah tahu nak buat camne lagi. Dah 3 bulan tapi takde perubahan. Banyak kot saya buat untuk Eina. "Feiruz sudah betul-betul putus asa. Dia menghirup Milo ais itu untuk menyejukkan jiwanya. Eleazar hanya dari tadi mendengar luahan adik iparnya turut berfikir.

"Dia kata macam tu... Eina ni.. Tak cinta je nak pisah.. Menyesal baru tahu bila dah ingat balik. "

"Tulah bang. Saya rasa nak give up je. Saya lepaskan dia kalau dia nak. Asalkan dia bahagia tapi saya tak mampu. Saya runsing bang. "

"Aku ada plan. Selalunya kat movie bila jadi macam ni, diorang akan treat bini diorang macam nak tak nak je. Saja nak diorang tunduk kat kita. "

Feiruz berkerut dahi. Dia takut lain yang jadi nanti.

"Tapi itukan movie. Macam mana kalau Eina bencikan saya?Mesti dia nak minta cerai cepat cepat. "

Eleazar tertawa.

"Hey Ruz. Kau lelaki,perceraian adalah kat tangan kau sama ada nak cerai atau tak. Kau ni.. "

Baru Feiruz sedar.Hmmm..betul tu.. Dia mengangguk setuju.

"Ok, bang saya cuba. "

"Kita lepak lama sikit. Biar dia merana kat rumah tu. Dia tu dah lah penakut. Hahaha... "

Feiruz turut tertawa. Sebab nak sangat balik lambat, Feiruz temankan Eleazar ke shopping mall.Nak beli barang... Jalan-jalan... Siap pergi tengok wayang lagi. Kepala otak diorang sama saja. Sesuai lah beripar. Sedang mereka bergelak ketawa dengan kelucuan movie tu, Eina pula tak senang duduk kat rumah. Tetiba Feiruz balik lambat, dia punya ketakutan makin up dah. Bukan apa... Rumah mewah kan.. Kalau pencuri masuk macam mana?Dia silat pun tak pandai, entah entah penyapu je alat perlindungan diri.

EINA POV

"Heish... Mana pula dia pergi ni? Merajuk pun tak payahlah keluar lama sangat. Seram gila duduk sorang sorang ni. "Eina meletakkan phonenya.

Alah.. laparlah pula,perutnya berkeroncong. Dia turun ke dapur. Nak masak. Peti ais dibuka.

"Hmm....ada ayam.. Ikan.. Udang! Ok malam ni kita makan udang masak sos. Baru sedap... "Eina mengeluarkan udang itu lalu direndam. Dia sediakan bahan-bahan memasak. Dia kagum dengan lelaki itu. Semua keperluan dapur dia ada. Bahan-bahan pun cukup. Apa lagi? Masak!

FEIRUZ & ELEAZAR

"Hahahaha joke lah citer tadi tu. "Feiruz ketawa terbahak-bahak mengingatnya.

"Ya wei.. Lain kali kau free, temanlah aku buang masa kat sini. Biasalah orang bujang,bosan juga asyik kerja ni. "Eleazar berkata sambil berjalan mengiringi Feiruz.

"Bang, awal lagi ni. Baru pukul 11.30."beritahu Feiruz selepas melihat jam tangannya.

"Hmm... Takpelah.. Pulang.Tak elok juga lama sangat. Nanti keselamatan Eina terancam kat rumah. "

"Biarlah dia tu.. Dia kan ada Mimi. "

"Dah lah... Keselamatan dia yang penting.. Lama sangat dah kita lepak ni. "

"Hmmm yalah.Saya gerak dulu."

"Ok hati-hati. Assalamualaikum. "

"Waalaikumusalam "

Mereka berpisah di tempat itu.

????????????????????????????

Terkadang ada bunyi yang kurang menyenangkan.Eina yang dari tadi menunggu Feiruz pulang dah naik geram.

"Tak nak balik sudah... Merajuk tak tentu pasal. Huh!"

Eina baring cuba memejamkan mata banyak kali. Tapi tak mengantuk sebab takut... Dia pergi cuci kaki lepas tu baca doa sebelum tidur. Baru mata nak terlelap. Ada orang mengetuk pintu dengan kasar.Dia sengaja kunci pintu. Takut pencuri.

"Heish... Kacau betullah. "Dia berdiri menuju ke pintu.

"Siapa tu? "Dia buat-buat bodoh. Tapi apa yang dibalas hanyalah ketukan pintu yang kasar. Hampir pecah pintu jadinya. Kunci pintu dibuka.Feiruz melihatnya dari atas sampai bawah. Eina tidak peduli malah terus baring ke katil. Matanya sudah tak boleh tidur lagi. Heish... Semua ni salah Feiruz!

Feiruz duduk di hadapan meja solek. Dia sedikit penat juga. Dia menyambung main phone.

"Awak pergi mana tengah malam baru balik? "Eina mengecilkan matanya melihat Feiruz. Feiruz buat tak dengar lepas tu tersengih-sengih kat phone. Panas hati Eina dia kena palau.

"Awak! Dengar tak ni? "Eina meninggikan sedikit nadanya. Feiruz tersentak.

"Apa dia? "Feiruz bertanya tanpa rasa bersalah. Dah lah mata melekat kat phone.

"Takde.. Kenapa merajuk lepas tu balik rumah lagi? Kan bagus kalau terus pergi mampus. "Eina menjelingnya. Feiruz tertawa.

"Tolonglah ni rumah saya. Yang patut blah dari rumah ni awak kalau awak tak suka. Lagipun suka hati sayalah nak pergi mana.. Hidup je pun awak kat rumah ni. "ujarnya membuat Eina menyampah. Eina membaling telefon pintar ke almari. Pecah ke tak ke dia tak kisah dah.

"Tolong sikit. Phone tu saya yang beli... Kalau rosak macam mana? Huh! "Dia menjeling.

"Biarlah. Eina bukannya miskin sangat nak ganti phone ni. "Dia merenung tajam Feiruz. Feiruz buat derk je. Dia membuka bajunya. Eina yang ternampak tubuhnya segera menjerit lalu mengambil bantal menutup wajahnya.

"Argh!!!!! Awak! Buka baju kat bilik air lah.. "jerit Eina nyaring di balik bantal. Feiruz tersenyum.Dia mendekati Eina. Eina yang sedar ada tubuh menindih kakinya segera membuka bantal itu. Boom! Mata mereka bertembung. Segera Eina menutup matanya. Dipejam dengan kuat. Bantal itu dialihkan. Pipi mulus itu disentuh. Muka Eina sudah berubah merah.

"Awak janganlah kacau saya!pergi mandilah! "Eina cuba menolak tubuh itu. Namun Feiruz terlalu tegap dan tangan itu terlalu sasa untuk ditolak. Sekuat manalah kudrat perempuan ni. Feiruz tertawa nakal.

"Tak nak mandi. "Feiruz menguji Eina. Eina menelan air liurnya.

"Habis tu awak nak apa? Nak makan? Saya pergi mas--"

Jari telunjuk Feiruz melekat di bibir merah itu. Eina sudah ketakutan. Bibir Feiruz mendekati telinga Eina.

"Saya nak awak. "bisiknya perlahan. Tanpa disedari, mata Eina sudah bergenangan air mata. Feiruz memgucup pipi kanan Eina lalu masuk ke dalam bilik air. Hahahaha saja kacau Eina.

"Kurang ajar... Nangis aku dibuatnya. Hmmm... Jatuh maruah aku..dah lah memandai je cium pipi orang "Eina mengesat air matanya. Dia marah dalam hati. Nak menyumpah je dibuatnya.Sekarang dia tak dapat tidur sebab terjaga tadi. Dia cuba pejamkan matanya. Manalah tahu dapat tidur tiba-tiba.

Feiruz keluar dari bilik air. Baju tidur sudah sedia dipakai dalam bilik air. Eina hanya berpura-pura tidur. Tidak semena-menanya Feiruz baring di katil itu. Eina tidak bersuara. Takut diganggu macam tadi. Eeeergg.. Seram sejuk je. Tapi beberapa minit kemudian, Feiruz sudah terlena di situ. Eina memusingkan badannya melihat Feiruz.

"Rupa ada tapi suka kacau orang. "Dia berkata perlahan sambil merenung wajah itu.

"Abang dengar tu. "Feiruz tiba-tiba menjawab. Sangkakan dah tidur. Eina terus berpaling menutup mukanya. Takut kena cium. Feiruz tersengih dengan mata tertutup.

????????????????????????????

"Eina cepatlah!"Feiruz memanggil dari dalam tingkap kereta.

"Ya sampai dah ni! "Eina masuk ke dalam kereta. Dia membetulkan pakaiannya yang sedikit mereng itu. Feiruz menghidupkan enjin kereta lalu memandu menuju ke pejabat.

"Awak, kan abang dah cakap hari tu... Kalau period bagitahu awal-awal.. Kan lambat lagi.. Awak ni memang tak dengar cakap. "Feiruz berpesan. Eina yang sedang menyarungkan kasut ke dalam kaki itu pun terhenti. Matanya terkebil-kebil memandang Feiruz.

Macam mana dia tahu aku period? Aku ada bersihkan kot tandas tadi. Alah... Malu..

"Macam mana awak tahu? "tanyanya perlahan.

"Awak tu isteri saya... Saya tahulah.. Awak memang selalu lambat bangun time period. Tidur mati lagi tu.. Heih.. "Feiruz memberitahunya. Dan baru dia tersedar... Eina sudah lupa semua itu. Dia terdiam seketika.

"Ouh... Macam tu.. Ok, lain kali saya pasang alarm.. "Eina cuba sembunyikan rasa malu. Biasalah... Dia tak biasa lagi nak share benda tu kat lelaki tu.

"Awak.. Kenapa nak bawa saya ikut awak sekali pergi tempat kerja awak? Dah lah suruh saya pakai baju formal.. Leceh.. "Eina cuba tukar topik.

"Awak tu PA saya. Mestilah kena ikut abang. Dulu dia yang beria sangat nak jadi PA takut kena kebas konon. "Feiruz mengejeknya. Eina malu tapi dia tidak tahu kenapa. Pipinya merah. Ah sudahlah.. Topik apapun sekali dibicarakan.. mesti dia juga yang malu akhirnya.

"Awak.. Ni untuk apa ya? "Eina tak tahu nak buat apa dengan fail tu. Feiruz yang duduk di sebelahnya mengajar apa yang perlu dibuat. Melihat graf itu, keuntungan syarikat menurun sedikit berbanding sebelumnya.

"Awak, kenapa ni? Keuntungan syarikat menurun. Apa awak buat? Awak tak pandai urus syarikat e? "Eina cuba mengusiknya. Tetapi wajah Feiruz berubah lah pula. Dia diam tak berbicara. Eina dihurung rasa bersalah.

"Hmm.. Awak, saya minta maaf. Saya gurau jer. "

"Takpelah.. Memang sejak kebelakangan ni saya tak fokus sangat kat syarikat ni sebab urus awak. "

"Urus saya? "

"Awak kan lupa ingatan. Saya cuma nak awak ingat saya balik sebagai suami awak. Tapi apa yang awak balas cumalah rajukan, sindiran dan kemarahan. Bila awak cakap pasal pisah hari tu,saya sedikit terkilan. Nampaknya, cinta awak takkan berputik dua kali untuk saya. Saya menyesal. Kalaulah saya spend masa saya untuk awak,semua ni takkan terjadi. Semua salah saya. "Feiruz berubah tegang.

Eina yang mendengar rasa pelik. Apa dia buat? fikirnya. Tapi betullah..Eina, dah takde perasaan kat dia. Tunggu masa itu sahaja untuk Feiruz siap melepaskannya. Atau mungkin sahaja apabila Eina sudah ingat semuanya kembali. Eina menarik nafas lemah. Feiruz pula keluar ke pantri.

Aku, memang dah tak dapat nak cintakan kau balik. Maafkan aku Feiruz.

??????????????????????????

?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience