BAB 13

Romance Completed 34840

''Kau lagi.Kau memang tak pernah rasa serik kan Sya?''Myra tersenyum sinis.Tidak sangka pula pertemuan kali ini berlangsung di sini pula.Di kawasan hospital pula tu.

Tapi apa dia buat kat sini?Mungkin pemeriksaan kandungan.Tapi di mana Rizman?

''Hei!Aku tengah bercakap dengan kau ni!''Mujur kawasan tempat letak kereta agak lenggang.Jika tidak,memang memalukan bila terpekik-pekik di khalayak ramai macam ni.

''Kau nak apa lagi..Aku rasa semua yang kau nak,kau dah dapat kan?Jadi,aku rasa tak ada apa yang aku berhutang dengan kau lagi.Kau tu yang banyak berhutang dengan aku Myra!''Aku sudah tidak peduli dengan mata-mata yang memandang.Kepala yang kian pening membuatkan pandangan ku agak berpinar.

''Kau!''Namun dia tersenyum lagi.Senyuman yang semakin sinis.

''Aku kasihan dengan kau ni Sya..Dah lah suami sendiri gantung tak bertali.Keluarga pula sanggup buang kau.''Aku cuba sabarkan hati yang semakin mendidih.Kalu tidak mengenangkan keadaanya yang sedang sarat,dan jika bukan kerana kami di tempat awam.Aku tidak akan sesekali memberi dia peluang untuk mencelah ku sekali lagi.

''Kenapa diam?Mesti kau dah tak ada apa-apa lagi untuk dipertahankan,kan?''

''Kau betul Myra..Aku memang dah tak ada apa-apa lagi.Tapi aku dah tak peduli dengan semua tu.Lagipun,aku tetap bahagia walau tanpa Rizman.Tanpa keluarga yang sepatutnya mempertahankan aku.Membela nasib ku,tapi itu dulu.Sekarang,walaupun tanpa mereka hidup aku tetap bahagia..''

''Sebab kau ada Zaf bukan!''Matanya mencerlang garang.Aku tahu,dia masih berdendam dengan kami.Tapi dia silap,aku dan Zafrie tidak pernah bersalah dengan sesiapa pun.

Memang Zafrie pernah menyimpan rasa cinta untuk diri ini.Tapi setelah aku tolak dengan cara baik,dia dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.Namun Myra,dia salah bila Zafrie lebih memilih ku berbanding dirinya.Dan hanya kerana itu,dia begitu berdendam dengan kami.

''Aku tak pernah menafikan itu Myra,tapi aku juga nak kau tahu.Aku dan Zaf bukan seperti apa yang kau sangka kan.Dia adalah sebaik-baik kawan yang aku ada.Seorang teman yang cukup memahami aku.Seorang teman yang sanggup bersusah-payah dengan aku.Tapi percayalah..Kami hanya berteman dan semua tu takkan pernah melebihi rasa sayang seorang teman pun.''Bersungguh aku menerangkan kepada Myra.Berharap,sengeketa ini akan berakhir setelah sekian lama.Dengam masa yang semakin singkat,aku harus memastikan agar semuanya jelas.

''Myra..Kau kenal aku kan?Aku takkan pernah sanggup untuk sakitkan kawan baik aku sendiri.Kenapa kita jadi macam ni Myra?''Aku cuba meraih tangannya.Namun belum sempat tangan kami bertaut,tertanya hati Myra sekeras kelikir.Masih belum mampu ku lembutkan seperti kerak nasi.

''Aku takkan pernah percayakan kau lagi Sya..Kau tahukan,betapa aku sayangkan Zafrie.Aku sanggup lakukan apa saja demi dia.Tapi,kenapa dia lebih memilih kau berbanding aku!

Kau tahukan,betapa selama ini aku hanya memandang dia.Mencintai dia.Tapi kenapa kau buat aku macam ni ha!Kenapa kau sanggup rampas dia dari aku!''Myra semakin meninggikan suaranya.

''Dan berkali juga aku jelaskan,aku dan Zaf tak pernah bersalah dengan sesiapa pun.Kau sepatutnya sedar,andai Zaf tidak memilih kau.Aku juga tidak akan sekali-kali bersama dengan dia.Sebab dalam hati ini,sudah ada seseorang yang berjaya bertaktah.Terlebih awal menyambut salam cintanya.''Sebaknya bila terpaksa bersengketa dengan kawan sendiri.Dan sekali lagi hati ini bagaikan dirobek bila mengingati masa lalu yang begitu manis terasa.Namun tidak pernah ku duga,manisnya bak madu.Hilang bila ditelan,manisnya hanya sekejap cuma.

''Aku tetap tak mampu maafkan kau Sya.Dan aku juga nak kau rasa,betapa peritnya bila cinta kita dikhinati.''Myra ketawa dengan lantangnya.Aku seperti sudah tidak mengenali dirinya lagi.

''Myra..''

''Kau takkan pernah rasa apa yang aku rasa Sya..Aku tak pernah ada keluarga.Ibu kandung aku sendiri sanggup buang aku.Anak dia sendiri!Selama ini,aku cuma anak yatim yang menumpang teduh pada keluarga Zaf!Tapi dia,selama ini dia hanya memandang aku sebagai seorang adik sahaja.Dan aku tak nak macam tu.Aku nak lebih dari itu.Tapi dia,tak pernah nak fikirkan perasaan aku.

Selama ini,dalam hati dia cuma ada kau Sya.!Tak pernah walau sedetik pun,sebab bagi dia,kau lah segala-galanya buat dia.Cinta pertamanya.Dan aku benci bila kau juga tahu,aku juga cintakan Zaf.Tapi apa yang kau pernah buat untuk aku?Malah kau ada segala-galanya Sya.Ada keluarga sempurna yang sayangkan kau.Malah tanpa Zaf pun,kau masih ada seseorang yang begitu sayangkan kau.Cintakan kau!''

''Myra..''Aku tak sangka,Myra terlalu memedam semuanya sejak dari dulu lagi.

''Kau dengar Sya,aku nak kau tahu!Selama ni aku sangat cemburukan kan kau.Dan aku nak kau juga rasa,bagaimana rasanya dibuang keluarga kandung.Macam mana rasanya ditinggalkan orang yang kau sayang.Dan tak semua benda yang kau ada akan kekal Sya.Dan buktinya,aku berjaya merampas Rizman dari kau.''Aku sebak bila aku tidak pernah cuba untuk memahami Myra.Rupanya,apa yang ditanggungnya selama ini terlalu berat baginya.

Aku sedar,betapa sakitnya rasa bila ditinggalkan orang yang kita sayang,dibuang keluarga sendiri.Mujur aku masih punya tempat untuk bergantung.

''Maafkan aku Myra..''

''Aku takkan pernah maafkan kau Sya.Termasuk Zafrie!Dan aku betul-betul rasa bertuah bila tujuh tahun yang lalu.Kau sendiri yang memberi aku peluang untuk mengaburi mata Rizman.Memutar-belitkan kenyataan yang aku sendiri tak jangka akan memihak kepada ku.

Hasilnya,keluarga kandung kau sendiri membuang kau dari hidup mereka.Rizman datang menyerah pada ku.Tak sangka,tuhan pun nak beri aku peluang untuk membalas semuanya.Tak sangka,dengan kemalangan kecil yang kau tak sengajakan,memberi aku peluang bila kau sendiri tak mampu mengawalnya.''Myra tertawa sinis lagi.Membuat kemarahan ku yang tadinya sudah redah,kembali membara dengan ceritanya.Tak sangka,dia begitu pandai mengambil kesempatan.Begitu pantas menyambar peluang yang ada.

''Kau kejam Myra..Kau sangup buat aku macam ni.Sedangkan selama ini,aku terlalu sayang kau.Tapi tak sangka.Kau sanggup tikam aku dari belakang!''Ada rasa terkilan bila kelurga ku sendiri mengambil keputusan untuk membuang ku tanpa memberi aku peluang untuk membela diri.

''Kau layak dapat apa yang kau ada hari ni Sya!Dan aku akan pastikan semuanya takkan berakhir begitu saja.Aku akan pastikan,sampaikan kau sendiri rasa yang kau tak ingin teruskan hidup lagi..''Dan hati ini berdebar-debar lagi bila Myra sudah melangkah menghampiri ku.Apa lagi watak yang akan Myra lakonkan sebentar lagi.

''Aku akan pastikan.Buat seumur hidup ini,kau akan menyesal sebab pernah buat aku sakit dengan perbuatan kau..''

''Myra..!''Aku sudah kecut perut bils tiba-tiba dia yang ingin cuba menolak ku,tergelincir sehingga dia tersemban dengan perutnya ke lantai simen.

''Argghh!''

''Myra!!''Sekali lagi aku terkeju dengan kehadirannya.Rizman yang tiba-tiba.Adakah perkara tujuh tahun lalu bakal berulang lagi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience