BAB 1

Romance Completed 34840

''Aku tak fahamlah! Apa nak jadi dengan kau ni. Sampai bila kau nak biarkan diri kau lemas dengan amarah dan dendam kau tu? Apa kau dah tak rindukan keluarga kau ke? Ingat sikit kau tu ada keluarga lagi oiii.’'Aku cuma tersenyum, sungguh aku sepertinya sudah tidak merasa apa-apa, bukan aku tak fikir namun ada sesuatu rasa dalam hatiku ini yang terlalu sukar untuk aku buang.

''Ahhh persetakan semua itu. Keluarga? Aku tak ada semua itu!Keluarga..Aku ada keluarga ke?''Setelah semua yang berlaku,aku rasa tiada apa-apa lagi yang tinggal untuk diri ini.

''Mereka tak bersalah Sya..Mereka cuma salah menilai situasi sebenar.Kalau aku pun,akan fikir macam tu juga bila benda macam tu berlaku.''

''Tak sama Jie..Mereka tu keluarga aku.Orang yang paling rapat,paling dekat dengan aku.Orang yang sepatutnya betul-betul kenal dengan aku.Percaya yang aku takkan buat benda tu semua.Tapi..Adilkah aku dijatuhkan hukuman tanpa membela diri?''Aku merengus kasar.Bagi ku itu semua bukan alasannya.Yang salah tetap salah.Dan aku pegang kata-kata yang pernah mereka leparkan kepada diri ini.

''Dendam kau tak akan kemana Sya..''Aziah menyentuh bahu ku perlahan.

''Aku tahu Jie..Tapi aku bukan malaikat,yang mampu memaafkan mereka begitu saja.

''Kau terlalu beku Sya.Kenapa kau tak sedaya upaya membela diri?Kenapa kau selalu saja mempersalahkan mereka?Kenapa kau tak salahkan diri sendiri saja!''Aku tertawa kecil.Namun di sudut hati ini,hati ku tercalar sekali lagi.

Dia,kawan yang paling rapat.Teman yang memahami aku.Yang sepatutnya memberi sokongan kepada diri ini,tapi mengapa kini dia juga menyalahkan ku?

''Kau betul Jie..Aku memang beku!Hati kayu!Tapi kau juga lupa Jie.Aku jadi begini sebab keadaan yang memaksa aku!''Dari duduk,aku sudah berdiri.Terasa rimas dengan semua ini.

''Tapi Sya..Kau punya pilihan untuk mengubah semua ini.Kenapalah kau ni degil sangat?Aku tak nak kau terus hanyut Sya.Terus berdendam dengan keluarga sendiri.Terus hanyut dengan dendam kau yang tak bertepi sedangkan kau mampu untuk bahagia seperti orang lain!''Senangnya Aziah melontar kata.Cuba kena batang hidung sendiri.Aku percaya,dia juga akan bertindak seperti ini.

''Jie..Tak usah kau bela sesiapa pun.Ini antara aku dengan mereka.Lagipun aku yang menanggungnya.Aku yang lalui semua tu.Aku tahu apa yang perlu aku lakukan.''Lantas aku berlalu pergi tanpa Sempat Aziah meneruskan kata-katanya lagi.

Ah..!Dunia ini tidak ada keadilannya.Setelah apa yang aku korbankan.Tiada satu pun yang mengingatinya.Semua kebaikkan yang pernah menjadi kebanggaan mereka suatu masa dulu.Lenyap begitu saja hanya kerana suatu kesilapan.Kesilapan yang tidak pernah aku sengajakan.

Mereka hanya menilai berdasarkan kesilapan yang tidak pernah aku buat.Tidak pernah aku sengaja kan.Lumrah manusia..Sentiasa menilai seseorang tanpa mahu mendengar alasan.Hanya kesilapan yang menjadi pengukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience