7]DAH NIKAH?

Romance Series 3177

?

Sudah seminggu Eleazar meluangkan masa dengan adiknya. Tapi dia tidak boleh selama-lamanya begitu. Akhirnya dia membawa Eina ke pejabatnya. Manalah tahu Eina ingat yang tempat itu pernah menjadi tempat dia menangis sekuatnya. Tapi bila tiba sahaja mereka di sana, Eina buat der je... Ah. Langsung tak membantu. Eina sekarang pula susah nak berpisah dengan Mimi. Ke mana-mana sahaja bersama Mimi.

Tapi permasalahannya sekarang adalah macam mana nak ingatkan Eina balik pasal husband dia.

Berkali-kali mereka menunjukkan foto Feiruz tapi Eina memang tak kenal. Qistina dan Eleazar sudah tiada idea lagi nak buat apa. Akhirnya mereka mengajak Feiruz ke sana.

Feiruz sudah sampai. Pintu dikuak.

"Ada apa panggil a--"

"Eina!"

Lantas Feiruz memeluk Eina.Siap cium kedua belah pipi lagi. Eina terkejut. Dia menolak.

"Aw.. awak siapa? Suka hati je peluk saya! Haramlah! "Eina ketakutan lalu pergi tempat Eleazar. Feiruz pelik dengan kata-kata itu. Haram? Dia belum pun ceraikan Eina.

"Eina ni abanglah.. Suami Eina.. "Feiruz cuba mendekati tetapi semakin dia dekat, semakin jauh Eina lari.

"Qistina kenapa ni? "

"Hmm.. Qistina pergi bawa Eina jalan-jalan. "arah Eleazar.

"Ok. "balasnya sepatah.

Mereka duduk.

"Kenapa dengan Eina tu? Kenapa dia dah tak ingat saya dah? Benci sangat ke dia pada saya?"

"Sabar sabar...bagi saya jelaskan satu persatu. Saya tahu dah lama Ruz tak jumpa dia.. "Eleazar pening banyak sangat soalan dia.

"Ceritakan lah. "Feiruz cuba memahami.

"Ruz tahu tak kenapa dia macam tu? "

"Abang, saya takkan tanya kalau saya dah tahu. Itu bodoh namanya. "

"Selepas Eina keluar je dari rumah Ruz, beberapa hari kemudian dia minta teman saya ke hospital sebab mata dia selalu sakit. Doktor kata dia menghidap penyakit barah otak dan itu turut mengganggu fungsi matanya. Saya tahu Ruz pernah cari Eina kat sini. Tapi time tu kami kat Amerika untuk jalankan pembedahan Eina. Alhamdulillah dia berjaya. Tetapi dia hilang ingatan. Eina mungkin takkan ingat atau mungkin akan satu hari nanti. "panjang lebar dia cerita.

"Tapi takkan dia tak ingat saya? "

"Entah tapi ingatan dia sangat kuat kalau jumpa Mimi. Saya ni pun terpaksa buat dia selesa dulu. Nama saya pun dia tak ingat. "

Feiruz mengeluh.

"Ini semua salah saya. Kalaulah saya siasat dulu baru buat keputusan. Mesti takkan jadi macam ni. "

"Jangan cakap macam tu. Allah tak sudah jika hambanya seakan tidak bersyukur akan ketentuannya. Mungkin ada hikmah di balik semua ni. "

Feiruz hanya mengangguk.

"So apa kita nak buat sekarang? "

"Kita buat dia jatuh cinta balik kat Ruz. "

Bunyi dia pelik tapi itu saja jalannya.

????????????????????????????

"Hmmmm... Sedaplah laksa ni.. "

Eina hanya termenung.

"Kau kenapa? "

"Tak saya cuma nak cuba ingat siapa lelaki tadi tu. Saya ni dah pernah nikah ke? "Eina hanya membelai Mimi. Takde selera nak makan. Minum jer.

"Untuk pengetahuan kau, tadi tu suami kau... Feiruz Aisy.. Takpe.. Nanti kau ingatlah tu... "

"Habis tu kenapa bukan dia yang bawa saya pergi Amerika? Kenapa saya rasa sedih sangat bila jumpa dia? "
Qistina terdiam.

"Sebenarnya, kau ada masalah dengan dia sebelum ni. Tapi tu aku tak nak sentuh.Biar kau ingat sendiri. Lagipun dah selesai dah pon"

"Saya tak cintakan dia. "

Hampir tersembur laksa tu kat meja.

"Hah?! jangan wei... Aku takut satu hari nanti kau dah ingat balik, kau menyesal. "

"Sungguh saya tak ingat dia. Entah-entah dia menyamar. "

"Astaghfirullah... Jap.. Nah.. Aku ada simpan gambar korang time nikah dulu... Sweet... "Dia menghulurkan handphonenya. Tapi Eina betul -betul tak ingat siapa lelaki itu.

"Tapi saya tak rasa apa pun kat dia sekarang. "

"Kau bagi dia masa... Dia mesti cuba nak kau ingat balik punyalah... Zaman cinta monyet korang tu.... "Qistina tersengih. Eina hanya mengangguk perlahan.

Betul tu.. Aku lupa ingatan.. So, aku kena cuba ingat perlahan-lahan. Walaupun lelaki ni hensem, kenapa aku rasa sedih bila tengok muka dia..? Haih..., hatinya berbicara...

Malam itu, Datuk Awang menyuruh Feiruz balik ke rumah mereka.

"Ruz, kenapa kamu dah tak jaga syarikat kita? "

"Suruhlah mak jaga. Mak kan nak semuanya perfect saja. Saya ni cuma nak benda yang biasa. Tak rare pun takpe. "dia menjeling ibunya.

"Ruz, mak nak minta maaf. Mak janji terima Eina seadanya. ".Feiruz terkejut. Apa yang buat maknya insaf?Dah lari ke syaitan dalam hatinya?

Feiruz tertawa. "Buat apa lagi? Eina dah tak ingat kan Ruz lah. Ini semua salah mak lah! "

"Apa maksud kamu? "Awang pelik.

Feiruz menceritakan semuanya.

"Astaghfirullah... Macam mana sekarang ni? "Awang pun sakit kepala. Bukan mudah untuk mengingatkan kembali seseorang itu akan masa lalunya.

Lynda kat mana? Dia dah balik Indonesia sebab dia sedar Feiruz tak akan pernah cintakan dia. Datin Suhaila susah hati.

Malam sebelumnya,

"Awak sukalah kan Feiruz tinggalkan isteri dia?! "Awang menengking Suhaila. Dia baru tahu setelah balik dari Sabah untuk projeknya.

"Saya pun tak tahulah itu abang dia! Dan memang saya tak sukakan dia! "balas Suhaila geram.

Awang memghentak meja itu. Dia betul-betul marah.

"Ok fine ... Awak buat macam tu kat menantu perempuan kita, awak kena rasa apa dia rasa!"

"Apa awak nak buat? "

"Awak fikirlah elok-elok. Kalau awak tetap dengan keputusan awak, tunggulah saya ceraikan awak. Saya tak teragak-agak untuk ceraikan awak. Buat apa ada isteri macam awak ni. Kalau awak tak nak cerai, awak kena ikut cakap saya. "

Suhaila terkejut. Lantas dia memeluk suaminya.

"Abang, jangan ceraikan Su. Su merayu... Su sayangkan abang.. Feiruz.. Anak-anak kita. "Dia sudah menangis.

Hehehe baru gertak sikit, dah nak merengek macam budak 5 tahun.

"Kalau macam tu, terima Eina seadanya.Itu sahaja. Tak susah pun. "

Suhaila meleraikan pelukannya.

"Kalau itu yang abang minta, Su tunaikan. Tapi janji ye takkan tinggalkan Su? "Suaranya manja. Awang tergoda dengan isterinya. Sudah lama benar dia tidak merasakan kasih sayang dari isterinya. Takut juga kena cerai. Suhaila ni...

"Abang takkan tinggalkan Su. "Awang memeluk isterinya kembali.

????????????????????????????

Feiruz yang mendengar cerita itu dari ayahnya pula tertawa.. Datin Suhaila sudah di kamar ingin tidur. Tinggallah Awang dan Feiruz di situ.

"Sabarlah nak.. Dalam percintaan ni, mesti ada je ujian akan datang. "

Feiruz mengangguk.

Pagi itu, Eleazar menghubungi Feiruz untuk membawa Eina ke pejabatnya. Itukan tempat kerja lama Eina. Manalah tahu dia ingat sedikit demi sedikit.

????????????????????????????

Dalam perjalanan itu, Feiruz tak henti menjeling ke arah Eina. Maklumlah lama tak jumpa. Eina sedikit rimas.

"Betulkah awak ni suami saya? "tanya Eina memecah kesunyian.

"Ya sayang. "

Bluekkk..entah kenapa Eina rasa jijik. Biasalah. Macam ada orang tu on crush kat kau tapi kau tak suka pun dia. Tapi dia tergedik-gedik panggil kau baby, sayang.

"Kenapa awak dari tadi belai Mimi je tu? Tak nak belai saya pula ke? "Feiruz menyakatnya.

"Ewww..."

"Takdelah gurau jer.Saja nak kacau isteri saya yang dah lama tak jumpa. "Feiruz tertawa. Tiba-tiba Eina rasa rindu dengan lelaki itu. Tapi tiba-tiba rasa rindu itu hilang.Si hati ni pun satu...nak juga main-main dengan perasaan.

"Awak...apa maksud awak dah lama tak jumpa? "

"Takdelah... Benda dah lalu. Usah diingat kembali. Ok jom. Kita dah sampai. "

Feiruz turun lalu membukakan pintu untuk Eina. Dia memimpin tangan Eina.

"Awak.. Saya tak selesalah awak pegang tangan saya.. "adunya. Dia cuba menarik tapi ditahan. Feiruz berhenti.

"Dulu, saya pegang tangan awak, peluk awak, cium awak, sekatil dengan awak. Takkan ni pun rasa tak selesa. Ke awak dah ingat balik?Kalau tak,kita ulang balik hidup kita. "Feiruz berkata sambil mendekati Eina.

Pipi Eina menjadi merah mendengarnya. Gila kau!Sekatil?Huwaa...

"Awak.. Saya dah lupa semua tu.. Boleh tak kita jalankan semua ni secara perlahan-lahan? "

"Boleh. Kita mulakan dengan ni. Dahlah jom!"dia menarik sahaja Eina. Eina rasa malu diperhatikan ramai orang. Mimi pula ikut sahaja.. Asalkan lehernya bertali.

Eina bosan. Takde buat apa-apa.Dia perasan ada tiga meja di bilik itu.

"Awak..kenapa ada tiga meja kat bilik ni? "

"Satu untuk saya, satu untuk awak... Nanti nanti ada anak,untuk dialah. "Feiruz tersengih.

"Awak... "Eina malas disakat. Buat blushing je. Dia baring di sofa.Malas nak layan Feiruz.

"Awak tidur ke tu? "Feiruz bertanya melihat Eina yang baring membelakanginya. Eina segera pura-pura tidur.

Oh..dah tidurlah tu., sangka Feiruz. Dia menghampiri Eina lalu menyentuh wajah Eina. Lantas Eina bangun.

"Awak nak buat apa?! "Dia seram
sejuk.

"Tak tidur rupanya. "

"Tidur apa tengah hari ni? "

"Manalah tahu awak bosan dekat office ni.. "

Feiruz duduk di sebelah Eina.

"Saya pasti akan buat awak jatuh cinta kembali kat saya. "

"Tak nak saya. Macam manalah saya boleh kahwin dengan awak ni? Suka kacau orang. Gatal. "Eina mengecilkan matanya melihat Feiruz.

"Hahahaha at least abang menggatal kat isteri sendirilah sayang. ".Ergh..... Main abang sayanglah pula dia.

"Awak! "

"Ya saya"

"Mana Mimi? "Eina memerhati seluruh sudut bilik itu. Feiruz pula memang tak kisah pasal kucing tu. Sibuk tengok muka bini jer.

Feiruz menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Entah tak nampak pula. "

"Apa awak cakap?! Cari Mimi sekarang juga!"

Wow aura singa dah keluar. Eina berdiri mencari Mimi. Eh... Macam pernah lalui lah situasi begini..., Eina berfikir. Dia sedang menggali kembali. Tiba-tiba, datang seorang lelaki memghampirinya.

"Puan,kucing puan main-main kat pantri tadi... Dia tidur lagi kat sana. "

"Ya Allah... Terima kasih... "

Feiruz datang.

"Dah jumpa? "

"Dah tuan. "balas Ammar.

"Ok thanks. "

"Sama-sama. "Ammar pergi dari situ.

Eina mengambil Mimi dan berjalan ke bilik tadi. Dia duduk sambil membelai Mimi. Dia merenung.

[FLASHBACK]

Awak cari ni ke?....
Eina rindu abang....
Ya Allah....Mimi...

Ah, kepalaku.Eina memegang kepalanya.Rasa sakit. Dia dapat sebuah bayangan. Dia pernah mengalaminya. Dia melihat wajah Feiruz.

"Eina ok? "

"Awak... Kita pernah hadapi situasi macam ni ke sebelum ni? Maksud saya Mimi hilang sebab awak.. Then.. Something happen. "

Feiruz tersenyum. Rancangannya berjaya.

"Ya. Pernah. Time tu kita kat pantai. Makan angin. Dan.. "

"Dan orang yang serahkan kucing tu adalah abang saya! "

"Ya. Awak tak ingat apa-apa pasal saya? "

Eina merenungnya dengan mata tajam.

"Awak... Awak memang tak bertanggungjawab. Ini dah kedua kali awak tak jaga Mimi betul-betul. "
Dia berdiri menghampiri Feiruz.

"Tak.. Tak bukan yang tu.. "

Eina mengejarnya.

"Awak ni memang!!! "Dia mencapai rambut Feiruz.

"Eina! Eina! Sakit sayang! "

"Salah awak! "

Lain yang Feiruz nak, lain yang jadi..

????????????????????????????

?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience