BAB 14

Romance Completed 34840

''Umi..''Aku kenal suara itu.Namun kenapa suasananya terasa begitu gelap?

''Sya..You kena kuat..''Aku cuba untuk mencelikkan mata yang bagaikan digam.Namun ternyata semua usaha ku sia-sia sahaja.

''Sayang..Maafkan abang..''Suara ini..Argghh!Terasa kepala ku semakin sakit.Kepala ini bagaikan mahu meletup.Dan sakitnya tidak tertanggung lagi.

''Umi..''Mata yang silau berulang-kali aku celikkan.

''Umi..Alia rindukan umi..''Bila saja mata ini mampu ku celikkan,wajah pertama yang menyapa pandangan mata ku adalah Alia.Permata hati ini.

''Al..Lia..''Tekak yang perit menyukarkan ku untuk bersuara.

''Alia..Papa nak periksa umi kejap ya..''

Dan aku hanya mampu memandang Zafrie sambil dia melakukan kerjanya.

''Sya..How are you?You tak boleh bergerak sangat.Kesan pembedahan tu masih baru.''Aku sudah terlopong.Pembedahan?

''Zaf..''Aku cuba meminta penjelasan.

''You tiba-tiba pengsan.Dan hari tu juga I jalankan pembedahan untuk you.Mujur tumor tu masih diperingkat awal Sya.Kalau masih tangguhkan lagi,peluang you akan semakin tipis..''Aku masih cuba mencerna segala maklumat yang Zaf cuba sampaikan.

''Sya..You dah selamat Sya.You dah bebas dari penyakit you..''Dan Alia terus memeluk ku, erat.

''Umi..Alia takut.Takut sangat bila umi tak bangun.Dah hampir seminggu umi tidur.Alia takut umi tak nak bangun lagi..''Dan tubuhnya aku usap perlahan.

Mujur semuanya sudah selamat.

''Thanks Zaf..''

''Naa..Ini dah memang tugas I selaku doktor Sya.Dan you patut bersyukur,semuanya berjalan dengan selamat.''Zafrie melempar senyum.Namun dapat ku rasa,senyuman terasa begitu hambar.

''Sya..''Dia menarik nafas panjang.

''Zaf..Kenapa?''Aku mulai tidak sedap hati..'

''Sya..Myra..''

''Anak mama..''Tiba-tiba wajah mama dan hampir seluruh ahli keluarga ku berkumpul di ruang ini.

''Mama..''Airmata tidak mampu tertahan lagi.Selama ini,apa yang aku impikan kini mejadi nyata.

''Mama minta maaf sayang.Kalaulah mama tahu..''Dan kedengaran bilik ini semakin sesak dengan sendu,tangisan yang bersahut-sahutan.

''Maafkan kak long Sya..''Dan kak long mengambil giliran untuk memeluk diri ini setelah sekian lama.

Aku pandang wajah Zaffrie dan Alia silih bergantu.Diikuti dengan wajah ahli keluarga ku yang lain.

Ada wajah suami kak long,Imran.Wajah adik bongsu ku,Aisyah dan dua orang lagi yang terasa asing pada pandangan ku.

''Ini Syira dan Omar..Anak kak long.''Aku terpegun.Terasa masa begitu cepat berlalu.Syira yang baru berumur 4 tahun waktu itu.Omar yang baru belajar merangkak sewaktu peritiwa silam itu berlalu.

''Dah besar semuanya..''Kami tergelak kecil.Lantas ku gamit Alia menghampiri.

''Alia..Salam dengan nenek sayang..''

''Kami dah tahu Sya..''Mama bersuara perlahan..

''Zafrie dah terangkan semuanya.Semua tentang kamu selama ini,dia dah ceritakan.Maafkan kami Sya..''Kak long mengenggam jemariku dengan erat.

''Sya dah tak kisah dengan semua tu mama,kak long..Semua.Yang lalu biarlah berlalu.Yang penting adalah masa kini.Sya tak nak dah ingat yang dulu-dulu tu.Yang penting Sya dapat keluarga lagi.''Dan suara tangisan kini bergema sekali lagi di ruangan kecil ini.

Menangisi kekhilafan yang pernah terjadi.Tiada siapa yang patut disalahkan lagi.Tiada apa yang perlu dikesalkan lagi.

''Dan ada sesuatu yang Sya perlu tahu..''Nyata ada debaran yang melanda saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience