13]AMANDA

Romance Series 3177

?

"Ok kalau macam tu...sampai hari ni je meeting kita hari ni..I hope semua letak komitmen tinggi untuk syarikat kita.."Feiruz berdiri.Eina pula hanya diam dari tadi.Bosan.Takde satupun benda yang dia faham.

"Baik Tuan Feiruz..kami akan berusaha."

Semua keluar dari bilik mesyuarat tu.

"Abang..kenapa tak keluar lagi?"

"Dah tu kenapa tak keluar je?"

"Hmmmm...tunggu abanglah."Eina bersuara.Baginya biasa saja sebab mengantuk dengar perbincangan tadi tapi yang Feiruz dengar pula adalah suara manja mencairkan hati.Dia berhenti menaip kat laptop.Dia pusingkan kerusi itu menghadap Eina.

"Hmmmm...sayang memang dah tak minat cara bekerja kan?dulu yang semangat sangat tu dah jadi boring pula...kalau macam ni...abang kena cari PA baru ni.."

"Habis tu sayang kat mana?kat rumah?alah bosanlah abang..."

"Buatlah apa yang sayang suka..asalkan sayang bahagia,happy and ceria..abang tak halang.."

"Hmmmmm....takdelah benda yang boleh buat sayang gembira sekarang...."

"Abang ada untuk sayang.."Feiruz merapatkan dirinya pada Eina.Eina pula berdiri menjauhi Feiruz.

"Stop it!Sayang malulah...tetiba nanti ada orang terjah masuk."

"We're married sayang...why worry more?"

"You know that I lost my memory but they don't."

"Diorang tahulah sayang.."

"You tell them?"

"A'ha..supaya diorang tak kecil hati kalau Eina tak ingat nama diorang."

"Perlu ke?"

"Yes,honey.."

"Eina just nak cakap yang tak sedia lagi nak buat benda yang selalu Eina buat dulu.Ya..peluk sekali-sekala boleh tapi jangan selalu and not here.Kiss...lagilah Eina tak biasa lagi..awak buat saya makin keliru Feiruz"Dia actually masih keliru akan perasaannya.Adakah dia cinta akan lelaki itu?

"Oh ok...sorry kalau saya ni menyusahkan awak."Terus Feiruz berdiri sambil mengangkat laptop itu bersamanya keluar dari bilik itu.Eina pula tidak terfikir sama sekali untuk menahan Feiruz.Lama dia di bilik mesyuarat itu.Malas masuk bilik office mereka nak tayang muka kat Feiruz.

"Feiruz Aisy!Abang ni kan...dahlah lama tak call kita,kita call dia reject pula tu!"suara manja plus geram dari seorang perempuan dari luar menariknya untuk keluar dari bilik itu.

"Yelah...sorrylah..abang busy dengan kerjalah."Feiruz memeluk perempuan itu.Tanpa diminta,tangan Eina sudah dikepalkan.Siapa perempuan tu?Dia peluk...siap manja-manja lagi...hish..benci..dia mengatur langkah ke pantri.Lebih baik makan daripada stres tengok orang berkasih kat office ni.

"Eina nak pergi mana?"Langkah Eina terhenti.

"Pergi pantri lah...nak pergi mana lagi..."Eina jawab garang.

"You want to minum apa sayang?"Feiruz bertanya kepada perempuan dalam dakapannya itu.

"I nak air putih jew...tak naklah minum manis-manis ni..."

"Ok dear..I know you dah already manis.."Perempuan itu hanya tertawa lalu merangkul lengan sasa Feiruz.Eina macam gunung berapi yang tinggal tunggu meletus je lagi.

Wii...laki aku tu...,getus hatinya.

"Eina,buatkan air Milo untuk saya..yang manis ye..and air putih for my princess ni."

Eina hanya menjeling lalu pergi ke pantri.Yang hanya didengar di belakang hanyalah senda tawa yang menyebalkan hatinya.

Air Milo dikacau-kacau.Bila diingat kembali kejadian tadi...mahu saja dihempuk kepala perempuan tadi...hish...gedik.

Kau nak manis kan Feiruz...rasakan kemanisan ini,bisik hatinya lalu menambah dua sudu gula lagi ke dalam air Milo itu walaupun sudah diletakkan dua sudu tadi.Satu tangan memegang cawan berisi air panas baru mendidih...satu lagi air Milo manis gila gila...

"Tu semua salah you...you yang buat I merajuk lama tau...lama I tunggu you call I balik..benci.."

Masuk je ruangan itu,Eina sudah mendengar kata-kata yang boleh memanggil Hulk dia keluar memgamuk kat situ..tapi maybe dia tak jadi colour hijau kot..maybe pink atau merah...eh abaikan.

"Nah.."Eina meletakkan kedua-dua cawan itu di atas meja di mana sepatutnya menjadi tempat Eina tapi tercemar pula oleh perempuan ni..Eina pula hanya duduk di sofa sambil membaca majalah.Kalau boleh nak aje dia halau perempuan tu.

Eina halau perempuan gedik be like:

?

(Comel kan...saya takde dah pic nak gambarkan tapi ni comel..abaikan)

"Auh.."bibirnya hampir melecur.

"Kenapa ni Amanda?"Feiruz risau.

Oh..Amanda ke namanya..huh!,Eina hanya menjeling ke arah mereka sambil pura-pura membaca majalah..apa dibacanya dia sendiri pun tak tahu.Yang penting adalah...Amanda ni siapa dan kenapa dia gedik sangat kat Feiruz?Kenapa Feiruz pun layan jer?takkan dia tak ingat aku ni bini dia kat sini?

"Air panas wiii...."Feiruz ketawa terbahak-bahak.

"Eina..kenapa bagi Amanda air panas?"

"Itu je yang ada."

Amanda tersenyum membuat Eina hairan.Feiruz meneguk air Milo itu.Hampir tersembur jadinya.

"Eina...awak nak saya kena kencing manis ke?Manis sangat ni..."Feiruz terbatuk-batuk.

"Gula tumpah."

Lantas Feiruz dan Amanda tertawa besar.Eina berkerut dahi.Apa yang joke?Feiruz berjalan ke arahnya.Dia duduk di samping Eina.Eina buat bodoh je.

"Sayang jealous eh?"bisik Feiruz sangat dekat di telinga Eina.Amanda hanya bermain dengan phonenya.Malas nak tengok adegan sweet tetiba nanti.

"Mana ada."ujar Eina tanpa beriak.

"Awak tahu tak dia tu siapa?"

"Buat apa tanya saya?"

"Hmmm...Amanda,keluarlah dulu..nanti abang jumpa Amanda ya.."

"Tak nak!"

"Ok stop it..baby abang merajuk ni...get out.."

"Sampai hati abang halau kita..huh.."Amanda berkata sambil mengelap air mata halimunannya itu.

"Hehehe yelah...nanti jumpa lagi..adik rindu abang je..Bye..Oops..Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam."

What the fish?Adik?Abang?OMG!Aku salah anggap....no,no,no...aduh..bodohnya kau Eina..

Wajah Eina berubah merah.Dia betul-betul malu.Feiruz mengunci pintu lalu kembali mendekati Eina.

Gawat...aduh apa aku nak cakap ni?...takkan nak cakap 'ye saya jealous'..aduh..tak cool lah..

Tangan Eina digenggam.Dibawa ke bibir lalu dikucup penuh kasih sayang.

"Sayang jealous kan tadi?"

Eina memejamkan matanya.Lalu memandang ke arah lain.

"Mana ada..saya tak rasa apa pun..."

"Jujurlah...cemburu kan tandanya cinta.Even dengan adik saya sendiri...hahaha sayang kan lupa ingatan..kitorang gurau jelah tadi"

"Saya tak cemburulah..."

"So sayang tak cintakan abanglah ni?"wajah Feiruz sedikit berubah.

"Taklah...saya tak sayang even tak cinta pun kat awak."Eina berkata selamba.Tanpa disedari,dia telah meninggalkan luka kecil di hati Feiruz.Kecil namun cukup besar untuk rasa kesakitannya.Tangan Eina dilepaskan.Dia terkedu buat seketika.

"Oh..hmm..jadi..peluang ni cuma untuk berkawan jelah..ok...ok..aku faham..takpelah..kau rehatlah..aku nak pergi jumpa adik aku.."

Aduh....aku salah cakap ke?takkan dia anggap serius...dia ni..

Eina menarik tangan Feiruz untuk duduk kembali.Feiruz terduduk tapi dia menjauh dari tempat duduk Eina.

"Saya cum--"

"Takpe..aku faham..aku tak paksa kau untuk cintakan aku...aku tau ni semua salah aku..."

"Bukan macam tu..."

"Aku just nak tenangkan diri aku...please.."

Eina tunduk.Dia turutkan saja.Feiruz pula sudah keluar pejabat itu.Eina merenung sendirian.

Aku ke yang salah?

Tiba-tiba,phonenya berdering.Dia jawab dan rupanya Syae,pembantu rumah mereka.

"Ya Syae..kenapa ni?"

"Emm..puan,boleh tak kalau saya balik awal?Ada masalah keluarga yang perlu saya selesaikan."beritahu Syae..

"Ouh..hmm..balik je..lagipun saya balik awal hari ni.Biar je Mimi tu.."

"Ok puan..saya perlu gerak sekarang."

"Ok...just go..harap urusan awak dipermudahkan ya.."

"InsyaAllah...Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Eina menundukkan kepalanya.

Ya Allah...sebenarnya aku cintakan dia atau tidak...atau aku ni cuma cepat melting..

Dia sudah buntu..yang penting sekarang..balik jelah teman Mimi.Terpaksalah balik guna teksi camni.

????????????????????????????

Perlu ke aku bagitau Feiruz aku dah balik?Tapi dia nak ke baca?Paling pun kena bluetick adalah....Heish...dia tiba di depan rumah.

"Terima kasih cik."Pemandu teksi itu mengucapkannya dengan senyuman manis sekali.Eina hanya mengangguk.Dia masuk ke dalam rumah.

"Mimi...Mimi..."panggilnya.

Meow....kucing itu mengesel-geselkan badannya di kaki Eina.

"Mimi....Eina nak nangis ni...."Dia memeluk kucing itu lalu dibawa ke sofa.

"Mimi...Mimi rasa Eina patut ke bagitahu abang yang Eina dah balik?"

Meow...kucing itu hanya mengiau.

"Tapi...nanti dia akan baca ke.."

Mimi hanya mengiau..

Ah kau ni Mimi...support ajelah.

"Hmmmm...yelah..Eina bagitahu abang."Dia mencapai handphonenya lalu mendail number Feiruz tapi tidak diangkat.Lima kali dia mencuba dan akhirnya dia beri lelaki itu untuk bertenang.Dia hanya meninggalkan pesanan melalui Whatsapp.

Hmmmm...better aku masak.Nanti aku pujuklah...Hihihi..

Dia melangkah ke dapur.Mimi pula hanya mengikut jejak tuannya.

????????????????????????????

"Hek....wii..aku tak tahu..tak tahu macam mana lagi dia nak..aku dah try untuk ambil hati dia wei hek.."Kata Feiruz yang sudah mabuk itu.Dia meneguk lagi alkohol itu.Mereka kini lebih suka guna 'aku kau' je.

"Stoplah wei...kau kena bagi dia masa...Eina tu selalunya lama sikit nak ambil hati dia."Eleazar menasihati adik iparnya.Menyesal pula bawa budak ni datang bar..

[FLASHBACK]

"Aduh...apalagi si Eina buat ni kat kau..dah macam budak kemurungan aku tengok kau ni.."

"Eina still tak boleh nak terima aku...Zar..camne ni..patut ke aku lepaskan Eina?"

"Kau gila?!Jangan wii..aku tak terima sesiapa pun kecuali kau jadi adik ipar aku..kau kena usaha!"

"Aku nak cari ketenanganlah..."

"Jom.."

"Pergi mana?"

"Teman aku pergi bar."

"What?!No!Eina tak suka aku pergi bar and aku tak pernah pun jejak tempat-tempat macam tu.."

"Itu Eina yang dulu,bro.Sekarang...dia ingat ke semua tu...?"

"Oklah...but just this time..aku tak nak ikut lagi lain kali.."

"Wait..kau tak pernah minum ke?"

Feiruz menggeleng.

"Bapak arh...jom.."

"Tapi  takde perempuan ke?"

"Alah...kau reject jelah kalau ada yang nak...ok jom!"

Feiruz mengikut langkah Eleazar.

[END FLASHBACK]

"Aku dah tak tahu nak buat apa dah ni..arghh..."Feiruz duduk pun nak jatug dah.Eleazar hanya dah minum banyak pun taklah mabuk.Dia ambil kesempatan ni untuk rakam tingkah laku Feiruz.Dia letakkan phone yang sudah dibuka cameranya untuk merakam video di tepi tidaklah jauh sangat tapi menghadap Feiruz.

[RECORDING??]

"Wii stoplah...aku takut kau jadi teruk cam gini...menyesal aku bawa kau..."

"Hek...Eina tak nak aku...dia tak cintakan aku..hek.."Feiruz cuba berdiri namun terjatuh...tapi disambut oleh seorang wanita berpakaian seksi.

"Abang...hati-hatilah..kalau jatuh macam mana?"

Feiruz kembali duduk..tapi wanita itu masih memeluk lengannya.Eleazar pula nak suruh perempuan tu lari tapi dia nak uji si Feiruz ni setia ke tak...mean dekat bini je ke dia melekat ke dengan perempuan lain pun dia ok...

"Kenapa abang macam sedih ni?"

"Hek...Eina..wife aku..dia tak nak aku..hek.."

"Alah..dia takde..saya ada untuk abang....dia tak nak,saya nak...abang ni dah lah handsome..orang bodoh je tak nak.."gedik perempuan itu.Ceh...tahulah si Feiruz ni handsome tapi dah dengar dah ada bini tu pergilah main jauh-jauh.

"Diamlah!Aku cuma nak Eina..Eina..kejap kau bukan Eina..bukan Eina...kau tepi!"Feiruz tolak perempuan itu sampai jatuh ke lantai.Lantas wanita itu pergi dari situ kerana malu.Eleazar pula kagum dengan si Feiruz ni.Hahaha perempuan seksi dia tolak mentah-mentah.

"Nak Eina...Eina..Sayang..cintakan Eina.."Feiruz tertidur di meja
itu.

[END RECORDING??]
Eleazar pula menghantar video tadi kepada Eina.

????????????????????????????

Dari tadi Eina tunggu Feiruz balik...sekarang dah pukul 11.48 malam ni.Dia call pun tak dijawab.Dia dah lah rasa bersalah tahap dewa kat Feiruz tu.Tiba-tiba ada video masuk.

Laa..apa pula abang Zar hantar ni..

Video itu di download.Dan dia terkejut melihat Feiruz dalam keadaan mabuk.Hampir mencarut dia apabila nampak seorang wanita nak menggatal kat laki dia.Terus ada pesanan di bawah.

From:Abang Zar

Abang yang paksa..jangan marah dia..dia stres tu..datanglah..ambil dia

Beserta alamat di bawahnya.Cepat-cepat dia berlari ambil kunci kereta di atas dengan memakai hoodie and seluar panjang dia keluar.Dia dah tak kisah rambut dia kusut atau tidak.Yang penting adalah suaminya sekarang.

Dia tiba di lokasi itu.Segera dia masuk ke dalam.Matanya meliar mencari abangnya dan Feiruz.Dia ternampak Feiruz sedang tidur atau mungkin entahlah..Dia melangkah pantas ke situ.Dia pukul lengan abangnya tanda geram.

"Apasal bawa husband Eina pergi tempat macam ni?"marahnya.

"Laaa...husband kau rupanya..aku fikir orang baru cerai ngan bini yang still takleh nak move on..."sindir Eleazar.

"SHUT UP!TEMPAT MACAM NI KE TEMPAT ABANG SELALU LEPAK?DENGAN ALKOHOL SEGALA..GET LOST LAH.."Eina marah..sangat sangat sangat marah.Eleazar tidak pernah nampak Eina marah macam tu.Pipi Feiruz ditepuk-tepuk.

"Abang...balik jom.."

"Tak nak!!aku nak Eina.."

"Ya..Eina kat sini..jom balik.."

"Eina..sayang..hmmm...tipu!Eina takkan cari aku!Kau tipu!"Badan Eina ditolak perlahan.Eina dah nak nangis sebab tu.Sakit sangat ke hati dia sebab aku tadi....

"Jom..."Eina merangkul lengan sasa itu.Berat.Tapi dia perlu bawa Feiruz balik..

"Dah sini abang tolong.."Eleazar ingin membantu Eina yang nampak sangat lemah.

"TAK PAYAH!"

"Please Eina...I know abang salah tapi ni je kot..please..badan Feiruz mesti berat kan..."Kata-kata itu tidak diendahkan...bahkan Eina terus saja cuba berjalan dengan badan yang berat sebelah.Eleazar pula tidak kisah terus saja mengangkat bahagian sebelah.Eina malas dah nak bertekak.Dibiarkan saja.Sebab jujurnya,badan Feiruz memang berat.

Badan Feiruz dibaringkan di bahagian kerusi belakang.Eina terus masuk ke dalam kereta.Baru sahaja Eleazar ketuk tingkap kereta itu,Eina terus memecut balik ke rumah.Malas nak layan kaki bar ni.Bawa laki kita pula tu..kan dah ada perempuan menggatal kat laki kita.Tidak dinafikan husband aku ni handsome.

Aduh..kalau tadi senanglah nak angkat Feiruz sebab ada Eleazar tapi sekarang tinggal dia seorang jew.

Takpe Eina kau boleh!

Dia angkat tubuh Feiruz tapi Feiruz merangkul lehernya.

"Abang..jom,kita masuk rumah dulu.."

"Hmmmm...aku nak Eina yang bawa aku..aku tak nak kau.."

"Abang..ni Einalah..."

"Tak..kau bukan Eina..Eina yang dulu dah takde...dia dah lupa ingatan dia...aku takde kat hati dia."

"Jomlah masuk dulu..."

Eina mengangkat lengan Feiruz dan Feiruz berjalan bersamanya.Lama gila nak sampai bilik...berat ditambahkan tangga lagi..Ya Allah...

Puff!Badan Feiruz dihempaskan atas tilam.Eina nak keluar tapi tangannya ditahan oleh Feiruz.Ditarik kasar sampai dia jatuh di atas badan Feiruz.

Feiruz kemuadiannya baring mengiring dan Eina hanya berada di depannya.

"Kau rasa Eina cintakan aku tak?"Feiriz bertanya dengan mata tertutup.Eina diam.Lama dia berfikir..

"Mungkin."

Lama...Tapi Feiruz sudah tidak bersuara.Huh...dah tidur rupanya.Eina tidak berganjak sebaliknya memeluk Feiruz dan tidur bersamanya.Dia penat.Penat angkat Thor tadi...hehehe abaikan.Seronok pula tidur dalam dakapan Feiruz ni..hangat..

????????????????????????????

Pagi itu mereka lewat bangun.Eina takpelah sebab uzur.Feiruz tu subuh pun..haih..korang faham kan.

Feiruz terkejut apabila dia bangun sahaja dari tidur lenanya,dia sedang memeluk Eina dan Eina membalas pelukan itu.Wajah ayu Eina...yang dirindui itu sedang berada dalam pelukannya..dia menatap wajah Eina..lena betul..dia bangun lalu mengucup dahi Eina.Tak cukup itu,dia cium pipi kiri dan kanan.Lalu cepat-cepat dia bersihkan diri...

Hmmmmm.....lenanya tidur..tangan Eina meraba-raba cadar katil itu mencari Feiruz tapi Feiruz tiada di situ.Dia bangun dan memandang ke jam dinding bilik itu...pukul 7..jap,pukul 7!Gosh..hari ni kena pergi officelah..cepat-cepat dia berlari turun ke bawah mencari kelibat Feiruz.....tapi apa yang dia lihat Feiruz sedang baring di sofa..sedang tidur..tangan Eina mengoncang-goncang tubuh Feiruz secara perlahan dan Feiruz terjaga dari tidurnya.

"Abang...abang...bangun..hari ni kan kena pergi office.."

"Emm...Awak..jangan kacau saya tidur...takpe hari ni dah bagitahu Yati yang kita cuti lagi..saya penat.."

"Hmm,dah mandi ke ni?"

"Dah..."

"Oh ok.."

Eina naik ingin mandi.Lama juga kat bilik air...mandi satu hal..memikirkan Feiruz ni lagi satu hal....

Jangan kacau saya tidur....awak...

Kenapa dah tak guna 'sayang abang'?Kenapa mesti begini?Haih...masalah masalah...

Dia keluar dari bilik air berkemban sahaja.Heek!!!Dia tekup mulutnya....kenapa Feiruz kat dalam biliknya sedang baring di katil miliknya?Siap berbungkus dalam selimut.Lah...sakit ke apa laki aku ni?Dia duduk di katil itu menghadap suaminya..

"Abang..abang sakit ke?"

"Hu..eh taklah..awak buat apa kat sini?"

"Abang..ni bilik sayanglah..pening eh?"

"Eh yakah?Biar betul..astaghfirullah..saya keluar maaf ganggu awak.."Baru dia nak bangun,Eina tolak balik.Dia baring menghadap Feiruz.

"Awak..sa--"

Mulut itu dihalang oleh jari mulus Eina.Dia dah tak kisah berkemban kah apa..yang penting husband dia.

"Shhhhh....jangan banyak cakap..rehatlah..mesti broken sangat kan..takpe sayang ada di depan abang."Eina menghadiahkan senyuman kepada Feiruz.Feiruz pula tidak mampu memandang wajah itu.Dia cuba memandang ke arah lain.Bertentangan mata dengan Eina membuat dia takut..takut melebih nanti.

"Kenapa elak?"

"Hah?Elak apa?"Feiruz buat tak faham.

"Elak tengok sayang.."

"Takdelah saya just sejuk so saya tengah diam."Haih...pelik juga alasan kau ni Ruz.

"Sejuk...hmmm..jap."Eina membuka selimut itu lalu masuk ke dalam.Dia memeluk Feiruz.Feiruz pula betul-betul terkaku dan tidak tahu apa nak buat.Tangan Eina kukuh di belakangnya.Eina memandangnya dengan senyuman.

"Kenapa tengok saya macam tu?"Feiruz hairan.

"Abang comel..."Eina berkata hingga membuntangkan mata Feiruz.

"Hah?"

"Abang comel...pening pening pun comel..sayang suka tengok muka abang..geram sayang..hihihi"gediknya.

Wow!Mambang mana dah sampuk si Eina ni?

"Mana ada.Lagipun abang cuma pening bukannya demam..tak payahlah sayang peluk.."

"Yes I like it!"

"Like what?"

"Abang panggil diri abang sayang then panggil I sayang..don't you ever try to use 'saya awak' again!"ugutnya comelnya.Feiruz betul-betul pelik.Dia sedang mimpi ke ni?Tetiba nak manja-manja tergedik camni...berkemban pula tu peluk orang..

"Are you ok?"

"As long as you with me abang and i'll be ok.I love you and jangan tinggalkan sayang lagi.."

hua!!!macam tak percaya luahan itu!I LOVE YOU?

"Sayang,you love me?"Feiruz seakan tidak percaya.Eina mendekatkan wajahnya dengan wajah Feiruz.

"Yes I love you..why?Is it weird or you don't like it?"

"No...abang suka..abang rasa bahagia..lama abang tunggu kata-kata keramat itu."

Satu ciuman singgah di pipi Feiruz.Ini first time Eina nak kiss dia tanpa diminta.

"You forgot your morning kiss bie.."

"Can abang gigit pipi pula?"

"Amboi...melebih nampak.."

"I miss you sayang.."

"Yes sayang tahu tu...dahlah..saya nak pergi masak jap..abang just rehat k?"

"Alah...abang nak lagi.."

"Maybe next time jelah bang..saya lapar ni.."

"Hehehe ok sayang."

Eina pergi keluar nak pakai baju.Feiruz pula sangat bahagia hari ni.Sungguh tak disangka....arh!pening pun hilang gila kalau macam ni....

Nampaknya...lampu hijau ni...hehehehehe aku akan cuba untuk takluk kau balik,Eina.

?

Aku tak pandai buat citer best2 ni...tapi aku akan seksa dua ketul ni..
Hahahahahahjajajaa...aku pun tak tahu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience