BAB 9

Romance Completed 34840

''Kenapa kau balik lagi!Kan aku dah haramkan kaki kau melangkah walau setapak pun di rumah ini.Kalau dah hati busuk tu,kalau dah dasar muka tak malu tu begitulah perangainya!''langkah ku pegun,diam tak berkutik tanpa mampu mengeluarkan kata-kata untuk menangkis segala kata-kata kesat yang menuding kepada ku.

Namun demi sebuah kemaafan.Aku gagahkan diri untuk menerima semua itu.

''Mama..Sya balik sebab Sya rindukan keluarga Sya..''

''Kau bukan anak aku.Kau pembunuh.Aku tak ada anak pembunuh.''Jelas tubir mata mama bergenang dengan airmata yang cuba ditahan.

''Kenapa sejak dari dulu mama tak pernah beri Sya peluang untuk membela diri?Adilkah hukuman dijatuhkan tanpa usul periksa?Sedang penjenayah juga diberi peluang untuk membela diri.''

''Apa lagi!Setelah semua bukti tidak memihak.Patutnya kamu bersyukur Sya..Myra tak ambil tindakan atas tindakan kamu..''Mama tersandar lemah pada pagar besi yang memisahkan kami.

Macam mana Sya nak terangkan bila semuanya tak pernah nak bagi Sya peluang.Sya tak minta banyak ma..Sya cuma nak keluarga Sya..''

''Kamu pergi Sya..Dan mama juga nak pesan,jangan sesekali kau ganggu Rizman dan Myra lagi.Biarkan mereka bahagia..''

Aku terduduk bila mama masih dengan ketegasannya.Mempertahankan menantu kesayangannya yang telah 'mengantung tak bertali' anaknya sendiri.Lebih mempercayai orang lain berbanding darah dagingnya sendiri.

''Sya balik bukan nak rosakkan kebahagiaan sesiapa ma.Sya tak minta banyak,Sya cuma nak mama halalkan segala makan minum Sya..Halalkan air susu mama untuk anak derhaka mama ni..Sya tak minta banyak ma..''Dengan tenang.Dengan suara yang tertahan,terluah juga segalanya.

''Kenapa kau balik lagi Sya!Aku tak pernah mengharapkan kepulangan kau!Kau memang pembunuh.Kerana kau,anak derhaka..Papa kau mati!''Papa!Setelah kerinduan yang terlalu lama ku pendam.Rupanya terlalu mahal harga yang aku bayar..

''Mama..Sya tak tahu..''

''Kau memang anak derhaka.Kalau kau tak buat hal.Kalau kau jaga rumah tangga kau baik-baik,semua ni takkan terjadi.Ayah kau takkan mati!''

''Ampunkan Sya mama..Sya tak sengaja..Sya juga tak mahu semua tu terjadi.Sya sayangkan keluarga Sya..''Aku cuba memaut kaki mama yang terhalang oleh pagar besi.Namun cubaan ku tidak berjaya.Pantas saja mama menjarakkan diri.

''Kau berambus Sya..Jangan balik lagi..''Mama..Terlalu besarkah kesalahan yang Sya lakukan?Kenapa aku dihukum dengan dosa yang tak pernah aku lakukan.

''Sya pergi mama..Sya takkan kembali lagi.Sya cuma datang nak minta ampun..Sya sedar,Sya bukan anak yang baik.Sya cuma minta halalkan semuanya..Sya pergi ma..Dan kali ni..Sya takkan kembali lagi.Dan walau pun seribu kali hati ini meronta untuk kembali..Sya sendiri takkan pernah mampu mama..''Riak wajah mama terus berubah.Mungkin mama juga tidak menyangka sama sekali yang aku akan mengeluarkan kata-kata seperti ini.

Dengan langkah yang berat,kaki ini ku bawa jauh,jauh dari rumah yang pernah menjadi 'syurga' bagi ku.Tempat dimana semua kasih sayang itu tersimpan rapi,memenuhi segala ruang yang ada.Namun kini,mungkin aku takkan pernah bisa untuk merasainya lagi.

''Sya pergi ma..Dan Sya takkan mampu untuk kembali lagi.''Walau macam mana berat sekalipun,Sya tetap tak mampu mengubah takdir yang tersurat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience