BAB 2

Romance Completed 34840

Cinta itu amat menyakitkan.Aku benci dia!Kerana dia,aku hilang segala-galanya!Kerana dia,aku hilang keluarga ku.Aku hilang keyakinan ku.Dan aku juga kehilangan satu-satunya sebab untuk aku meneruskan hidup!

Bodohnya diri ini.Kenapa harus meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada mereka?Orang yang sepatutnya menjadi tempat untuk ku bergantung,akhirnya menjadi orang yang paling kejam pada diri ini.

Menangis airmata darah sekalipun,aku takkan pernah sekali-kali mampu mengubahnya.Takkan pernah mampu kembali ke masa lalu untuk mengubah kembali semua ini.

Betapa kenangan itu sangat manis namun,dalam sekelip mata..Semua itu bertukar menjadi satu kisah tragis yang takkan pernah aku mampu lupakan.

Lima tahun lalu..

''I dah bosan dengan hidup macam ni!Tiap kali I balik mesti kena soal macamlah I ni penjenayah!Penjenayah pun ada peluang untuk membela diri.Tapi you?Asyik salahkan I saja!''Lelaki,hanya akan melenting bila mereka berbuat salah.

''Bosan?Jadi selama ni,you dah bosanlah dengan I?Kenapa..Sebab you dah ada orang lain kan!''Bukti?Aku bukan menfitnah begitu saja.Cuma selama ini aku diamkan saja.Sebab kenapa?Aku tidak mahu hanya kerana salah faham ini.Rumah tangga yang ku bina hampir dua tahun,musnah begitu saja.

Aku sayangkan perkahwinan ini.Walaupun pada mulanya semua ini bukan atas kehendak ku.Tapi aku harus berusaha juga untuk mempertahankan ikatan ini.Perkahwinan adalah satu ikatan suci.Bukan sesuatu yang harus dipersendakan.

Walaupun pada mulanya rasa cinta itu lambat hadir,namun aku tetap sayangkan dia.Cintakan dia.Cuma dia terlalu ego.Ego bila mengetahui,perkahwinan ini berlangsung kerana kelaurga kami.Keluarga ku yang memerluhkan sumber kewangan kerana masalah syarikat yang sejak kebelakangan ini kerap dirundum masalah.Hanya dengan ikatan ini sahaja,masalah ini mampu diselesaikan.

Namun semua itu berlaku sebelum kami berkahwin.Dan ternyata cinta itu hadir secara perlahan,hanya setelah ikatan yang sah.Dan aku ikhlas bila ingin menjadi seorang isteri yang baik buat suami ku.

Namun bagi seorang lelaki yang bernama Rizman.Semua itu bagaikan menjual harga diri.Bak pelacur yang menyerah diri,kerana wang ringgit.Teruknya pandangan seorang suami pada seorang isteri yang memperhambakan diri demi dia.Namun ternyata semua itu sia-sia belaka.

''I dah terima you,sepatutnya you bersyukur sangat!Bersyukur yang keluarga you yang pengemis tu tak merempat!''Aku cukup tergaman.Tegahnya dia meluahkan kata-kata kesat itu.Pengemis?

''Pengemis?Sampai hati you tuduh family I macam tu!Kenapa mesti libatkan mereka dalam soal kita.''

''Apa?Tak betul apa yang I cakap!You tu pun apa kurangnya.You kahwin dengan I pun semata-mata nak selamatkan syarikat family you tu,bukan?Kenapa?Rasa terhina ke?''Ya tuhan..Kenapa aku diduga sebegini.Tak cukupkah apa yang aku korbankan selama ini.Kenapa mesti semua itu harus dbangkitkan lagi.

''You sengaja cari kesilapan I kan?Jadi you?Apa yang you buat selama ni di luar,I cuma diamkan saja.Perempuan simpanan you tu..Ingat I tak tahu ke?''Aku tidak mampu untuk terus berdiam diri lagi.Masalah ini semakin berlarutan.Dan aku sungguh penat,bila setiap hari perkara yang tidak-tidak akan dibangkitkan hanya untuk menyakitkan hati ini saja.

''Oh..Dah pandai siasat apa yang I buat di luar ya?Perempuan simpanan?Dengar sini!Sekurang-kurangnya dia lagi mulia dari you.Yang memperhambakan diri sebab duit semata-mata.Dia lagi bermaruah dari you.Yang memperjuangkan cinta tanpa memandang harta I!''Sekali lagi aku terpempam dengan kenyataan ini.

''Kenapa you buat I macam ni.I dah minta maaf..Susah sangatkah you nak maafkan I.Memang betul I tak cintakan you.Tapi itu dulu.I sayangkan perkahwinan ini..Please..I dah penat bergaduh dengan you macam ni..''Aku merayu.Demi keluarga ini.Demi kandungan ini,akan aku cuba pertahankan ikatan ini.Aku sayangkan dia.

''I tak mampu nak maafkan semua perbuatan you.Kenapa you tak pernah nak berterus-terang?Kenapa you tak bagi tahu saja yang you terpaksa berkahwin dengan I.Berkahwin semata-mata kerana duit I!Sanggup you tinggalkan boyfriend you sebab duit sahaja kan?Sanggup tinggalkan orang yang you cinta semata-mata duit.Tak mustahil suatu hari nanti,you juga bakal tinggalkan I macam tu saja!''

''Tak..You silap!Memang pada mulanya begitu.Tapi I memang cintakan you.Please Riz..Percayakan I.''Ternyata aku tidak sekuat mana.Airmata yang cuba aku pertahankan akhirnya jatuh,tanpa dapat aku bendung lagi.

''Jangan sia-siakan airmata you,Sya..Walau airmata darah sekalipun,i takkan pernah percayakan you lagi..Dengar Sya..Alang-alang you dah tahu pasal I dengan Myra.Hujung bulan ni,sama ada you restu atau tidak.I akan tetap dengan keputusan I.I akan berkahwin dengan Myra..''

Betapa rapuhnya aku saat ini.Tercalar demi sebuah kenyataan.Walau sudah lama aku mengetahuinya,namun bila kata-kata ini meluncur laju dari bibir suami ku sendiri.Hati ini tetap retak seribu!

''Sampai hati you buat I macam ni Riz..Myra tu kawan I..Sanggup you dan Myra buat I macam ni.Tikam I sampai hati I hancur macam ni..Langsung tak bagi I peluang untk tebus segala kesilapan I.''Nampaknya..Tiada apa-apa yang mampu aku pertahankan lagi.

''I dah tak nak dengar semua tu lagi!Cukuplah.I akan keluar dari rumah ini sekarang juga!''Dan tanpa menoleh lagi,dia terus berlalu pergi.Hatinya yang cukup dingin,tidak mampu lagi aku cairkan dengan segala kata-kata maaf.Kerana bagi diri dia,aku tak ubah seperti pelacur.Yang memperhambakan diri demi wang ringgit.

Myra..Awak kejam bila sanggup menikam kawan kau sendiri.Demi sebuah dendam.Kerana cinta yang aku tidak sengajakan.Hanya kerana Zafrie..Insan pertama yang bertaktah di hati ini.Kerana dia lebih memilih diri ini berbanding kau,sanggup kau rampas suami kawan kau sendiri demi sebuah dendam.

''Sayang..Papa dah tak nak dengan mama lagi..''Aku merintih sendiri bila ditinggalkan begitu saja.Biarlah..Andai dia sudah bertekad begitu,aku juga tidak akan menghalang.Aku mengusap perut ku yang belum menampakkan bentukknya.

Berita yang ingin aku kongsikan malam ini.Akhirnya terkubur begitu saja.Pergilah duka.Andai dengan ini mampu melembutkan hati dia,aku redha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience