5]BARAH OTAK?

Romance Series 3177

?

Feiruz sudah tak seperti dulu lagi. Dia sudah tidak bercakap dengan Eina. Setiap kali Eina menegurnya, dia akan mengelak atau buat-buat tak dengar.Kalau sebelum ini Feiruz hanya makan di rumah ibunya, sekarang dia siap tidur sekali kat sana. Sampai bilalah dia ada peluang untuk memberitahu suaminya bahawa dia sudah bertemu dengan abangnya yang sekian lama menghilang.

Malam ini, Eina bersendirian seperti biasa. Dia rindu untuk solat bersama suaminya. Dia rindu untuk masak untuk suaminya. Nampaknya, hati suaminya kini pada Lynda. Di office pun dia dipalau saja. Lynda yang dulu Feiruz bencikan kini menjadi teman rapatnya. Dia sudah penat menangis setiap malam. Dia menghubungi abangnya. Semuanya diluahkan. Mentang-mentang dia dah jumpa abang dia,,dia dah tak nak menyusahkan Qistina lagi.

"Hmmmm.. dia tiba-tiba begitu? Kalau macam tu, Eina cuba bincang baik-baik. Nak abang teman adik tak? "

"Boleh juga. Dah lama kita tak tengok tv sama-sama. "Sekurang-kurangnya dia terhibur.

Eleazar tiba di rumah Eina. Mereka bergelak gembira melihat kelucuan cerita di tv.Tiba-tiba,pintu rumah diketuk. Eina pergi membuka pintu. Eleazar mengikut langkahnya. Pintu dibuka.

"Eh abang. Abang ni--"Belum sempat Eina menghabiskan kata-katanya, Feiruz pergi dari situ. Pintu kereta dihempas. Eleazar hairan. Eina terkedu. Dia ingin menahan namun kereta itu sudah memecut dari situ.

"Kenapa tu? "

"Eina belum bagitau dia yang kita dah berjumpa. ".Eleazar mengeluh.

"Kenapa tak bagitau lagi? ".

"Abang pun tahu macam mana mak dia. Susah nak pisah. Asal berpisah je nak mampos."kutuk Eina.Dia geram.

"Nanti cari masa untuk bagitau dia. Jomlah... Nanti nanti oklah tu".Mereka kembali menonton tv. Eina rasa tak sedap hati.

????????????????????????????

Kunci kereta dihempas atas meja. Adakah itu salahnya? Lalai kah dia menjaga isteri? Tak itu bukan salah aku! Kalau dia isteri yang setia, dia takkan buat macam tu. Dia mengurut-ngurut kepalanya. Lynda yang terdengar bunyi bising tadi keluar. Dia duduk di sebelah Feiruz.

"Feiruz, kamu lagi kenapa? Bukannya tadi kamu sudah berangkat pulang? "

Feiruz diam. "Kamu itu... Punya masalah.. Dikongsi dong.. "

"Eina kat rumah dengan lelaki lain. "

"Apa?! "Datin Suhaila datang lalu duduk.

"Feiruz yang salah ke sebab abaikan dia.. Feiruz tak patut buat macam ni"..

"Tak! Itu bukan salah Ruz. Memang perempuan tu yang tak setia.. Dah lah miskin, gatal pula tu. "Datin Suhaila menambahkan lagi arang ke dalam api amarah di hati Feiruz. Feiruz turut setuju pernyataan ibunya.

Eleazar sudah balik ke rumah. Esok dia ingin ke office juga.

Eina sudah menunggu Feiruz untuk mengambilnya. Tapi sudah sejam lewat. Mungkin masih marah kot. Dia menghubungi abangnya untuk minta pertolongan. Setengah jam kemudian, abangnya tiba.

Sepanjang perjalanan itu, Eina hanya berdiam diri. Eleazar juga tidak mengusiknya. Dia tahu adiknya sedih macam mana.

Bila dia tiba di office, semua staf melihat dia. Seolah-olah mereka hairan padanya. Dia masuk ke dalam bilik itu dan terkejut. Mejanya telah digantikan pada kedudukan Lynda. Kini, Lynda yang duduk sebelah Feiruz. Dia buat-buat tak nampak.

"Eina Zafirah! "Feiruz memanggil tanpa melihat wajahnya. Eina pergi berdiri depan meja Feiruz.

"Kenapa lambat? "Dia buat macam orang kat depan dia tu bukan isterinya saja.

"Lama saya tunggu abang ambil saya. Sekarang salahkan saya lambat datang?! "Eina marah.Salahkan kita pula, heish...

"Untuk apa saya ambil awak, kan dah ada husband baru yang akan menggantikan tempat saya di hati awak. Cakap jelah sakit badan sebab berfoya-foya dengan lelaki lain semalam. Susah sangat ke nak jujur. "sindir Feiruz. Dia tergelak sinis.

Lynda hanya jadi cctv saja di sana.Mata Eina berkaca.

"Sampai hati abang tuduh saya macam tu? Saya tak bua---"

"Shhhhh.... Aku tak nak dengar semua tu. Kau jangan risau. Aku akan lepaskan kau untuk bahagia. Perasaan aku ni hanya Allah je tahu. ".Kata-kata itu merobek tangkai hati Eina. Lepaskan? Maksudnya dia nak ceraikan akulah ni... Dia termenung seketika.

"Tak sangka.. Kau ambil kesempatan masa aku balik rumah mama ye. Heh.. "sambung Feiruz.

"Awak jaga sikit mulut awak. Awak tu tak pernah faham ke.. Mak awak tak sukakan saya.. Dah sebulan lebih awak tak pernah pun nak cuba faham perasaan saya. "

"So, itu alasan kau curang? "

"Awak! Awak fikir saya ni hati batu ke?! Takde perasaan. "Eina meninggikan suaranya. Dia nak nangis tapi bukan depan Lynda.

"Sejak bila jadi isteri derhaka ni?! Dengan mak tu pun susah sangat ke nak mengalah hah?! "Feiruz rasa tercabar.

"Awak nak saya sabar macam mana lagi?! Saya dah cukup terseksa menahan kemarahan dan teruskan bersabar. "Air matanya akhirnya jatuh walaupun dia sudah menahannya dari tadi.

"Takpe.. Lepas ni, kau dah takkan terseksa. Aku dengan Lynda akan menikah. Kau nak aku jemput kau? Boleh jer.. Kalau kau tak rasa malulah. ".Eina tiba-tiba ketawa. Nyaring. Menakutkan. Nak cakap kena sampuk hantu, genre cerita ni bukan horror. Lynda yang terdengar bahawa Feiruz akan menikahinya terkejut. Tapi dia berubah takut melihat Eina. Menangis ke ketawa ni?

"Hahahahaha kau nak ceraikan aku? Ok fine...kita tengok siapa menyesal nanti...aku tak kisah.. Kau nak sangat kahwin dengan Lynda kan. Aku tak halang. Tapi ingat, bila kau sedar semua yang kau nampak dan dengar semuanya fitnah. Jangan menyesal. "Eina memusingkan badannya. Tapi tangannya ditahan keras. Dia memusingkan badannya kembali.

"Lynda, kenapa nak tahan aku? Kau kan dah nak nikah? "Matanya masih berair.

"Apa maksud kamu fitnah? "

"Tak payah kisahlah.. Nanti kamu akan tahu juga. ".Eina keluar dari office itu. Lynda hairan. Fitnah?

Eina pergi menemui Qistina. Dia minta Qistina bawa dia ke pejabat abangnya.

SYARIKAT PERNIAGAAN NAIM

"Adik, kenapa mata adik bengkak? "
Eina terus memeluknya.

"Dia tak nak dengar penjelasan adik. "Dia menangis sekuatnya. Eleazar segera memaklumkan Qistina untuk meminta semua staf balik awal. Setelah tempat itu kosong, Eleazar meminta Eina untuk menjerit sekuatnya untuk melepaskan perasaan. Eina hampir putus nafas jadinya. Qistina simpati pada sahabatnya itu.

"Dia dah nak nikah bang. "Eina berbisik. Lama Eina menangis, akhirnya dia terlelap di dada abangnya. Muka itu lesu. Eleazar hanya mampu bersedih.

Setelah Eina bangun, dia sudah tidak tahu ingin buat apa. Abangnya mencadangkan untuk berpindah ke rumahnya. Eina minta untuk dia tinggal sedikit masa sahaja lagi di rumah suaminya dan Eleazar tidak membantah.

????????????????????????????

Kasut dibuka lalu diletakkan di rak kasut. Ada kasut Feiruz di situ. Dia tidak peduli. Dia tahu Feiruz sudah tentu di rumah maknya. Tapi bila dia masuk ke dalam bilik, ada Feiruz sedang duduk di katil membuat kerjanya menghadap laptop. Dia buat tidak wujud saja. Dia mandi untuk menyegarkan badan. Dia pakai baju di dalam bilik air sahaja.

Dia duduk di sofa. Merenung. Renungannya kosong. Tiba-tiba telefon pintarnya berdering. Eleazar.

"Assalamualaikum abang. ".Feiruz hanya mendengar.

"Eina betul-betul tak nak pindah rumah abang? "

"Tak payah. Nanti bila dah kena buang baru Eina pergi. "Feiruz tersentak.

"Oklah kalau macam tu. Assalamualaikum. "

"Waalaikumusalam. "

Feiruz tiba-tiba tergelak sinis.

"Wow! Dah tak sabar sangat kena cerai ye? "sindirnya.

Eina hanya diam. Bagitau pun buat apa. Orang dah nak nikah. Dia baring di sofa. Mimi datang padanya. Eina memikirkan masa depannya. Tapi terganggu kerana matanya sering sakit kebelakangan ini. Akhirnya, dia terlelap di sofa bersama Mimi.

Pagi itu, Eina merenung ke luar jendela. Beg sudah dikemas. Kerana subuh tadi dia sudah dihalau dengan sindiran Feiruz. Dia duduk berteman kan Mimi di dalam sangkar sedia untuk dibawa pergi. Qistina menelefonnya memberitahu dia sudah sampai. Feiruz duduk di ruang tamu.

"Jom Mimi. "Dia mengangkat sangkar Mimi lalu turun ke bawa.

Dia terlihat Feiruz berpakaian kasual di ruang tamu sedang menonton tv. Dia membuka pintu membenarkan Qistina masuk untuk menolong angkat bagasinya. Semua barangan pejabat dia tak bawa. Qistina hanya naik ke atas.

"Bawa adik ipar je? Kenapa tak bawa skandal kau sekali? "sindir Feiruz.

Eina hanya diam. Malas nak bertekak. Dia pun memasukkan Mimi ke dalam kereta lalu pergi ke atas untuk mengangkat bagasinya. Apabila sudah selesai, dia dan Qistina turun bersama.

"Heh.. Baguslah.. Dah takde sampah yang menyemak kat mata aku nanti. "

Qistina mencebik. "Kau ni --"Eina menahannya.

Feiruz tertawa penuh sindiran. Eina pergi ke tempat Feiruz.Dia duduk menghadapnya.

"Eh tepilah.. Aku nak tengok tv"

Eina menarik tangannya lembut. Feiruz hanya menurut. Susah nak tolak kalau dah depan sangat macam ni.

"Izinkan saya panggil abang sekali ni je. "

Feiruz buat derk je...Qistina hanya melihat. Kalau suami sudah halau, rasanya dia takkan berlembut macam tu.

"Saya cuma nak abang halalkan makan minum saya. Duit yang abang berikan kat saya. Semuanya dari abang. Andai suatu hari nanti kita bertemu, anggaplah kita tak pernah jumpa sebelum ini. Saya menyesal sebab kejar abang dulu. Kisah ni tak sepatutnya berlaku.Apa-apa pun saya doakan abang bahagia di samping Lynda. "Dia mengucup tangan kasar itu. Dahi dan kedua-dua belah pipi.

"Assalamualaikum "

Mereka pergi dari situ. Feiruz hanya memerhati dari tingkap rumah. Entah kenapa dia rasa ada cinta yang besar di mata Eina padanya.

Tapi kenapa dia curang? Dia menolak perasaan itu dari hatinya.

????????????????????????????

"Jadi, kamu dah halau Eina dari rumah? "Datin Suhaila gembira. Datuk Awang hanya menggelengkan kepalanya.

"Kenapa tak siasat dulu? Ego sangat kamu ni Ruz. "tegur Awang.

"Apa nak disiasat lagi? Terang-terang depan mata. "Suhaila berkerut.

"Jadi, kamu setuju tak nak nikah dengan Lynda? Mak bole--"

"Tolonglah mak. Saya tak nak nikah. Apa masalah mak ni?! "Feiruz naik berang. Dia pergi meninggalkan tempat itu.

Tanpa Eina, rumah itu sunyi. Macam tak berpenghuni. Feiruz rasa bersalah tapi tidak tahu kenapa. Sekarang dia faham betapa sunyinya Eina sepanjang dia tiada di rumah.

Tapi itu bukan alasan untuk curang! Tegas hatinya.Haih syaitan ni lah...hasutan dia kuat sangat... Dia tidur. Stres fikir banyak benda.

"Abang.. Eina rindu abang.. "suara itu terngiang-ngiang di kepalanya. Matanya terbeliak. Arghh... Kenapa dengan aku ni?

RUMAH ELEAZAR
9.30 P.M

"Abang, esok abang free tak? "

"Kenapa? Kalau Eina perlukan abang, abang free jer. "Eleazar melihat Eina yang duduk di sebelahnya.

"Teman Eina pergi hospital,boleh?Sejak kebelakangan ni, mata Eina selalu sakit. Kadang-kadang nak pengsan. "adunya.

"Oh... Ok. Kesian adik abang ni sakit.. "Dia membelai kepala Eina.

"Abang, nak peluk. "Eina bersuara manja.

"Aikk.. Tetiba.. Manja sangatlah Eina ni. "Eleazar merangkul bahu Eina. Eina hanya tertawa kecil. Dia rindu abangnya. Setelah 14 tahun berlalu, akhirnya takdir menemukan mereka.

"Dahlah pergi tidur awal..esok kejutkan abang k?"

"Ok."Eina melangkah ke biliknya.

HOSPITAL

Entah Eina rasa tak sedap hati apabila melihat doktor itu berkerut melihat resultnya.

"Kenapa doktor? "Eleazar pun pelik.

"Adik tuan menghidap barah otak. Penyakit ini turut mengganggu fungsi matanya. Kerana itu matanya akan sakit. "

Eleazar dan Eina berpandangan. Barah otak? Itu... Itu.. Tak.. Mungkin.

"Dia perlu menjalankan pembedahan.Tapi buat masa sekarang, hospital kami penuh dengan temu janji untuk itu. "

Eleazar merenung seketika.

"Kami akan membuat temu janji di hospital luar negara. Tidak apa.. Saya ada kenalan doktor di situ. "Eleazar teringat Dr.Smith.

"Tapi kosnya sangat tinggi, tuan. "

"Takpe...saya berkemampuan. "Eleazar kan pemilik syarikat perniagaan yang tersohor di Malaysia.

Doktor itu melepaskan nafas lega. Biasalah...bukan semua orang mampu untuk membiayai kos perubatan apatah lagi pembedahan di luar negara.Kosnya sangat tinggi.

????????????????????????????

Eina termenung di ruang tamu. Dia tidak sangka dia menghidap penyakit itu. Dia teringat Feiruz. Apa akan terjadi sekiranya dia tahu akan benda ini? Eleazar mengejutkan dia.

"Eina, ada berita gembira untuk Eina. "
Jelas riak gembira di wajah lelaki itu.

"Apa dia? "

"Tadi abang call Dr. Smith. Dia dah aturkan semuanya untuk Eina. Jadi Eina tak payahlah risau. "

"Abang, macam mana kalau pembedahan Eina gagal? "Nadanya sedih.

"InsyaAllah.. Allah permudahkan. Jangan risau. Apa yang perlu Eina buat adalah berdoa pada Allah. "Eleazar memberi harapan.

Eina mengangguk ceria.Dia akan cuba untuk melupakan Feiruz perlahan-lahan. Namun sukar kerana cintanya masih kuat. Dia ingin solat tahajud setiap malam. Dia nakkan ketenangan hidup. Dia yakin dia mampu hidup tanpa Feiruz di sisinya. Asalkan dia ada Allah, semuanya pasti ok.

????????????????????????????

?

Feiruz belum ceraikan Eina lagi ye... Dia tak lafaz lagi kalimah memeritkan itu kepada Eina. So sabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience