BAB 6

Romance Completed 34840

Dengan masalah yang menimpah,aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan.Tergamaknya keluarga ku sendiri membuang diri ini jauh.Memutuskan pertalian darah yang mengalir.

''Kenapa kau jadi macam ni Sya..Akak tak sangka..Kau sanggup nak bunuh orang pula!''

''Mama tak pernah ajar anak mama jadi pembunuh.Rizman adalah sebaik-baik suami Sya.''Luluh hati ini bila mama menitiskan airmatannya.

Papa..Aku diharamkan sama sekali untuk menemui papa yang terlantar sakit di hospital gara-gara insiden yang tidak pernah aku rancang.Papa begitu terkejut apabila aku dikatakan cuba merancang untuk membunuh Myra.

Begitu licik Myra memainkan peranannya.Semua keluarga ku,suami ku sendiri begitu percaya dengan setiap ceritanya.

Aku ketawa lucu bila mengingati setiap ceritanya.Terasa dia bagaikan penulis skrip yang sangat berpengalaman.Sangat pandai memutar-belitkan kenyataan.

Kononnya aku sengaja mencipta kemalangan itu.Padahal,semuanya berlaku tanpa aku sendiri mengetahuinya.

Mungkin sudah tertulis jalan hidup ku begini.Dengan hanya sehelai sepinggang,aku diusir dari rumah tempat ku berteduh,dibuang dari keluarga ku sendiri dengan hanya berbekalkan kad pengenalan dan tanpa satu sen pun di tangan.

Terima kasih kalian..Akan ku kenang semua ini sebagai satu pengajaran.Aku aku jadikan ini sebagai satu iktibar agar dikemudian hari,aku tidak lagi akan menjadi bodoh seperti sekarang ini.

~Kadang2 kita buta dalam menilai.Menuduh tanpa usul periksa.Menyalahkan orang lain tanpa pembelaan.Adilkah?Biar buta mata,jangan buta hati..

Kerana kita juga insan biasa.Bisa melakukan kesilapan sama ada dalam sedar atau sebaliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience