BAB 10

Romance Completed 34840

''Umi..''Aku tersenyum.Dia permata hati ku.Si jantung hati ku.Menjadi pengubat dikala duka.Penghibu dikala gembira.

''Kenapa sayang umi ni tak tidur lagi?''Lantas tubuhnya ku sapa ke dalam pelukan.Anak dara ku yang sorang ni.Aku mengeleng perlahan.

''Saja tunggu umi..Dah lewat sangat ni.Tok dan opah pun dah masuk tidur..''Aku mengambil nafas panjang.Memang hari ini aku lewat dari biasa.

Dengan apa yang berlaku hari ini.Ternyata tubuh ini tidak mampu mengalas keperitan ini lagi.

''Umi nangis ya..''Lalu si kecil itu menyeka airmata ku perlahan dengan kedua telapak tangannya.

''Tak..Mata umi masuk habuk sayang..''Lalu dahinya ku kucup mesra.

Ya Allah..Bagaimana nasib Alia selepas ini.Tubuh kecil itu hanya diam sambil membalas dakapan ku dengan erat sekali.Seperti dia cukup memahami keperitan yang aku tanggung selama ini.

''Alia sayangkan umi..''Sekali lagi airmata ini tumpah.

''Umi juga sayangkan Alia.Sayang..''Lalu pelukan semakin dieratkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience