MERTUA PEMISAH

Romance Series 3177

"Abang, Eina minta maaf. Sorrylah lain macam sikit hari ni. Eina uzur. "Eina membuat muka bersalah dengan suaminya. Feiruz hanya tertawa melayan isterinya

Akibat kelewatan Eina tadi,mereka tiba di Feiruz sudah sedia di dalam kereta menunggu Eina yang lambat bangun itu. Maklumlah. Eina masuk ke dalam kereta.Siapa kisah? Mereka pemilik syarikat itu. Pagi itu, hari dimulakan dengan mesyuarat tentang penambahbaikan servis mereka. Tapi itu semua hanya merosakkan mood Feiruz melihat pekerjanya memperjuangkan idea masing-masing. Akhirnya, mereka bersurai kerana membuat Feiruz pening.

"Ingat! Kita dalam meeting kerja, bukan nak lawan siapa lagi pintar. Korang sepatutnya bekerjasama bukan bergaduh macam ni. Macam ni saja... Sesiapa ada cadangan, hantar pada saya sahaja nanti. "Eina turut geram dengan pekerja mereka itu.

Terlalu banyak fail diurus dan panggilan syarikat ingin berjumpa dengan Feiruz Aisy selaku CEO syarikat itu. semuanya diserahkan pada Eina,PA suaminya sendiri. Tak disangka, jam sudah menunjukkan pukul 12.25 tengah hari. Dia ingin berehat di surau saja buat masa sekarang.
"Eina, abang pergi surau dulu ye. Nak rehat.. Penat otak ni."
"Oklah. After abang siap, kita pergi lunch. "
"Assalamualaikum. "Feiruz berlalu pergi.
"Waalaikumusalam "

Lesap sahaja Feiruz dari matanya,mukanya langsung berubah lesu. Otaknya pening masih memikirkan ibu mentuanya. Dia sangat stres akan hubungan yang hanya direstui oleh Datuk Awang sahaja. Keluhan berat jelas keluar dimulutnya. Dia ingin tidur seketika.Dia mengunci pintu lalu baring di sofa. Dia tidak risau akan suaminya kerana Feiruz mempunyai kunci kedua. Tidak lama untuknya mendapatkan tidur kerana dia memang benar-benar pening.

[FLASHBACK]

"Aku tak suka! Aku tak suka! Ruz cari bini pun macam ni.. Takde perempuan lain ke hah? "Datin Suhaila lantas marah.

"Mak? "Feiruz berkerut dahi.

"Kenapa mesti perempuan macam ni kau cari? Banyak je anak datin tergila-gilakan kamu. Kenapa mesti budak kampung?"marah Datin Suhaila.

Maka fahamlah Eina kenapa wanita itu meroyan.Sebab itu je?

"Astaghfirullah Su! Apa Su cakap ni? "Datuk Awang mengucap mendengar isterinya. Sejak bila Su jadi fikir pasal harta ni? Astagfirullah

"Auntie, salah ke kalau saya ni budak kampung? "tanya Eina yang sudah terkilan mendengar hinaan tadi. Namun,nadanya berkata lembut sahaja seolah-olah tidak terasa.

"Ya salah untuk kau jadi keluarga aku! "Datin Suhaila jijik mendengar suara perempuan itu. Dia memandang ke arah lain.

"Mak, ni tahun 2018 lah. Orang tak kena ikut pilihan orang tua. Macam mana nak bahagia kalau cinta paksa? "Feiruz membalas perlahan.

"Aku tak kisah! Aku tak terima budak kampung! "

Eina tersenyum pahit. "Auntie, budak kampung pun manusia. Manusia ni ciptaan Allah. Adakah salah saya atau Allah sebab takdirkan saya jadi budak kampung? ".

Datin Suhaila sedikit sentap dengan ayat itu. Tapi, tidak dipedulikan.

"KAU TAK FAHAM KE AKU TAK SUKA KAU JADI MENANTU AKU? HEI MALULAH SIKIT.BALIK RUMAH TENGOK CERMINLAH. ITUPUN KALAU MAMPU NAK BELI CERMIN. "

Lantas, badannya tergolek ke bawah.

Tanpa dia sedari, dia berada dalam pelukan Feiruz.Terkebil-kebil matanya melihat wajahnya berada sangat dekat dengan wajah suaminya.

????????????????????????????

Orang kata langkah pertama itu pemula.Permulaan saya memang pendek sowwy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience