15]ELEAZAR X QISTINA

Romance Series 3177

?

Eina terjaga dari tidurnya.Tanpa dia disedari,dia tidur sambil memeluk tubuh sasa Feiruz.Tiba-tiba dia rasa malu.Malam itu dia telah membuktikan cintanya.Jatuh cinta buat kali kedua...ibarat kali pertama bila hilang ingatan.Dia senyum kecil lalu membelai pipi kasar itu.Rambut Feiruz dikacau walaupun sudah serabut.Feiruz tiba-tiba mengeliat nak bangun kot.Cepat-cepat Eina tutup mata pura-pura tidur.

Mata Feiruz terbuka.Dia melihat Eina yang sedang berada dekat dada bidangnya.Dia senyum..dia mencuit hidung mancung itu.Geram..macam nak gigit je pipi Eina..Lama ditenung wajah indah itu....dia kucup pipi Eina..Terus Eina membuka matanya membuat Feiruz ketawa.

"Amboi..ambil kesempatan ya time sayang tidur...."seloroh Eina.

"Hehehehe kiss je pun..morning kiss for you baby.."

"Hmmmm...yelah..jom bangun.Tunaikan kewajiban.."

"Hurh?"

"Solat abang..solat.."

"Oh hehehe ok...abang pergi bersihkan diri dulu pastu ambil wuduk and sayang pula.."Eina hanya mengangguk...

Feiruz keluar then Eina pula masuk.Feiruz sudah sedia menunggu Eina.

Selesai solat,Eina pergi ke dapur.Dia nak sediakan breakfast.Macam biasa.Mimi pula asyik mengesel-gesel kat kaki Eina.Eina memotong bawang.Tiba-tiba ada tangan melingkari pinggangnya.

"Abang..sayang tengah masak ni...janganlah kacau..shu shu.."

"Amboi...halau abang ye.."

"Boleh but jangan kacau time sayang memasak k?I don't like it."jujur Eina.Feiruz melepaskan pinggangnya serta merta.

"Hehehe..okok abang tak kacau..kang terpotong pula jari tu.Cian baby sayang...muah.."satu ciuman singgah di pipinya.

"Abang...jom cuti lagi sehari...hehehe sorrylah asyik bawa abang keluar je..kan kelmarin kita kerja setengah hari pastu duk terperap kat rumah..boleh tak?"

Feiruz memandangnya dengan senyuman.

"Boleh jer...nanti abang suruh Yati urus..."

"Thanks bie...love you so much much much....hahaha"

"Hmmm...love you too baby.."

Sorrylah sisip dua ketul ni jap..hehehe...diorang tak nak author tulis cerita lain..mual pula aku dengan dua ketul ni..langsung tak respect orang single..kan kan kan
????????????????????????????

Aduh...kusutnya....kenapalah aku tak dengar je cakap dia?...heish..aku kena ubah cara hidup aku..,Eleazar bermonolog sendiri..dia kusut..sudahlah Qistina tak datang pejabat.Tak bagitahu Eleazar pun.

(P/s:korang mesti nak tahu kan kenapa dia kusut?amboi jawapan engko 'tak' tu dah menggores hati aku..takpelah..kau tak nak tahu kalau aku yang cakap kan..so baca je..biar feel sikit.)

Qistina...aku just nak jumpa kau..pleaselah kau kat mana ni....

Dia mencapai phonenya di meja.Nombor Qistina didail.Tapi hampa..tidak dijawab....dia terus mencuba dan terus mencuba...

"Apa awak nak lagi?stoplah kacau saya.. "akhirnya panggilan yang ke-19 diangkat.Eleazar lega.

"Awak..awak kat mana?saya nak jumpa awak please..please don't just ignore me..I miss you..please.."amboi rindu dia kan melebih...baru sehari Qistina tak pergi kerja.

"Tak nak."

Eleazar berkerut dahi.

"Tapi kenapa?"

"Awak pergilah jumpa perempuan-perempuan kat bar tu...bukan bar je..banyaklah..club or mana-manalah yang penting tak ganggu saya..."

"Qis,please...Eleazar janji Zar akan berubah..please..I will do it for you,for our future..."

Qistina tertawa tapi jauh dari handphonenya.Takut Eleazar terdengar.Dia sengaja merajuk dekat Eleazar.Hahahaha...dia tahu Eleazar takkan terfikir pun nak marah dia sebab Eleazar dah buat benda yang dia larang,iaitu TIDAK DIBENARKAN PERGI KE BAR ATAU APA-APA YANG SERUPA DENGANNYA.TIDAK DIBENARKAN MINUM ARAK.

"Awak...macam mana awak nak jaga masa depan kita kalau benda kecil pun awak takleh nak ikut?you better look for the other girl jelah...saya tak nak nanti kat masa depan awak tipu saya dari belakang..i am not fool.."Qistina bersahaja.Sengaja nak buat si Eleazar ni pujuk-pujuk gitu..

"Awak cabar saya ke ni Qis?Jangan menyesal.."

"Buat apa nak menyesal...banyak je lelaki kat luar sana nak kat Qis...awak bolehlah hidup sesuka hati awak tanpa syarat dari saya..yelah...Qis kan suka kongkong Zar. Mesti awak lebih bahagia..."

"Stop 'awak saya',only use 'Qis Zar'....better.."

"Ok..but Qis nak Zar jauhkan diri dari Qis...Qis tak suka lelaki kaki clubbing or bar..sama je semua tu kalau ada arak.."

"You want me to stay away from you then couple with the other girl?!Are serious Qis?....Qis memang...dah tak cintakan Zar ke?"

"Haah.."jawab Qistina selamba.Feiruz diam seketika.

"Ok.Kalau itu yang Qis nak,Zar ikut jew...Zar akan ikut semuanya....and don't worry...nanti,apa-apa urusan kat pejabat menghubungkan kita berdua,saya akan suruh Hana je sampaikan. I hope you happy with you decision.Maafkan Zar sebab hanya kerana satu janji,hubungan kita yang dah lama kita sembunyikan ni terputus.Assalamualaikum."

"Eh aw--"panggilan dimatikan.Laaa....dia ambil serius ke apa aku cakap tadi..alah..janganlah..aku merajuk sikit je kot..

Agaknya kalau diorang dah kahwin nanti,Eleazar kena gitu skit auto cerai beb..

Hati Qistina jadi tak tenteram.Dia sudah mundar mandir di situ.Tapi..kalau betul Zar buat betul-betul,aku camne?melepas choi....Qis sudah mundar-mandir sambil memukul perlahan handphone di telapak tangannya..adiknya pula yang pening tengok dia macam tu...

"Wei akak kenapa?"soalnya kasar.

"Takdelah.."

"Macam kena cerai lagi aku tengok kau do...tak pun  bf ajak putus.."sambungnya selamba.

"Amboi mulut kau Bal...aku sumbat timun baru kau tahu.."

"Ok...kau share kat aku..manalah tahu aku boleh tolong ke nasihat kau ke?"

"Ah engko tu ketawakan aku adalah..."

"Tak aku takkan ketawakan kau..laju cerita.."

"Ni....boyfriend aku..."

(Hah!dah tahu kan.....ahahahahah...lama dah diorang ni...kau je tak tahu...ceh..ok abaikan aku.)

"Si Zar kau tu ke?"

"Haah... Eh mana kau tahu ni?"

"Siapa tak tahu...kau tu...setiap malam bergayut ngan dia..kau ingat aku ni stupid sangat?kat belakang langsir pula tu...nenek langsir telan kau baru tahu..."

"Hehehe....kau dengar rupanya..."

"Terus aku tertanya-tanya.... siapa lelaki di telefon....siapa lelaki dia telefon... eh tak payah aku tanya dah orang tu mengedik...'Saya oklah...awak ni Zar..suka risau benda kecil....'...sumpah tak respect orang single kat rumah ni...huh.."dia bercakap dari mendatar kepada menyanyi lagu Afieq Syazwan lepas tu dia mengajuk pula cara si Qistina bertelepon dengan si Eleazar setiap malam.Ceh...orang single tersakiti detected guys.

"Siapa suruh tak laku..bluek.."

"Hah,sambunglah...kenapa?Dia nak break ke?"tanpa kisah ejekan kakaknya itu.

"Bukan!...."

"So?EEEEEEE.....KAU CURANG?!"amboi anak nilah...orang tak citer lagi dia dah meroyan terkejut.Anak siapalah ni..ketuk sikit..

"Goblok!otakmu di mana dek?orang macam aku nak curang..loyal tahap dewa ni..."ujar Qistina menepuk dahinya dengan slang Indonesia dia tu sikit...ni mesti terikut-ikut dari sinetron..

"Ish..kau cakap teruslah...malas aku tertanya-tanya ni...lanjut."

Qistina pun ceritalah dari awal sampai habis.Balqis ada ketawa,ada sedih bila tahu pasal kisah Eleazar dan adiknya,lepas tu dia pun pening..

"Terus aku bingung ni...takkan dia ikut bulat-bulat...huhuhu...melepas aku do.."Qistina mengesat air mata halimunannya.Balqis ni pun main support je drama si Qistina.

"Tapi lama juga kan korang bercinta...sejak kau ngan dia perah otak nak tolong adik dia,sempat pula perasaan cinta tu keluar....auch..kisah cinta sisip waktu kesempitan..HUHAHAHAHHAHA..."

"Hihihi..dah lama aku suka dia..sebelum Eina lupa ingatan,adik dia tu pun tahu...siap ship aku lagi..tapi adik dia dah berubah sejak kejadian tu...kesian laki dia.."

"Hmmm...aku pernah nampak kat drama TV3...kotlah...oh ye..so?kau pujuk jelah."

Qistina mencebik.

"Eh..aku pula...patut dia yang pujuk tau..baru sweet ni dia tinggalkan aku macam tu je?...huhuhu..dia ni takleh bantah sikit..macam SAYA TAK NAK LEPASKAN AWAK..PLEASE barulah aku bangga sikit.."

"Huh...suka hati kau..nanti yang merana tu kau bukan aku...HAHAHAHA"Balqis meninggalkan kakaknya bersendirian.

"Sampai hati kau..."

"Aku mana ada hati..dah lah..aku nak tidur..bubye.."Balqis berlari naik ke atas.

Ceh....betul ke dia ni adik aku...ke anak pungut..heish..sah kau ni anak angkat..,tanpa dia sedar dia kutuk adik kandungnya sendiri...astaghfirullah....

????????????????????????????

2 minggu berlalu,

Qistina masih keras kepala tak nak pergi kerja.Apa yang dia harapkan adalah Eleazar berdiri menunggu dia di bawah untuk memujuknya tapi hampa.Tiada kelibatnya langsung.Mungkin Eleazar dah ada perempuan lain..,bisik hatinya.

Dia menelefon Eina.

"Wiii...emm..abang Zar ada number phone lain ke?"

"Hmmm...setahu aku takde.But,Wait.Abang Zar?you call him abang?"Eina hairan.

"No..no..no..I mean abang kau.Yes abang kau.."dalihnya sambil mengurut kepala yang sudah migrain.

"Oh...hmmm..ok..entah..aku pun contact abang aku dia tak jawab...korang gaduh ke?"

"Entahlah...ya kot.."

"Amboi...kau couple ngan abang aku ke?"Eina sengaja.

"Hmmm....taklah...aku just risau pasal dia.."jujur Qistina.Eina sudah menutup mulutnya daripada ketawa.Eleazar yang sedang duduk di sebelahnya memukul lengannya.Feiruz hanya ketawa melihat kemesraan dua beradik tu.Dia suka tengok Eina manja.Eleazar melawat mereka hari ini kerana ingin berbincang dengan Eina.Tapi..dengan syarat Eina kena jauhi Qistina.Dia nak rehatkan otaknya itu.Eina berada di antara Eleazar dan Feiruz.Feiruz malas nak ambil tahu benda tu...dia hanya seronok bermain dengan rambut lurus Eina.Sesekali tangannya merayap ke cuping telinga Eina..Eina hanya membiarkan sahaja..

"Kau free tak?aku nak jumpa kau..."

Eina terus kalut dengan abangnya mencari alasan.

"Emm...emm..takleh lah.."

"Aik,sebab?"

"Sebab..sebab.."

"Sayang...cepatlah..kata nak pergi honeymoon lagi..sekarang sayang yang lambat sangat nak sedia.."sampuk Feiruz.Aduh..merona merah pipi Eina.Nak bagi alasan pun janganlah guna honeymoon..malu tahu tak..Eleazar sudah menunjukkan ibu jari kepada Feiruz.

"Oh kau ni...nak pergi honeymoon cakap jelah..ni nak malu-malu kucing lagi ngan aku...takpelah..aku tak nak ganggu moment bahagia best friend aku....nanti kalau ada khabar dari abang kau,call aku k?"lembut sahaja suara Qistina bercakap.Dia bukan macam orang lain.Depan crush macam malaikat baru turun,depan best friend syaitan tukang hasut..dia memang tak nakal macam Eina.Qistina ni seorang yang lemah lembut. Dengan semua orang dia begitu. Tak talam dua muka ok..

Eleazar tersenyum sendiri.Alahai...rindunya suara si bunga ni..tapi dia tak boleh jumpa.Dia sedang sibuk dengan satu urusan ni.

"Ok..nanti apa-apa aku bagitahu kau ok?Alah...kalau abang Zar tu merajuk kau takyah layan...dia tu memang..umur 30-an tapi perangai budak 8 tahun..tak matang.."Eleazar menjuihkan bibirnya.Feiruz sudah ketawa melihat Eina ambil kesempatan nak kutuk abang sendiri..bukan kutuk sebenarnya..bergurau.

"Hahahaha...aku tahu benda tu..he is so childish..and that makes me think that he is cute not handsome or hot..he is CUTE.."Eleazar pelik mendengar luahan itu.Aku cute?hehehe...Qis ni...

"Amboi pujuk abang aku macam kau suka dia je..dahlah..aku kena cepat ni.."

"Ok..Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Eleazar menarik nafas lega.

"Abang...abang memang dah fikir masak-masak?"

Eleazar mengangguk perlahan.

"Lagipun memang dah tak boleh nak tarik balik dah...Qis kena kahwin hujung minggu ni..Mak dan ayah dia nak..."

"Jadi,abang ok je?"

"Hmmm..takpelah...abang dah tak sampai hati nak biar dia sakit hati..kesian dia dilukai oleh abang..sekarang,biarlah dia bahagia pula.."

"Takpelah...itu keputusan abang...Eina ikut je.."

Tiba-tiba Eleazar ketawa.Dia memejamkan mata yang panas itu.

Aku harap kau gembira Qistina.Aku sangat-sangat harapkan kau gembira.Tapi..aku dah lukakan bati kau. Aku mungkir janji.

Qistina merebahkan badannya atas katil. Dia sedikit sedih. Hish,benda kecil je pun....ergh!!!meroyan aku pasal lelaki je hari ni...

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.Siapa lagi kalau bukan Balqis.Balqis kelihatan pucat.Macam baru kena kejar hantu pun ada.Dia duduk kat sebelah Qistina.

"Kau kenapa?Pucat gila muka kau..."

"Akak...mak..mak suruh kita balik kampung sekarang juga..."

"Eh...untuk apa?Macam penting je?"

"Haah...diorang nak jumpa kau."

"Aku?"

"Ya kaulah.."

"Tapi.."

"Dah..kau kemas barang kau,nanti aku drive.Kau perlu rehat..nanti penat."

"Oklah.."Terus Balqis keluar dari situ.Melihat riak wajah Balqis tadi pasti sesuatu telah berlaku...

????????????????????????????

"Bie...sayang nak jalan-jalan boleh?"manja Eina sambil memeluk lengan Feiruz.

"Nak jalan-jalan kat mana?"

"Mana-mana jelah..sayang ikut abang je."

"Janganlah..nanti sayang sesat."

"Alah..abang kan ada.."

"Oh sekali dengan abang..ok kalau gitu abang ok..nanti sayang sesat,abang sakit nanti.."

"Hehehe...jom."

"Jom."

Mereka berjalan-jalan sekitar Pulau Pinang itu.Itulah tanah kelahiran Qistina.Saja...nak makan angin di situ.Eleazar pula berehat kat hotel.Hish..menyibuk je kan si Eleazar ni..takpe...jangan mengata pasal orang broken tersakiti ni...buat tambah dosa je.

Sedang Eina menjenguk-jenguk keropok di situ,Feiruz hanya memerhatinya.Tiba-tiba bahu Eina ditepuk oleh seseorang.Eina pusing ingin melihat siapa.

"Firah!"panggil lelaki itu teruja.Dia memeluk Eina.Feiruz yang melihat sudah menggepal tangannya.Wajahnya sudah merah.

?

3/8 aku balik asrama...balik kat rumah tu mungkin bulan 11 atau 12......(?????)nak tahu?...homework masih berlambak ni...so bye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience