BAB 15

Romance Completed 34840

Sedang aku ralit memerhatikan ruang jendela yang langsirnya terselak luas.Tiba-tiba pintu bilik ku dikuak perlahan.Dan disebalik pintu itu,aku terkedu bila seraut wajah itu muncul lagi.

Tapi untuk apa?Untuk menyalahkan diri ini sekali lagi?

''Sya..''

''Kenapa kau datang.Tak perlu kau nak salahkan aku lagi.Iya,aku mengaku.Aku yang bersalah..''

''Tak sayang..''Aku terkedu.Untuk apa lagi dia kembali.Dan terasa hati ini bagaikan disiat-siat sekali lagi bila melihat dia muncul kembali di dalam hidup ku.

''Kau nak apa lagi Rizman..''Aku palingkan wajah dari memandang seraut wajah yang pernah menjadi penghias mimpi-mimpi indah ku.Pernah menjadi seseorang yang sangat-sangat penting di dalam hidup ku.

''Abang nak Sya.''Sekali lagi aku terkedu.

''Apa yang kau merepek ni!''Aku semakin cemas bila Rizman semakin menghampiri diri ni.

''Abang dah tahu semuanya.''Aku terdiam,lama.Rizman dah tahu semuanya?Segala-galanya.

Rizman sudah mengambil tempat di tepi katil ini.Dan aku sudah tidak keruan.Setelah begitu lama tidak bersua.Setelah apa yang pernah terjadi.Ternyata perasaan rindu itu masih ada.Dan dia masih lagi mampu mengetarkan hati yang pernah menjadi miliknya suatu ketika dulu.

Ahh..Semuanya sudah berlalu.Tiada apa lagi yang tinggal.

''Maafkan abang Sya.Kalaulah abang tak buta selama ini.Kalaulah abang tak pernah silap menilai ketulusan hati isteri abang ini.Kita takkan jadi macam ni Sya..''

''Apa yang kau merepek ni Rizman.Kau tak nak maki aku lagi ke?Kan aku pernah cuba nak bunuh isteri kesayangan kau tu!Dan aku buat sekali lagi!''Aku hampir terjerit bila dia berubah seratus peratus.Bukan dulu aku ni hanya layak dimaki hamun ke?Kenapa bicaranya terasa begitu lembut?Tiada lagi nada marah pada kata-katanya.

''Abang dah tahu semuanya.''Dia tahu?

''Maksud you?''Terasa semuanya bagaikan mimpi.Takkan semudah itu?

''Abang ada masa tu,Sya.Abang dah dengar segala-galanya.''Arggh..Untuk apa lagi.Setelah hati ini terluka dengan sangat dalam.Tiba-tiba saja dia datanng untuk mengubati luka ini sedangkan dialah juga penyebabnya.

''Maafkan abang,sayang..Sebelum Myra menghembuskan nafas yang terakhir..Dia sempat meminta ampun.Dan dia juga berharap,Sya mampu maafkan dia..''

Myra..Airmata ku mengalir perlahan.Beginikah kesudahanya..

''Myra,dia..?''

''Iya,Sya.Myra dah tak ada.Dan dia berikan ini untuk Sya..''Sepucuk sampuk berwarna biru,warna kegemarannya bertukar tangan.

''Myra..''Terasa ada kekosongan yang hadir.Terasa separuh dari jiwa ini hilang.Rupanya selama ini,walau sesakit mana pun sengketa ini berlangsung.Rasa sayang ku terhadap dia masih lagi mengunung.Tak pernah sirna.

Aku sudah tidak mempedulikan kepala yang kian memberat.Terasa ada kesakitan yang menyucuk di dalamnya.

''Riz..Myra..''Dan tanpa dapat aku melawan lagi,tubuh ini kaku di dalam pelukannya.Setelah sekian lama.Ada ketenangan yang datang.

''Syuuhh..Maafkan dia,sayang.Dan abang juga ingin memohon seribu kemaafan sebab tak pernah percayakan Sya selama ini..''

''Macam mana boleh jadi macam mana boleh jadi macam tu,Riz..?''

''Dia mengalami pendarahan Sya.Dan anak dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan.Keadaan kandungan Myra selama ni memang agak lemah.Walau di awal kandungan pun doktor dah sarankan dia gugurkan saja,tapi dia tetap berdegil.''Rizman semakin teresak.Aku tahu,sayangnya pada Myra tak mungkin akan hilang begitu saja.Setelah begitu lama,mustahil rasa sayang itu akan hilang dalam sekelip mata.

''Mungkin ini balasan abang,Sya.Yang tak pernah sekalipun,mencelikkan mata.Menilai dengan mata hati atas semua yang berlaku.''Rizman sudah teresak lagi.

Sayunya hati ini.Walau sekejam mana pun Myra,dia tetap pernah menjadi orang yang paling rapat kepada ku.Yang telah ku anggap seperti adik sendiri.Cuma keadaan yang memaksa kami begini.Terpaksa berdendam hanya kerana cinta yang tidak kesampaian.

Dan banyak hati yang terluka,terlalu banyak kesediahan yang beraja.Sehinggakan terlalu banyak masa yang telah dibajirkan begitu saja.

''Tolong beri abang peluang sekali lagi Sya.Berikan peluang untuk abang buktikan,menebus kembali masa kita yang pernah disia-siakan begitu saja.

Dan aku tidak tahu.Peluang itu masih ada,mahupun sudah hilang seiring dengan masa yang berlalu..

''Sya tak tahu.Walau sedalam mana pun kasih ini masih tersisa..Tapi perasaan sakit itu tetap ada,Riz.Sya tak tahu,Sya mampu untuk memaafkan awak begitu saja ataupun tidak..''Ah..Kerasnya hati ini bila pernah dilukai.Berkali-kali pula tu.

'Sya..Please..Demi Alia..''

Aku tergaman.Dia tahu.Semuanya atau?

''Abang dah tahu semuanya Sya.Dan selama ni abang betul-betul rasa bersalah.Membiarkan sayang membesarkan zuriat kita sendiri dengan bersusah-payah.Izinkan abang menebus kembali semua kesilapan abang..''Rizman kembali meraih jemari ku.Membiarkan tangan ini bertaut sekali lagi.

Aku menutup mata.Cuba mencari kekuatan.Mencari kembali kasih yang pernah hilang.

''Bukan Alia tu anak..Anak haram ke..?''Ahh..Rupanya hati ini tidak selembut mana.Tetap ada kesakitan yang sukar diusir pergi.Terbayang semuanya di depan mata.Selama ini dengan tanpa usul perksa dia menghukum ku.

Tanpa mendengar penjelasan ku.dia terus kepada menjatuhkan hukuman!Adilkah bagi diri ini?Dan setelah sekian lama,dia datang bagaikan semuanya semudah itu.

Bagaikan segala kesakitan yang pernah dia hadiahkan,bisa lenyap begitu saja.Dia tidak pernah tahu,walaupun luka itu bisa sembuh.Parutnya tetap meninggalkan kesan yang amat mendalam.

''Please Sya..Maafkan abang..Jangan cakap macam tu lagi.Abang tahu,abang silap.Bibir ni..''Rizman memegang bibirnya.''Terlalu lantang berbicara,sehingga mampu mengores hati orang yang yang abang sayang.Tapi..''Laju saja jemarinya mencapai jemari ku.

''Sya..Pukullah abang kalau dengan ini hati Sya akan lebih tenang!''Lalu dia membawa telapak tangan ini,menampar ke segenap wajahnya.

Namun pantas saja aku menghentikan tindakannya.Bukan ini caranya untuk ku mengubai luka ini..

''Tak semudah itu,Riz..Hati ini terasa tawar.Mungkin cinta itu masih ada.Cuma hati ini masih sakit,dan tak semudah itu Sya mampu lupakan semuanya begitu saja.

''Sya..''

''Please..Sya tak tahu.Dan tolong..Tolong pergi dari sini.Berikan Sya masa.Sya keliru.Sya tak tahu..''

''Sayang..!''

''Tolong Riz..''Aku berpaling dari memandang wajahnya lagi.Walau kasih ini masih ada buat dia.Namun kesan luka semalam terlalu dalam untuk dilupakan begitu saja.

''Kalau betul you masih sayangkan i..Tolong hormati keputusan i..''

''Abang pergi Sya..Tapi izinkan abang menyintai Sya dari jauh.Andai masih ada ruang untuk abang di hati ini.Abang sentiasa ada untuk Sya dan nak kita..''Rizman meraihku lama ke dalam pelukannya.Sebelum pergi,sempat dia menghadiarkan diri ini kucukpan di dahi.Terasa hangat kucupan itu,mengaimbau kembali kisah lalu.Seperti pertama kalinya dia mengucup dahi ini lama usai membatalkan air sembahyang.

Akhirnya dengan langkah yang berat,Rizman berlalu dari hidup ini.Dan rupanya,itulah kali terakhir ku melihat dia di depan ku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience