19]MAJLIS

Romance Series 3177

?

Tangan dipicit,digenggam,dilepaskan dan banyaklah....nervous.Wajah cantik ini tidak dinafikan.

"Lawanya kau mekap...terima kasih Eina.Hmmm...tapi aku still nervous."

Eina tertawa.

"Kau ni...siapa yang nak akad nikah ni?Macam kau pula yang lelaki aku tengok..."

"Aku cuma takut...macam mana kalau rupa dia macam alien?Aku lagi sanggup dengan timun tau..."

Eina menepuk bahu Qistina.

"Kau ni...mana boleh mencintai seseorang itu hanya kerana rupa.Kalau muka hensem tapi gaya macam alien yang baru kau boleh nak menyesal."

Qistina mengangguk perlahan.Betul tu...macam ELEAZAR.Muka je hensem tapi rupanya selamanya ada lagi orang lain selain aku.Ah!Lupakan Qis...jodoh kau dah sampai.

Ibu masuk ke ruangan itu.

"Qis...jom nak.Sudah tiba waktunya..."amboi...senyuman si Sahara ni sampai telinga. Eina menepuk bahu Qistina.

Dengan lafaz bismillah,dia melangkah dengan berani.Dia duduk di tempat pengantin perempuan.Pengantin lelaki belum sampai.Dilihat satu persatu tetamu di situ.Eina pula baru duduk di situ. Matanya tertancap pada Eleazar yang segak sedang bermain dengan telefonnya di bahagian tetamu.

Beraninya kau datang kat majlis aku lagi...aku humban juga kau pakai barang hantaran ni.

Mata mereka bertembung.Pantas Qistina menjeling ke arah lain.Panas pula hati ni.Eleazar tersenyum lalu berdiri.Semua melihat dia yang duduk di depan tok kadi.Qistina apa lagi...terkejut beruk lah jawabnya.

"Aku nikahkan kau dengan Qistina Amani binti Rohaidi dengan mas kahwin RM3000 tunai."

"Aku terima nikahnya Qistina Amani binti Rohaidi dengan mas kahwin RM3000 tunai."

"Sah."

"Sah."

Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja dia telah menjadi hak Eleazar.Doa dibaca.Qistina mengawal mukanya yang gembira tapi berlagak dingin.

ARGH!!!!takut,malu...tak nak sentuh Zar...nanti kena sakat...kuang ajo punya pakwe...ooppss..dah jadi husband kini.

Malunya...

"Qis...pergilah salam suami.Nak batalkan wuduk.Macam tak pernah pergi orang kahwin lah pula gaya kamu ni."

Aku mengangguk perlahan.Perlahan-lahan mendekati Eleazar yang sudah tersenyum sumbing.Alahai tangan...beratnya kau nak hulur kat dia.Tangan Eleazar mencapai dahulu dan disarungkan ke jari runcing Qistina. Qistina pula sarungkan cincin ketara sangat tangan bergetar.Nasib baik tak terpelanting cincin tu kerjanya. Tangan Eleazar dicium sekejap sahaja. Tidak mahu berlama-lama. Eleazar menghadiahkan sekuntum senyuman manis kepadanya sebelum mengucup dahi Qistina lama. Qistina memejamkan matanya. Alahai,akhirnya aku dapat apa yang aku nak...kahwin dengan Eleazar.

"Eh jap...lama sikit.Nak ambil gambar banyak-banyak ni...hehehe"Eina dengan Feiruz pula yang beragam nak sakat dua ketul pengantin baru ni. Akhirnya kucupan di dahi itu terpisah. Tiba-tiba Eleazar mendekatkan bibirnya pada cuping telinga Qistina.

"Abang dah cakap I will save you.And now,you already mine."

Ceh...nak buat aku malulah tu..hihihi...

??????????????????????????

Qistina penat melayan tetamu tapi masih saja senyumannya itu terukir.

"Wei bro!Sorrylah aku tak dapat saksikan saat kau berubah status dari hot single to hot husband...HAHAHA"

"It's ok.Kau dari mana ni?"

"Aku ada meeting tadi. Orang penting. But at least aku datang kan hehehe..."

"Hmm...yelah. Kejap nanti aku datang balik. Kau tunggu eh jangan memandai nak balik."

"Hmmm...yelah."

Eleazar pergi menghampiri Qistina. Suasana majlis yang riuh-rendah itu diperhatikan olehnya.Tiba-tiba,mata tertancap pada seorang wanita.EINA.Dia menghampiri wanita itu.

"Hi!"

"Hi!"baru nak senyum,rupanya mamat ni datang sapa dia.

"Firah buat apa kat sini?"

"Mestilah nak tengok orang kahwin...takkan nak tengok kucing beranak pula."

"Hahahaha...oklah jangan kasar macam tu. Tanya je kot. Hehehe"

"Haris buat apa pula kat sini?"

"Tengok awak."

Meremang bulu roma Eina.

"Buat apa pula tengok saya?Majlis nikah saya dah lama berlalu.Hari ni majlis abang saya."ujar Eina selamba.Tiba-tiba pinggangnya dilingkari tangan sasa.

"Betul tu.Majlis kita dah lalu."sambung Feiruz sambil bermesraan dengan Eina.Pipi Eina dikucup. Kepala Eina diletakkan di dadanya.

"Ok stop it.Hormat aku yang single kat sini.Hahaha..aku memang nak tengok orang kahwin.Eleazar.Best friend aku nak kahwin,mestilah aku datang."

Eina terkejut.Sejak bila pula abang Zar ada kawan baik ni?Haris pula tu.Ergg...

"Hahaha...susah nak lepas dari Eina. Aku macam nak jadi gam gajah  supaya dia always dengan aku.Biasalah...kau kan ex dia so aku kena hati-hati. Nanti kau kebas pula dia dari aku."jujur dan selamba sahaja dia mengucapkan ayat itu. Mata Eina membuntang.

"Apa abang cakap ni? Eina takkan suka pada mana-mana lelaki selain abanglah. I love you bie."Eina memeluk lengan sasa milik suaminya.

"Prove it. Give a kiss here please baby."Matanya dikenyitkan. Haris naik jelak dengan dua ketul ni.

"Oh sorry Ris. Kacau bini jap tadi...hehehe"Eleazar kembali.

"It's ok. Hah,kau tak pernah cakap pun kau ada adik."tangannya ditepuk pada bahu Eleazar.

"Ceh..for what?She's already married. Kau nak try,cari orang lain. Not my sister. Aku lunyai muka kau nanti."

Eina dan Feiruz tertawa. Haris pula membuntangkan mata dituduh sebegitu.

"The heck?!No!...bodohlah kau ni...aku doakan kau lepas kahwin ni makin bijaklah bro."

"GAHAHAHA!"

Haris melihat jam tangannya. Tidak lama lagi pukul 3.00 petang. Dia ada mesyuarat lagi petang ni. Kena cepat ni.

"Wii bro.Aku gerak dulu.Ada meeting lagi lepas ni.

"Oh ok...by the way,thanks for the present."

"Welcome. Gerak dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."jawab mereka bertiga serentak.

Eleazar pergi meninggalkan diorang berdua. Susah sangat tu dia nak pisah dengan Qistina. Tiba-tiba Feiruz memegang kedua-dua belah tangan Eina dan memusingkan badan Eina menghadapnya.Mata Eina membulat tidak tahu apa-apa. Feiruz menatap dalam mata indah itu. Eina pula yang takut.

"Kenapa ni?"

"Meh ikut abang jap."

Tangan Eina ditarik menuju ke dapur. Sampai di dapur,Feiruz memegang kembali kedua-dua tangan itu.

"Bie,what's wrong?" Eina tertawa kecil melihat wajah serius Feiruz.

"Kenapa sayang lawa sangat ni?...I don't like it."

Eina hairan. Kenapa pula tak suka?

"Hah?Kenapa tak suka?...abang tak suka ke sayang cantik?"

"Yes.Abang tak suka."

Terus Eina melepaskan genggaman itu.Dia menolak badan Feiruz. Baru nak pergi tapi dia ditarik kembali ke dalam dakapan hangat Feiruz. Dia diam.

"Laa...sayang abang ni merajuk ke?"

Eina cuba menolak lagi tapi tak mampu.

"Lepaslah...Eina nak pergi bilik air nak tanggalkan mekap. Abang tak sukakan."bibir dimuncungkan.

"Eik...cium bibir tu kang. "

Eina mengetapkan bibirnya.Feiruz mendekatkan bibirnya pada telinga Eina.

"Jangan cantik sangat depan orang. Merana abang orang nampak kecantikan sayang. Biarlah sayang cantik untuk abang je. Haih...macam nak gigit je pipi sayang ni...gebu."

Muka Eina kemerahan mendengar bisikan itu. Dia membalas pelukan itu.

"Abang...boleh tak kalau  sehari tak payah jadi gula sangat...cramp tau tak pipi sayang ni nak tersengih-sengih,nak blushing segala."

Feiruz tertawa.

"Eh yakah? Abang rasa biasa je."

"Ish."Eina menepuk perlahan bahu Feiruz.

"Sayang..."

"Ya abang?"

"Where is my kiss? Sayang tak bagi lagipun."lagak manja dikeluarkan. Eina betul-betul tak mampu nak hadap sekarang. So dia terus lari tinggalkan Feiruz. Feiruz hanya tersenyum sendiri. Dia berjalan perlahan dari situ namun dia berhenti apabila ada tangan menepuk bahunya. Eleazar.

"Kenapa?"

"Kau ni Ruz. Nak berasmara pun janganlah kat dapur. Sabar sikit tunggu kat rumah."

"Ish...otak colour yellow. Kau tu yang kena tunggu sabar kat rumah... "

Feiruz meninggalkan sahaja Eleazar yang tertawa mendengar ayatnya itu.

????????????????????????????

?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience