BAB 11

Romance Completed 34840

''Alia suka yang mana?''Anak kecil itu mengerutkan dahi sambil tangannya mengurut dagu.Lagaknya sangat serius.

''Dah buat keputusan nak yang mana satu?''Aku masih mahu mengujinya.

''Alia peninglah umi..Tak tahu nak pilih yang mana satu.Semua pun cantik-cantik.Mata Alia pun dah naik 'bling-bling'..''Bling-bling yang membawa maksud,Alia rambang mata.Semua pakaian di butik ini memang cantik-cantik belaka.

''Umi rasa mana satu yang sesuai dengan opah?''

''Umi rasa ambil yang warna biru ni sajalah ya?Ke Alia rasa warna hitam ni lagi cantik?''Seronok rasanya bila keluar membeli-belah dengan Alia.Dengan telatahnya yang mencuit hati,kadang-kandang kami akan bertelingkah menegakkan pendapat masing-masing.

''Ambil yang baru sajalah umi..Sesuai dengan kulit opah.''Lantas jubah berwarna biru itu menjadi pilihan kami.

''Umi..Lepas ni kita pergi makan KFC boleh?''Dengan wajah yang sengaja dicomelkan,Alia memujuk aku lagi.

''Alia nak makan sini atau take away?''Jam baru menunjukkan dua petang.Penat rasanya menghabiskan masa seharian ini bersama si kecil.Walau baru berumur 6 tahun.Namun dia lagi matang dari usia sebenar.

''Alia dah penat ni.Kita makan sini sajalah umi.Nanti kita tanya opah dengan tok nak makan apa.Boleh umi?''Kaki yang lenguh perlu aku rehatkan.Akhirnya kami membuat keputusan untuk melepaskan lelah di KFC saja.

Namun tidak ku duga.Rupanya kisah ini tidak berakhir di sini saja.Rupanya aku tidak mampu mengelak walau sudah berulang-kali aku mencuba.Bila masanya tiba,bila takdir sudah tersurat dan bila pertemuan yang tak terduga ini akhirnya berlangsung setelah hampir tujuh tahun berlalu.

Tujuh tahun yang sangat panjang dan berlalu begitu saja.Tujuh tahun tanpa penjelasan,tanpa pembelaan dan tanpa diberi peluang hak untuk bersuara walau sekalipun.

Jelas wajah pucat Myra dan wajah terkedu Rizman menyapa pandangan ku.

''I'm sorry uncle..Sorry aunty.Alia tak sengaja.''Wajah Alia yang jelas rasa bersalah ku amati dengan seribu rasa.

Ternyata pertembungan ini bakal melakar kisahnya yang tersendiri.Degupan jantung ku tidak senada.Mujur kudrat ku masih mampu menghadang tubuh ini dari terus terduduk,memperlihatkan kelemahan diri.

Aku takkan sekali-kali menunjukkan walau sekecil-kecil kelemahan pun di hadapan mereka ini.

''Jadi..Setelah sekian lama..Akhirnya you muncul juga..''Dengan wajah penuh sinis,Myra menyindir diri ini.Rizman hanya diam.Mungkin masih terkejut dengan pertemuan yang tidak dirancang ini.

''Jom Alia..''Tangan Alia ku paut erat.Ingin memulakan langkah namun..

''Anak you?Ops!Anak haram you dengan Zaf ya..''

''Stop it Myra!''Aku berang bila Myra nampaknya masih belum cukup puas menjatuhkan aku.Namun kali ini tertanya dia silap.Aku takkan biarkan dia mencaci diri ini sesuka hati dia lagi.

''Tak betul ke?Setahu I..You tak ada anak dengan Rizman..''Lalu tangannya naik mengusap perutnya yang sudah menboyot.

''Ini barulah anak Riz yang sah.Bukan macam anak haram you ni..''

''Kau!!''

''Umi..''Kelihatan mata Alia sudah berkaca-kaca.Mungkin agak gentar dengan situasi tegang ini.

''Jom sayang..Kita balik ya..''Lalu jemari Alia ku heret pergi meninggalkan pasangan 'bahagia' itu.Namun belum sempat kaki ku melangkah,sekali lagi hati ini bagaikan ditoreh-toreh tanpa belas kasihan.

''Ternyata I memang tak pernah silap kan Sya?Dan keputusan I tinggalkan you dulu memang keputusan yang terbaik pernah I buat!Tak sangka..Walaupun I dah gantung you tak bertali..You masih teruskan juga hubungan terlarang tu.Sampaikan anak haram ni wujub!''

Papp!!

Sebuah tamparan aku hadiahkan buat suami di pipi kirinya,yang suatu ketika dulu pernah ku belai mesra.Namun kini,semua itu tidak bermakna lagi.

''Jangan pernah hakimi aku tanpa usul periksa.Kalau diri sendiri pun masih terumbang-ambing.Jangan sesuka hati saja menuduh orang.Takut jadi fitnah pula.Dan jangan pernah kau gelar Alia anak yang haram.Dia bukan!!Dia adalah sesuci anugerah yang aku pernah ada.''Rizman nyata tergaman dengan kelantangan suara ku kali ini.

Mereka silap bila berfikir yang aku takkan mampu bangkit dari kesan luka semalam.Aku takkan pernah lemah lagi dalam menghadapi karenah dendam Myra yang masih tidak mampu terpadam walau dengan masa yang agak lama berlalu.

Kaki yang melangkah,terus ku bawa pergi tanpa menoleh walau untuk sekalipun.Bagi ku,dia adalah masa lalu yang seharusnya tidak patut kembali setelah semua kesakitan itu dia hadiahkan buat diri ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience